google translet

Nuffnang

Followers

Facebook Fanpages

Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke-26




Prasasti Jiwa:

Pastinya malam ini adalah malam penentuan 12 buah lagu yang bakal di nobatkan sebagai Lagu terbaik AJL26.

Berikut merupakan ramalan aku:

1. Sedetik Lebih oleh Jaclyn Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
4. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
5.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
10. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
12. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)


Vocal Terbaik: 3 Suara


ini hanya sekadar 'tilikan'...kalau betul semuanya kerana kehendak Tuhan, kalau salah mungkin rezeki lagu tersebut he3


Selamat menonton : )


SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA untukku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujur saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..



Friday, January 6, 2012

Terukir di Bintang



Yuna - Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...


Sayangku 
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Prasasti Jiwa:

Rabu lepas penyanyi berbakat besar iaitu Yuna telah pun melancarkan Album ke-2 beliau untuk pasaran Malaysia yang bertajuk TERUKIR DI BINTANG.

ianya mengandungi 8 buah lagu yang mengandungi lagu seperti Sparkle, Photo of You, Memo, KL Kita, Coffe, Someone out Of Town dan Fears And Frustration.

excited juga untuk dengar buah tangan terbaru dari Yuna ni, sebab beliau sentiasa membawakan elemen dan cara nyanyian yang berbeza.

dengarnya album untuk pasaran America dan Eropah akan di lancarkan pada Mac 2012. Semakin berkembanglah kerjaya Yuna nanti!

semoga Yuna terus success!


p/s: suka tajuk lagu ni...'Terukir di Bintang'. Lagu juga cukup seksi.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012





Welcome to 2012!!! Bye-bye to 2011~

Kalau nak senaraikan Azam dan Impian aku rasa memang ber'guni' jugaklah benda yang aku nak untuk Tahun 2012 ni.

Tapi yang lebih utama ialah di berikan rahmat kesihatan dan rezeki supaya dapat meneruskan hidup mengumpul bekalan untuk di akhirat sana.

ya...semoga setiap dari kita di beri keberkatan hidup dan sentiasa mendapat rahmat daripadaNya...

sesungguhnya 2011 meninggalkan satu kenangan yang pahit buat aku sekeluarga menerima kehilangan Ayah tercinta. Mungkin sudah takdirnya dan Tuhan lebih menyayanginya...Semoga beliau di tempat dalam kalangan orang2 yang beriman...Amin

walauapapun yang berlaku, hidup ini perlu di teruskan kerana 1 perkara yang perlu kita percaya dan yakin 'Hidup ini hanya Sementara'

yang Kekal hanyalah di alam sana.

"...Ya Allah, letakkan lah aku antara golongan2 yang Untung di sisiMu, dan hindari aku dari golongan2 yang Rugi!"

Amin

Monday, December 19, 2011

43# Prasasti Jiwa




TerBodoh dgn perasaan sendiri
memang memalukan
Terasa menikam-nikam Hati
lalu sendiri merawatnya

Pedih!

Biarlah malu ku simpan sendiri
Biar Tuhan saja tahu
betapa aku sangat 'perasan'
melayan jiwa tak bersahut


Faizal Tahir - Buta




Mampukah dirimu bertahan begitu
Benarkah begini mahumu terus sembunyi
Untuk apa selama ini
Diriku yang selalu disini
Butakah kamu
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Mampukah jantungmu menahan semua
Sedarkah perit pun tak perlu biar ku hapus
Untuk apa diriku ini
Yang mampu kau terus punyai
Butakah kamu
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Luruh keringat bertahan
Hati jiwaku serahkan
Terabai tersisih jauh
Tuhan tolong buka mata hatinya
Buka mata aku didepanmu
Buta! Buka mata! Aku kan ada!
Bukan tak pernah ku membuat kau rasa sempurna
Bukan tak pernah ku memberi semua yang ku ada
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Ataupun ku yang buta


Prasasti Jiwa:

Akhirnya, Faizal Tahir telah mengeluarkan single terbaru beliau iaitu Buta...sgt excited! he3

Giler..lirik lagu ni memang sgt kena dgn jiwa aku saat ini...hu3

Untuk kamu...aku pasti kau tahu!