Wednesday, December 31, 2008

tahniah PMR 2008...

Assalamualaikum....
salam sejahtera...semoga sentiasa di rahmati olehNYA...

umum sudah ketahui...keputusan PMR 2008 sudah pun keluar semalam....aku juga tidak terkecuali...yer la adik aku yg paling bongsu turut mengambil result PMR dia semalam...result dia just ok2 jek....tak secemerlang mana pun...ni lah masalahnya kalau terlalu banyak tengok tv...hu3 tapi bagi aku tak mengapa...PMR bukan penentu segala bagi aku...kerana perjuangan sebenarnya baru bermula...

ehmmm...sebut pasal PMR nie...pasti aku terkenang ketika saat2 aku mengambil keputusan PMR pada tahun 2003...terasa indah sangat....yer la...usaha aku selama itu akhirnya menghasilkan sesuatu kejaiban...sehinggakan airmata ini mengalir....memang ketika itu aku begitu puas....puas dengan apa yang aku hasilkan....tidak sia2 usaha aku mentelaah pelajaran siang dan malam...



tapi itu semua dulu...kenangan yang tak mungkin kita ubah....sesuatu yang juga tidak mungkin akan terus kekal dengan kejayaan yang cemerlang....terkadang aku merasa mana pergi aku yang dulu...aku sendiri pun tidak tahu....sehingga sekarang..tatkala aku masih belajar di universiti nie...aku masih tidak menjumpai...kekuatan dalam diri aku untuk belajar bersungguh2....

tak mengapalah....aku yakin pada diri aku...kebangkitan itu akan menjelma suatu hari nanti...kerana aku yakin pada rezeki dan keajaiban....

apa2 pun....aku nak ucapkan tahniah pada semua pelajar2 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2008 yang lepas...jadikan ia sebagai pedoman utk terus berjaya...jangan terlalu leka dengan apa yang kita ada sekarang...kerana kejayaan itu bukan selalunya kekal tanpa usaha yang berterusan....

apa yang menjadi persoalan aku ialah....adakah PPSMI ini berjaya? di dalam meningkatkan pengetahuan sains dan matematik pelajar2 sekolah pada hari ini...adakah keputusan PMR ini akan menjadi kayu ukur...walaupun ada peningkatan yang ketara....kita jangan hanya memandang pada yang berjaya menguasai....tapi kita harus pandang pada mereka yang tidak berjaya menguasai...sedangkan mereka sebenarnya mampu untuk mengusai sains dan matematik itu dengan lebih baik jika di pelajari dalam bahasa ibunda....aku bukan untuk bersetuju ataupun menolak PPSMI ini...tapi bagi aku...dulupun kita tidak belajar dalam bahasa inggeris sains dan matematik ini...namun kita masih mampu untuk melahirkan seorang doktor yang berjaya...seorang jurutera yang berjaya...seorang pakar ekonomi yang berjaya....maka untuk berjaya itu perlukah kita mengorbankan...apa yang telah menjadi budaya kita? sedangkan bangsa sendiri terkulai2..lemas tatkala belajar sains dan matematik....maka wujudlah golongan2 ini...yang mula tidak berminat untuk belajar....kita jangan fikir...biarlah si bodoh itu dengan kebodohannya....sebab setiap manusia itu kemampuannya berbeza...maka perlukah kita memebebankan yang tidak mampu itu dengan sesuatu yang berat....sedangkan kita tahu ilmu itu harus di kongsi bersama....itu yang harus kita sedari sejak awal lagi...

sampai di sini saja aku rasa...sebab aku nak bersiap ke fakulti...nak daftar subjek2 utk mencukupkan jam kredit aku...hu3

sampai jumpa lagi di lain entri k...
salam sayang dari alif ba ta duniaku...



kata2 renungan:
kejayaan pada hari ini bukan pengukur...
kita sudah berjaya pada masa hadapan...
tapi yang menjadi pengukur ialah...
sejauh mana usaha yang kita lakukan...
untuk berjaya pada masa depan...

Tuesday, December 30, 2008

lentera timur...



assalamualaikum....
salam sejahtera dan semoga sentiasa di rahmati olehNYA...

untuk entri kali ini aku ingin berkongsi dgn anda semua dgn album terbaru datuk siti nurhaliza yang ke 11....



dan tajuk album siti kali ini sangat unik iaitu lentera timur..yang mana lagu2 dalam album ini kebanyakan berkonsep muzik traditional...yang mana telah lama jugak siti tidak menghasilkan album berkonsepkan traditional...

pencipta2 lagu dalam album ini juga hebat2 belaka....ini dia antara lagu2 yg di muatkan ke dalam album ini....sebanyak 11 lagu kesemuanya...

Tracklist:

* Menanti Kasih (S. Atan)
* Seloka Budi (Adnan Abu Hassan)
* Senyum Minang Manis (Zul Mahat)
* Di Taman Teman (Fauzi Marzuki)
* Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar)
* Di Kayangan Kita (Johari Teh)
* Bintang Malam (Johan Nawawi)
* Ada Masa Mata (M. Nasir)
* Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar)
* Cinta Ini (Katon Bagaskara)
* Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)



single pertama utk album ini ialah di taman teman....aku 1st time dgr lagu nie time aq dgr radio hot fm...time tue aq dah tido...tapi aq still on kan radio...dengan serta merta walaupun time tue aq dah tertidor nyenyak...aku boleh tersedar dan dgr lagu nie...mmg bes giler pertama kali aku dgr...lepas tue...tiap2 mlm aq tunggu lagu ct nie...dan secara jujurnya vocal ct dalam lagu nie sgt mantap....



album terbaru ct ini jugak telah mula di pasarkan pada 25 disember yg lalu...dan ct menjangkakan 100,000unit akan terjual walaupun pada ketika ini keadaan ekonomi yg tidak begitu baik...dan aku yakin ianya mampu menjadi kenyataan dengan lagu2 yg mantap dalam album nie...mmg hebat....



Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.





untuk pengetahuan anda semua ct jugak di jemput utk menyanyikan lagu tema filem terbaru dari indonesia yg mana akan di pasarkan pada disember or january akan dtg iaitu 'perempuan berkalong sorban'...lagu dia mmg best...penciptanya ialah opick...dan tajuk lagu ketika cinta....mmg best....dan ct juga menyanyikan lagu tema utk spa Q2 iaitu pada cintanya....tapi lagu tue aku tak minat sgt...hu3 selain itu, radhi OAG juga ada menyumbangkn lagu utk ct iaitu 'langit masih cerah'....tapi tidak di muatkan dalam album nie...



di harapkan album ct ini mampu mencapai cita2 utk mencecah jualan 100ribu unit...amin...

Di Taman Teman

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh ku berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..



aku tengah layan giler lagu nie he3...
tak sabar nak beli album ini hu3 klu ada duit la...he3

salam sayang tuk ct nurhaliza...
muahhhh....

kembali dengan harapan yg baru~

assalamulaikum~
salam sejahtera...semoga anda semua di rahmati olehNYA...

ehmmm...agak lama aku tidak mengupdate blog kesayangan aku ini....berkurun jugak la...tapi nak bt mcm mana..klu tuan dia duti maka blog dia pun bercuti gak la kan...he3

aq pasti ada di antara pembaca blog aq nie yg setia dan rajin buka blog aq....aq ucapkan seribu kemaafan sebab dah lama xupdate blog....genap sebulan aku membiarkan blog ini tak berupdate...hu3 terkilan jugak la xupdate blog sepanjang disember nie...sedangkan byk cerita2 yg aku nak kongsi dgn korg semua...

kembali pada tajuk entri aku kali ini....

ya...kini aku kembali kepada kehidupan universiti aku...dimana hari ini bermula class pertama aku...walaupun aku rasa hari nie class tak akan start lagi....lg pun ramai lagi bdk2 nie tak blk U....hari nie jugak aku kena uruskan subjek yg aku nak amik memandangkan 2 subjek yg sepatutnya aku amik tak dapat nak amik...sebab aku tak lulus subjek theory of structure....sangat sentap dgn dugaan ini...satu lagi ujian untuk aku....maka skrg nie aku hanya ada 11jam kredit....kekurangan 1 jam kredit....min 12 jam kredit....so hari nie aku kena jumpa P.A aku utk tanya subjek apa yg spatutnya aku cover balik...nie la masalahnya bila fail subjek berantai...nak kata tak belajar...belajar gak...tapi nak bt mcm mn dah takdir....tak kan kita nak ubah takdir pulak kan...itu gila namanya...

walaupun dalam hati aku sekarang nie masih ada rasa kecewa walaupun telah puas aku memotivasikan diri....aku cuba gak utk tanamkan benih2 positif dalam diri...untuk berazam buat yg terbaik utk sem ini dan akan datang...sebab aku tau aku BOLEH...he3

ok lah....
aku rasa sudah masanya aku melelapkan mata...
penat sgt hari nie...hu3

tapi seblum tue...
ada beberapa wish aku nak buat...

  • tahniah utk team debat UMP 2008....walaupun tidak berjaya utk ke suku...tapi kita dah bt yg terbaik....tahniah utk team debat bi...coz berjaya ke semi final....u guys mmg hebat....(nantikan entri khas utk royal k)
  • tahniah gak utk team zapin ump...yang mana telah berjaya meletakkan ump di tangga ke-6 dan terlgolong dalam anugerah perdana....hebat mmg hebat walaupun hanya berlatih 5 hari...kalau sebulan mesti boleh jadi johan...he3
  • wish bufday utk semua org yg aku kenali yg lahir pada bulan 12 nie...terutamanya sahabat baik aku arechap,abg wan,abg raja dan semua rakan2 yg aku kenali...tak tersenari klu aku tulis kat sini...he3
  • happy chrismas day to semua yang menyambut hari natal nie....terutama sekali utk tio lamat anak jayan....semoga hari natal kali ini membawa seribu kebahagiaan...
  • selamat menyambut awal muharam jugak kepada semua umat islam...semoga penghijrahan kita pada tahun ini akan lebih menjadi realiti dan bermakna dalam hidup kita k....hayati lah islam itu dari hati yang tulus bukan dari mata dan fikiran akal semata2...
  • dan terakhir....good luck utk semua rakan2 yg akan memulakan kuliah....belajar lah rajin2 k...utk kebaikan diri,keluarga,agama dan negara...ha3

sampai jumpa lagi....
salam sayang dari alif ba ta duniaku~

Friday, November 28, 2008

debat royal 2008: sebuah perjuangan


team royal aku 2007

assalamualaikum...
salam sejahtera semoga sentiasa di rahmati dan di berkati olehnya...

setelah beberapa hari berkampung di bumia UMP untuk membuat persiapan bagi menghadapi debat di raja 2008...maka hari ini aku dan team debat ump akan bertolak ke bumi UIAM.....

pastinya perasaan dalam hati ini pelbagai...tak tahu nak gambarkan macam mana....hu3

debat kali ini aku rasa ibarat sebuah perjuangan yang belum selesai....perjuangan yang aku kira penentu...adakah selama ini pendebat2 ump masih bertaring di pentas debat ataupun tidak...

harapan aku untuk debat kali ini tidaklah terlalu tinggi....apa yang pasti aku harapkan pencapaian seperti tahun lepas....at least menang 3 match....he3

ehmmm....entahlah...aku harapkan persembahan debat aku kali ini akan bertambah baik dan ada perubahan....

terasa terkenang debat di raja 2007..dimana saat itu banyak perkara yang aku belajar....persahabatan...ya itulah yang aku rasa aku pelajari dari debat di raja 2007....begitu mematangkan diri...apakah erti persahabatan itu sebenarnya...dan apa yang paling penting macam mana untuk kita mengatasi karenah2 manusia di sekeliling kita...supaya tiada hati yang akan terguris dan terluka....

dan saat dan ketika itu juga...aku ditemukan ...dengan insan yang mengajar aku erti 'warna pelangi'...namun ianya hanya tinggal kenangan untuk diri ini...apa yang pasti...hati ini akan terus merinduinya....dan menantikan suatu hari nanti...pelangi itu akan muncul semula...dan mewarnai hidup ini....

alah...malas lak nak tulis panjang2....apa2 pun...doakan aku berjaya pada royal kali nie....semoga aku dapat buat yang terbaik untuk diri,team dan ump....

amin...


p/s:aku rindu saat manis...
royal 2007




click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Sunday, November 23, 2008

perkampungan orator~

assalamualaikum....
seperti yang aku beritahu dalam entri2 yg sebelum ini...
aku sekarang tengah gigih untuk berlatih debat...
bagi persediaan untuk ke royal debate yang mana akan di adakan di uiam,gombak...
pada 28nov-3 disember 2008...

pastinya tika dan saat ini juga...
semua universiti2 yg terlibat pasti gigih berlatih...
untuk memantapkan diri...
serta memahami dan menganalisa usul2 royal kali ini...
yang mana aku kira usul royal kali ini memerlukan pemahaman yg mendalam...
lagi2 usul yang berkaitan dengan isu semasa kini...hu3

ini adalah antara usul debat di raja 2008:

POLITIK
1) Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
2) Kemenangan Obama Memberi Kita Satu Petunjuk
3) Rumah Putih Cuma Bertukar Warna
4) Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
5) Pengunduran Musharaf: Sinar Buat Pakistan
6) Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
7) Krisis Kehakiman Diada-adakan
8) Dunia Perlukan Kawalan Keselamatan Perairan Antarabangsa
9) Barisan Nasional Perlu Menjadi Satu Parti
10) Politik Berteraskan Kaum Masih Relevan
11) Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
12) Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
13) Dunia Sudah Tidak Perlukan Kuasa Veto
14) Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya
15) Politik Malaysia Sudah Stabil
16) Mahasiswa Malaysia Matang Berpolitik
17) Mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo Adalah Tepat

EKONOMI
1) Kawalan Harga Barang Hanya Ilusi
2) Sistem Perbankan Islam Jawapan Kepada Krisis Kewangan Dunia
3) Kenaikan Gaji Jawapan Kepada Inflasi
4) Halangan Perdagangan Antarabangsa Wajar Dihapuskan
5) ASEAN Perlukan Matawang Sendiri
6) Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
7) Pasaran Terbuka Berat Sebelah
8) Air Asia Punca MAS Lemas
9) Sistem Bretton Woods Perlu Diganti
10) Mahasiswa Kita Boros

SOSIAL
1) Masalah Perkauman: Salah Media
2) Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal
3) Perpaduan Kita Terus Kukuh
4) Bloggers: Duri Dalam Daging
5) Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
6) Setelah 51 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan
7) Pindaan AUKU: Mahasiswa Sudah Bersedia
8) AUKU: Menyebab Mahasiswa Lesu
9) Krisis Makanan Global: Kita Sudah Bersedia
10) Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
11) Sukan Adalah Medium Perpaduan
12) Generasi Muda Kita Patriotik
13) Semangat Kesukarelaan Kian Pudar
14) Industri Hiburan Tidak Tentu Arah
15) Kerjasama Antarabangsa Mampu Menyelesaikan Masalah Alam Sekitar Dunia
16) Perubahan Iklim Dunia Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga
17) Pemimpin Politik Tidak Wajar Menerajui Persatuan Sukan

HUMOR / PERIBAHASA
1) Hijau Perlu Kekal Hijau
2) Semut Sudah Setanding Gajah
3) Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
4) Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
5) Berambut Lebih Baik Daripada Botak
6) Pisang Sudah Berbuah Dua Kali


mencabar gak la tajuk2 usul dia walaupun ada separuh usul yang berulang dan lebih kurang dengan usul2 pertandingan debat alam sekitar,perpaduan,kepenggunaan dan kemerdekaan...

aku rasa aku memerlukan pembacaa yang banyak memandangkan aku sbg 1st speaker...sebab aku yg kena bt konsep...hu3 klu tak faham isu pun tak boleh gak kan...

dan hari nie genap seminggu pasukan ump menjalankan latihan untuk debat di raja...banyak juga improvement yg aku tengok dari segi pemahaman usul dan juga persembahan....god job utk semua...lagi2 utk junior...nasihat aku utk mereka...buatlah sekadar yg anda mampu...perjuangan dalam dunia debat anda baru bermula...banyak yang perlu di pelajari untuk menjadi 'dewa2' debat...he3

team utk royal aku kali ini sedikit berubah berbanding dulu....terkilan tue ada gak...terasa nak sangat amir or law masuk dalam team aku sekarang nie...sebab aku rasakan aku dan adam memerlukan mereka....dan pastinya peluang utk team aku pergi jauh lagi terbuka dgn adanya law or amir....itu sekadar pendapat aku...namun apa yang aku termampu? harapanku utk royal kali ini mungkin hanya tinggal kenangan...dan akan aku simpan utk royal yang akan datang pula...(wah tetiba sentimental pulak hahaha)

kini aku harus tumpukan dengan team aku skrg...kepercayaan pada mereka harus aku pupuk...tanpa kepercayaan pada team susah gak kan....hu3

owh ya semalam club orator buat AGM...
so ini senarai MT ORATOR utk sesi 08/09

presiden: kak mas
timb. presiden: sunil
s/u: suria
bendahari: abg fendy
bm: unit latihan-adam
unit R&D-nurzha
bi: unit latihan-winsson
unit R&D-marisa
ba:unit latihan dan R&D-talhah

TAHNIAH aku ucapkan...semoga dapat menjalankan tugas dgn baik...dan membawa debat ump ke punjak jaya...he3

apa2 pun...aku harapkan ada keajaiban pada royal kali ini....amin


p/s: gigig berlatih walaupun xsihat hu3
batuk pulak menyerang diri :(




click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

apy bufday law : sweet 21...




apy bufday to law kok sin...
20 november....
semoga panjang umur dan murah rezeki...
semoga sentiasa success dalam apa jua yang kau ceburi k...
sweet 21...


p/s: law aku dah kotakan janji aku k...
untuk buat wish card kat blog untuk ko he3




click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Saturday, November 22, 2008

4 jam di pudu~

assalamualaikum semua...
salam sejahtera dan semoga anda sentiasa di rahmati dan di berkati ALLAH...

buat pengetahuan anda semua...
kini aku berada di bumi UMP....
seperti entri aku yang lepas....
lepas habis exam jek 10 nov aq terus balik ke rumah...
melepaskan rindu pada keluarga yang sudah sebulan tak kesua he3 (poyo jek ayat)

di sebabkan oleh aku ada pertandingan debat di raja pada 28nov-3 dismber...
maka aku harus balik semula ke UMP pada 14 nov...
sebab time tue 'perkampungan orator' bermula....
namun di sebabkan ada masalah yang aku kira tak perlulah aku cerita demi untuk menjaga hati pihak2 yang tertentu...
maka aku pun decide untuk kembali ke ump pada 18nov...
wah agak lama gak aku mengambil cuti sendiri he3
(habis aku kena fire dgn senior n bdk2 rumah hu3)

untuk memendekkan cerita untuk entri aku nie...
maka pada hari selasa 18 nov tue...
aku pun dgn gigih pergi la ke pudu dalam pukul 4...
beli tiket on the spot...
so dapatlah tiket kul 8.30pm....
actly ada je bus lain yg lebih awal...
di sebabkan aku lebih suka naik TRANSNASIONAL....
maka aku pasrah untuk menunggu...
walaupun aku tahu penantian satu penyeksaan (gituw he3)

maka...aku pun gigih la menunggu kat pudu raya tue....
ehmmm....aku ingat nak pergi mana2 jek...
tapi aku mcm mls jek jln2 kat kl tue...
so aku pun rela duk kat pudu tue jek....
selama 4 jam ok b4 bus aq bertolak...

korang nak tahu apa yang terjadi selama 4 jam tue?
peristiwa pertama ialah....
aku di datangi oleh seorang lelaki yang berumur lebih kurang 40 tahun...
tetiba jek datang dekat dgn aku...
pelik gak lah...
lepas tue dia pun tegur aku...
lelaki cina sambil bertongkat...
borak punya borak...
pakcik tue kata dia nak pg thailand...
aku pun lupa dah apa nama tempat tue...
pak cik tu org malaysia la...
aku pun tanya la dia...
tak de family ke? rupa2 nya dia bujang lagi...owh ok...(respon aku)...
lepas tue pak cik tue cerita la nape dia pakai tongkat tue...
sebab dia pernah accident....
so kaki dia dah tak betul sebelah....
lepas nak tau dia suruh apa aku buat...
dia kata b4 nie dia selalu gak lepak2 kat pudu nie...then dia selalu suruh bdk urutkan kaki dia...lepas tue dia akan bayar la upahnya...
lepas dia ckp mcm tue jek...aku terus bt tak tahu pak cik tue...gila apa suruh aku urut kaki dia kat depan org ramai...lagi2 kat pudu....(jatuh standard aq he3)...lama gak pak cik duk kat sebelah aku...akhirnya dia mengalag dgn aq...alhamdulillah...

peristiwa ke-2....
time kat pudu tue aku terserempak dgn member lama aku time saser...
aq lupa lak nama dia hu3 sorry....first tue dia tak perasan aku...lepas tue bila terserempak balik baru dia perasan...laha jek...(rasa2nya aku vouge sgt kot sampai dia tak kenal ha3)
kemudian...tengah2 duduk tue...
terserempak lagi member sekolah aku time kat sabah....
si didi....skrg dia tgh belajar kat UM...
tak sangka boleh jumpa dia kat pudu..time tue dia dgn member dia...
kemudian tgh berhayal tue...
tetiba jek nampak kelibat abg ajid....
kejar punya kejar...
hilang lak mcm tue jek...
ehmmm tak pe la...
aku pun mencari tempat duduk semula...

peristiwa ke-3
tetiba org celcom bt promosi kat aku....
entah sengal yang teramat aku pun ikut je la g daftar celcom 1+5 tue...
free katanya...
kita pilih 5 0r 6 nombor....then kita bagi kat sape2 yg kita nak...
nanti adalah ganjaran untuk kita....
cthnya masa berbual free....
tapi bila aku sampai ump aku tengok rupanya sim card postpaid....
laha jek....
lepas nie aku kena pergi celcom center utk batalkan registeration aku hu3
gila ko nnt aku nak bayar di kemudia hari...
bukannya murah....hu3

peristiwa ke-4
duduk punya duduk....
tetiba adalah seorang pak cik tue nie datang kat aq...
tetiba dah beberapa minit...
pakcik tue tegur aq...
katanya sama gak tujuan dia nak pergi kuantan...
tapi pak cik tue kata dia tak de duit....
so aku pun dgn baik hatinya bagi lah pak cik tue duit untuk dia beli tiket....
sebab aku kasihan kat pak cik tue....
(entah tetiba je jadi baik hu3)
so pak cik tue pun pergi la beli tiket...

peristiwa ke-5
masa yang aku tunggu pun telah tiba.,..
jam menunjukkan kul 8 p.m...
board transnasional pun dah suru pergi ke platform 9...
maka aku pun dgn gigih turun awal...
time nak naik bus tue...
tetiba ada seorang mamat nie dtg kat aq...
kesnya sama dgn pakcik tadi...
di sebabkan dia dari sabah aku pun dengan baik hati memberi sedikit wang untuk dia...
sebab tak de duit nak beli tiket....
(wah 'angel'nya aku time tue memabantu 2 org sekali)
satu je yg terlintas di fikiran aku time tu....
mungkin hari nie dorang susah...
maka aku tolong...
mana tahu esok lusa aku ada masalah...
mungkin ada gak org yg akan tolongkan...
tapi terlintas gak di benak fikiranku nie he3
klu pak cik n mamat tue menipu...
aku doakan jek ALLAH memberi balasan kat dorg...hu3
ehmmm...mcm2 ragam manusia di pudu nie....

maka aku pun sampai ump dgn selamat dlm pukul 11.30pm...
alhamdulillah...selamat gak sampai....
time dalam perjalanan tue aku tak leh nak lelapkan mata...
sebab memikirkan team debat aku nanti...
mampukah aku memujuk amir untuk masuk debat semula? (dah pujuk tapi dia tak nak hu3)
law pulak xleh pergi sebab dia ada komitmen lain...khua3
sedih jek aku ketika itu...
tuhan je tahu perasaan aku time tue....

sesampainya di rumah...
aku pun cerita semua kat abg faiz...
apa yang terjadi kat pudu n kenapa aku balik lambat...
lepas tue kena fire dgn dia...
sebab bodoh sgt bagi duit kat org2 kat pudu tue...
sebab dorg sebenarnya menipu jek...
bila aku tahu jek....terus kata dalam hati...
tak amanlah hidup insan 2 org tue...
dah la aku pun tgh susah keewangan skrg nie....hu3

apa2 pun...
inilah pengalaman kehidupan...
tanpa pengalaman...
hidup kita tak kan ada corak dan warnanya...
betul x he3

ok lah sampai sini saje....
wassalam~


p/s: tuhan je tau betapa boringnya
aku kat pudu time tue...
dah la bateri hanset aku low...
tak dapat nak dgr lagu...hu3





click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Friday, November 21, 2008

bersediakah kita?

assalamualaikum...
salam sejahtera...semoga anda semua senantiasa dalam keadaan sihat dan di rahmati olehNYA...

entri ke tiga edisi jumaat....
pastinya aku ingin anda semua merenungkan perkara ini...
sebagai peringatan kepada kita semua...
adakah kita sudah bersedia untuk menghadapainya?
ataupun masih banyak lagi yang belum kita sediakan untuk menghadapiNYA....





Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat



sesungguhnya....
ALLAH akan senantiasa memberi peluang dan ruang untuk umatNYA bertaubat kepadaNYA...jangan sampai pintu tertutup baru kita terhegeh2 untuk mengetuk pintu taubatNyA pula....



gambar sekadar penghiasa entri...
gambar nie diambil beberepa bulan yang lepas...
saje je nak kongsi...
nie la muka2 bdk2 rumah aku...
nie b4 pergi semayang jumaat he3
mdm mala tetap ada~ ha3


p/s: demam,selesama & sakit tekak....hu3
mcm mana nak berlatih debat nie khua3






click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Thursday, November 20, 2008

senarai lagu semi final AJL23...

Assalamualaikum....
untuk menyampaikan hajat faiezi...
maka aku gigih mengupdate blog ini untuk dia...he3
nah ini dia senarai semi final AJL23...

SEMIFINALIST ETNIK KREATIF (28 Nov - 9.00mlm )

1. Persoalan Cinta (Farahwahida)

2. Doa Dalam Lagu ( Mawi dan Heliza)

3. Jarak Rindu (Azfar OIAM)

4. Panas (Ifa Raziah)

5. Songo (Amy SEARCH)

6. Dusta Berkalang (Aiman Akademi Nasyid)

7. Lambaian (Fazli Zainal)

8. Pujangga Merindu (Syura)

9. Puteri Tarian Kaseh (Anis Aneesa)

10. unknown ~


SEMIFINALIST BALADA ( 5 Dec - 9.00mlm)

1. Ada Untukmu (Nubhan)

2. Tanpa (Sixth Sense)

3. Cinta Terhalang (Bob)

4. Cuba (Faizal Tahir)

5. Sampai Syurga (Faizal Tahir)

6. Lagu Kita (Aizat)

7. Sejauh Ini (Dina)

8. Teman Terulung (Anuar Zain)

9. Dingin (Ziana Zain)

10. Hanya di Mercu (Ayu OIAM)

11. Bila Terasa Rindu (Dafi)

12. Bila Nak Saksi (Spider)


SEMIFINALIST POP ROCK (12 Dec - 9.00mlm)

1. Aku Stacy (Stacy)

2. Rimas (Fabolous Cats)

3. Aku Lebih Tahu (Mila)

4. Mila Bila Cinta (Mila)

5. Kalis Rindu (Elyana)

6. Mabuk (Spider)

7. Cinta Si Rama - rama (Hattan)

8. Ku Merindu (Shah n Ella)

9. Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

10. Bukti (Fiq)

11. Separuh Masa (The Lima)

12. Yang Pernah (Estranged)


melihatkan kepada finalis sudah pastinya membuatkan aku mencongak...antara lagu2 yang aku pasti akan berjaya ke final AJL23....

untuk kategori etnik kreatif....aku tak tau satu lagupun...hu3 lantaklah...memang tak tahu nak ramal lagu mana yang masuk....

untuk kategori balada...sangat fight....tapi yang aku rasa masuk sudah tentunya antra 2 lagu faizal tahir or dua-dua lagu dia masuk....(dapatlah dia balas apa yang dia tak buat untuk AJL22)
selain itu,lagu tanpa,cinta terhalang,dingin, dan lagu kita yang aku rasa ada peluang besar untuk masuk final...dan lagu2 nie juga lagu2 yang aku suka he3

untuk kategori pop rock pulak...sah2 la aku nak lagu kalis rindu dan yang pernah masuk final...sebab lagu tue unik...selain tue,aku stacy dan aku lebih tahu gak boleh fight utk masuk final...tapi jangan pandang rendah denagn lagu untukmu...sebab lagu nie pun lain dari yang lain malahan vocal penyanyi nie gak lain dari yang lain....lagu mabuk dan cinta si rama-rama jugak tak boleh pandang rendah...yang lain tue boleh lah tahan...

apa2 pun kita tunggu je keputusannya k....he3


p/s: aku nak lagu tanpa,lagu kita.& cuba
untuk masuk ke final he3




click HERE to view my recent rank and do vote for me k!


Wednesday, November 19, 2008

selama di sisimu~



ihsan-selama disisimu


Belum cukupku buktikan
Sebelum kukatakan
Kaulah pujaan hatiku

Di belakangku tersimpan
Perasaan mendalam
Tentang dirimu untukku

Bagai langit yang tak pernah bertepi
Begitupun cintaku padamu

Chorus:
Ku tak akan pernah bisa mengingkarimu
Dan melukai dirimu
Selama disisimu
Seandainya kau tahu
Betapa cintaku
Betapa ku merindumu
Seumur hidupku

Tatapan ku tak pernah
Lepas dari dirimu
Walaupun dalam tidurku

Selamaku disisimu
Ku ingin kau bahagia
Dalam dakapanku selalu

Bagai langit yang tak pernah bertepi
Begitupun cintaku padamu


hye semua...kali ini aku ingin berkongsi lagu ini untuk anda semua...sangat membuat hati aku tersentak dengan liriknya...lagi2 part chorus....hu3 membuatkan aku rasa sedih jap he3

dan lagu ini juga aku tujukan untuk dia...siapa dia? biarlah hanya hati ini sahaja yang tahu...hu3 aku harapkan dia mendengar~

aku suka lagu nie jugak sebab suara penyanyi dia memang best....mungkin ramai yang tidak mengenali ihsan...sebab dia adalah artis indonesia...bukan untuk mengangkat artis indonesia...namun apa yang mampu kita buat jika itu realiti pada masa kini....yang sememangnya artis2 indonesia kini memang berkualiti jika di bandingkan artis malaysia kini....sory kepada peminat muzik malaysia....percayalah ramai di kalangan kita lebih gemar mendengar lagu2 dari indonesia kerana ianya sangat senang dan enak untuk di dengar berbanding lagu2 malaysia yang aku rasa hanya 2 or 3 lagu je dlm satu masa yang berkualiti dan bagus....

aku mula tertarik dengan ihsan time dia buat persembahan kat APM 2008 tak silap aku...time tue dia nyanyi lagu BUNGA....dan buat pengetahuan anda semua ihsan adalah salah seorang pemenang INDONESIA IDOL 2006

cubalah download lagu nie kat sini k...


p/s: tgh mencari koleksi2 lagu IHSAN he3








click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Friday, November 14, 2008

buta mata celik iman...

assalamualaikum semua...
salam hari jumaat yang mulia aku ucapkan....

kali ini dengan gigihnya...
aku mengupdate blog kat CC...
lepas semayang jumaat je terus singgah CC jap he3
nak update blog katanya...

untuk entri edisi jumaat kali ini...
aku akan bercerita tentang apa yang aku lihat semasa aku odw ke masjid tadi....
alkisahnya begini...
jika entri pertama edisi jumaat aku membawa anda semua ke satu cerita org buta ke masjid...
dan dengan kuasa ALLAH yang maha ESA....maka semasa aku pergi ke masjid tadi...aku ternampak seorang insan yang buta matanya...di pimpin oleh saudaranya ke masjid...ehmmm...aku terfikir sejenak...walaupun dalam keadaan buta mata...namun dia tetap gigih untuk pergi ke masjid....dan aku berfikir....mengapa insan2 yang sempurna fizikal dan akalnya...sukar sangat untuk datang ke masjid...apatah lagi untuk semayang jumaat yang sekali dalam seminggu....sekadar untuk renungan bersama...

ingatlah...
ALLAH memberi kita apa yang dia rasakan terbaik untuk kita...
namun kita tidak pernah bersyukur dan menggunakannya untuk ke jalanNYA...

marilah kita sama2 berfikir sejenak...
sejauh mana mata kita yang celik ini...
kita gunakan untuk beribadat?

sedangkan yang buta itu...
tahu untuk cuba 'melihat' masjid dan beribadat kepadaNYA...
apatah lagi kita yang celik lagi mampu untuk melihat masjid yang ada...
kekadang kita melihat masjid...
dan tahu telah masuknya waktu sembahyang...
namun kita sentiasa 'membutakan mata' dan tidak mahu utk singgah dan sembahyang di masjid...

renung2kan...
selamat beramal~


p/s: sentap dgn entri sendiri hu3
owh ya...mungkin aku akan kembali ke UMP...
lambat sikit...(makluman utk debater ump)
atas hal yg tak dapat di elakkan...he3




click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Monday, November 10, 2008

pengakhiran sem 1 tahun 2...

assalamualaikum kepada semua...
hari ini secara rasminya aku telah pun tamat menjalani pembelajaran sem 1 tahun 2....
dan tadi aku telah selesai menjawab paper killer iaitu theory of structure...

mcm biasa la...memang susah giler...aku jawab apa yang aku termampu jek...
aku pasrah kalau kena repeat pun....
nak buat macam mana...kalau dah takdirnya...
tapi aku harap aku lulus la ek...
so boleh la aku meneruskan study aku tanpa ada tersekat2..
yer la...2 paper tue tak leh amik sem depan...klu tak lulus paper theory of structure nie...
tue tak campur lak paper fluid aku yang suam2 kuku je aku jawab tempoh hari...kalau dua2 paper nie tak lulus...alamatnya 3 paper la aku tak leh amik sem depan...mati la aku...khua3

ptg nie aku nak balik puchong...
jumpa family aku...
terasa rindu dgn mereka...
tapi aku balik juz sampai 14 nov nie...
sebab aku ada latihan debat...
royal debate kan dah nak dekat...
so kena la berlatih...
dan bln 12 nie pun aku akan berada di bumi UMP lagi...
sebab aku adalah salah seorang team produksi teater ump kali ini...
aku dapat bahagian publisiti dan tugas2 khas...mati la...sentap gak dapat bahagian nie...dah la aq 2 orang je untuk bahagian publisiti...dgn seorg bdk pompuan..tak kenal pun hu3...

ok lah aku dah nak naik bus dah nie...
dah pukul 4.15..bus aku kul 5 p.m...

ok semua...
sampai jumpa lagi...
owh ya...
selama aku balik rumah...
tak kan ada entri baru tau...
so tunggu la 14 nov...


p/s: selamat bercuti bt semua bdk2 ump






click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Sunday, November 9, 2008

apy bufday mdm mala~




p/s: mdm mala...
adakah kepropaan akan semakin bertambah..
dengan meningkatnya usia mdm? he3





click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Saturday, November 8, 2008

lepaskan aku dari kelam~



lepaskan aku dari kelam...

sudah jelek dan bosan...
terpenjara dalam kejahilan...
kegelapan yang tiada sirna....


lepaskan aku bersama sayapku...

agar bisa ku terbang...

bebas tanpa batasan...
melihat dunia...
mencari ketenangan yang abadi
dan hakiki~







click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Friday, November 7, 2008

padamu ku bersujud~

assalamualaikum...
salam sejahtera kepada semua yang membaca...
semoga hidup anda sentiasa di rahmati dan di murahkan rezeki....amin...

sebagaimana yg kita tahu...hari nie hari jumaat...hari penghulu segala hari....maka, di hari jumaat ini juga...bermualanya hari ini...aku akan membuat satu entri khas untuk hari jumaat...kiranya akan ada entri yang aku post tiap2 jumaat untuk kita merenung bersama...dan memuhasabahkan diri kita...untuk menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah...

maka untuk entri edisi pertama aku...ada 2 perkara yang aku ingin anda renungkan dan hayati...pertama sebuah cerita dan kedua lirik lagu...


Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab "Aku adalah syaitan."Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu." Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal... . ~wallahualam~


dan hayati lirik lagu ini bersama lagunya....he3






~Afghan - PadaMu Ku Bersujud~

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni ku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
PadaMu.....


p/s: terkadang manusia tersedar
namun masih tidak mahu kembali padaNYA~






click HERE to view my recent rank and do vote for me k!

Thursday, November 6, 2008

paper fluid suam2 kuku~

assalamualaikum...
hye semua...
hari nie adalah paper ke dua aku...
iaitu fluid mechanics...

sebelum exam tue memang aku dah bt persediaan yang baiklah...
soalan2 past year pun aku dah buat...

so...
time kat dalam exam tue...
time tgk soalan exam...
aku terkedu...
sebab soalan dia pelik sikit...
macam susah jek..hu3
time tue aku tenangkan hati...
sebab nak positifkan diri...
supaya boleh buat..hu3

so...aku pun cuba untuk menjawab soalan yang ada...
5 soalan semua dalam masa 3 jam...
jawab punya jawab...
tersangkut...
sebab tak tau nak buat...khua3
nak nangis jek...
tengok budak2 lain kat dlm dewan tue pun...
semua buat muka...ada yg gigih menjawab..ada yang tengah mengalamun mcm aku...he3
dan yang paling kelakar...
sebab tak tau nak buat...
bdk2 nie asyik2 bergilir2 ke toilet...
aku pun tak faham...
aku jawablah semua soalan...
ada yang boleh aku selesaikan ada yang separuh jek...
tapi tu pun belum tau lagi betul ke tak...
tak yakinlah...hu3
jeles jek aku tgk bdk cina jwb soalan...
gigih hingga mini2 terakhir...
aku 30min b4 hbis tue dah menyemak soalan dah...
sebab aku tak tau dah nak bt pe...he3

terasa lama sangat 3 jam kalau kita tak tau nak jawab..
klu tahu aku rasa memang tak cukup la kan...
aku malas nak keluar awal...
sebab mana tau tgh2 mengalamun tetiba dpt idea kan...he3
sape tahu...

so selesailah sudah paper aku yang kedua...
respons budak2 nie pun kata susah paper fluid nie...
so kiranya bukan aku seorang jek la yang tak leh jawab...
ramai lagi yg mcm aku...

yang paling aku sedih...
balik2 jek bilik...
aku terus cek cary mark aku...
tgk2...hu3 sedih giler...
rendah nak mati...
aku terus down beberapa minit...
adakah aku akan merasa paper 'repeat' hu3...
tak nakkkkkkkk...
bertafakur dan menilai diri sekejap~

ehmm...aku terus pg makan tengah hari tue..
bersama mdm mala,tito,daoz,azim dan abg faiz...
lepas tue hilang lah segala tekanan dan perasaan...
aku pasrah...
lagi pun keputusan belum keluar lagi...
lagi pun aku kena positifkan diri...
sebab isnin nie paper last aku lak...
kena study betul2....
subjek theory of structure.....
wish me luck k...


p/s: tue la akibatnya kalau
tak buat test betul2...
bt terbaik final pun tak guna rasanya hu3


Wednesday, November 5, 2008

tahniah obama!!!


obama atas yang mendapat 349 undian(perwakilan) 56 (senat)
bawah McCain yg terpaksa akur dgn keputusan- 163 undian (perwakilan) 40 (senat)


assalamualaikum~
dalam kesibukan tengah study esok nak exam...
aku sempat lagi mengupdate blog nie...he3
bukannya apa...
nak tau keputusan pilihanraya presiden AS...
tu yg gigih rehat kejap sambil update blog nie he3

tahniah kepada obama...
kerana berjaya menjadi presiden amerika yang ke-44...
dan menjadi warga kulit hitam yang berasal dari afrika yang pertama menjadi perdana menteri amerika...
aku sebenarnya amat kagum dengan peribadi beliau...dan sebab itu aku yakin kemenangan pasti menjadi milik beliau....

dan apa yang pasti...beban berat harus di pikul oleh obama....terutamanya krisis ekonomi yang melanda amerika pada hari ini yang turut menjejaskan ekonomi dunia....
selain itu, isu2 peperangan terutamanya isu perang di iraq,palestin.afghanistan dan iran pastinya warga dunia menuntut akan ada perubahan yang di bawa oleh beliau untuk mengatasi krisis ini...



dan aku berharap beliau dapat membawa perubahan yang besar kepada dunia...kerana kita tahu amerika memainkan peranan besar dalam dunia pada hari ini...jika bagus pemimpinnya maka baguslah 'atmosfera' dunia kita pada hari ini...tak seperti apa yang telah di lakukan oleh bush...yang mana kekejaman hanyalah ada dalam hati dia...



apa yang tertarik apabila pak lah memberi komen ke atas kemenangan obama ini...

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan turut melahirkan pemimpin negara tanpa mengira kaum seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Abdullah berkata ia boleh terjadi di mana-mana sahaja.

“Ia bergantung kepada rakyat yang akan menentukannya. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat bukan ditentukan oleh Washington atau mana-mana kumpulan tetapi ditentukan rakyat Amerika sendiri dengan membuat pemilihan mengikut proses demokrasi dan amalan pemilihan yang telah wujud di Amerika dengan begitu lama,” katanya.


apa yang menarik perhatian aku ialah...apabila kita melihat sistem pemilihan presiden di amerika yang aku kira sangat unik dan adil...kerana presiden di pilih oleh rakyat dan bukannya parti2 or kumpulan2 yang mana mementingkan diri dan kroni2 sendiri...dan pastinya tiadalah kes2 rasuah untuk meraih undi supaya menjadi presiden or PM...

inilah suasana politik di malaysia yang aku kira 'kurang bersih' dari segi pemilihan calon2nya mahupun semasa pilihanraya...nama je negara berdemokrasi tapi hakikatnya...? dan pastinya tiadalah isu2 menyuruh untuk turun 'takhtah' cepat walaupun masih belum puas...hu3

ehmmm...apa2 je lah...semoga obama dapat menjadi seorang pemimpin amerika yang terbaik dan berguna kepada rakyatnya dan juga warga dunia pada hari ini...

selamat menjalankan tugas~

tak bisa memiliki~

Samsons ~ Tak Bisa Memiliki:

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Dirimu seumur hidupku 3x


p/s; lagu untuk dia~
ku harap dia mendengar...


Tuesday, November 4, 2008

cerai???


assalamualaikum semua~

semoga hidup anda semua sentiasa di rahmatiNYA...dan hari ini lebih baik dari hari semalam.... pastinya ramai di antara kita terutamanya pelajar2 universiti pada saat dan ketika ini tengah berperang untuk menghadapi peperiksaan....semoga berjaya aku ucapkan...

maka di kesempatan ruang ini aku menulis entri ini..di saat ada ruang dan waktu yang senggang...he3 semuanya untuk bacaan anda semua yang sudi utk datang selalu ke blog alif bata duniaku ini...


cerai? apakah sebenarnya isi entri aku kali ini...umum semua sudah ketahui...isu tangkap khalwat seorang pelakon yang bernama NORMAN HAKIM...suami kepada ABBY ABADI...di mana norman di tangkap khalwat di pejabatnya bersam seorang pelakon baru yang di kenali sebagai memey...(tak pasal2 publisiti murahan hu3)

aku agak sedih melihat cerita mereka...walaupun kedua2 mereka adalah pelakon...tak sangka cerita kehidupan mereka pun seperti sebuah 'drama'...memang itulah kehidupan sebenarnya...ibarat ada sebuah skrip yang perlu untuk kita lalui dan hadapi dengan tabah...


isu perceraian mereka sebenarnya sudah kali ke dua berlaku termasuk yang terbaru ini...di mana sebelum ini juga mereka pernah bercerai sekejap dan kemudian rujuk kembali...hal itu di sebabkan kononnya wujud org ketiga yang menggangu hubungan mereka...

dan tentunya...hati mana yang takkan terguris dan terluka saat mengetahui suami sendiri di tangkap khalwat dengan wanita lain saat si isteri tengah menjaga anak di rumah yang baru lahir...sudah pastinya ianya menduga kesabaran seorang isteri...


dengan itu abby abadi tekad untuk menuntut cerai di mahkamah...tapi malangnya sebanyak 2 kali tuntutan beliau tidak diluluskan akibat dokumen2 penting yang tidak lengkap....



persoalan di sini...mengapa harus menjadikan perceraian sebagai satu jalan penyelesaian utama untuk kita menyelesaikan masalah ini? tidak adakah jalan yang sebaiknya untuk mereka menyelesaikan masalah ini... inilah masalahnya jika tiada kepercayaan antara satu sama lain di dalam hubungan yang boleh menyebabkan sesebuah hubungan itu retak...

walaupun aku bercakap bukan atas dasar pengalaman...namun kita bercakap atas dasar mata yang melihat setiap yang berlaku....
mengapa kita harus bertindak mengikut emosi...sedangkan kita mampu untuk menyelidiki apa sebenarnya yang berlaku di sebalik semuanya...mengapa manusia begitu cepat menghukum sesebuah kesalahan itu sedangkan kesahihan belum pasti di depan mata...

dunia pada hari bagi aku tersangat kejam...macam2 yang org lain buat yang boleh membuat hidup kita hancur...org2 yang dengki melihat kebahagiann seseorang pastinya akan sentiasa melakukan apa saja untuk melihat kita jatuh dan tersungkur...itulah manusia yang hidupnya tiada kehidupan yang betul2 bahagia...


bagi aku...aku tersangat bahagia melihat pasangan berdua ini...sebab mereka sangat sweet couple bagi aku...namun tak semua yang kita lihat di depan mata itu adalah menggambarkan apa yang di dalam hati mereka...kadang2 kita tengok seseorang itu gembira je 24 jam...tapi kita tak pernah cuba merasa apa yang tersirat di hati mereka...


inilah kehidupan...kita tak kan boleh untuk meramal apa yang bakal terjadi....apa sebenarnya yang berlaku...sebab itulah bila dalam keadaan begini...ALLAH memberi peluang kepada kita untuk memilih dan menyelesaikan sendiri...ke mana haluan dan kemahuan kita yang kita rasa terbaik...namun terkadang kita juga tersalah untuk memilih haluan dan tujuan kita...dan dari situ bermulalah episod kehidupan yang bakal mengajar kita...erti sebuah kehidupan...dan pastinya kekesalan pasti akan menghantui diri mengapa kita memilih itu dan ini...dan takdir pasti menjadi pesalah dalam situasi ini....sedangkan jalan kita...kita sendiri yang membuatnya....


cerai bagi aku bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik dalam sesebuah hubungan yang di landa badai....masih banyak lagi jalan yang boleh untuk kita ambil....agar ianya terbaik untuk kita...kita ada agama yang mengajar kita untuk bersabar...sedangkan ALLAH sendiri membenci akan perceraian....maka ambil ia sebagai pegangan untuk kita menghadapi situasi ini....


ingat kembali permulaan antara kita dan pasangan kita....adakah kita memulakan dengan suatu yang tidak baik?...sudah pastinya kita memulakan sesuatu hubungan itu dengan kenangan2 terindah dalam hidup kita...jangan biarkan kenangan2 itu hanya terkubur begitu saja...ambil ia sebagai pedoman dan ingatan dalam hidup tatkala kita bermuram dan bersedih...pastinya akan lahir satu rasa kesejukan dalam diri kita...

yakinlah pada diri yang hidup ini ada jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melakukan perceraian...bak kata pepatah carik2 bulu ayam akhirnya tercantum jua...(walaupun peribahasa ini tiada kaitan he3) sesungguhnya setiap masalah itu pasti akan ada jalan untuk kita lalui dan menemui destinasi yang kita cari....


buat pasangan ini....(macamlah dorang bc jek blog aku nie)...utamakan anak anda kerana itu adalah tanda cinta anda berdua...mereka memerlukan kasih dan sayang anda...anggaplah semua ini sebagai suatu dugaan daripadaNya...


mungkin aku tidak mengetahui cerita sebaliknya....kita hanya mampu untuk memberi pendapat dan pandangan sebagai hambaNYA yang lemah....


sekian nasihat dari "pakar cinta yang berangan"....


p/s: over jek aku tulis pasal benda nie hu3
kalah pakar2 kaunseling kat luar tue hahaha


paper soil ok...

alhamdulillah...
paper aku hari nie iaitu soil & geology...
berkat usaha aku study soalan past year...
maka mampu untuk menjawab soalan exam aku hari nie...
ok lah...
tapi sedih gak sebab ada silap sikit2...hu3
tapi apa yang penting...
satu paper sudah selesai...
maka ada 2 paper lagi aku harus study...
fluid n tos...hu3
wish me luck k...


p/s: sejuk giler dewan exam td...
nak beku aku di buatnya hu3


Monday, November 3, 2008

tahniah najib!!!



aku hanya mahu mengucapkan tahniah kepada timbalan perdana menteri iaitu dato seri najib kerana telah berjaya menang tanpa bertanding untuk merebut kerusi presiden UMNO....tiada kata yang mampu aku ucapkan...semoga memikul tanggungjawab sebagai presiden dan juga bakal perdana menteri malaysia yang ke-6....

semoga menjadi pemimpin yang di hormati dan di sanjungi dan bukannya di kenang untuk di keji sampai mati....

tahniah sekali lagi~


p/s:ehmm..adakah muhyidin pun
menang tanpa bertanding gak?


hamilton juara termuda F1....



TAHNIAH....
itu kata yang aku mampu ucapkan kepada juara termuda dalam sejarah F1...apabila berjaya menamatkan perlumbaan d pusingan akhir di brazil pada pagi tadi....

seperti yang aku duga....pastinya kemenangan milik kepada pemandu muda ini walaupun beliau bermula pada petak ke-4....

walaupun massa berjaya meraih juara dalam perlumbaan semalam dan hamilton hanya berjaya berada pada petak ke-5...namun hamilton hanya perlu berada pada kedudukan ranking ke-5 dalam perlumbaan itu untuk mengutip markah dan secara langsung meletakkan dirinya juara kesuluruhan F1...hamilton berjaya mengutip mata sebanyak 98 mata di mana lebih 1 mata berbanding massa....

pastinya suatu yang manis buat jejaka berkulit hitam ini apabila secara langsung membuat sejarah dalam perlumbaan F1 apabila berjaya menjadi perlumba F1 termuda dengan merangkul juara keseluruhan F1 pada umur 23 tahun setelah rekod termuda sebelum ini di pegang oleh alonso pada tahun 2005 aiitu 24tahun dan menjadi pemandu F1 berkulit hitam yang memenangi kejuaraan ini...

aku turut mengagumi peribadi beliau...di mana dari sebuah keluarga yang miskin yang tinggal di estet dan di pimpin oleh bapa beliau iaitu anthony hamilton...dari go-kart kepada F1....selama 16 tahun hamilton berkecimpung dalam dunia perlumbaan ini dan akhirnya...membuahkan hasil....

tahniah aku ucapkan kepada lewis hamilton..juara baru F1 2008...


p/s: bila la pulak anak malaysia
menjadi juara F1 hu3

Sunday, November 2, 2008

angkuh...

mengapa kau terlalu angkuh...
teganya kau berlaku begitu...

sedangkan kau lupa
mana darah kau tumpahkan...
mana tempat kau membesar...
mana tempat kau menumpang kasih dan sayang...

mana tempat kau menagih secebis nasi cuma...


mudahnya kau lupa...

pada tanah yang berbakti...

pada mentari yang menyinar...
pada hujan yang menyubur...

pada laut yang memberi sejuta harapan...

kau terus angkuh...
dalam mencari kehidupan dunia yang teramat palsu...

dalam mencari kedudukan dan pangkat...
kau terus angkuh...
dan terus angkuh...

mengejar duniawi yang pinjaman cuma...

akhirnya...

pasti hancur jua...


apa sebenarnya yang membuat kau begitu...
sedangkan kau tahu...
siapa kau sebenar...
dulu kau teramat tunduk...

tunduk padaNya...
namun bila segalanya menjadi milikmu...
kau lupa...
lupa untuk berterima kasih...
walau sekali menyebut namaNya...

apa yang kau dapat jika kau terus angkuh
di bumiNYA...
semuanya hanya cereka...

yang akhirnya ada penghujungnya...

apa yang kau cari pada
bumiNYA?
sedangkan kau tahu...
apa tujuanmu sebenarnya~

p/s: haruskah kita terus angkuh???
god luck tuk pelaJar UMP
yg mula exam sok...he3



Saturday, November 1, 2008

bebas + hilang + tamat tempoh...

assalamualaikum semua...

salam bulan zulkaedah kepada semua...
pastinya ada di antara sanak saudara kita yang sekarang ini bersiap sedia untuk menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji...selamat mengunjungi tanah suci aku ucapkan...semoga haji yang di tunaikan di terima olehNYA...amin...

baiklah....seperti yang aku janjikan bahawa aku tidak akan mengupdate blog aku semasa minggu study week...namun di sebabkan tangan aku terlalu gatal untuk menulis maka aku pun dengan rela hati mengambil sedikit masa dan ruang yang ada untuk mengupdate blog aku nie...

sebenarnya apa yang menyebabkan aku tertarik untuk mengupdate blog dan melanggar 'perjanjian' aku adalah di sebabkan oleh isu-isu semasa kebelakangan ini yang menarik perhatian aku....


razak baginda bebas

inilah isu utama yang menyebabkan aku tertarik untuk mengupdate blog aku...saat dan ketika aku membaca berita yang razak di bebaskan...membuatkan aku terfikir...apa yang menyebabkan keputusan hakim membebaskan razak baginda ini yang mana tertuduh bersubahat di dalam membunuh altantuya sharibu....

maka,aku tidak mudah melatak untuk menuduh itu dan ini...aku fahami apa sebenarnya yang menyebabkan razak baginda di bebaskan...

sebabnya cukup mudah...apabila hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin menjelaskan kepada media bahwa razak baginda di bebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

wah...cukup mudah mengatakan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting itu...apakah elemen penting itu? tidak di perjelaskan dengan perinci kepada masyarakat...

tapi tidak mengapa....yang menjadi persoalan ialah...ada mulut2 jahat mengatakan bahawa isu membebaskan razak baginda ini ada kaitan dengan politik....ehmmm...sangat menarik...apakah yang di maksudkan dengan politik? saya rasa semua pun sudah fahamkan...mengapa pada saat ini setelah 22 bulan razak baginda di bicarakan...baru sekarang di lepaskan....tak perlu untuk aku berkata lebih...aku tak nak di panggil ke mahkamah pulak utk di soal siasat atas apa yang aku tulis di sini...hu3

dan pastinya...isu ini akan di persoalkan oleh rakyat mongolia yang merasakan sistem undang2 di malaysia macam tak berapa bagus...kerana tidak nampak keadilan di sebalik kesemuanya....sudah pasti negara2 lain yang turut mengikut perbicaraan ini akan ter'sentap' dengan keputusan ini...

namun apa yang kita mampu untuk lakukan...jika tertuduh tidak dapat di tuduh...maka hukum dan undang2 alam mengatakan ianya tidak bersalah...itu yang harus kita akui...sabar je lah...

manakala nasib dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, di minta oleh hakim membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

dengar cerita gak...Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi. itu pun kalau dapatlah kan...balasubramaniam pun nak kena panggil...tapi malangnya tak tau dia menghilang ke mana kan...dah kena bom gak kot..hu3
7 pelajar australia lesap

ini lagi satu isu yang aku rasa sangat bodoh dan menyusahkan...7 orang pelajar malaysia yang belajar di australia di dapati telah hilang....

bagi aku tersangatlah bodoh budak2 nie boleh hilang....dan kesemuanya adalah wanita...dan teramatlah sayang pelajar2 yang pandai ini di hantar ke oversea untuk menuntut ilmu tetapi boleh melakukan sesuatu yang di luar apa yang sepatutnya mereka lakukan...

inikah yang di katakan pelajar2 cemerlang? susah payah je kerajaan bagi biasiswa tapi tak menggunakan dengan baik....sian kat pelajar malaysia yang duk study kat ipta..terpaksa berhutang dgn ptptn utk sambung study...hu3

dan yang paling kasihan...mak bapak budak2 nie...sudah pastinya akan risau akan keadaan anak mereka kan....

dorang boleh pulak pergi ketempat lain...ikut kawan la..buat aktiviti entah apa2 lagi...nak bunuh diri lah...sedangkan tugas utama mereka hanya perlu untuk menuntut ilmu di negara orang...

ehmmm...aku pun malas nak cakap...nie lah bila dah terlalu pandai...tue yang buat benda ntah apa2 tue...hu3

balik la ke pangkal jalan....

30,000 rakyat malaysia tinggal tamat tempoh di uk

wah...sentap gak aku bila baca isu nie....nie kes macam memang dah tak kenal negara sendiri....nak jadi warga uk kot...

suka ati korang la...mungkin kat UK tue boleh kumpul hartakan...tue yang duk kat sana sampai tamat tempoh tue...hu3

untuk memudahkan rakyat malaysia ini balik ke malaysia....UK memberikan insentif tiket penerbangan sehala percuma untuk menggalakkan rakyat Malaysia pulang dalam tempoh Julai hingga Disember ini.

ini di sebabkan pihak UK nak buat pembaharuan kat visa dorang kot...tue yang dorang suruh org2 malaysia nie balik...

baliklah ke tempat asalmu...sanak saudara sentiasa menanti...apatah lagi negara kita ni memerlukan orang2 yang berintelektual kan...hu3


p/s: inilah ragam dunia...
tak faham...hu3
senyum palsu pada dunia~


Tuesday, October 28, 2008

good luck final exam!!!


di kesempatan ini aku ingin mengucapkan good luck utk semua rakan2 yang berada di UMP terutamanya...dan juga rakan2 yg aku sayangi di mana saja anda belajar....

semoga dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya...ingatlah...usaha + doa = kejayaan.....pegang formula itu dalam hidup...dan pasti kejayaan akan ada di samping anda...dan terus di genggaman anda...

dan sepanjang minggu study week ini juga...tidak akan ada entri baru yang akan aku post ke dalam blog ini....

tapi...anda semua masih boleh mengetahui cerita2 alif ba ta duniaku melalui blog extended aku yang baru aku buat...yang ramai tidak tahu...he3

dengan ini aku istiharkan (poyo jek....)...silalah melawat blog extended aku iaitu DI SEBALIK LAM ALIF DUNIAKU.....

ok la...sampai sini saje....sampai jumpa lagi semua....

salam syg dr jumain....

p/s: banyaknya nak study hu3
doakan aku berjaya k...


Monday, October 27, 2008

dinner kebudayaan 2008

assalamualaikum....

pada hari sabtu yang lepas....bersamaan 25 november 2008 telah di adakan anual gran meeting/ dinner kebudayaan 2008...yang di adakan di HOTEL VISTANA....

di sebabkan jari aku yang terlalu malas nak menulis...maka aku hanya mampu utk berkongsi gambar2 yg sempat aku edit...he3


inilah barisan mantan dan MT baru...
gambar atas...barisan MT 07/08
gambar bawah...barisan MT 08/09
tahniah aku ucapkan k....

mereka2 yang berangan diva malam tue ha3



lagi gambar berangan~....ha3
gambar kat tepi aku n tito...
gambar 2 lagi tu la gambar2 mereka2 yg tak tau malu he3


suasana sekitar dinner....meriahkan...


aku bersama wanita2 yang mmg DIVA n MELETOP mlm tue ha3



persembahan malam tue...
persembahan dari orchestra...
dan juga MT 07/08...
tersentuh kejap perasaan time MT 07/08 bt persembahan dorang hu3


inilah dia KING N QUEEN mlm tue...he3
mcm queen je dua2 he3 (sory khalis gurau jek)
memang meletop la pakaian dorg mlm tue...
lain dari yg lain...he3
gambar dua lagi tu my GF he3
kak yunika yg berbaju hitam...
n yuyun yg kat ats tue....
comel jek kan dorg...he3


gambar2 yg sempat aku masukkan....
banyak sebenarnya...
tapi ini je la yg dpt aku kongsi utk orang semua....

secara keseluruhannya...dinner malam tue memang best la...dengan tema hitam.putih n ungu....dengn makanan yang best sesuai la byr mahal2 kan...he3

apa2 pun aku nak ucapkan tahniah pada MT yg baru...dan tahniah gak kepada MT lama sebab telah berjaya sedikit sebanyak membawa perubahan kepada kelab kebudayaan ini...

semoga kelab kebudayaan akn terus maju di masa depan...he3


p/s: pergi gak aku walaupun pada awalnya...
malas jek nak pergi dinner nie...he3


click HERE to view my recent rank and do vote for me k!


Popular Posts

Popular Posts since May 2010