Tuesday, January 1, 2008

apy new year 2008




hari berlalu begitu pantas....hingga kadang2 kita terleka dek kepantasan masa yg tidak pernah mengenal erti menunggu....manusia semtiasa terleka dek dunia yg begitu indah bg kita sehinggakan kita tidak sedar telah jauh di bawah arus masa yg semakin hari semakin deras membawa kita pergi jauh.....benar kata pepatah melayu...masa itu emas....amat tepat sekali....

kadang2 kita merasakan baru semalam kita melalui peristiwa itu....walhal sebenarnya peristiwa itu telah bertahun2 lamanya kita melaluinya....inilah lumrah manusia...yg mnyebabkan kita tidak sedar...hari demi hari...kita semakin hampir dengan pengakhir cerita hidup kita...untuk kita lakon kan di pentas dunia ini....kerana kita harus sedar dunia ini hanya sementara cuma.....hanya pinjaman semata2....

dan hari ini...selasa...pada tarikh ini...1 januari 2008....tanpa kita sedari kita kini harus menerima hakikat...bahwa kita sekarang berada pada tahun 2008....sebuah tahun baru dalam kalander umum....setiap manusia akan meningkat usianya...dan pada hari ini juga...kita membuka episod cerita baru dalam hidup kita....setelah kita telah menghabiskan episod suka dan duka 2007...yg br semalam kita tinggalkan.....mungkin ada azam 2007 yg kesampaian....mungkin juga ada yg belum mencapai matlamat yg kita inginkan....tetapi hidup ini harus di teruskan...walaupun ianya manis ataupun pahit utk kita telan...kerana azam 2008 pula harus kita capaikan...agar ianya menjadi suatu kenyataan...

mungkin ada rakan2 dan juga family ku bertanya...apa azam baru 2008....aku seperti tak tahu apa yang aku harus jawab pertanyaan itu....kerana bagi diriku....setiap hari aku ada azam untuk diriku ini.....untuk aku tingkatkan prestasi diri ini...agar ianya lebih baik dari apa yg telah aku lalui semalam....kerana apa aku berkata demikian...kerana diri ini seorang yang penuh dengan pelbagai cita2 seperti mat jenin...minda ini terlalu suka berangan2...untuk mengecapi apa yg di impikan....mungkin azam utama pada tahun 2008 ini ingin menjadi seorang insan yang lebih matang...agar sentiasa di senangi oleh orang sekeliling ku ini...dan sebab itulah aku memilih 1 januari ini utk aku memulakan alif ba ta duniaku ini....

dan untuk pengakhir dalam entri ini....diri ini ingin mengucapkan selamat tahun baru untuk semua yang membaca alif ba ta duniaku....semoga tahun 2008 ini memberi seribu erti kepada kita semua....

salam tahun baru...ikhlas dari insan bernama MHD.JUMAIN BIN MAPPLATI

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010