Sunday, January 6, 2008

filem anak halal




filem anak halal adalah filem terakhir yang ditayang pada tahun 2007.....filem nie aku tengok time keluar dengan abang raja kat times square...time tu abg raja ponteng....tak pergi kerja....he3 sowie abg raja...terkecoh pulak....he3


tapi filem nie kalau aku bagi 5 bintang la dari 5....coz what aku bg 5 bintang....sebab jalan cerita filem ni yang cukup2 menarik dan yang paling penting mesej yang cuba di sampaikan oleh pengarah filem ini iaitu osman ali....time tengok filem ni kat pawagam duduk 2 dari depan....sebab nak tengok sangat cerita nie aku xkesah pun duduk depan....ingatkan tak ramai orang yang tengok cerita ni...rupa2nya ramai jugak...hu3


osman ali memang pandai memilih pelakon untuk filem ni...sebab apa?sebab kesemua watak dalam cerita memang pandai membawa karekter mereka masing2...tapi yang peliknya...filem nie macam tak di tapis 100%....baca kat blog nie...


kisah benar


Menurut Osman Ali, isu-isu yang cuba diketengahkan dalam filem beliau kali ini berdasarkan realiti sungguhpun watak-watak di dalamnya dicipta.
Suggguhpun Osman tidak menafikan bahawa pembikinan filem ini banyak dipengaruhi oleh filem City of God, Osman memberi latar belakang budak-budak jalanan yang menghabiskan masa bersama rakan-rakan mereka di bawah jambatan dan di atap flat.
Kedua-dua filem ini memaparkan babak bapa yang terjebak dalam jenayah atas kesempitan hidup dan kedua-duanya membawa kesimpulan di mana undang-undang yang bermula dengan sistem di dalam Negara itu sendiri.
Tujuan beliau yang cuba mempamerkan gejala-gejala sebenar di ‘belakang kota’ adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
Mesej filem ini jelas bahawa dadah adalah satu perkara yang jangan didekati sama sekali.
Filem ini bermula dengan seorang lelaki bernama Hisham lakonan Rosyam Nor, seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam (Mislina Mustaffa), seorang perempuan gila.


Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan.
Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Indraputra (Putra) lakonan Farid Kamil (kiri) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya Johanna (Jo) lakonan Maya Karin seorang gadis lasak yang dalam diam menyukai Putra. Namun, kebahagiaan Putra bersama ibunya berakhir apabila dipisahkan oleh pihak berkuasa.
Putra kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putra dan Jo berpindah ke Kuala Lumput dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta manakala Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.
Erzan (Adi Putra) dan Amira Atikah (Fasha Sandha) pula antara sahabat rapat Putra dan Jo. Mereka terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menaggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham.
dialog dalam filem ini cukup ringan menyebabkan ianya lebih dekat kepada penonton...ini 1 kelebihan kepada filem ini....mesej utama dalam cerita ini ialah mengenai dadah yang telah mempengaharui anak2 muda remaja masa kini....sekurang2nya filem ini membuka mata rakyat malaysia situasi sebenar masalah dadah yang menjadi musuh utama remaja kini....
so...kalau ada masa tu tgk2 lah filem nie ek...promot lak...he3

1 pengkritk ceritera duniaku:

abang raja said...

Huhuhu...

Kantoikan abang..

Adoi!!

Popular Posts

Popular Posts since May 2010