syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih lagi diberi kesempatan utk bertemu di dalam tahun baru ini....semoga pada tahun ini ianya lebih banyak memberi barakah dan keberkatan kepada kita....
semoga pada hari ini dan hari2 seterusnya....kita sentiasa menghayati apakah sebenarnya di sebalik penghijrahan ini....semoga kita semua berubah daripada yang buruk kepada yang baik.....amin....
sedih jugaklah....bila awal muharam jek....mesti tak ramai umat islam berada kat masjid....utk mengimarahkan masjid sempena awal muharam nie....tapi bila sambutan tahun baru jek...ramai lah bertenggek kat dataran or kat klcc tu menonton konsert sambil mengira detik tahun baru....
ehm ni lah umat akhir zaman....nak buat macam mana kan....hu3
sepatutnya dalam hati kita nie....sentiasa lah hitung detik kita meninggalkan bumi yang fana ini walaupun tak tahu bilakan....sambil mengira berapa amal dan pahala yg tlah kita lakukan utk di jadikan bekalan di akhir sana....hu3
so sama2 lah kita menghayati lirik lagu ini....
Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x
p/s jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun.....
2 pengkritk ceritera duniaku:
haieiy rasanya,background kamu harus ditukar lah.gelap sgt,susah nak baca,
lah...gelap ke....ok...nnt aku try tukar k....
Post a Comment