Friday, February 29, 2008

fitnah SMS!!!

isu sms nie memang hangat.....macam2 org boleh lakukan dengan hanya menghantar sms....fitnah,sebarkan berita palsu,cerai,putus cinta,rasa sayang,menang hadiah wang tunai dan macam2 lagi...

hanya kerana sms......

ya...hanya kerana sms mampu untuk merubah apa yang ada...mampu untuk mempengaruhi orang lain...

kenapa aku cuba bangkitkan isu fitnah sms nie....begini ceritanya.....entri aq yg lpas aq berbicara ttg politik...so adalah seorang kawan aku ni...memberi komen tentang apa yang aku tulis....dia memberi satu url blog untuk aku lawati...kerana menurut beliau...blog tu memang menyakitkan hati....aku dengan rasa teruja pun membuka blog tersebut dengan rasa ingin tahu....

nak lawat blog tersebut...klik sini....

apa yang terkandung dalam blog tersebut...mari aku ringkaskan cerita....

It's a SMS about our current election that has been circulating around the mobile world. This is what it says: " Dear Msian Indian & Chinese these are the reasons why we should NEVER vote for BN:

99% of petronas stations owned by Malays
100% pertronas project contractors are Malays
95% Govt Servants in Putrajaya are Malays
95% Govt contracts are given to Malays
100% Govt Universities Vice Chancellors are Malays
100% Students sent to Japan and Korea under the "Look East Policy" are Malays
3 millions Indonesian became Msian citizen with Bumi status
600,000 Chinese & Indian Msians with Red IC are denied citizenship
0% churches/temples are built in housing estates
up to 12% interest rate paid by Govt is for ASN/ASB
96.5% Govt budget for Malay schools (MIC&MCA working for their allies only)

WE WANT EQUALITY
Pls send to 10 ppl "TIME TO CHANGE" Never think that your one vote can't do much.

itulah apa yang terkandung di dalam blog itu...bukan niat penulis itu untuk membawa apa yang beliau dapat dari sms....tapi untuk membicarakan...apa sebenarnya yang berlaku...

memang mengejutkan aku bila membaca comment2 yg di berikan oleh pelawat2 blog tersebut.....hinggakan kepala aku jadi pening memikirkannya...kerana aku seorang yang akan menilai sesuatu itu dalam2....hinggakan pada satu tahap aku tidak mampu untuk menilai mana yg benar dan mana yang salah.....sebab itu kadang2 aku berada di dalam dilema...confius....!!!

pelbagai comment yg di berikan...ada yg mempertahankan benda itu tidak benar...ada yg kata benda itu benar dan itulah realitinya.....

aku rasa sungguh sedih...bila melihat remaja malaysia kini begitu mudah menghukum tanpa mengkaji lebih dalam apa sebenarnya yang berlaku....ya....aku memang tidak nafikan....kerajaan malaysia selama 4 tahun nie bukan pada satu tahap yang membanggakan....ibarat apa yang berlaku ada perancangan untuk mengaburi mata rakyat....tapi bagi aku biarkan kerajaan dengan propaganda mereka....kerana bagi aku ianya masih banyak memberi manfaat kepada kita sehingga sekarang.....memang tidak di nafikan ada banyak kelemahan di sana sini yang telah menyusahkan rakyat contohnya isu kenaika harga barang.....tapi apa yang kita mampu buat....??? sebab pemimpin2 di bawah kepimpinan pak lah nie banyak yang tak betul...lagi pun politik ni memang tak lari dari menipu jika iman di dada tak kuat....

back to my main story....isu yang timbul dari sms ni ialah....apabila ketidakpuasan rakyat non-bumi terhadap kepimpinan kerajaan yang kebanyakannya memberi hak keistimewaan kepada orang melayu....memberi subsidi....kouta masuk IPTA....dan sebagainya....mengapa isu ini boleh timbul??? di sebabkan kita tidak pernah merasa yang hidup ini perlu ada toleransi antara kaum...bukan aku cuba untuk menyokong kaum melayu walaupun aku orang melayu sendiri...tetapi sedar ataupun tidak...semasa pembentukan malaysia daripada tanah melayu.....nenek2 moyang kita semua sudah sepakat untuk menyetujui bahawa hak2 keistimewaan orang melayu akan sentiasa di jaga dan akan di beri lebih manfaat....selain itu bahasa melayu sebagai bahasa rasmi manakala agama islam adalah agama rasmi tetapi diberi kelonggaran untuk menganut agama2 lain......persoalan di sini....siapa yang menyetujui perlembagaan itu semasa ia di bentuk? semua kaum bersetuju dengan apa yang di cadangkan....tiada yang membantah.....kecuali rakyat sabah dan sarawak yang menuntut agar hak mereka juga turut di jaga....dan kemasukan orang2 dari semenanjung perlu ada paspot ketika itu jika ingin masuk ke borneo..itu di setujui oleh semua....tiada bantahan....kerana apa yang di tuntut oleh orang2 borneo telah di kotakan....tetapi hak2 keistimewaan kaum2 lain juga turut di jaga.....ketika itu tak de pulak kaum2 lain selain sabah dan sarawak ini bangkit untuk menuntut apa2.....dan yang amat menyedihkan....kita mempersoalkan pada masa kini...dan isu keistimewaan orang melayu ini sentiasa di pertikaikan...apa semua ini....mungkin kerana bantuan yang di berikan oleh kerajaan kepada orang melayu ni terlalu banyak menyebabkan kaum2 major ni menuntut juga hak2 mereka....

pendapat akulah....rasa2 nya yang membuat kaum2 lain seperti india dan cina bangkit untuk menunjukkan ketidakpuasan mereka adalah kerana orang2 melayu pada masa kini terlalu bergantung kepada kerajaan sedangkan kaum cina dan india ini berusaha lebih untuk mencapai apa yang mereka inginkan....cuba kita berada di tempat mereka...sudah tentu kita juga akan merasa sebegitu.....memang tidak di nafikan...kerajaan malaysia terlalu banyak membantu orang2 melayu sehinggakan orang2 melayu ni sebenarnya satu bangsa yang lemah...dan akan terus lemah pada masa hadapan.....sebab apa aku berani untuk berkata sedemikian....lihatlah sekeliling....segala2nya di beri bantuan.....rumah,sekolah,subsidi,biasiswa,MARA, dan sebagainya...sehinggakan kadang2 kita terlupa kerajaan terlalu memanjakan orang melayu....menyebabkan kita di pandang rendah oleh kaum lain mahupun negara2 luar sana....kita lihat betapa susahnya kaum cina dan india untuk meneruskan persekolahan mereka....pendekkan cerita....kemasukan ke IPTA....kita lihat ramai di kalangan anak2 cina dan india di luar sana yang begitu cemerlang....tetapi seperti peluang mereka tersekat bila ingin memasuki MATRIKULASI ataupun UNIVERSITI TEMPATAN....kerana adanya kuota..yang menyekat mereka.....walaupun pada masa kini sistem meritokrasi di gunakan...sedar atau tidak sistem kuota tetap di gunakan secara halus....kadang2 aku sedih melihat anak2 cina dan india yang cemerlang ini tidak dapat memasuki MATRIKULASI terutamanya....kerana apa...untuk memasuki matrikulasi....kuota untuk mereka memang terhad....mereka mesti bersaing dengan pelajar2 cemerlang antara mereka...dan hanya pelajar2 yg begitu cemerlang sahaja yang layak untuk memasuki matrikulasi...yang tak dapat terpaksa melupakan hajat dan mahu atau pun tidak mereka terpaksa meneruskan pelajaran ke peringkat STPM....aku bukan untuk berpihak mana2 pihak tetapi kita menuju dalam pembinaan BANGSA MALAYSIA....

aku tidak malu untuk mengatakan orang2 melayu ini lemah....kerana bagi aku MELAYU MUDAH LUPA.....leka dengan apa yang kita miliki.....kita lupa jasa2 pemimpin sebelum ni....kita lupa yang kita berpijak di tanah melayu....tanah milik melayu....pertikaikan yang orang melayu ni juga bukan asal dari tanah semenanjung.....ya memang orang melayu ni berasal dari indonesia.....tetapi siapa yang meneroka...siapa yang begitu komitmen menuntut hak kemerdekaan.....? saya memberi contoh negara amerika...sedar atu tidak tanah amerika itu asalnya bukanlah hak milik orang2 kulit putih,...tetapi tanah milik orang2 RED INDIAN....yang di tipu dengan mudah untuk menyerahkan tanah mereka kepada orang kulit putih dan akhirnya....benua amerika hak milik kulit putih....itu sejarah amerika...sejarah dulu jika kita lihat...siapa yang menjejaki dahulu...dia punya tanah...hak milik mereka...masa dulu tak de lesen2 atau pun sijil milik tanah mahupun membeli tanah...semuanya free...apa yang penting ketika itu....siapa rajin menjelajah...dia akan dapat lebih...siapa yang malas...sorry to say....hiduplah dalam kemiskinan.......begitu juga dgn tanah melayu...siapa yang menerokai dan memperkembangkan sehingga menjadi satu tamadun yang antara berjaya pada zamam dulu....sehinggakan bahasa melayu di angkat menjadi bahasa lingua franca....(correct me if wrong)......mengapa perlu mempertikaikan hak2 yang ada....malaysia sentiasa menjaga hak2 setiap kaum....setidak2nya kita semua bertuah...hidup dalam satu rumpun.....aman dan sentosa....hanya kerana bangkit isu seperti ini kita mudah melatah....melatah tak tentu pasal....pentingkan diri sendiri.....kerajaan memberi hak merakyatan kepada yang layak....itu sudah cukup memadai...mengapa kita tidak boleh menjadi seperti awal2 kemerdekaan...tiada perbalahan....semakin maju...semakinlah kita berbalah...agaknya 50 tahun akan datang kalau bumi ni masih ada.....mungkin malaysia bukan malaysia lagi.....baru umur setahun jagung....dah nak berpecah....nampak sangatlah rakyat malysia tak boleh menjadi contoh kepada negara2 lain....negara yang mampu untuk hidup aman walaupun berbilang kaum...ini sejarah dunia...sebuah negara yang rakyat mampu untuk hidup selesa walaupun berbilang kaum...hebat memang hebat....

oleh itu, janganlah kita terlalu mengikut emosi....berfikirlah sebagai seorang rakyat yang berintelek. ingatlah...kemerdekaan yang kita miliki ini bukan satu kejayaan yang mudah. jangan biarkan ianya hapus dek kerana terlalu mengikut emosi dan kepentingan diri sendiri. bersyukur dengan apa yang kita ada. jadilah warga malaysia di bawah BANGSA MALAYSIA. agar rasa perbezaan kaum itu di kikis. bukan untuk menyebelahi pada sesiapa. aku bercakap atas dasar ANAK MERDEKA....yang mahu hidup dan mati atas nama MERDEKA. cukuplah hanya mereka yag terdahulu merasai jangan pula kita mengulanginya.

hormati kehendak setiap orang. hayati apa kemahuan orang. terima apa teguran orang, bersyukur dengan apa yang kita ada. berusaha sentiasa ddan jangan mengharapkan bantuan orang lain. yakin pada diri kita mampu untuk berdiri walau tanpa bantuan sesiapa. kejayaan kita ada pada tangan kita sendiri. kita yang mengcorakkannya. oleh itu, yakin pada diri. YAKIN YANG KITA BOLEH kerana MALAYSIA ITU BOLEH....

KITA ANAK MERDEKA...PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA.....!!!




0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010