Tuesday, March 4, 2008

1 juta milik ayu....!


persoalan semuanya sudah terjawab....

ramalan ramai kebanyakan wartawan menyatakan ayu bakal menjadi jutawan muda kini jadi kenyataan apabila jumaan lepas menunjukkan ayu berjaya membawa pulang rm 1juta setelah berjaya menepiskan saingan ayu iaitu shila....

dengan mendapat 64% undian berbanding shila melihatkan bahawa peminat hiburan malaysia pada masa kini telah pun berubah....pola undian kini tidak hanya memandang pada rupa semata2...tetapi bakat menjadi pilihan utama mengatasi segalanya.....ini terbukti apabila ayu...yang telah membuktikan rupa bukan segala2nya......bakat beliau di akui oleh peminat2 beliau dan juga pengundi2 yang tahu bakat hebat pada ayu yang harus di gilap....peminat kini bukanlah peminat yang buta pada seni...tapi pandai menilai mana intan dan yang mana kaca....satu arus perubahan yang begitu baik untuk industri hiburan malaysia pada tahun 2008 ini....

dan juara oiam2 kali ini menunjukkan muka baru dan bakat baru juga tetap menjadi pilihan peminat....bukan artis yang sudah bertapak dalam industri menjadi pilihan....kita dapat lihat sarah dan shila...tidak berjaya menjuarai oiam kali nie....sekali gus menguatkan lagi tafsiran masyarakat bahawa peminat hanya mahukan muka dan bakat baru...begitu juga apa yang berlaku keatas oiam1 apabila dayang,farah dan faizal tidak berjaya menjuarai oiam....tetapi juaranya adalah muka baru....yang masih hijau dalam industri hiburan malaysia....suki oiam1 dan ayu oiam2......kedua2nya wanita dan kedua2nya masih muda.....

bak kata orang rezeki ada di mana2 yang penting kita tahu untuk mencarinya...itulah apa yang terjadi ke atas anak jati sabah iaitu ayu yang dulunya hidup dalam kesusahan dengan hanya membantu keluarganya dengan menjual kuih kemudian beliau berhijrah ke semenanjung untuk mencari sesuap nasi dengan menyanyi.....dan akhirnya...kehidupan susah beliau mungkin akan berubah setelah bergelar juara dan menjadi jutawan muda!

ayu dan shila juga akan bergelar artis rakaman di bawah syarikat Monkey Bone Records. semoga album ayu akan cepat di hasilkan...tak seperti apa yang berlaku ke atas suki. faizal lebih popular berbanding suki. adakah ianya akan berulang kepada juara oiam2 ini. seperti yang kita ketahui, artis kelahiran sabah memang akan susah untuk kekal di dalam industri kerana wujudnya diskriminasi. lihatlah berapa ramai artis kelahiran sabah yang muncul di program realiti. semuanya mempunyai vocal yang bagus2 tetapi sayang seperti ada penghalang. hanya adam dan fiq sahaja yang berjaya kekal sehingga sekarang. yang lain terapung2. sekejap ada sekejap tiada. sedih memang sedih.!

semoga rezeki ayu akan terus kekal dan berjaya dalam industri seni. biar tiada rupa apa yang penting peribadi dan bakat kita itu elok di pandang dan di dengar oleh rakyat malaysia. bersiap sedia untuk menjadi seorang artis yang berjaya. ikhlaskan niat. ayu pasti berjaya!!!

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010