Wednesday, March 26, 2008

jika ianya sebuah cinta..

kata2 ini aku petik dari buletin frendster....abg lan yg post....ianya menarik perhatian aku...dan membuat aku berfikir...apa sebenarnya sebuah cinta itu......


jika ia sebuah cinta… ia tidak
mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak
menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik
namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang
dengan kata-kata namun sentiasa
menghampiri dengan hati.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap
dengan kata namun sentiasa hadir
dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya
berjanji.. namun sentiasa cuba
memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak
suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir
kerana permintaan namun hadir kerana
ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir
dengan kekayaan dan kebendaan… namun
hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010