Thursday, March 20, 2008

maulidur rasul 1429hijrah

12 rabiulawal 1429hijrah....

hari yang bersejarah dalam kalender umat islam seluruh dunia....

hari keputeraan nabi junjungan kita iaitu nabi MUHAMMAD S.A.W.....

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Oleh itu marilah kita sama2 menghayati maulidur rasul ini....agar hati2 kita sentiasa mengingati beliau yang telah banyak berkorban untuk umat akhir zaman ini.....semoga kita dapat mengambil ikhtibar dan pedoman dari apa yang telah beliau lakukan....amin....

sama2lah kita hayati bait lirik ini agar sedikit sebanyak kesedaran dalam diri kita akan tersedar bahawa kita ada nabi yang harus kita junjung dan sayangi....kerana akhirat sana dia pasti menunggu umatnya yang soleh dan juga soleha.....

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahkan hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
walau kami di caci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


p/s : terkenang semasa sekolah rendah masuk pertandingan nasyid nyanyi lagu ini....he3 bila dengar lg ni insaf pulak...hu3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010