Thursday, March 13, 2008

tahniah SPM 2007!!!

detik ini kembali lagi, sudah pasti akan ada di kalangan kita akan terimbau kenangan ketika detik-detik kita menunggu keputusan SPM....ianya adalah detik-detik yang begitu mendebarkan buat kita....kerana SPM adalah penentu masa depan kita...adakah mudah langkah kita atau payah untuk kita menjadi insan yang berjaya pada suatu hari.

tetapi saat-saat itu mungkin akan menjadi simpanan kenangan dalam kotak fikiran kita. mungkin ada manis dan juga pahitnya. walau apapun yang terjadi ketika itu kita telan dengan seadanya. itu adalah keputusan atas usaha kita yang bersungguh-sungguh (kalau bersungguh-sungguh la) selama 2 tahun belajar di tingkatan 4 dan 5. kita harus redha atas apa yang kita capai.

berbalik kepada keputusan SPM 2007. pasti ada di kalangan kita, sanak saudara kita menerima keputusan SPM semalam. aku juga tidak terlepas di dalam menanti keputusan SPM 2007. banyak pertanyaan yang bermain di benak fikiran ku. pertama sudah pasti la keputusan spm adik aku MOHD.SALMAN BIN MAPPLATI. aku risau dengan keputusan dia. dia bukanlah seorang yang rajin belajar seperti aku( poyo jek ). tapi aku nampak juga usaha dia di dalam menghadapi peperiksaan SPM yang lalu. benar kata orang usaha di saat akhir bukanlah suatu yang mudah dan sudah pasti hasilnya bukan seperti yang kita inginkan. aku juga antara golongan orang yang suka berusaha pada saat-saat akhir. adik aku ni mungkin tersedar dari lena dia pada saat-saat akhir. tetapi apa kan daya, aku tak mampu untuk membimbing dia. atas kerana masa dan ruang yang menghalang. dan hasilnya...keputusan yang tidak begitu baik...bagi aku lah. keputusannya di luar jangkaan aku. tapi nak buat macam mana sudah takdir yang tersurat. hanya apa yang aku mampu buat adalah mendoakan dia semoga mampu untuk meneruskan pelajaran dia ke peringkat yang lebih tinggi. itu adalah yang terpenting bagi aku. aku tak mahu dia jadi seperti remaja-remaja lain yang kurang pendidikan mereka setakat SPM...smasa kini pendidikan amat penting dalam hidup seharian....bukan seperti dulu-dulu....pendidikan amat susah...hanya mereka yang begitu cemerlang sahaja yang mampu untuk meneruskan pelajaran...sekarang pendidikan amat mudah untuk kita capai. apa yang penting keewangan yang stabil. berlambak kolej-kolej swasta di luar sana.

orang kata SPM lah penentu siapa kita di masa hadapan. memang betul. aku tidak nafikan, tetapi jika renung kembali.....kejayaan seseorang itu bukanlah terletak 100% pada keputusan SPM....kadang-kadang kita harus sedar.....rezeki seseorang itu kadang-kadang berbeza....kita tidak akan pernah mengetahui siapa kita pada masa depan...kita hanya mampu untuk merancang....dan apa yang kita rancang itu bukannya semua akan menjadi suatu yang realiti....kerana hidup ni bukan semua apa yang impikan akan menjadi realiti...itu yang kita harus sedar....mungkin ada di kalangan kita keputusan dia cemerlang ketika SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara..dan mungkin juga ada di kalangan kita keputusan SPM mereka tidak cemerlang...sekadar lulus ataupun ada subjek-subjek tertentu yang gagal....jika kita lihat dengan mata kasar sudah pasti la kita akan mengatakan pelajat yang melanjutkan pelajaran keluar negara ni akan berjaya suatu hari nanti dan mempunyai pekerjaan yang baik...manakala pelajar yang sekadar lulus ini ataupun ada subjek-subjek yang tidak lulus pasti akan kita katakan tidak berjaya pada suatu hari nanti dan kalau kerja pun sekadar cukup-cukup makan....itu semua hanya andaian kita semata-mata....apa yang kita harus sedar....takdir ada pada ALLAH...dia yang akan menentukan segalanya....kerana ALLAH ITU MAHA ADIL....dan seperti mana yang kita tahu hidup ini ibarat sebuah roda...kadang kita di atas dan kadang kita di bawah...inilah yang cuba untuk aku perjelaskan...di mana hidup ini bukan semua perkara kita akan sentiasa cemerlang...pasti ada suatu saat kita akan jatuh...kegagalan adalah suatu pengajaran yang terbaik untuk kita mengambil ikhtibar untuk memperbaiki diri kita pada masa depan....dan tidak semestinya orang yang malas belajar ini tidak akan menjadi seseorang pada masa depan....pasti ada jalan yang akan membawa kita ke jalan kejayaan....kegagalan bukan suatu perkara yang akan sentiasa menghantui kita tetapi kegagalan adalah suatu kemanisan dalam hidup yang mewarnai hidup kita....cuba anda bayangkan jika kita sentiasa cemerlang setipa perkara yang kita lakukan...sudah pasti kita juga akan merasakan hidup ini seperti tiada serinya...mungkin ada kelakarnya aku berkata sedemikian...sedar atau tidak...tiada sesiapa dii dunia ini yang hidupnya tiada istilah kegagalan....setiap orang pasti pernah bertemu dengan kata keramat ini iaitu KEGAGALAN....pada mereka yang sudah biasa bertemu kegagalan ini baginya ia bukan satu penghalang untuk dia berjaya...kerana itu adalah salah satu ujian di dalam kehidupan kita.....tanyakan pada semua orang yang telah berjaya pada masa kini.... BILL GATES, sudah pasti pernah bertemu dengan kegagalan, EDISON yang mencipta lampu eletrik mungkin sudah berkali-kali terkena renjatan elektrik....TAN SRI P.RAMLEE hanya insan biasa sebelum menceburi bidang seni....TUN DR MAHATHIR, pernah juga gagal dalam politik beliau....DONALD TRUMP sudah pasti pernah gagal dalam perniagaan beliau.....tetapi sebab apa mereka pada hari ini menjadi antara insan-insan yang berjaya dan pasti akan sentiasa di kenang pada masa-masa akan datang....mengapa mereka boleh jadi seperti apa yang mereka inginkan....hanya ada satu kata kuncinya.....mereka BERANI UNTUK GAGAL....seperti buku DARE TO FAIL oleh BILLY LIM......berani untuk bertemu dengan kegagalan kerana di sebali kegagalan itu sudah pasti akan ada sinar kejayaan untuk kita....seperti BILLY LIM....beliau berani untuk menyertai diri sebagai pilihan raya atas tiket BEBAS....walaupun dia sentiasa gagal meraih undi tetapi sehingga hari ini beliau masih lagi mencalonkan diri dalam pilihan raya ke-12.......kerana beliau berani menghadapi kegagalan....beliau percaya pada diri beliau...pasti akan ada kejayaan lain yang akan menimpa dirinya...

cukup untuk aku menulis tentang kegagalan...kerana bagi aku kegagalan itu mengajar diri tentang kehidupan...dari situlah kita akan muhasabah diri siapa kita yang sebenarnya.....

QUEK DAN AZALI ketika pengumuman result spm di putrajay semalam.

kembali kepada keputusan SPM 2007....persoalan-persoalan lain yang timbul di benak fikiran aku ketika result SPM 2007 ini keluar sudah pastilah aku akan tertanya siapakah insan-insan yang cemerlang dan adakah rekod terbaru akan terlakar.....akhirnya...ada lagi insan yang telah berjaya melakar sejarah...selepas apa yang telah di lakukan oleh ATIQ dan AMELINA....iaitu saudara Azali Azlan dari SMKA Yan, Kedah (kanan) dan Quek Khai Ren dari SMK Hwa Lian Mentakab, Pahang....mereka berdua adalah antara pelajat cemerlang spm 2007...dengan AZALI AZLAN berjaya memecahkan rekod apabila berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dengan mendapat 20 A1 dan 1A2....manakala QUEK KHAI REN berjaya mendapat 16A1.....tahniah aku ucapkan....sekurang-kurangnya anak melayu sebenarnya mampu untuk cemerlang. apa yang menarik perhatian aku ialah azalan berkata dia tidak mempunyai jadual waktu belajar yang tetap....kerana bagi beliau jika mempunyai jadual waktu belajar dia akan seperti terpaksa untuk mengikut jadual tersebut dan beliau lebih gemar belajar apabila ada semangat untuk belajar...manakala semangat belajar itu harus sentiasa di ransang oleh diri sendiri.....

CATAT KEJAYAAN: Bekas Pengetua Sekolah Menengah Sains Seremban, Mohamad Kamaludin Taib (tengah) bersama sebahagian daripada 64 pelajar mendapat 10 1A dalam semua mata pelajaran selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam
petikan berita harian

pertanyaan seterusnya, sudah tentulah result SPM SASER....sekolah tercinta ku....he3 buat kali ke-5 SASER telah menunjukkan kejayaan di luar jangkaan.....tahniah untuk junior2 ku...kerana meneruskan perjuangan yang begitu cemerlang di dalam memartabatkan SASER NAMAMU TERATAS. tahniah juga di ucapkan buat guru-guru dan juga staff-staff SASER yang aku rasa begitu banyak memberi komitmen di dalam menjadikan PUTERA-PUTERA SASER ini menjadi seorang insan yang cemerlang...ini adalah keputusan rasmi result SASER SPM 2007:

KEPUTUSAN SPM 2007
Saat yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar 2006/2007 telah tiba. Tahniah kepada batch ke-5 yang mendapat PNG 1.56 bagi peperiksaan SPM 2007.
Ini adalah pecahan mengikut subjek dalam PNG:-
Bahasa Malaysia : 1.15
Bahasa Inggeris : 1.57
Sejarah : 1.22
Matematik :1.00
Pendidikan Islam : 1.04
Pendidikan Moral : 1.00
Matematik Tambahan : 1.52
Fizik : 1.87
Kimia : 1.78
Biologi : 2.14
EST : 2.33
Tahniah di atas usaha keras anda!!! SASER namamu teratas...

seramai 6,247 atau 1.42 peratus daripada 439,255 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 5,685, tahun sebelumnya. satu peningkatan yang cukup memberangsangkan. manakala seramai 382,286 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 358,060 pada 2006.

apa pun....tahniah sekali lagi aku ucapakan kepada semua calon-calon spm 2007 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. yang kurang cemerlang jangan berduka. hidup harus di teruskan. masih banyak lagi peluang-peluang untuk kita berjaya. apa yang penting niat yang baik di dalam melakukan sesuatu itu yang terpenting.

selamat menempuhi dunia baru....dunia yang lebih mencabar mental dan fizikal untuk bergelar MAHASISWA UNIVERSITI....

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010