Sunday, April 13, 2008

AF6: konsert minggu 4

minggu ke-4...
konsert yg bagi aku biasa saje...
tiada yg luar biasa dari pelajar2 AF6...
semuanya membuat persembahan biasa2 saje...
ada yg menarik ada yg teruk...
macam biasalah...

aku pun xtau nak komen apa tentang konsert AF6 kali nie...
ha! jika sebelum nie aku tengok AF6 kat luar...
minggu nie aku tgk konsert kat blk TV KK2...
kul 9 aku dah tercangak kat depan TV...
nasib baik tak de orang....
so aku pun tengok la sorg2...
then baru la dtg budak2 lain...
aku duk kat blk tv tue sampai kul 10 lebih jek....
sebab aku tau mesti budak2 nie nak tgk bola...hu3
so aku pun keluar dulu sebelum dorg tukar nak tgk bola....
tak kan aku nak duk terperangkap tengok bola kan...
terpaksa la aku berhijrah kat cafe KK2...
sedih jek...khua3

sesi komentar....

pelajar perempuan


saida-hati kama (ct & noraniza idris)

aku sangkakan minggu ini saida mampu menyanyi dengan baik...malangnya saida masih seperti minggu yg sebelumnya...malu dan tak nyanyi dengan betul....apa yang menyelamatkan persembahan saida ialah apabila noraniza idris datang utk berduet dgn saida,....awal persembahan saida ok...tapi bila kak ani masuk jek saida dah hilang focus...dan saida tak pandai untuk ambil peluang mempersembahkan yg terbaik apabila berduet dgn kak ani....dan nampak sangat saida hanya syok sendiri dan tak pandai untuk terus berduet dgn kak ani....saida harus sedar...ini adalah satu pertandingan....dan dia harus ada dalam diri untuk menang....saida harus buang perasaan malu dalam diri dan nyanyi dengan baik....tone suara saida bagus cuma saida tidak mahu keluarkan...itu masalah saida....dan tak mungkin 2 atau 3 minggu lagi jika saida tiada peningkatan...saida akan terkeluar....tapi keseluruhan persembahan saida...ok la tue....he3

2/5


rina-terbang helang ( sharifah aini)

aku rasakan minggu ini persembahan mama rina ok walaupun sakit lutut tapi pandangan aku tentang persembahan mama rina minggu ini walaupun mendapat komen teruk dari pengkritik tapi persembahan mama rina menarik perhatian aku....walaupun mama rina tak menjiwai lagu ini tapi penceritaan lagu itu sampai kepada aku....dan aku rasakan mama rina bawa dengan baik...mama rina membuat lagu itu seperti lagu dia sendiri..itu yang bagus....mungkin di sebabkan lagu lama dan rentak juga yg agak slow menyebabkan tidak begitu mendapat perhatian penonton...tapi mama rina telah buat da best...!!!

4/5



nadia-mengapa di rindu (saloma )

suka sangat persembahan nadia malam ni walaupun kurang lenggok ataupun air lagu tapi aku rasakan nadia telah berjaya menarik perhatian semua penonton untuk melihat persembahan dia...apa yang menarik pada nadia ialah dia membawa lagu itu dengan gaya dia sendiri dan tidak memaksa dia untuk menyanyi dengan lentok gaya nyanyi yang sepatutnya...memang betul kata ogy nadia membuat lagu tersebut menjadi RnB...tapi bagi aku bila orang muda menyanyi lagu lama sudah tentu akan tak sama seperti penyanyi asalnya....tak ramai org muda sekarang mampu utk nyanyi lagu seperti ini....tapi nadia telah pun membuat yang terbaik.....nadia memang best...!!!

5/5


stacy-cinta khayalan (lagu baru)

stacy adalah antara peserta yang paling bertuah kerana mendapat lagu baru walaupun masih berada pada konsert migguan...dan info yang aku dapat lagu tersebut di cipta untuk anuar zain...tetapi kini menjadi milik stacy....bertuah sangat....aku pun suka lagu tue walaupun baru pertama kali dengar...he3 mungkin di sebabkan lagu baru membuat kita sukar untuk menilai persembahan stacy...apa yang dapat aku kesan ialah stacy suka menelan perkataan semasa dia menyanyi...di sebabkan ia lagu baru so lagi mudah untuk orang kesan stacy menelan lirik sebab org tak pernah dengar....tapi apa yang bagusnya stacy....dia telah berjaya membuat lagu itu lagu dia sendiri dengan gaya dia sendiri...tapi nampak juga yang stacy terseksa sedikit menyanyikan lagu ini...tapi tak mengapa lagu sendiri...suka hati ko la nak bawa macam mana...he3 stacy best...nak buat mcm mana...he3

5/5


pelajar lelaki


faisal-joget bunga melati ( halil chik )

persembahan pembukaan yang ok...cuma macam biasalah...lagu joget bukan mudah untuk di bawa...lagi2 orang yg tak pernah nyanyi lagu joget...tapi faisal nyanyi lagu ni ok je...cuma kurang dari segi bunga dia lah....tak kesah la....sekurang2nya persembahan faisal pada malam ini persembahan yg ok....dan malam tue juga baru aku tahu yg faisal nie abg kepada kawan aku iaitu azhar muslim...ehmm...sesuai la tue adik beradik penyanyi nasyid....he3

2/5



toi-laukku cukup masin (spider )

persembahan toi masih sama seperti minggu2 sebelumnya....tapi aku rasa minggu nie lagi teruk...macam nyanyi karaoke jek....vocal out...aku tak suka...pengkritik pun sendiri bagi kritikan yang teruk kat toi...so maknanya bukan aku sorang je kata toi tak bagus....aku harap dia keluar minggu depan....please...(suka ati aku la nak suruh dia keluar)

1/5



alif-menghapus jejakmu (peterpan)

tugasan di tukar last2 minute.....hanya sempat membuat preparation selama 2 hari...menangis semasa dairy....lonjak terus undian...huhh...tektik lama...boring...persembahan minggu nie alif tetap tak menunjukkan persembahan yang bagus....betul kata adlin...alif nyanyi macam sudah buat album 150 kali....slumber jek nyanyi tanpa perasaan....alif ada tone suara yg bagus cuma dia tak tau di mana key untuk buat suara dia bagus....tak keterlaluan untuk aku katakan alif sama seperti dafi baik punya...rupa ada....tapi suara pulak tak ok...tapi alif nyanyi lg ok la dpd dafi baik punye...(sory peminat2 dafi semua...) dan apa yg memelikkan aku...alif ramai pulak pengundi dia....terkezut sekejap...bila pembukaan awal konsert...carta keluar alif tangga pertama...aku pun tak tahu apa yg pengundi tengok pada alif...mungkin alif ada karisma kot....he3 sebenarnya alif ni bagus gak...dia ada pakage...cuma dia harus berusaha dengan bersungguh2 lg utk memperbaiki dirinya....teruskan usaha anda alif...

1/5
stanly-kasih tercipta (faizal tahir)

aku tak faham dengan stanly nie....awal2 nyanyi ok jek...dah sedap jek...tapi bila dah masuk korus hancurrrr....terus....kecewa aku (duduk tersendar sambil mulut ternganga)...sedangkan lagu nie 'makanan' dia...malangnya stanly tak mampu membawa lagu ini serta menjiwainya....nampak terseksa seperti minggu lepas....apa g lg membuat aku kecewa ialah stanly boleh lupa lirik pula(sentap bila lupa2 lirik pulak) betul kata adlin....ada angin dalam badan stanly yg tak di keluarkan..dia mampu untuk buat tapi ada penghalang...stanly harus kaji diri dia sendiri...lantas mencari kelemahan dan terus memperbaikinya....tak keterlaluan untuk aku katakan stanly tidak akan dapat untuk ke final jika dia terus membuat persembahan seperti itu...sudah pasti pengafundi aku boring dan tidak mengundi dia lagi...stanly harus bangkit untuk membuktikan dia sebenarnya seorang penyanyi yang bagus....go stanly...

2/5

nubhan-cinta hampa ( d'Llyod)

suka lagu nie....lagu aku dgn my mum....he3 tak sangka nubhan nyanyi lagu ni....ehm...komen utk nubhan...starting ok....tapi bila dia dah bagi bunga kak ogy tue dia dah lost...penghayatan kurang....sedangkan lagu ini berat...nampak ringan tapi perlu penghayatan yang tinggi...tapi persembahan nubhan memang menghiburkan....tapi persembahan ala2 streotaip....apa2 pun tahniah untuk nubhan....

3/5


riz-marabahaya (pop shuvit)

seperti entri aku yg lepas...aku ada kata lagu ini tak menjadi masalah utk riz bawa..dan malam tue...dia buktikan....persembahan yg menghiburkan....time raping riz ok...tapi bila time before raping tu ada masalah ckit...tapi persembahan riz memang best....

4/5

***********************************


dan....peserta yang tersingkir malam tue...adalah faisal...sian kat dia....baru nak tunjukkan yg dia sebenarnya bagus....apa kan daya kuasa di tangan pengundi....terima seadanya.....tapi memang layak pun faisal keluar....he3 sorry....

persembahan minggu ini starting yg teruk kepada yang baik...ok la tue ada juga peningkatan pada konsert AF6 kali ini....

ranking alif ba ta duniaku ( base on persmbahan konsert 4)

  1. nadia *
  2. stacy *
  3. riz
  4. mama rina
  5. nubhan
  6. faisal
  7. stanly
  8. saida
  9. alif
  10. toi
p/s: kepada pembaca...semua di atas adalah pandangan peribadi aku...so suka kati aku la nak kutuk siapa...dan siapa yg aku minat...aku komen sekadar suka2 saje....takde kaitan samada ada yg hidup atau pun sudah meninggal dunia....he3


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010