Saturday, April 5, 2008

belenggu....


di luar sana hujan
aku baru saja bangun dari lena
letih menguasai diri
bosan membawa aku lena
bosan dengan jalanku kini
tersedar aku lantas menari
jari jemariku rancak
mengikut rentak kebosanan
mencari apa yang dirasakan perlu
makanan minda untukku
peperangan itu semakin hampir
fizikal dan mental
harus di asah
tapi
aku kalah sudah berputik
sebelum pergi memulakan langkah
kerana ku bosan
untuk terpaksa melaluinya
semakin berlambak
kerana aku membiarkan ia
bukan tak mahu habiskan
cuma bosan dengannya
berikan aku kekuatan
melayari detik-detik waktu ini
masa yang tak mungkin kan berulang
sejarah yang sudah tercipta
mungkin tak mampu di ubah
doa ku pinta kabulkan
agar diri kuat
mampu untuk memanjakan hati
untuk terus gagah
melangkah pergi....

karya asli dari mhd.jumain bin mapplati

2 pengkritk ceritera duniaku:

nyda said...

bebaskan dirimu dari belenggu...

nice masterpiece!keep it up!! =)

jumapx said...

bebaskan daku...

lepaskanlah diriku...

tiada cahaya....

over pulak...he3

tq kak nida....

Popular Posts

Popular Posts since May 2010