Thursday, April 3, 2008

BLOG : 1 keperluan...!!!

sedar atau tidak....
blog kini mula mendapat sambutan di kalangan rakyat malaysia...
kajian menyatakan
seramai 500,000 bloggers yg ada di malaysia pada ketika ini
ini menunjukkan betapa blog sudah menjadi 1 keperluan harian untuk kita
dimana di sinilah kita mampu untuk bersuara
tidak kiralah apa benda yang kita ingin zahirkan ke alam maya ini....
blog adalah bentuk demokrasi rakyat yang sebenarnya
dimana kita berhak untuk melakukan apa2 yg kita nak
tetapi mesti ingat blog juga ada batasnya
sebagai contoh kes yg berlaku ke atas raja petra kamaruddin
yg telah di saman oleh
Naib Canselor Univer siti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi
kerana tulisan beliau yg bertajuk
Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan
dalam blog beliau iaitu MALAYSIAN TODAY
raja petra telah pun di saman sebanyak RM7JUTA
satu nilai yg cukup besar
itulah malaysia sebuah negara demokrasi
tetapi hak kebebasan bersuara masih di kawal (ayat puji or ayat perli? )
aku menulis entri ini kerana aku tertarik
respons kerajaan malaysia kini mengenai blog
dimana PRU12 telah membuka mata kerajaan bahawasanya ada medium baru
yg dapat di gunakan untuk menyampaikan maklumat ataupun dakyah2
maka analisis kebanyakan penganalisis politik mengenai PRU12
bagaimana pembangkang boleh menang dengan bergaya di dalam PRU12
mereka mengatakan bahawa blog telah memainkan peranan yg besar kepada pihak barisan alternatif utk mempengaharui rakyat kita kini....
kajian juga membuktikan di mana blog cukup kuat mempengaharui rakyat kita kini terutama golongan2 muda-mudi yg lebih banyak bermain dengan alam maya ini
maka mulalah pemimpin kerajaan kini berjinak2 dalam dunia bloggging
termasuk pak lah sendiri
khir toyo juga turut membuka blog baru beliau (rujuk pada link politik disebelah kiri)
oleh itu
kini kita sudah mula tersedar
dunia blog harus menjadi satu medium baru utk kita bertukar2 pendapat malahan medium baru utk kita berkomunikasi
sahabat-sahabat aku juga sudah ramainya yg mula berjinak2 dalam dunia blog ini
tahniah dan selamat datang aku ucapkan kedalam dunia blog.....
aku pun baru lg dalam dunia blog ni
baru masuk 3 bulan
tapi ianya telah banyak mematangkan aku sebagai manusia
kadang2 aku lebih mengutamakan blog aku dari aktiviti harian aku
dan kini memblogging adalah hobi masa lapang aku
aku masih teringat ketika aku mengikuti team debat UMP ke pertandingan DEBAT KEMERDEKAAN di UNIMAP ketika itu
ada tajuk mengenai blogging
time tu aku masih tidak mengenali apa itu dunia blog?
dan sekarang atas desakan dan juga tertarik dengan sahabat2 dan senior yg mempunyai blog yg 'menarik' membuat aku tertarik utk menghasilkan satu blog yg aku rasakan sesuai utk jiwa aku
maka terhasillah ALIF BA TA DUNIAKU yg penuh dengan kePROPAan diriku....
dan sehingga sekarang aku rasa bahagia dgn dunia blog
banyak ilmu yg boleh aku dapat
lagi2 sbg seorg pendebat memerlukan diri ini mengetahui isu2 semasa....
oleh itu
aku ingin menjemput semua rakyat malaysia yg masih tidak mempunyai blog
utk membuat blog sendiri
org kata belum cuba belum tahu
tak kenal maka tak cinta...
suatu hari kita akan tahu
manis dan pahitnya memiliki sebuah blog
yg penuh dengan kepropaan manusia....
selamat datang ke dunia BLOG!!!



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010