Friday, April 4, 2008

fitna : memang satu fitnah....!!!


Dahulu, isu sensitiviti masyarakat islam mengalami
satu proses kekacauan yang menjadi polemik
global, iaitu isu karikatur Rasulullah S.A.W yang
dihasilkan oleh Kartunis di Denmark.
Tempias isu ini juga meledak di peringkat glokal
dengan paparan subjek yang sama oleh
Akhbar 'Sarawak Tribune' yang akhirnya
menerima kesan penarikan lesen oleh kerajaan.
Isu ini memberi manifestasi yang pelbagai,
dari demontrasi besar-besaran penganut Islam,
kecaman ke atas negara Denmark,
desakan permohonan maaf oleh ketua
Badan ulama islam antarabangsa dan sebagainya.
Akhirnya, isu ini lenyap tanpa ada satu
penyelesaian yang bersifat konklusif.

Mengambil contoh filem "The Messenger"
suatu ketika dahulu,
juga menceritakan pensejarahan riwayat
hidup Rasulullah S.A.W tanpa ada proses
visualisasi terhadap rupa Rasulullah S.A.W.
Namun, mesej ilmiah yang ingin disampaikan
masih dapat diterima jelas oleh penonton
karya tersebut. Samalah dengan isu karikatur.
Rasional untuk menterjemahkan
Rasulullah S.A.W dalam bentuk karikatur
memang tindakan yang tidak releven.


geert wilders di kecam hebat....

Tika ini, isu mengenai sensitiviti masyarakat
islam terkacau lagi ekoran penyebaran karya
atau lebih tepat filem pendek yang dihasilkan
oleh Geert Wilders, seorang ahli politik radikal
Belanda yang dikhabarkan, proses kodofikasi
filem tersebut telah berlaku beberapa tahun lepas.
Sekalipun menghadapi pelbagai tentangan dan
kecaman dari aktivis islamiah terutamanya dari
Badan atau pertubuhan yang bersifat islamik,
namun, iltizam dan kerahan kudrat beliau
untuk menghasilkan filem ini masih tidak
dapat dibendung. Penghinaan terhadap
Al-Quranul Qarim yang menjadi teras
dalam pembikinan filem ini memang
melampaui batasan.

Karya provokatif beliau itu mengundang
pelbagai persepsi negatif
masyarakat Islam seantero dunia.
Menerusi landskap perspektif Malaysia,
dekorasinya mudah, usaha pemboikotan
barangan keluaran Belanda yang dicanang
oleh Tun Dr M.
Daripada bahasa ekonomi,
mungkin permainan 'demand and supply'
akan dibangkitkan. Kesan kepada aliran
ekonomi semasa dan proses penjanaan
momentum import dan eksport dan
sebagainya.


yusof qardhawi

Mengambil autoritatif lima spektrum
gagasan Al-Imam Yusof Al-Qardhawi,
usaha pemboikotan sebenarnya jatuh di hierarki
yang paling bawah. Bermakna, ada alternatif
lain yang perlu diletakkan sebagai titif fokus.
Al Imam Yusuf, menggariskan keperluan
utama adalah untuk memberikan
"pendedahan atau penyebaran pendidikan
Islam yang aktual secara efisien kepada
masyarakat antarabangsa untuk membetulkan
segala falasi pemikiran dan ambiguiti tohmahan
masyarakat global terhadap institusi keagamaan
Islam yang semakin dihimpit resam kebencian
khususnya negara blok eropah".

Sebenarnya, orientasi sedemikian menjunjung
prinsip islam sendiri iaitu "Sebaran Dakwah"
yang sememangnya menjadi obligasi umat Islam
secara kolektif. Seruan dan agenda islamiah
itu sendiri perlu disasarkan kepada
golongan anti-islam ini yang kelak mampu
memecahbelahkan konsolidasi
diantara masyarakat global.

Menurut Ulama Mu'tabar,
penyebaran ideologi dan dakwah
harus menjadi prospek utama.
Dengan memboikot semata-mata,
ia seperti tindakan membabi-buta kerana
tindakan tersebut seolah2 membelakangkan
masyarakat Islam di Belanda dan juga
masyarakat Belanda yang tidak berdosa.
Menjadi ironi juga, tindakan pemboikotan
itu pun sebenarnya mengeruhkan hubungan
diplomatik diantara kedua-dua negara.
Maknanya, pemboikotan tidak membawa
kepada apa-apa justifikasi penyelesaian yang
mutlak. Acapkali, permasalah sebegini
disulami rasa geram dan terhina.
Memang patut pun untuk mempunyai perasaan
sedemikian apatah lagi apabila
Al-Quran yang kita sanjung dan menjadi
tunjang peradaban sejagat diperlekehkan.
Namun, harus difikirkan, kita harus
melihat skop permasalan ini dalam
konteks yang holistik. Jangan membelakangi
logik akal untuk berfikir dan rasional mental
untuk menafsir kerana bahananya kelak
akan kita tanggung bersama.

Mengimbau kembali rentetan sejarah islam,
sewaktu pemeteraian perjanjian Hudaibiyah sendiri
pun yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W,
para sahabat dan pengikut baginda
mempersoalkan tindak-tanduk memeterai
perjanjian tersebut yang rata2 tidak bersetuju.
Hal ini kerana,
Rasulullah S.A.W menimbang isu tersebut
pada parameter yang cukup luas dan tidak
terikat dengan satu spektrum yang
mengekang aliran pemikiran baginda untuk
menembusi ruang spektrum berbeza.
Ini yang harus kita teladani.

maka kita insan yang di anugerahkan akal fikiran...
yang sepatutnya tahu untuk berfikir....
dan menilai yg mana baik dan yg mana buruk...
apa yg penting niat d hati
tak gitu...he3

p/s: kredit utk blog myer aiman pendebat mmu....coz petikan ni aku amik dari blog beliau...menarik untuk kita kongsi bersama....


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010