Tuesday, April 29, 2008

hari ini dewan parlimen bergema....

hari ini
buat pertama kalinya
seluruh warga dewan parlimen bersidang
selepas pilihanraya ke-12
yg lepas....

semalam adalah sesi angkat sumpah
oleh semua ahli parlimen
yg telah di pilih oleh rakyat
di hadapan YANG Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin

dewan kali ini
berbeza dgn sebelumnya
kerana ianya membariskan
82 orang wakil pembangkang
4 kali ganda berbanding penggal yg lepas
manakala parti kerajaan seramai 140 wakil
dan juga 90 muka baru


dan pagi td juga
dewan parlimen telah bergema
dengan titah yg di pertuan agong
iaitu tuanku sultan mizan zainal abidin

dan apa yg menarik
apabila perlantikan timbalan yg di pertuan dewan
melihat 17 undian yg diterima oleh wan junaidi (adun santubong)
adalah dari parti pembangkang
dan ini melihatkan bahawa
walaupun kerajaan tidak mempunyai 2/3 dewan
tetapi ada dikalangan ahli parlimen dari pembangkang
begitu profesional di dalam membuat keputusan
oleh itu,
ini adalah salah satu berita baik utk kerajaan
sebab
mereka yakin untuk melakukan sesutu tanpa mengendahkan kehadiran pembangkang
yg telah menghalang mereka utk mengusai 2/3 dewan
yg kekurangan 8 kerusi
utk menggenapkan 2/3 dewan...

apa2 pun...
ini semua baru permulaan
untuk memanaskan suhu dewan parlimen itu
ada lebih kurang 16 hari lagi
untuk sidang parlimen ini berlangsung di mana akan tamat pada 27 mei ini
dan pastinya suasana dewan pasti
sentiasa hangat daripada biasa
apa yg paling penting
ahli2 parlimen menjadi seorang wakil rakyat
yg dapat memberi kebaikan kepada rakyat
dan bukannya utk diri sendiri mahupun parti
kerana tanggungjawab mereka
menjadi wakil rakyat
yg mampu membawa perubahan yg positif
bukan sesuatu yg menyusahkan rakyat
pada masa hadapan....
sama2 la kita nantikan berita2 hangat
yg selanjutnya dari dewan parlimen...
pasti suatu yg menarik......!!!



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010