Thursday, April 17, 2008

peluang....


hidup ini begitu banyak peluang yang diberi
untuk kita menentukan kemana hala tuju kita
kita di beri hak utk memilih dan mewarnai hidup seharian kita
samada berwarna PELANGI ataupun sekadar hitam putih
kita sentiasa di beri peluang olehNYA...

peluang bukan hanya satu
tapi beribu di depan mata
DIA memberi kita begitu banyak pilihan
dan kita hanya mampu untuk memilih satu
satu yang akan menentukan destinasi kehidupan kita

tetapi kita harus sedar
kiranya kita tersalah langkah
memilih jalan yang bukan sepatutnya
kita harus bersedia menghadapinya
meskipun ianya pahit utk kita telan

kerana itu jalan yang kita pilih

mungkin ada juga di antara kita
memilih antara satu peluang yang diberi
tetapi tidak menjadi kenyataan
bak kata orang kita hanya mampu merancang
DIA yang menentukan...

peluang....
bukan suatu yang mudah utk kita kecapi
untuk kita hargai
ada manusia terleka dengan peluang yang diberi
ada manusia yang melakukan dengan sepenuh hati
dan tak kan melepaskan peluang yang diberi

sedar ataupun tidak
hidup kita sentiasa di beri peluang
peluang utk mencapai segala impian kita
tanpa kita sedari jua

ada peluang yang kita tidak pernah impikan
sekarang menjadikan diri kita
seorang insan....

~mhd.jumain bin mapplati~

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010