Monday, May 26, 2008

akhirnya anak SABAH JUARA AF.....!!!

The final ranking:

Stacy 43%
Riz 19%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%

akhirnya.....
lebih kurang 5 tahun penantian aku utk mengharap akan ada seorang anak sabah yang akan memenangi AF akhirnya tercapai...

bermula LINDA AF2....yang kalah dengan ZAHID AF2 dengan dipisahkan hanya beberapa peratus sahaja...manakala ADAM hanya berjaya di tempat ke 3....

kemudian AF3...FELIX(naib johan) dan MARSHA(ke4) juga tidak berjaya menjadi johan disebabkan penyerapan masuk MAWI yang kononnya WORLD.....anugerah daripada juri sehingga sekarang tak dapat anugerah...hanya berharap pada anugerah SMS semata....nyatalah dia memang sesuai menjadi RAJA SMS dan menanti untuk jatuh tersungkur....

AF4 pula...juga masih tidak berjaya meraih undi apabila LOTTER yang pada mulanya tersingkir kemudian di serap balik sama seperti kisah LINDA AF2.....dan akhirnya hanya berjaya menjadi n.johan..terpaksa akur dengan juara yang tidak pandai untuk menjadi juara walaupun vocal FAISAL mantap....mungkin ketika itu populiriti MAWI masih hangat.... dan ini sekali gus menjadikan hatrik 3 tahun berturut2....sama juga dengan velvet yang mempunyai vocal yang mantap tetapi tidak mampu meraih undi daripada peminat AF...

masuk pula musim kelima...AF5....apabila EBI yang terpaksa akur dengan produksi AF ketika itu yang mahukan JUARA PEREMPUAN....maka MILA menjadi juara yang sememangnya di rancang oleh produksi AF5 sendiri....lihatlah produk hasil perancangan ini....ketika AIM15 baru2 ini....MILA tidak tercalon pun untuk kategori artis harapan malahan heliza,candy dan dafi baik punya yang tak berapa pandai nak nyanyi pulak yang tercalon...CANDY juga menjadi mangsa undian ketika itu...walaupun candy berjaya membuat persembahan yang konsisiten jika di bandingkan MILA pada setiap konsert....

dan kini...penantian aku berbaloi...kerana akhirnya STACY berjaya membuktikan bahawa anak SABAH mempunyai vocal yang mantap...tahniah aku ucapkan kepada STACY...terima kasih juga untuk semua pengundi yang tidak buta seni untuk terus mengundi TOI yang laha itu....sepatutnya TOI tidak layak ke pentas final....aku sokong dengan semua komen yang adlin berikan....lantak biar apa yang orang kata kat adlin tapi aku tetap setuju dengan adlin....dia seorang pengkritik yang jujur dan ikhlas....komen dia bernas lagi jitu....he3

tahniah sekali lagi utk STACY....teruskan perjuangan anda dalam industri seni tempatan yang tidak seberapa ini....ambil peluang apa yang di beri....apa yang pasti jangan terlebih2 sudah...ok...


p/s: sorry jika terlalu semangat kenegerian
tapi memang sudah realiti...
kita perlu sedar...
atas apa yang aku katakan di atas...
harap2 stacy akan menjadi bintang
yang meletopz suautu hari nanti

LULUS....sem 2...

alhamdulillah....
syukur ke hadrat ilahi sebab kerananya memberi aku peluang untuk lulus dengan baik(tapi tak cemerlang)

sekurang-kurangnya...dapat juga aku mengambil 2 subject utk sem depan....ya la...kalau aku tak lulus paper mechanic of materials maka aku tak leh amik 2 paper iaitu fluid mechanic n theory of structure.....

aku bersyukur sangat2...walaupun harapan dan impian aku utk capai dekan masih tidak kesampaian......belum ada rezeki agaknya.....

korang nak tahu....before aku tengok grade keputusan aku nie....aku leh pulak mimpi 2 kali...1st time tue mimpi tak lepas 2.00 then mimpi ke dua tu aku mimpi dapat 3.60....maka kesimpulannya result aku tengah2 jek....ok la tue....kita harus bersyukur atas apa yang ALLAH beri kat kita...kerana apa yang kita terima itu adalah hasil usaha kita sendiri......sesungguhnya ada hikmah di sebalik semuanya....

actually, untuk final yang lepas memang preparation aku tak berapa bagus...sedang2 jek....hu3 so aku pun tak lah mengharap lebih daripada apa yg aku usahakan....

sekurang2nya...semua ini telah memberi pengajaran untuk aku agar pada masa depan tidak main2 lagi time belajar...suka atau tidak suka kita harus tekad utk positifkan diri ini....betul tak...

syukur alhamdulillah......

p/s: tingkatkan prestasi....
kurangkan propaganda...
apa yang pasti....
sentiasa positifkan diri...

Tuesday, May 20, 2008

Colours of Malaysia 2008....

buat pengetahuan korang semua....colours of malaysia pada tahun ini akan di adakan pada 24mei 2008 di putrajaya...

maka, untuk citrawarna kali ini, aku akan terlibat secara langsung untuk membuat persembahan pada malam itu. kami pelajar2 ump telah di jemput oleh KKNP pahang untuk turut menyertai citrawarna bersama mereka.

kitorang akan mewakili negeri pahang. negeri pahang juga akan membuat persembahan pertama dalam citrawarna malaysia itu nanti..



dalam citrawarna itu kami akan mempersembahkan dua tarian iaitu sewang dan juga pelanduk. wakil ump dan kkpn akan menari tarian pelanduk manakala tarian sewang di tarikan oleh wakil NGO...

aku pada awalnya akan menari untuk pelanduk, tetapi di sebabkan tarian pelanduk terlalu ramai,maka aku dan tito di tarik untuk menjadi tok batik dan anak batik di dalam tarian sewang. kitorg just berlakon je time sewang tue nanti.

sedih gak lah tak dapat menari untuk citrawarna malaysia kali ini. apa yang paling penting aku terlibat secara langsung dalam citrawarna malaysia kali ini. mesti suatu pengalaman yang baru akan aku dapat.

untuk mereka2 di luar sana, sama2lah kita memeriahkan citrawarna malaysia kali ini. pasti suatu yang meriah akan berlaku di sana nanti. lagi2 aku ada kan...ha3

untuk pengetahuan korang juga, aku tidak akan mengeluarkan entri2 yg terbaru untuk blog ini sepanjang 2 minggu akan datang. dis sebabkan selepas citrawarna tu, aku akan balik rumah terus. then,baru balik ump untuk menghadiri surveying camp pulak pada 31mei nie...hu3

ok...jangan lupa tengok aku kat tv3 or ntv7 tau pada 24mei 2008.......


p/s ; tak sabar rasanya nak pg citrawarna nie...
tapi sedih gak tak dapat tengok FINAL AF6...


Monday, May 19, 2008

tun dr. M : SELAMAT TINGGAL UMNO...!!!




hari ini (19 mei 2008 ) tun dr. M telah membuat satu statement di mana mulai hari ini, beliau akan keluar daripada UMNO

beliau berkata sedemikian di hadapan 1000 orang hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di alor setar,kedah.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

beliau juga akan menulis surat kepada umno utk menyatakan yang beliau keluar daripada umno. beliau berbuat demikian walaupun terpaksa untuk keluar daripada umno yang di sertainya semenjak tahun 1946 kerana terlalu kecewa dengan kepimpinan umno sekrang yang mana tidak dapat membela nasib orang2 melayu yang mana menjadi teras utama umno di wujudkan.

Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. beliau juga berkata yang beliau boleh menyenaraikan semua kesalahan2 yg pak lah lakukan selama ini sehingga merugikan negara.

Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972. Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

tun juga turut kecewa kerana ahli umno di sekat daripada kepimpinan umno daripada berjumpa dengan tun.

keputusan tun dr.m ini telah membuat ramai yang terkejut termasuk PAK LAH sendiri. Pak Lah juga tidak menyangka yang tun dr.m boleh membuat keputusan sehingga sebegitu.

apa jua yang di lakukan oleh tun.dr M....di harapkan tidak akan ada timbul sebarang masalah kepada umno malahan rakyat.


p/s: sentap juga tun sampai buat keputusan sedemikian..


af6 : konsert ke 9...

semuanya sudah ketahui...lima orang finalist utk konsert final AF6 yang akan berangsung di stadium putra bukit jalil pada 24mei ini....siapa 5 orang antara mereka? ini dia finalist AF6...





tahniah aku ucapkan kepada kelima2 peserta final ini...kerana berjaya memasuki kemuncak AF6...ianya bukan sesuatu yang mudah untuk berada di atas pentas final...dalam konsert ke 9 ini...boleh di katakan semua peserta telah membuat persembahan yang terbaik...di mana mereka betul2 mengambil peluang untuk meraih undi utk melayakkan diri mereka ke pentas final....

review konsert ke 9....

pelajar perempuan

Stacy : Beat It (Micheal Jackson)

membuat persembahan pertama...aku rasa memang sesuai....persembahan stacy memang bagus malam tue.....sebenarnya aku takut juga dia tak boleh bawa lagu ini dengan baik....namun stacy memang da best kerana berjaya membawa lagu itu dengan cara dia sendiri...aku kagum melihat persembahan dia...cuma malam tu stacy nampak kurang bersemangat kerana ada part2 yang dia sepatutnya beri momentum yang tinggi tapi dia tak buat....menyebabkan persembahan stacy nampak tidak bertenaga...apa2 pun stacy telah bt yg terbaik...dan melayakkan dia ke pentas fina....sememangnya stacy layak utk itu.....

4/5

Nadia : Lelaki Budaya Darat (Ratu)

malam nie nadia nampak berjaya mengawal vocal dia walaupun masih ada lagi part2 yg ada flat memanjang....nadia mempunyai vocal yg mantap cuma dia tidak pandai utk mengawal vocal dia sehingga menampakkan dia seperti hanya menjerit2 ketika menyanyi....tetapi malam nie persembahan nadia lebih baik daripada sebelumnya....

3/5


pelajar lelaki

Nubhan : Tapi Bukan Aku (Kerispatih)

mendapat lagu yang memang bersesuain dgn vocal nubhan adalah satu kelebihan utk dia....seawal nyanyian nampak ok...tetapi bila part2 nada tinggi nubhan masih tidak pandai membawa nada tinggi...sebab nubhan hanya boleh membawa nada rendah dengan suara2 serak basahnya.....nubhan harus belajar utk mengawal vocal dia drp pecah bila menyanyikan nada tinggi....nubhan tak kan kemana kalau dia masih tak pandai menyanyikan nada2 tinggi....malam tu juga sepatutnya nubhan di kritik hebat kerana tidak berjaya membawakan lagu itu dengan baik....namu apakan daya ning dan kak ogy suka akan nubhan maka kesalahan dia di maafkan walaupun ada terkucil sikit...sepatutnya sbgai pengkritik haruslah bersikap profesional.....hu3 kalau nyanyian nubhan mlm tue tak de terkucil...mesti persembahan nubhan adalah yg terbaik....

2/5

Riz : Rock Around The Clock (Bill Haley)

aku suka vocal riz malam nie.....cuma riz tidak terlalu bertenaga menyebabkan persembahan dia tidak terlalu memukau penonton...tapi aku terasa terhibur dengan persemabhan riz malam tue.....dan riz sememangnya layak utk ke final.....

4/5

Stanly : Kerana (Alleycats)

malam konsert ke 9 nie...stanly antara peserta yg tidak berjaya membuat persembahan dgn baik berbanding dengan peserta yang lain.....lagu ini bukanlah sesuatu yg mudah utk di nyanyikan.....stanly seharusnya membawakan lagu ini dengan lebih relax....stanly harus ubah cara dia menyanyi...kerana bila stanly membawa lagu2 yg bukan jiwa dia...dia akan menyanyi seperti menekan2 lirik....dan membuat vocal dia sumbang.....itu kelemahan stanly yg harus dia pelajari....namun nasib stanly hanya mampu berada sehingga konsert ke 9 dan tidak berjaya untuk ke pentas final.....

2/5

Toi : Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

untuk kali pertamanya...toi berjaya membuat aku terpegun kerana mendengar vocalnya yg tidak terlalu sumbang jika di bandingkan dengan nyanyian sumbangnya sebelum ini....toi berjaya menyentuh perasaanku dengan lagu ini...dan tidak keterlaluan aku katakan persembahan toi adalah yg terbaik malam itu kerana berjaya membuat penonton terhibur.... cuma masalah toi ialah dia seharusnya mewarnai lagi nyanyian dia seperti kata ning baizura......dan toi juga harus belajar utk menjadi yakin ketika melakukan persembahan....

5/5

persembahan duet..aku suka sangat persembahan nubhan & satcy dan nadia & riz...vocal dorang time tue memang best...terutamanya nadia....nadia bila menyanyikan lagu english barulah nampak harmoni vocal dia....tapi bila nyanyi lagu melayu agak hancur.....nadia harus mengkaji kelemahan dia dimana....kerana dia seorang yg berbakat besar....

ketika pengumuman peserta2 yg layak ke final....aku terasa begitu sedih...bukan sebab stanly keluar...tapi sebab toi tak keluar2.....penat aku menunggu saat2 bilalah toi akan keluar....tengok2 dia boleh masuk sampai ke pentas final lagi...tak ke kecewa namanya....hu3 sedih2...kenapalah pengundi2 toi tue buta seni sangat.....org yg sepatutnya layak ke final tak dapat masuk final....

ehmmm...seawal AF6 nie start dulu....peserta2 yg aku target masuk final ialah stacy,nadia,riz,mama rina dan stanly....sebab dorang memiliki vocal dan keyakinan yang tinggi....namun bila mama rina terkeluar...aku dah target dah...final nanti mesti org2 yg tak layak masuk....seperti alif ataupun toi...tengok2 alif tersingkir....hapy gak la aku....lepas tue aku pun tunggu2 lah toi akan keluar....sebab time tue nubhan dan semakin bagus so tempat mama rina tue aku gantikan dengan nubhan.....so bila konsert ke 8 tiada penyingkiran....aku frust giler...sebab time tue aku tunggu detik2 toi akan di singkirkan....hu3 tengok2 toi berjaya ke pentas final.....sedih,,,,,tapi nak buat mcm mana dah rezeki dia...tapi pengundi toi janagn mimpilah utk toi jadi juara ek....dia tak layak langsung.....totally....stacy sepatutnya yang akan juara......

ranking sebelum konsert:

  • Stacy 19%
  • Riz 19%
  • Nadia 17%
  • Nubhan 17%
  • Stanly 14%
  • Toi 14%


ranking selepas undian di tutup:

  • Toi 19% (sentapppppppppppppppp tahap dewa)
  • Stacy 19%
  • Nubhan 17%
  • Riz 16%
  • Nadia 15%
  • Stanly 14% [eliminated]
kalau di ikutkan persembahan malam tue...memang layak la ranking nie....tapi untuk siapa yg layak ke final antara 6 orang nie berdasarkan vocal....aku rasa yg tersingkir ialah toi....

khabar angin pulak yg aku dengar ialah sepatutnya AF6 hanya ada 3 orang saja yg akan ke final...dan pihak AF6 nak kan stacy,nadia dan riz yang akan ke pentas final...namu hajat itu tidak dapat di teruskan memandangkan undian yg tidak di jangka dari penonton....maka mereka terpaksa membuat keputusan last minit utk mengekalkan 5 orang yg akan ke final....demi utk menjaga kualiti final AF6....tak kanlah just nak stacy,nubhan dan toi kan ke pentas final....sah2 hambar.....

apa2 pun yg berlaku...aku nak ucapkan selamat berjaya untuk semua pesrta2 final AF6...SEMOGA BERJAYA.....

Saturday, May 17, 2008

the chronicles of narnia: prince of caspian



ehmm...kali nie aku nak cite pasal filem pulak...

hari jumaat lepas...selepas aku habis bengkel tarian...dengan peluh2 segala....aku,daoz,maoh,azim dan kak nida pergi megamall kuantan nak tengok cite narnia.....

aku memang dah lama tunggu cite nie.....sebab aku minat sangat cite narnia...sebab filem pertama narnia best...so aku nak tengoklah apa lagi citenya kan....

sebenarnya aku tak nak pergi pun...sebab takkan lah lepas tarian penat2 segala....nak keluar pulak....tapi disebabkan kemurahan hati azim....maka aku pun jadi pergi.....ada orang belanja..apa lagi sebat je lah....he3

aku rasa...baik korang semua yang belum tengok cite nie....pergilah tengok cite narnia nie...sebab cite nie memang best2 sangat....sebab jalan cite dia memang bagus sangat...korang mesti tak kan dapat teka apa jalan cerita dia...sebab banyak sangat kejutan dari cerita nie....

cerita narnia kali nie mengisahkan tentang perebutan takhta kerajaan caspian....di mana putera caspian yang sepatutnya menjadi raja caspian yang ke sepuluh telah pun lari ke hutan...di mana hutan itu adalah alam narnia yang mana orang caspian tidak akan pergi ke alam narnia itu....putera caspian lari ke hutan di sebabkan pakcik putera itu ingin membunuh beliau di sebabkan pakciknya telahpun mendapat waris lelaki setelah isterinya melahirkan anaknya....

klik sini utk baca sinopsis....

maka bermulalah ceritanya disitu..tak payah la aku cerita banyak2....kalau nak tau cerita selanjutnya pergilah tengok sendiri...ha3 tak de maknanya aku nak cerita...sorry.....

tapi cerita nie memang best...amatlah rugi sesiapa yg tidak pergi tengok cerita ini.....he3

p/s: suka tengok pelakon-pelakon dia....


bengkel tarian: lenguh 1 badan...

hari nie hari ke-4 bengkel tarian...badan aku dah lenguh satu badan...sakit di sana sini...tak tau mcm mana nak teruskan menari hari ini pulak....khua3

setakat sekarang nie...kitorang dah pun belajar lebih kurang 6 tarian....4 asas iaitu inang,zapin,joget dan asli....tarian pelanduk utk citrawarna malaysia dan semalam tarian inang dgn bunga2 dia....

tapi aku memang letih dah sekarang nie...terasa nak balik rumah utk rehatkan badan untuk surveying camp pulak...hu3

tapi aku harus teruskan gak...lagi pun lagi berapa hari je lagi nak pg citrawarna nie...hu3 korang nak tau antara tarian2 nie...asli la yg paling susah....susah nak mampu...baru belajar asas dah susah..apa lagi nak belajar bunga2 dia...hu2 mati....


*********************************************************

laporan sekitar debat...aku masih tak dapat tau keputusan...tapi aku dapat berita yang team debat bm ump tak berapa sihat...ada yg deman...keputusan semalam belum dapat aku ketahui lagi...hu3

*********************************************************

hari nie...kak nida akan meninggalkan bumi ump...sebab kak nida akan bt latihan industri di penang....hu3 sedih gak la coz bg aku...aku tak cukup lama dan rapat dgn kak nida....entah nape bila dah last2 dia nak menghabiskan pengajian dia kat ump...br la aku mengenal kak nida.....

mungkin semalam semasa kita tengok cite NARNIA adalah kenangan pertama dan terakhir utk sy keluar bersama kak nida...tak mengapa yg ptg pernah juga sy keluar dgn kak nida....he3

sy nak ucapkan selamat menempuh dunia baru yg mungkin akan memberi lebih banyak cabaran utk kak nida lalui....anggap semuanya lumrah kehidupan....apa yg kita miliki itu bukan selamanya menjadi milik kita...kerana di dunia ini semuanya hanya sementara cuma....

good luck utk kak nida.....salam sayang dr sy.....

*******************************************************


p/s: hidup ini harus di teruskan...
meski banyak yg harus kita tempuhi...
kerana di pengakhirnya nanti....
suatu y manis akan kita rasai..


Friday, May 16, 2008

guru cemerlang negara terbilang....2008



di kesempatan ini...
sempena hari guru
yang diadakan setiap 16mei...
aku ingin mengucapkan
selamat hari guru
untuk semua guru-guruku
yang pernah mengajar aku
semenjak tadika hinggalah
sekarang...
terima kasih daun keladi....
jasa anda semua
tak mampu untuk ku balas
semoga di akhir sana
pahala menanti....

"terima kasih cikgu"
"maafkan saya cikgu"
"halalkan ilmu saya cikgu"
"doakan saya berjaya cikgu"


p/s: rindu sangat dengan cikgu2 tadika aku dulu...
dan cikgu2 saser...hu3


Thursday, May 15, 2008

bengkel tarian...hari pertama....!!!

hari ini aku seronok sangat...sebab aku dapat belajar asas2 menari....hari ini bengkel tarian untuk kebudayaa UMP di adakan di WISMA BELIA kuantan,pahang.

agak lama juga aku dah tak menari....so hari ini terasa excited sangat nak menari....kadang2 bila kita menari kita dapat juga menghilangkan stres yg ada dalam fikiran nie....

kitorang belajar tarian nie dengan orang wisma belia iaitu en.niezam....best gak la dia mengajar....seronok.....

untuk hari pertama nie kitorang belajar asas tarian untuk inang dan zapin....untuk inang tue aku mcm xde masalah la...tapi utk zapin tue susah sikit la....aku suka tengok org menari zapin tapi tak berani nak belajar sebab susah la....tapi bila buat tadi....ok la gak...dapat tangkap gak la walaupun agak lambat....he3 tapi zapin kitorg tak habis belajar...sambung esok pulak....

memang hari ini letih sangat.....kaki aku lenguh dah sekarang...harap2 esok dah ok....boleh la menari utk sok punya bengkel....

tapi budak2 ump yg sertai bengkel tarian nie tak ramai...so tak meriah sangat la....ya la....musim cuti...student semua ambil peluang lah balik rumah...aku jek yg masih ada kat ump nie....demi untuk benda yang aku minat...nak buat macam mana....lagi pun kalau duk kat rumah bukan buat apa2 pun.....

time kitorang kat wisma belia tu gak...kitorg dpt tgk penari2 wisma belia tue bt latihan utuk persembahan sukan asean nanti...best sangat dorang buat persembahan...terasa nak belajar je step2 menari tue....hu3

apa yang paling penting hari ini aku dapat pelajaran dan pengalaman yang baru....


************************************************************************
15mei 2008
1:14am


pada 15mei nie juga bersamaan dengan hari nie...pasukan debat ump akan pergi untuk pertandinag debat piala sultan zainal abidin yang di adakan di uitm terengganu....aku ucapkan selamat berjaya untuk mereka semua...semoga mereka dapat membawa sesuatu kembali ke bumi ump tercinta ini....

semoga juga pasukan debat english dapat membawa piala PIZA untuk kali ke tiga ke ump....aku harap kan pendebat2 ump dapat membuat yang terbaik terutama team debat aku iaitu adam,law dan amir (itupun kalau amir pergi)....untuk mereka...sowie sebab tak dapat join debat kali ini....bukan tak nak pergi...tapi di sebabkan diri ini lebih tertarik untuk menari berbanding berdebat....sowie juga sebab...bukan mudah untuk kita di kumpulkan dalam 1 team 4 orang...tiba2 je aku tak dpt join kan...nak buat macam mana...xde rezeki.....hu3

good luck untuk korang semua.....


p/s: rindu nak berdebat~


Wednesday, May 14, 2008

ubah lagi...

lumrah manusia...tidak pernah akan rasa puas bila memiliki sesuatu...cepat merasa bosan bila sudah memiliki...samalah macam aku dalam konteks aku memblogging...entah untuk kali ke berapa aku menukar layout....

kali ini layout aku...aku inginkan yang simple,ada 3 templet,berwarna hijau dan paling penting adalah simple...maka aku pun seharian mencari layout yg sesuai....tention tak jumpa-jumpa gak....ada tu ada tapi malangnya layout utk wordpress la pulak.....hu3

so...nampak sangatlah layout yang aku cari tak jumpa2...bak kata nenek kawan aku...hidup ini tak baik mencari...biar ia datang sendiri...sebab kalau di cari mesti tak dapat yang kita inginkan...kalau menunggu ia datang sendiri pasti ia datang....ehmmm....apa2 je lah....

inilah wajah baru blog aku...berwarna orange,3templet dan simple...simple ke? he3 semoga ianya memberi anda lebih sedap mata memandang...he3 yakin je...


hari nie gak bengkel tarian aku dah pun start...tak sabar rasanya...mesti seronok....


enjoy your day...


Tuesday, May 13, 2008

segenggam nasi...


lagi aku tertarik dengan isu senyum kambing...alkisahnya zakryee yg menyuruh aku utk tengok bahagian senyum kambing ni tengah hari semalam...aku ingatkan apa...dia kata usahanya selama ni betul la....ala2 menggayakan budaya sihat la katakan....ehmm...biasalah la tue...zakryee nie tengah mengamalkan diet....diet utk siapa pun aku tak tahu kan...nak kata ada 'awek' keliling pinggang xde pun...ehmm...ntah la...suka hati dia la...

lagi pun time lunch tgh hari semalam pun kitorg sindir zakryee sebab setiap kali makan mesti betul2 segenggam nasi...diet la sangat...tapi amik lauk berlambak....tak de maknanya diet....he3

aku pun pelik la..tetiba je pakar buat kenyataan macam tue....bagi aku tak de maknanya segenggam nasi....kalau segenggam nasi...adalah aku bertambah kering bak ikan kering...hu3 adalah setiap jam aku pergi makan nampaknya...hu3

ala bagi pandangan aku...pakar kata sebab macam tu pun sebab beras sekarang dah mahal....tue yang tetiba buat statement mcm tue.....saje la nak suruh org ramai supaya tak makan banyak sebab beras sekarang susah nak dapat...motif sangat....propaganda je semua tue...sebelum ni tak de pulak dalam iklan suruh makan nasi segenggam je....macam iklan amalkan kurang gula dalam makanan tue...aku pun tak faham kerajaan sekarang nie...hu3

so..kalau di ikutkan selama nie kita tak mengamalkan budaya sihat la sebab majoriti kita semua makan nasi bergenggam-genggam ha3

ehmmm....apa pendapat korang semua...makan untuk hidup ke...hidup untuk makan...dan lagi satu.....makan untuk kenyang...atau makan untuk sekadar alas perut...??? motif disitu....hu3


AF6: Konsert ke 8



hemmm...aku frust dis konsert xde penyingkiran...aku dah meluat nak tengok persembahan toi...tapi apa yang mengejutkan aku ialah nadia adalah pelajar yang sepatutnya keluar pada konsert ke 8 ini...mana pengundi2 nadia yang sentiasa mengundi nadia sebelum ini...adakah anda semua ingin melihat peserta2 yang ke final adalah peserta2 yang tidak sepatutnya ke final....nadia adalah peserta yang berbakat besar jika di ketengahkan ke dalam industri seni tempatan...kerana stail dan cara dia lain daripada yang lain dan apa yang paling penting nadia masih muda....apa yang pasti aku berharap nadia akan terus ke final....


kedudukan sebelum konsert
  • Stacy 21%
  • Riz 18%
  • Stanly 16%
  • Nadia 15%
  • Toi 15%
  • Nubhan 15%


review konsert ke 8...

peserta lelaki...

Toi : Kasih Berduka ( M. Osman)

toi adalah peserta pertama yg membuat konsert pada minggu ke 8 nie...dan bagi aku toi menunjukkan peningkatan dalam mutu vocal dia walaupun masih berada tahap karaoke....pujian harus di berikan untuk dia kerana dapat menghiburkan penonton (tp aku tetap tak terhibur)...pengkritik tetap juga memuji toi kerana ada peningkatan kerana berjaya mengurangkan kesumbangan dia dalam menyanyi....toi kena sedar pada saat2 ini dia berada pada satu tahap kelompok peserta yang telah menunjukkan bakat sebenar mereka kerana mereka sedar final semakin menghampiri....betul kata ning, lagu ini amat bersesuain dgn suara toi yg tidak seberapa itu..bukan menghina tapi setiap orang yang menyanyi hanya akan sedap didengar bila lagu itu bersesuain dgn tone suara mereka...dan lagu ini sememangnya bersesuain dgn toi....semoga toi terus berusaha dan berusaha lagi jika benar penonton inginkan dia ke final.....

1/5


Stanly : Naluri Lelaki (Samsons)

pada minggu ini stanly kononya di berika lagu yang dia suka...walhal aku rasakan lagu ini bukanlah sesuai sangat dengan vocal dia...tapi apa yang boleh di banggakan ialah tahap keyakinan stanly ketika membuat persemabhan membuat penonton terhibur dengan persembahan dia walaupun dia tidak dapat menyampaikan lagu naluri lelaki ini dengan sejatinya....stanly juga tidak seharusnya memaksa bila dia menyanyi kerana ini membuat vocal dia seperti tidak kena...selain tu stanly suka menelan perkataan dan membuat kita tidak dengar dengan apa yang dia nyanyi...lagu ini juga amat berat utk dinyanyika sebab lagu ini amat popular dan org akan tahu part2 yg kita nyanyi sumbang...org tau dimana lenggok dan nada lagu ini...so ianya memang sebuah lagu yg susah walaupun nampak mudah...stanly juga harus di berika pujian sebab pandai berinteraksi dengan penonton...

2/5


Riz : Laskar Cinta (Dewa)

minggu ini adalah persembahan yang paling teruk di buat oleh riz....dan buat pertama kalinya dia tidak focus bila berada di atas pentas....seawal permulaan pun sudah sumbang sebab riz tidak berjaya membawa nada rendah untuk lagu ini dengan baik...riz juga sepatutnya boleh membawa lagu ini dengan baik sebab lagu ini aku rasa tak de beza dengan lagu starlight(muse) yang pernah riz bawa....mungkin di sebabkan seawal lagi riz sudah tidak suka lagu ini menyebabkan ia menggangu riz...suka atau[un tidak dgn lagu yg di beri..riz sepatutnya menerima sbg cabaran...riz sendiri pernah cakap dlm diary yg kita harus buktikan bila org ingat kita tidak boleh nyanyi lagu itu...dan kita harus sambut dengn membuat org kagum dgn persembahan kita....tp sayang riz telah menghampakan ramai orang....riz harus menebus pada minggu ke 9...

1/5


Nubhan : Hanya Engkau Yang Mahu (Aizat)

persembahan terbaik pada minggu ini...kawalan vocal yg ok walaupun ada terkucil di pertengahan....satu yg aku tention dgn nubhan ialah dia selalu lari tempo....main suka hati dia je memecut tanpa dengan muzik dgn betul...macam starting persembahan....sepatutnya dia dah start nyanyi tapi xjuga start...lepas tue terkejar sampai lari tempo....tapi nubhan berjaya kawal balik di pertengahan....good job utk nubhan....

5/5


pelajar perempuan


Nadia : Karma (Cokelat)

satu kelemahan nadia yg aku perasan ialah....walaupun nadia nyanyi dgn bertenaga...sedar atau pun tidak nada nadia nyanyi adalah flat....itu kelemahan utama nadia...dan setiapa minggu persembahan yg sama dgn nada suara yg sama menyebabkan org bosan dgn dia...sebab itulah undian dia semakin menurun...nadia harus mengambil segala apa yg cikgu ajar dan bukan main redah jek sampai org pun dah xnak undi....nadia harus sedar dalam menyanyi ada tinggi rendahnya....memang tidak di nafikan vocal nadia mantap tapi mantap mcm mn pun kalau takde teknik menyanyi yg betul juga pun tidak guna kan.....so nadia harus bangkit utk terus menjadi salah satu peserta final dan bukannya peserta yg tersingkir di saat2 konsert final...nasib baiklah pihat astro nak tengok ko kat final...kalau tak ko dah ada kat rumah dah...tersingkir minggu ke 8....

3/5


Stacy : Gembira Hidup Ini (Farah)

stacy seperti biasa berjaya membawa lagu ini seperti lagu dia sendiri...tak de apa yg aku nak komen sebab stacy memang bagus...cuma ingat pesan pengkritik....

4/5

kedudkan selepas konsert
  • Nubhan 19%
  • Riz 19%
  • Stacy 18%
  • Stanly 16%
  • Toi 16%
  • Nadia 13%

aku sentap dengan kedudukan nubhan daripada sebelum kosert di tangga bawah dan bila undian di tutup terus berada di tangga pertama....dan seperti biasa...tiada penyingkaran seperti yg berlaku dengan setiap musim konsert af yg tidak terlepas...pasti ada minggu yg tiada penyingkiran....dan apa yg menyentapkan lagi nadia adalah peserta yg sepatutnya tersingkir...hu3 sepatutnya toi yg terkeluar minggu ke 8 nie....pengundi hantu mana yg undi toi ntah...

untuk lagu2 bonus pulak...membosankan...baik tak payah di buat lagi bagus....



tugasan untuk konsert minggu ke 9....

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Riz : Rock Around The Clock (Bill Haley)
Stanly : Kerana (Alleycats)
Toi : Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

PELAJAR WANITA

Nadia : Lelaki Budaya Darat (Ratu)
Stacy : Beat It (Micheal Jackson)

LAGU BONUS (DUET)

Ada Cinta ( Acha / Irwansyah ) - Nubhan / Stacy

Endless Love (Luther Vendross / Diana Ross) - Riz / Nadia

Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M Nasir) - Toi / Stanly


this konsert terakhir ini oklah lagu yg di berikan untuk setiap peserta...cuma utk lagu bonus tue...matilah stanly dan toi kena nyanyikan lagu LAGU JIWA LAGU CINTA....mesti hancur......

ramalan aku untuk kali ke2 peserta2 yg ke final...

kalau 3 orang jek aku nak....stacy,nubhan dan nadia

kalau 4 orang....stacy,nubhan,nadia dan riz

kalu 5 orang...stacy,nubhan,nadia,riz dan stanly

peserta yg tak ke final..sah2 la toi yg laha....ha3

Monday, May 12, 2008

Bagaimanakah Malam Pertama Kita

Bagaimanakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti; Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Saturday, May 10, 2008

BONDA

lagu ini aku tujukan khas untuk ibuku yang tersayang dan juga seluruh ibu2 di malaysia mahupun dunia yang telah banyak berkorban untuk anak2 mereka dan juga keluarga demi untuk kesejahteraan dan kebahagian anak2 dan keluarganya.

SELAMAT HARI IBU.....

bonda-m.nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca
sedangku telah pun terima di dalam redha
segala kepahitan
pengalaman menjadi penawar
mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda
bilakah akan ku kecapi kasturi
penebus maruah
dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
sejuta haruman
kini menjadi penjara jiwa
ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
hari-hariku kini berlalu
bagaikan bahtera
tanpa layar dan kemudi
Bonda
akhirnya terbongkar jua rahsia
tangisan dan gurindam
keramat kasih sayangmu
Bonda
saat dan pertemuan semula
kita kali ini
akan ku abadikan
keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda

I LOVE U MAMA....

setiap insan di muka bumi ini pastinya pernah merasakan kasih sayang seorang ibu. kasih sayang yang bagi aku takkan pernah terbalas walau dengan apa sekalipun kecuali pahala yang besar dari ALLAH. pengorbanan seorang ibu yang telah membesarkan kita sejak dari kecil sehingga dewasa tanpa pernah mengenal erti penat. seorang ibu, tidak akan pernah membiarkan anaknya menjadi insan yang hina. seorang ibu akan sentiasa melakukan apa saja demi untuk kebaikan anak mereka. tak kan ada seorang ibu di dunia ini yang sanggup membiarkan anaknya terbiar, kalau adapun itu urusan dia dengan ALLAH.

bagi mereka yang masih ada ibu, sayangilah mereka dengan sebaik mungkin....selagi hayat mereka masih ada....dan bagi mereka yang tidak mempunyai ibu iaitu ibu mereka telah meninggal dunia...doakanlah kesejahteraan mereka di akhirat sana...semoga mereka terletak antara orang2 yang soleha...dan bagi mereka yang tidak pernah mengenal erti kasih sayang seorang ibu, tabahkan hati, anggaplah ini semua dugaan untuk kita, anggaplah ibu anda itu adalah orang yang telah membesarkan anda sejak dari kecil sehingga dewasa....kepada mereka di luar sana...yang telah membiarkan ibu mereka bersendirian di rumah...dan bertahun2 tidak pernah menjenguknya...pulanglah...ibu anda setia menanti kepulangan anda semua....

setiap pengorbanan ibu kita berbeza,pelbagai dugaan ibu kita harungi dalam membesarkan kita dan menjadikan kita apa yang ada sekarang,...pengorbanan ibuku WALIAH BT MADE. bagiku cukup besar. pengorbanan beliau di dalam membesarkan kami 7 orang adik beradik bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku, ditambah dengan 6 orang anak lelaki dan seorang saja anak perempuan.ibuku bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi.beliau hanya seorang gadis kampung.ibuku hanya insan biasa.insan yang telah membesarkan aku....ibuku adalah seorang yang begitu kuat bekerja demi mendapatkan sesuap nasi untuk anaknya. walaupun sesusah mana untuk kami mendapatkan sesuap nasi,beliau tidak akan pernah sesekali menagih simpati untuk mendapatkannya. beliau akan sentiasa berusaha dengan sekeras yang boleh untuk memastikan anaknya makan pada hari itu. biar dia tidak makan apa yang paling penting melihat anaknya gembira. bukan ayahku tidak bekerja. biasalah tu,kerja masa dulu bukannya senang, lagi-lagi di bumi tawau,sabah itu. pelbagai juga pekerjaan yang ayah aku lakukan. tapi itu semua manalah dapat menampung kami sekeluarga. ditambah pula dengan adik beradik mak aku yang turut tinggal bersama kami.menambahkan lagi beban keluargaku.


keluarga kami bukanlah dari golongan orang2 berada. aku datang dari golongan orang yang susah. ibuku menggunakan kemahiran beliau menjahit, untuk mengumpul duit agar ada juga wang untuk membeli sesuap nasi untuk hari-hari seterusnya. aku pernah melihat ibuku menjahit sehingga larut malam untuk menyiapkan tempahan baju orang2 kampung yang datang untuk mebuat baju.aku juga pernah mengikut ibuku menjahit di bandar. di sebuah kedai jahit di bandar tawau....ibuku juga pernah membuka kedai menjahit tapi sayangnya sewa kedai itu terlalu mahal...oleh itu ibuku hanya mampu menjahit dirumah.... aku tahu beliau begitu keras berusaha.....

selain itu, beliau juga turut pernah terlibat di dalam menjual jualan langsung. pelbagai produk jualan yang beliau ikuti demi untuk mendapatkan wang untuk membelanjakan kami bersekolah. dan apa yang paling aku gembira meilhat ibuku mendapat bonus dari CNI iaitu syarikat jualan langsung yang begitu fomous satu ketika dulu di tawau untuk pergi melancong ke semenanjung...pelbagai tempat yang beliau pergi....aku tumpang gembira dengannya....sekurang2nya usaha beliau terbalas....

ibuku juga sentiasa mencari jalan untuk membuat kami semua sentiasa bahagia dan terus mendapat pendidikan. sehinggakan beliau sanggup meninggalkan kami adik beradik untuk bekerja kilang di semenanjung. bayangkan rasa rindu ibuku yang terpaksa berpisah dari anak2 kesayangannya ketika itu. ibu mana yang sanggup berpisah dengan anaknya beribu2 batu...??? semua yang beliau lakukan hanya untuk kami adik beradik..untuk meringankan bebab keluargaku....sehinggakan suatu hari, kerana terlalu rindu dengan adikku,maka ibuku telah membawa dua adikku ke semenanjung....dan kami 5 orang tinggal lagi berjauhan bersama ibu dan bapaku.....setahun kemudian setelah cukup duit untuk membeli tiket kapal terbang barulah kami semua berhijrah ke semenanjung memulakan hidup baru di sana. bayangkan tiket kapal terbang ketika itu bukannay murah kira2 rm400 lebih utk seorang....ya lah ketika itu airasia belum wujud lagi...hanya ada MAS je ketika itu...mahu atau tidak hanya MAS sahaja pengangkutan yang ada ke semenanjung...kadang2 aku sedih melihat ibuku yang semakin tua itu bekerja kilang tidak kira pagi ataupun malam....kadang2 terdetik di hati ini jua menyuruh ibuku berhenti...namun apakan dayaku aku hanya seorang anak....sehinggakan suatu ketika abang dan kakak ku telah bekerja...beliau pun berhenti kerja dan duduk di rumah menjadi suri rumah seperti biasa.....

pernah juga orang kampung kata yang keluarga aku di semenanjung kaya raya...aku hanya mampu tergelak dan terdetik di hatiku jemputlah datang ke semenanjung....bagiku pendapatan keluargaku hanya cukup2 makan saja...maklumlah hidup di bumi orang lagi2 di kuala lumpur....pernah ibuku menggadaikan rantai emas beliau kerana aku memerlukan duit untuk melanjutkan pelajaran....ianya berlaku di depan mataku...ketika itu airmata di dalam hati mengalir dengan deras....demi untuk melihat aku berjaya....beliau sanggup melakukan apa saja demi melihat aku berjaya...kerana aku tahu aku salah satu harapannya untuk mengubah nasib keluargaku....detik itu tidak akan mampu aku lupakan....pernah juga,ketika di kampung,dalam kami kesusahan, jiran kami meminta tolong dengan ibuku kerana anak mereka ingin melanjutkan pelajaran ke universiti....ibuku terlalu murah hati memberikan jua pertolongan dengan memberi rantai emas beliau untuk di gadaikan untuk menampun perbelanjaan anak jiran kami itu....prinsip ibuku kita membantu orang susah pasti suatu hari kesengan akan datang kepada kita.....pernah juga aku menegur ibuku kerana suka sangat membantu orang lain sedangkan keluargaku juga dalam kesusahan...dan ibuku hanya berkata tak mengapalah....ALLAH ITU MAHA ADIL.....

pernah juga ketika aku masih kecil....ketika itu memang keluargaku di tahap krisis keewangan ....kami sekeluarga hanya mampu makan nasi semata-mata di cicah dengan kicap dan minyak masak....ingat lagi aku bagaimana ibuku menyuapkan aku...dan ketika itu tidak ada rasa mahukan itu ini...kerana ianya telah menjadi perkara biasa untuk kami sekeluarga....dan lauk itulah yang aku rasakan paling sedap di dunia ini....kadang2 juga bila sekarang nie aku balik rumah aku lebih selera hanya makan telur goreng dengan nasi putih sahaja...kerana sejak dari kecil aku sudah biasa dengan semuanya....rindu dengan saat2 itu...dan ketika itu jangan haraplah nak makan seketul daging pun....bila hari raya tiba...barulah dapat merasa ayam dan daging segala....itupun setahun sekali....

saat2 yang aku rasa memeningkan kepala ibuku sudah pastinya ketika hari persekolahan bermula....bayangkanlah jika kami semua adik beradik bersekolah ketika itu....dengan nak bayar yuran yang mahal ketika itu bukanlah suatu yang mudah....kemudian dengan perkakas persekolahan lagi....kadang2 aku adik beradik hanya recycle saja kasut dan baju sekolah mahupun alat2 tulis yang masih boleh di pakai....kecuali jika terdesak untuk membeli yang baru....ketika itu juga kami bernasib baik kerana yayasan sabah ada memberikan baju sekolah dan kasut sekolah untuk setiap pelajar.....baju sekolah yang di berikan oleh yayasan sabah la yang kami gunakan...jangan mimpilah nak merasa baju yang di beli di bandar....aku hanya redha ketika itu...dan ibuku akan pastikan anak2nya kesekolah tanpa ada kekurangan....kerana ibuku tidak mahu di pandang hina dengan kekurangan yang ada....

dan apa yang paling aku bangga dengan ibuku...beliau telah berjaya menunaikan fardhu haji beliau dengan sempurna pada tahun lepas dengan menggunakan duit yang beliau kumpul dari upah menjahit dan kerja kilang.....bagiku ibuku adalah insan yang begitu hebat tidak seperti orang lain yang sememangnya mampu menunaikan haji tetapi masih tidak menunaikan haji sehingga sekarang.....dan aku bersyukur beliau sudah mengerjakan salah satu rukun islam kelima...dan beliau sentiasa mengingatkan kami adik beradik supaya menunaikan haji ketika umur muda dan masih bertenaga lagi....

dan kini...aku rasa besar lagi beban yang ibuku tanggung kerana kesihatan ayahku tidak begitu baik untuk terus bekerja...sudah pasti bertambah lagi beban yang terpaksa beliau pikul.....

bagiku...aku bangga memiliki seorang ibu yang begitu besar pengorbanan dan juga onak duri yang beliau lakukan demi melihat kami berjaya....pengorbanan beliau yang aku kira tidak mampu untuk aku balas...terlalu besar pengorbanan beliau untuk ku....hanya ALLAH yang mampu membalasnya.....mungkin aku tidak mampu menulis semua pengorbanan yang telah ibuku lakukan...hanya yang termampu untuk aku coretkan sahaja buat perkongsiaan kita semua....mungkin pengorbanan ibu anda semua juga berbeza dan besar pengorbanan mereka...bagiku ini adalah pengorbanan ibuku untukku dan keluargaku....

aku sayang ibuku.....hanya kau ratu hatiku.....sesungguhnya dialah ilhamku...

p/s: sayangilah ibu anda...

RPK: kini bebas









setelah di tahan di penjara sg. buloh lebih kurang 3 hari....kini RPK telah di bebaskan setelah di ikat jamin sebanyak rm 5000....beliau yg di ikat jamin oleh isteri iaitu marina tersenyum setelah melangkah keluar dari penjara.....

beliau yg juga telah mogok lapar ketika berada di dalam penjara terus diberikan sebotol air oleh isterinya setelah bebas dari penjara....

selain itu,sumber daripada malaysian today sendiri berkata, beliau bukannya mogok lapar tetapi beliau ada pendapat sendiri dimana beliau tidak mahu makan makanan yang di berikan oleh penjara kerana sumber makanan itu adalah duit rakyat. oleh itu beliau tidak mahu makan makanan yang di berikan.

apa yang menarik ketika RPK berada di penjara, beliau telah terserempak dengan dua orang tertuduh di dalam pembunuhan kes altantuya.....dan sudah pasti RPK dapat mengetahui siapakah dua orang tertuduh itu sebenarnya....












pada 8 mei yang lepas juga, penyokong2 RPK telah berkumpul di depan penjara sg.buloh sambil menyalakan lilin(vigil candle) sebagai tanda supaya RPK di bebaskan dengan segera......

sudah pasti apa yang terjadi ini menjadi pengajaran untuk RPK dan sudah pasti juga pengalaman ini akan dapat beliau kongsi di dalam penjara sg.buloh itu selama lebih kurang beberapa hari beliau di tahan....

p/s: tak sabar rasanya nak baca tulisan RPK ketika berada di penjara tue...

Thursday, May 8, 2008

semakin sakit.....

petang tadi...selepas aku selesai mengemas semua barang2 aku...macam biasa la kan...bila dah habis sem....semua org gigih mengemas barang2....

so, sebelum aku hantar semua barang2 aku ke rumah daoz,...aku sempat call mak aku....sebab malam tadi mak aku ada call aku...tapi aku tak sempat sambut....lagi pun memang aku nak call mak aku pun sebab aku nak suruh kirimkan duit utk bayar yuran surveying camp yang akan di adakan pada 31mei ini....aku tention dgn fakulti aku sebab tak potong duit tue terus dari ptptn bila dah masuk ptptn....nak juga kena bayar sebelum esok hari....dah la aku ada masalah keewangan sekarang nie....hu3

mak aku pun bagi tau yang ayah aku dah confirm di sahkan sakit paru2 berair....dan ayah aku sakit dia semakin teruk...ke dua2 kaki ayah aku semakin bengkak pulak di tambah dengan kesusahan untuk beliau bernafas dengan baik...hu3 aku sentap mendengarnya..mungkin 2 or 3 hari nie ayah aku akan di masukkan ke hospital....ayah aku pun dah tak boleh kerja sekarang...maka kuranglah pendapatan keluarga aku lagi...hu3

so aku dengan perasaan sentap dan sedih....terpaksa juga aku meneruskan tujuan asal aku utk meminta wang utk bayar yuran...mak aku kata ok...tapi jauh di sudut hatinya aku tahu mesti dia berkata manalah duit dia nak cari sedangkan aku nak guna esok...ya la...dengan kos ayah aku berubat ke sana sini lagi sudah pasti menggunakan duit yg banyak....abang dan kakak aku pun mesti dah guna duit utk beli keperluan rumah dan bayar apa yang patut....argghhh...kesedihan dalam hati aku semakin menghimpit hati....apa kan dayaku.....

aku hanya mampu berdoa utk semua ini kembali sedia kala....semoga ayahku kembali sihat seperti sedia kala....aku masih memerlukan beliau....inilah di namakan ujian.....



aku yang hanya mampu berdoa...~~~


pub muslim...???


semasa aku tgh khusyuk membaca utusan online....baca punya baca...aku pun terlihat bahagian senyum kambing pada paper semalam.....ianya membuat aku tergelak dan berfikir sekejap...apakah motif ianya buat kenyataan seperti itu? apakah jadahnya mereka mahu buat benda itu? pelbagai persoalan bermain di benak fikiranku.....dan aku tertanya pada diri sendiri.....wajar ataupun tidak mereka mengkaji dan akan melaksanakan benda itu? bagi aku ianya tidak perlu dan tidak wajar utk di wujudkan meskipun mereka ingin kaji.....kerana bagi aku kita tidak boleh utk menghalalkan sesuatu itu jika sememangnya ianya bertentangan dengan ajaran islam.....mungkin ada yg tidak setuju...bagi aku ini pendapat aku sendiri...sama2 kita berkongsi pendapat......

kerana apa.....islam itu ada bentuk hiburannya sendiri yg tidak sama dengan hiburan org2 barat...dan pub ini adalah bentuk hiburan yg di cipta oleh org barat utk melalaikan org islam.....rasa2 nya jika benar kuantan ingin mewujudkan pub muslim sekalipun....aku rasa ianya akan mendatangkan keburukan dan tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat...malahan lebih membawa umat islam ke kancah ke maksiatan.....dan persoalan yg bermain di benak aku ialah...bentuk hiburan bagaimana yg ingin mereka letak dalam pub muslim itu nanti....sedangkan jika kita lihat pub yg sedia ada sekarang.....di buka pada waktu malam, terletak di tempat2 yg sunyi, keadaan pub yang gelap dan bising, pergaulan bebas, org terkinja2 dan minum minuman arak hingga memabukkan dan sebagainya....bagi pendapat aku jika mereka ingin melaksanakan pub muslim mereka harus menterbalikkan apa yg ada dalam pub sekarang kepada 360darjah...dan bukan setakat 180 darjah....contohnya jika pub sebelum ini berkadaan gelap dan bising maka konsep pub muslim ini haruslah dalam keadaan terang dan tidak terlalu membingitkan telinga dgn lagu2 yg entah apa2....tapi bagi aku ianya pasti suatu yg kelakar dan sesuatu yg di luar fikiran kita....

kalau betul la pub muslim nie akan di wujudkan...aku rasa confirm ramailah budak UMP yg akan menghilang setiap malam sebab pergi pub muslim nie ha3

aku sekadar memberi pendapat dan bukannya aku pernah pergi ke pub ....aku sekadar memberi pendapat berdasarkan pemerhatian aku....ianya sekadar berkongsi pendapat sesama kita...sama2 lah kita fikir2 kan hal ini......

islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur....
apa yg paling penting ianya berlandaskan syariat islam....


Wednesday, May 7, 2008

AF6: tugasann minggu ke 8


agak lama aku tidak menulis entri tentang AF6....
ntah la...tak de mood nak cite pasal AF6....coz ada peserta yg aku tak suka masih ada dalam AF6...siapakah dia? ehmm...korg pun tahu kot siapa dia...he3

baiklah ini adalah tugasan minggu ke 8 sebelum melangkah ke pentas final...

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Hanya Engkau Yang Mahu (Aizat)
Riz : Laskar Cinta (Dewa)
Stanly : Naluri Lelaki (Samsons)
Toi : Kasih Berduka ( M. Osman)

PELAJAR WANITA

Nadia : Karma (Cokelat)
Stacy : Gembira Hidup Ini (Farah)

LAGU BONUS (DUET)

Sembunyi - Misha Omar/Andy Flop Poppy Paling Comel - Nana/Achik Tak Tahu Antara Dua - Farah/Adam

aku rasa pilihan lagu utk minggu ke 8 nie tak de bagus sangat....mcm minggu ke 7....aku nak kritik lagu bonus yg di berikan oleh peserta....aku rasa mcm nak gelak tgk lagu2 yg di berikan oleh peserta AF6....aku rasa hanya lagu sembunyi je sesuai utk di bawa lg bonus.....dua lagi tue mcm tak layak utk di bawa ke konsert...lagi2 utk minggu ke 8 nie....

selain tue, aku tak puas hati dengan lagu yg di berikan pada stacy...laha sangat lagu tue...dah la tak famous....pe nie...mcm tak de je lagu2 yg best lg....tention betul...nampak sgt tak nak bg stacy menang....AF nie mmg mcm tue...suka sangat tak nak bagi peserta dari borneo menang dgn bg lagu2 yg tak best...lagi2 nak dekat final nie...tention aku...tgk la peserta dr sabah sentiasa dpt no.2 jek....kesian betul....tp aku yakin kalau org dah bgus tue...bg lagu apa pun mmg bagus....stacy boleh bt lagu tue jadi gempak punya....go stacy...alamak terlebih sudah.....he3

pemilihan lagu utk peserta2 lain ok la kot....tapi aku takut jek nubhan tak leh nyanyi lagu aizat tue...hu3 riz boleh kot...dia kan mmg gempak gak...nadia pun mesti gempak dgn lg karma tue...cuma stanly kot..mampu ke dia bawa lagu naluri lelaki? persoalan di situ...he3 toi? dialah peserta yg aku harapkan tersingkir minggu nie....sama2 lah kita berdoa...kalau tak keluar gak...aku tak tau la...peminat toi buta kot....ha3 sowie kalau ada yg tak puas hati.....

peserta yg aku nak kat final....

  1. stacy
  2. nadia
  3. riz
  4. stanly
ke lima...sowie dulu aku target mama rina...syangnya mama rina dah keluar....hu3 so aku target nubhan la yg akan jadi peserta ke lima...itu pun kalau 5 peserta ke final.....

p/s: tak sabar nak tau sape keluar dis week...

aku rindu padanya....


aku rindu padanya...

terasa rindu yg teramat

dulu dia sentiasa menemani aku

kehadirannya mewarnai duniaku

dunia alif ba ta ku

kini....

ia sakit...

lesu...

bisu...

aku tidak tahu mengapa...

tiada lagi hari-hari ku

di temani ia...

kebosananku kian menebal

membuat hidupku terasa begitu sunyi

bosan terus menghimpit hati

hati yang begitu rindu akan ia

bilakan lagi aku dapat menyentuhnya

merasa segala yang ia ada

untuk aku terus mewarnai

dunia alif ba ta ku...


aku yg akan sentiasa menanti kehadiranmu
dari mimpi burukmu
kupasti kau akan hadir jua
meski berapa lama lagi aku harus menunggu
kau tetap di hati...


raja petra ke mahkamah lagi....


raja petra yg di tahan di penjara sg.buloh

kasihan kat raja petra....buat kali ke dua beliau di hadapkan ke mahkamah lagi atas tuduhan hasutan melalui blog beliau yg bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu.

beliau dan juga seorang lagi penulis blog iaitu Syed Akbar Ali, didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen di sini dan Kuala Lumpur semalam.

raja petra didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

hakim membenarkan beliau di ikat jamin dengan rm5000 tetapi sayangnya beliau gagal utk membayarnya. oleh itu beliau di tahan di penjara sungai buloh.

raja petra juga telah di wakili oleh 7 peguam termasuk karpal singh.ini adalah kes pertama yg di jalankan di mahkamah yg membabitkan kes penulis blog.selain itu, kempen 'One Person, One Ringgit' dilancarkan melalui laman web Malaysia-Today untuk membantu membebaskan Raja Petra. ini adalah utk membantu raja petra utk membayar wang jaminan. biasalah mungkin raja petra dah tak de duit nak bayar disebabkan beliau dah banyak habis duit bayar saman beliau yg berjuta2 pada bulan sebelum nie....kasihan kat dia....hanya kerana tangan menulis diri yg merana....ehmmm...terpaksa la lepas nie aku berhati2 dalam menulis entri aku...hu3



syed akhbar,48

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula, Syed Akbar, 48, dituduh di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah atas dakwaan menerbitkan kata-kata menghasut dalam laman web sama menerusi komen bertajuk It Is Easy To Impress The Malays.

Komen itu adalah sebagai ulasan terhadap artikel yang diterbitkan Raja Petra bertajuk Malaysia's Organised Crime Syndicate: All Roads Lead To Putrajaya.

Syed Akbar dituduh melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No 2007 Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada jam 2.59 petang 5 Jun tahun lalu.

beginilah situasi blogger di malaysia.....bila tersalah langkah...maka nasib di hadapkan ke mahkamah....merana lah hidup...oleh itu..aku menasihatkan anda semua dan diri ini...agar sentiasa berhati2 ketika menulis entri agar tidak berbauh fitnah ataupun hasutan...semoga raja petra dan syed akhbar terlepas dari tuduhan ini....sama2 lah kita doakan...


PERTUDUHAN:

Raja Petra Raja Kamaruddin
  • Dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.


Syed Akbar Ali
  • Dituduh menerbitkan kata-kata menghasut dalam laman web sama menerusi komen bertajuk It Is Easy To Impress The Malays. Komen itu adalah sebagai ulasan terhadap artikel yang diterbitkan Raja Petra bertajuk Malaysia's Organised Crime Syndicate: All Roads Lead To Putrajaya di premis perniagaannya di Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No 2007 Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada jam 2.59 petang 5 Jun tahun lalu.

Tuesday, May 6, 2008

tamat sudah sem 2 tahun 1......

yahooo.....
dengan berakhirnya paper eng.math aku tadi...
maka secara rasminya aku telah pun menamatkan sem 2 tahun 1 aku di UMP....
so next sem aku kira jd senoir dah...coz masuk sem 1 tahun 2....
wah...tak sangka...cepat je masa berlalu.....
macam terasa baru jek aku mendaftar kat bumi UMP yg 'bertuah' nie....he3

tapi....
aku still tak leh balik rumah...
coz aq ada latihan tarian untuk citrawarna malaysia yg akan berlangsung pada 20-25mei nie...
so kitorang kenalah berlatih dari awal lagi...
lagi2 aku yg dah lama tak menari hu3

sebenarnya cuti sem aku nie...
sepatutnya di isi utk menyertai pertandingan debat....
ada 4 pertandingan yg mana UMP di jemput utk bertanding....
debat PIZA (uitm terengganu) 15-18mei 2008
debat PERPADUAN (UUM) 20-24mei 2008
debat OSHA (uitm penang) 23-26mei 2008
debat arau open (utim arau) 13-17 mei 2008

so aku aku di kehendaki utk masuk debat PIZA...
coz debat2 lain aku tak dpt join...
tapi malangnya aku tak dapat juga sertai debat PIZA
coz clash dengan citrawarna....
so aku tak leh pergi utk semua debat2 tue....
kecewa gak sebenarnya...
lagipun mesti lepas nie lama lagi baru aku berdebat...
nak buat mcm mana kan...
aku terpaksa memilih utk pergi citrawarna
sebab itu adalah salah satu impian aku...
sekurang2 nya aku dapat pengalaman yg baru....he3
kepada team debat UMP (ORATOR)
sowie banyak2 sebab tak dapat join salah satu pertandingan tue....hu3
semoga korang berjaya kat sana nanti....

kepada rakan2 UMP mahupun di luar sana...
selamat bercuti aku ucapkan....
manfaatkan cuti anda ini
dengan perkara2 yg berfaedah....
hargai dan sayangi diri anda...(pesanan dari penaja)ha3


p/s: tak sabar rasanya nak menari utk citrawarna malaysia he3
mesti havoc giler.......


Monday, May 5, 2008

Anwar Ibrahim Antara 100 Berpengaruh d Dunia!

inilah kenyataan...
dato' sri anwar ibrahim telah berjaya tersenarai antara 10 orang paling berpengaruh di dunia menurut laporan majalah TIME.....beliau berjaya menduduki tangga ke-9 orang yg paling berpengaruh di dunia....mana kedudukan tun dr, M ataupun imam hadhari? persoalannya di sini bagaimana ia menilai seseorang itu berpengaruh...??? itu yg menjadi persoalan.....sama2 lah kita menilai sendiri ok....

petikan di bawah aku petik dari satu laman blog......klik sini....

Dunia Islam memang tak kurang hebat. Dari pelbagai resources yang melimpah ruah hinggalah sejarah ummat yang kaya dengan sumbangan tamaddun dunia.

Hari ini satu lagi "kehebatan" dunia Islam d catat.

T100landing 11 dari 100 tokoh berpengaruh dunia yang d papar majalah Time adalah Muslim!

Senarai keluaran Time ini d klasifikasi menurut 5 kategori (pemimpin, peneroka, pemikir, penghibur dan pembina industri/empayar niaga).

Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tersenarai antara 10 pemimpin berpengaruh dunia, d tangga ke-9 (d mana Imam Hadhari?). 3 lagi pemimpin ummat Islam tersenarai dalam senarai lengkap 20 pemimpin berpengaruh (Muqtadr Al Sadr d tangga ke-13, Baitullah Mehsud nombor 17, dan ketua tentera Pakistan, Ashfaq Kayani d tangga ke-20).

Sheikh_mohammed Dalam kategori peneroka, pemerintah Dubai Shaikh Mohamed Bin Rashid Al Maktoum (juga Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE) d senarai sebagai peneroka berpengaruh nombor 10 dunia - dengan mengambil kira pelbagai inisiatif beliau meletakkan Dubai d mata dunia. Wanita kelahiran Iraq, Madeeha Hasan Odaib d letakkan d tangga ke-13.

Doktor keturunan Turki, Mehmet Oz menjadi Muslim tunggal dalam kategori pemikir. Beliau yang seringkali d beri gelaran doktor nombor 1 d Amerika d tangga ke-6.

Senarai penghibur juga menyaksikan wakil tunggal dunia Islam, Khaled Hosseini penulis novel yang meningkat naik dengan novel berkisar kehidupan d Afghanistan d tangga ke-9.

Kategori pembina industri/empayar niaga menyenaraikan 3 orang wakil dunia Islam - Menteri Minyak dan Galian Saudi, Ali Al Naimi (no. 2) yang mendahului putera raja Saudi, Al Waleed Bin Talal (no. 11) dan entreprenuer keturunan Sudan, Mo Ibrahim (no. 18).


ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa umat islam juga adalah umat yg sememangnya hebat....sejak dari dulu lagi...tetapi kini kita kekurangan umat islam yg begitu berkualiti di dalam memartabatkan islam itu sendiri.....

sama2 lah kita menjadi umat islam yg berkualiti agar islam tidak akan terus di hina dan di caci...serta di tindas tanpa henti......


p/s:diri ini masih byk kekurangan...kedaifan diri.....iman yg turun naik....
semoga diri ini cepat sedar dari lena duniawi.....


Sunday, May 4, 2008

blog aznil......!!!


tue dia....
sorang2 orang yg aku minat dan kagum buat blog.....
suka sangat.....
dan kali nie....
aznil hj nawawi pun turut serta dalam memblogging nie.....
pak nil dah start blogging pada 15 april 2008..
just aq jek yg lambat tau hu3...
ehmmm...aku ucapkan selamat datang ke blogesphere kepada pak nil....
semoga ianya dapat merapatkan lagi pak nil dengan peminat....
seterusnya berjaya dalam kerjaya pak nil dalam menghasilkan sesuatu yg menarik.....
aznil best......!!!

p/s:suka sangat denagn rancangan baru aznil kat astro tue....kring kring...

senarai pemenang AIM15...


sebagaimana yg kita ketahui....malam tadi telah berlangsung AIM15 di PWTC....dan berikut adalah senarai2 pemenang utk setiap kategori.....

  • Lagu Terbaik - Izinku Pergi (Kaer Azami)
  • Album Terbaik - Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Artis Baru Terbaik - Faizal Tahir
  • Artis Harapan - Suki
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) - Faizal Tahir (Aku.Muzik.Kamu)
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Datuk Siti Nurhaliza (Hadiah Daripada Hati)
  • Kulit Album Terbaik - Jenny Sun (After 8)
  • Rakaman Album Terbaik - After 8
  • Video Muzik Terbaik - Sean Chan (Sangkar)
  • Album Pop Etnik Terbaik - Melodi Ahlan (Waheeda)
  • Album Nasyid Terbaik - Maulana (Rabbani)
  • Album Pop Terbaik - Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Album Rock Terbaik - Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Album Inggeris Tempat Terbaik - Melissa Indot
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Melayu) - Nai Kong: Cintamu (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Anugerah Wirama - Fauzi Marzuki
  • Anugerah Kembara - Pop Shuvit

bagi AIM15 ini melihatkan kemenangan besar utk FAIZAL TAHIR yg mana telah berjaya membawa pulang 4 anugerah daripada 6 pencalonan manakala datuk siti nurhaliza telah berjaya merampas kembali anugerah vocal terbaik yg telah di pegang oleh jaclyn yg mana telah merampas dr datuk ct pada tahun lepas. ct juga berjaya merampas kembali anugerah itu setelah 8 tahun berturut2 memegang anugerah itu kemudian telah di rampas oleh jac. dan nampaknya ct sememangnya tidak membenarkan anugerah itu di ambil begitu lama oleh mana2 artis dan tahun ini dia berjaya merampasnya kembali.

AIM15 ini telah di hostkan oleh adibah noor dan aflin shauki.selain itu,izinku pergi yg telah menang anugerah lagu terbaik pastinya membuat semua peminat terkjut kerana lagu2 yg lain mungkin di fikirkan layak menang seperti itu kamu dari estranged.

tahniah kepada semua pemenang....semoga ianya dapat memberi lagi semangat utk anda berjuang dalam industri seni malaysia yg tak begitu besar ini....tahniah sekali lagi....


p/s:kecewa sebab tak dapat tgk AIM15 or AF6 secara langsung hu3


Saturday, May 3, 2008

AIM15 vs AF6:konsert ke 7



VS




pastinya malam esok...
akan membuat seluruh peminat seni dan juga AF
akan pening kepala
untuk melihat acara yg mana satu
yang mana AIM15 & AF6 konsert ke 7
akan berlangsung esok
dan pastinya juga
ianya adalah satu saingan yg sengit utk
kedua2 stsyen tv
dimana sudah pastinya
kedua2 program ini mampu utk mengumpul
rating penonton yg tinggi

jika kita lihat
AIM15 seperti akan mendapat rating yg tinggi
dan sudah pasti ramai org yg akan menonton AIM15
berbanding AF6
ini kerana AIM15 adalah salah 1 event
yg amat besar dalam negara kita
dan ianya hanya sekali di tayangkan setiap tahun
selain itu
calon2 yg bertanding juga agak hebat2 belaka
membuatkan penonton pasti akan ingin melihat

jika kita lihat pula AF6
dimana pada esok hari
telah masuk ke konsert yg ke 7
dimana pasti adanya luar biasa yg akan berlaku
kerana buat kali pertamanya
AF berlansung di ISTANA BUDAYA
dan peserta2 akan di iringi dengan orchestra
di bawah pimpinan RAMLI MS sendiri
dengan tema pada minggu ke 7
iaitu lagu2 dari filem
mungkin akan memberi saingan utk AIM15

apa yg pasti
kedua2nya ada kelebihan sendiri
dan semuanya terletak di tangan kita utk melihat yg mana 1
dan pastinya akan ada
rumah yg bertukar siaran
ataupun bergaduh utk melihat rancangan mana 1....
apa2 pun selamat bergembira di hujung minggu k....



p/s:aku dah bt keputusan...
maybe aku tengok AIM15
AF6 ada ulangan..
kalau tak pun
download kat youtube he3
selesai masalah aq....


Friday, May 2, 2008

blog: tun dr.mahathir....!!!


umum semua sudah ketahui..
bahawa tun dr. mahathir mohamed
telah membuat blog beliau sendiri
di mana entri pertama beliau ialah
pada 1 mei 2008

aku begitu terasa teruja
dengan kehadiran blog
tun dr.mahathir ini
kerana beliau
adalah salah seorang insan yg menjadi inspirasi aku untuk berjaya
aku amat kagum dengan beliau
beliau seorang insan yang memang hebat!!!

welcome to blogosphere...
tun dr.M.....


p/s:ehmm aq masih mencari di mana blog pak lah hu3


dewan parlimen terus panaszzz,.....


"Saya harap Bigfoot dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Itu bigfoot. Bigfoot sit down,"














"Berdirilah kalau berani. If I'm big foot you are big monkey."









di luar sidang parlimen.......



karpal dan bung mokhtar bersalaman di luar sidang parlimen
ihklas @ propaganda
terpulang pada kita untuk mentafsir.....


ini adalah sebahagian kepanasan yg berlaku pada sidang parlimen semalam......itu baru sikit....dan masih ada lagi hari2 seterusnya.......pasti dewan parlimen meletup seperti gunung berapi....

dan apa yg menarik perhatian aku ialah....apabila buat kali pertamnya...persidangan parlimen di tayangkan secara langsung selama 1 jam untuk tontonan rakyat jelata.....sudah pasti ramai di kalangan rakyat akan terkezut dengan keadaan sebenar yg berlaku di dalam dewan parlimen....dan itulah realitinya....bukan rekaan semata2.....so....kini nampak dan jelas la perangai2 wakil2 rakyat di dalam dewan parlimen......maka tertonjol la perangai2 yg tidak sepatutnya.....

menteri penerangan iaitu dato shabery chek...membuat kenyataan untuk mengkaji semula penayangan secara langsung sidang parlimen ini......bagi aku...kenapa nak di kaji semula?...tayangkan je lah...ianya banyak membawa positif kepada rakyat seterusnya ahli parlimen untuk lebih berdisiplin.....sekurang2nya rakyat tahu wakil2 mereka menjalankan tanggungjawab mereka...dan bukannya makan gaji buta duit rakyat......

apa2 pun semoga persidangan ini membawa banyak kebaikan dan perbincangan untuk mencapai kesejahteraan dan keselesaan rakyat....daripada hanya bertekak dengan kata2 yg kosong....

kita di lantik....kita harus memikul tanggungjawab itu...bukan di beri kepercayaan kita hancurkan kepercayaan itu...jadilah pemimpin yg bertanggungjawab...ingat akhirat sana.....



jalanku.....



jalan itu....
di dalam hidup kita ini
begitu banyak jalan yg harus kita lalui
jalan yg membawa kita ke suatu destinasi
yg pastinya kita impikan

jalan itu
bukan hanya ada satu
ianya ada pelbagai jalan
jalan yg kesudahannya nanti memberi jawapan
suatu jawapan yg pasti
jika lurus
maka luruslah ia
jika berliku
maka berlikulah ia
semuanya di tangan kita
kita yg memilih jalan hidup kita
suka dan duka harus sedia untuk kita hadapi
kerana itu jalan yg kita pilih

jalanku?
kemana jalanku kini....
ya...kini aku sudah ada jalanku sendiri
aku memilih untuk mengikutnya
kerana aku pasti
destinasi yg aku cari pasti akan tercapai
aku berhak untuk memilih jalanku sendiri
kerana aku kini sudah dewasa
mampu untuk berfikir
menentukan mana yg benar mana yg palsu

jalan itu
aku pilih
melalui gerak hatiku
tanpa ada hasutan dari anasir luar
hati ini yg memilih
kerana hati ini lebih mengerti kehendak diri

jalan itu
biar sehina mana pun nanti
biar sekeji mana pun nanti
aku akan tabah lalui
biar aku di hina
di keji suatu hari nanti
apa yg pasti hanya diri ini mengerti
siapa aku sebenar
kerana bukan mereka yg menentukan nasibku
hanya DIA yg mampu.....

jalan ini
aku pilih
meski warnanya nanti tidak seindah
pudar dek kerana masa
tapi aku pasti
ianya bisa untuk diwarnai semula
hidup ini harus berani
berani untuk mengubah apa yg kurang
menjadi suatu yg baru
untuk menjadikan diri kita seorang insan
di muka bumi TUHAN....

langkah kini
setapak demi setapak
walau masih tak mampu
berjalan dengan megah
tapi aku bangga dengan diriku
kerana aku gagahi jua melangkah
kerana ku tahu
suatu hari nanti aku akan biasa dengan semua
ianya akan menjadi kalis untuk diri ini

jalan itu
aku pilih
kerana ku tahu
aku menuju satu kiblat yg satu.....!!!



Thursday, May 1, 2008

congkak: sekadar bunyi yg menakutkan!!!

poster filem congkak

kali ini aku ingin berkongsi dengan semua dengan filem seram kedua hasil arahan ahmad idham dan penulis skrip iaitu piere andre....

agak lama juga aku tidak menjenguk kepanggung untuk melihat mana2 filem...aku melihat filem congkak ini pun atas dasar tidak di rancang...begini ceritanya...pada minggu lepas sebelum start cuti week tue aku ingat nak balik hari jumaat tue...di sebabkan plan d a o z....aku tak jadi balik rumah hari jumaat tue...kitorang pergi tengok wayang and then pergi rumah d a o z kat kemaman....meriah gak la kitorg tgk wayang....aku.daoz,zakryee,tito,khai,& k......

sebelum aku nak pergi lanjut utk mengulas tentang filem congkak dari sudut pandangan aku sebagai penonton....aku nak cerita semasa kami semua tgk wayang...he3 ni nak fire org la nie.....nak fire zakryee and tito....aku pun tak faham mengapa dorg berdua nie very da takut tengok cite nie....siap tutup2 muka lagi....ha3 baik tak payah masuk pawagam....he3 confirm aku kena fire dgn dorg lepas nie....aku dgn daoz gelak2 je kat blakang.....ha3 k n khai....stady je tgk cerita nie....khai xtau la ada perasaan ke tak kan...he3 sempat lg fire org....he3

secara keseluruhannya aq rasa cerita congkak nie tak sehebat jangan pandang belakang....ahmad idham harus sedar bahawa filem congkak ini sudah pasti akan di bandingkan dengan filem jangan pandang belakang yg telah berjaya membawa fenomena seram dalam industri filem kita....oleh itu tidak keterlaluan untuk aku kata congkak begitu banyak kelemahan dan tidak di garap dengan baik....begitu juga piere andre dengan skrip cerita yg dia buat tidak begitu kuat dan mempunyai jalan cerita yg baik untuk di fahami penonton.....

barisan pelakon & produksi filem congkak

ya...filem congkak ini penuh dengan bunyi yg begitu menakutkan sahaja....ahmad idham seperti hanya menumpukan kepada teknikal bunyi yg berlebihan untuk menakutkan penonton dan tidak kepada jalan cerita ataupun apabila hantu menghampiri mengsa.....sehinggakan ada satu part yg membuat aku terkejut di sebabkan oleh bunyi semata2....aku yakin filem ini akan menerima kritikan yg hebat dari peminat2 filem mahupun ahli2 filem itu sendiri....kerana apa...filem congkak terlalu banyak kesalahan yg di ambil mudah dan tidak di titik beratkan oleh pengarah....

selain itu...cerita ini juga agak berat di mana hanya memaparkan beberapa orang pelakon sahaja....iaitu rizman,nanu,ruminah sidek(hantu),Erynne Erynna(lisa) & Eli (Nur'Arina). bagi aku pelakon di dalam cerita ini harus memainkan peranan yg begitu penting untuk membuat cerita ini menjadi begitu menjadi....kredit juga di berikan kepada semua pelakon utama dalam filem ini kerana bagi aku mereka membawa watak dgn begitu baik terutama watak LISA....aku rasa erynne nie akan menjadi seorang primadona pada suatu hari nanti jika dia terus belakon.....cuma watak eli sahaja yg di lakonkan oleh nur'arina yg tidak berkenan di hati aku.......

Filem ini mengisahkan keluarga Kazman (Riezman Khuzairi) yang bercuti ke sebuah kampung di utara Kuala Lumpur. Kazman yang sibuk dengan kerjanya mengharapkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga yang selama ini sering diabaikannya.

Mereka bercuti di sebuah rumah yang sudah lama dibeli oleh Kazman. Bagaimanapun sejak hari pertama mereka tiba di rumah itu keluarga Kazman mengalami pelbagai peristiwa aneh, tetapi yang paling kerap ialah peristiwa yang berkait dengan permainan congkak yang secara kebetulan adalah permainan yang digemari oleh Kazman semasa kecil.

babak dimana eli di rasuk....

Anak Kazman, Lisa (Erynne Erynna) telah dikunjungi oleh seorang wanita tua (Rusminah Sidek) yang mengajaknya bermain congkak dan permainan tersebut telah membawa kepada pelbagai peristiwa seram yang menganggu keluarga tersebut.

Filem dibuka dengan sedikit pengenalan tentang permainan congkak, tetapi selepas itu dalam adegan-adegan selanjutnya congkak sekadar alat untuk mewujudkan elemen seram sahaja tanpa makna yang lain.

Congkak menjadi penting kerana ia adalah judul filem ini. Banyak persoalan yang timbul sekitar permainan congkak yang digunakan dalam filem ini.

Tetapi, yang tidak jelas mengapakah congkak tersebut begitu misteri sekali dan mengapa ia berpenunggu? Mengapakah salah satu bilik rumah tersebut yang menjadi punca misteri bunyi congkak ditengah malam?

Apakah hubungan congkak tersebut dengan wanita tua yang dikatakan penunggunya? Dan akhirnya mengapakah anak-anak Kazman, Eli (Nur'Arina) dan Lisa yang harus menjadi tumpuan penunggu tersebut dan dirasuk?

Namun, filem ini tidak memberikan jawapan atau penjelasan yang meyakinkan kepada semua persoalan tersebut dalam kesimpulannya. Sebuah filem seram tetap perlu memberikan kewajaran peristiwa dan tindakan untuk memastikan plotnya meyakinkan.


Tanpa keyakinan pada jalan ceritanya dan setiap peristiwa yang terjadi, maka ia akan hanya menjadi manipulasi imej dan kesan bunyi untuk menimbulkan elemen seram.

babak dimana lisa tgh bermain congkak bersama penunggu congkak

Sungguhpun filem ini menggunakan congkak sebagai temanya, tetapi sayangnya tidak ada satu adegan pun yang memaparkan permainan congkak dengan segala kehebatan dan misterinya. Ahmad Idham memilih jalan mudah dengan memunculkan watak Pak Man (M.Rajoli) yang tiba tepat pada waktunya dan seolah-olah sudah tahu apa yang akan berlaku untuk menyelesaikan segala permasalahan keluarga Kazman.

Menonton filem Congkak, mengingatkan saya kepada sebuah filem seram Poltergeist (Tobe Hopper, 1982) tentang sebuah keluarga yang berpindah kesebuah rumah di luar Bandar California.

Kehidupan keluarga itu bagaimanapun tidak tenang kerana gangguan bunyi dan peristiwa aneh dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun berbanding Congkak, Poltergeist bukan sekadar filem yang mahu menakutkan penonton dengan manipulasi imej dan kesan bunyinya, tetapi yang penting filem ini mempunyai kerangka pemikiran dan ideologi yang mahu disampaikan kepada penonton.

Poltergeist mendedahkan skandal korupsi pihak pemaju tanah dan bunyi bising yang menyeramkan dan mengancam menjadi provokatur untuk akhirnya mendedahkan skandal tersebut.

Bagaimanapun Congkak tidak diolah dengan jalur pemikiran dan ideologi di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku. Yang didapati oleh penonton sekadar cubaan-cubaan untuk menggunakan imej dan kesan bunyi buat menakutkan penonton.

Tetapi kesannya kurang berjaya kerana tidak disokong oleh kemantapan jalan cerita yang kosong pemikirannya.

dan lagi satu yg aku nak tekankan di sini ialah penerbit filem ini iaitu david teo di mana dia begitu berani utk meletakkan filem ini akan mampu utk mencapai rm10 juta kutipan mereka utk tayangan di msia,filipina,singapura,thailand & indonesia.....di msia sahaja pun david teo target sebanyak 8juta .....masalahnya di sini david teo begitu yakin utk meletakkan sasaran seperti itu....sedangkan bagi aku kita tak perlulah utk meletakkan target yg begitu tinggi sbelum melihat kutipan tayangan utk minggu pertama...tapi ini adalah satu cabaran utk filem ini samada mampu ataupun tidak mencapai sasaran tinggi itu...kita hanya tunggu dan lihat sahaja....

kepada yg belum melihat filem ini...pergilah memeriahkan panggung....sama2 kita support industri filem malaysia.....(sebahagian entri ini adalah petikan dari berita utusan)

FILEM KITA WAJAH KITA.......

Popular Posts

Popular Posts since May 2010