Monday, May 26, 2008

akhirnya anak SABAH JUARA AF.....!!!

The final ranking:

Stacy 43%
Riz 19%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%

akhirnya.....
lebih kurang 5 tahun penantian aku utk mengharap akan ada seorang anak sabah yang akan memenangi AF akhirnya tercapai...

bermula LINDA AF2....yang kalah dengan ZAHID AF2 dengan dipisahkan hanya beberapa peratus sahaja...manakala ADAM hanya berjaya di tempat ke 3....

kemudian AF3...FELIX(naib johan) dan MARSHA(ke4) juga tidak berjaya menjadi johan disebabkan penyerapan masuk MAWI yang kononnya WORLD.....anugerah daripada juri sehingga sekarang tak dapat anugerah...hanya berharap pada anugerah SMS semata....nyatalah dia memang sesuai menjadi RAJA SMS dan menanti untuk jatuh tersungkur....

AF4 pula...juga masih tidak berjaya meraih undi apabila LOTTER yang pada mulanya tersingkir kemudian di serap balik sama seperti kisah LINDA AF2.....dan akhirnya hanya berjaya menjadi n.johan..terpaksa akur dengan juara yang tidak pandai untuk menjadi juara walaupun vocal FAISAL mantap....mungkin ketika itu populiriti MAWI masih hangat.... dan ini sekali gus menjadikan hatrik 3 tahun berturut2....sama juga dengan velvet yang mempunyai vocal yang mantap tetapi tidak mampu meraih undi daripada peminat AF...

masuk pula musim kelima...AF5....apabila EBI yang terpaksa akur dengan produksi AF ketika itu yang mahukan JUARA PEREMPUAN....maka MILA menjadi juara yang sememangnya di rancang oleh produksi AF5 sendiri....lihatlah produk hasil perancangan ini....ketika AIM15 baru2 ini....MILA tidak tercalon pun untuk kategori artis harapan malahan heliza,candy dan dafi baik punya yang tak berapa pandai nak nyanyi pulak yang tercalon...CANDY juga menjadi mangsa undian ketika itu...walaupun candy berjaya membuat persembahan yang konsisiten jika di bandingkan MILA pada setiap konsert....

dan kini...penantian aku berbaloi...kerana akhirnya STACY berjaya membuktikan bahawa anak SABAH mempunyai vocal yang mantap...tahniah aku ucapkan kepada STACY...terima kasih juga untuk semua pengundi yang tidak buta seni untuk terus mengundi TOI yang laha itu....sepatutnya TOI tidak layak ke pentas final....aku sokong dengan semua komen yang adlin berikan....lantak biar apa yang orang kata kat adlin tapi aku tetap setuju dengan adlin....dia seorang pengkritik yang jujur dan ikhlas....komen dia bernas lagi jitu....he3

tahniah sekali lagi utk STACY....teruskan perjuangan anda dalam industri seni tempatan yang tidak seberapa ini....ambil peluang apa yang di beri....apa yang pasti jangan terlebih2 sudah...ok...


p/s: sorry jika terlalu semangat kenegerian
tapi memang sudah realiti...
kita perlu sedar...
atas apa yang aku katakan di atas...
harap2 stacy akan menjadi bintang
yang meletopz suautu hari nanti

2 pengkritk ceritera duniaku:

ALI XY said...

SABAH BAGUS BAH!!

FendyHekka said...

org len pun nk stacy menang. jgn ler over sgt. well nk kata camner dh xder yg lg baik dr dia.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010