Monday, May 5, 2008

Anwar Ibrahim Antara 100 Berpengaruh d Dunia!

inilah kenyataan...
dato' sri anwar ibrahim telah berjaya tersenarai antara 10 orang paling berpengaruh di dunia menurut laporan majalah TIME.....beliau berjaya menduduki tangga ke-9 orang yg paling berpengaruh di dunia....mana kedudukan tun dr, M ataupun imam hadhari? persoalannya di sini bagaimana ia menilai seseorang itu berpengaruh...??? itu yg menjadi persoalan.....sama2 lah kita menilai sendiri ok....

petikan di bawah aku petik dari satu laman blog......klik sini....

Dunia Islam memang tak kurang hebat. Dari pelbagai resources yang melimpah ruah hinggalah sejarah ummat yang kaya dengan sumbangan tamaddun dunia.

Hari ini satu lagi "kehebatan" dunia Islam d catat.

T100landing 11 dari 100 tokoh berpengaruh dunia yang d papar majalah Time adalah Muslim!

Senarai keluaran Time ini d klasifikasi menurut 5 kategori (pemimpin, peneroka, pemikir, penghibur dan pembina industri/empayar niaga).

Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tersenarai antara 10 pemimpin berpengaruh dunia, d tangga ke-9 (d mana Imam Hadhari?). 3 lagi pemimpin ummat Islam tersenarai dalam senarai lengkap 20 pemimpin berpengaruh (Muqtadr Al Sadr d tangga ke-13, Baitullah Mehsud nombor 17, dan ketua tentera Pakistan, Ashfaq Kayani d tangga ke-20).

Sheikh_mohammed Dalam kategori peneroka, pemerintah Dubai Shaikh Mohamed Bin Rashid Al Maktoum (juga Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE) d senarai sebagai peneroka berpengaruh nombor 10 dunia - dengan mengambil kira pelbagai inisiatif beliau meletakkan Dubai d mata dunia. Wanita kelahiran Iraq, Madeeha Hasan Odaib d letakkan d tangga ke-13.

Doktor keturunan Turki, Mehmet Oz menjadi Muslim tunggal dalam kategori pemikir. Beliau yang seringkali d beri gelaran doktor nombor 1 d Amerika d tangga ke-6.

Senarai penghibur juga menyaksikan wakil tunggal dunia Islam, Khaled Hosseini penulis novel yang meningkat naik dengan novel berkisar kehidupan d Afghanistan d tangga ke-9.

Kategori pembina industri/empayar niaga menyenaraikan 3 orang wakil dunia Islam - Menteri Minyak dan Galian Saudi, Ali Al Naimi (no. 2) yang mendahului putera raja Saudi, Al Waleed Bin Talal (no. 11) dan entreprenuer keturunan Sudan, Mo Ibrahim (no. 18).


ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa umat islam juga adalah umat yg sememangnya hebat....sejak dari dulu lagi...tetapi kini kita kekurangan umat islam yg begitu berkualiti di dalam memartabatkan islam itu sendiri.....

sama2 lah kita menjadi umat islam yg berkualiti agar islam tidak akan terus di hina dan di caci...serta di tindas tanpa henti......


p/s:diri ini masih byk kekurangan...kedaifan diri.....iman yg turun naik....
semoga diri ini cepat sedar dari lena duniawi.....


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010