Saturday, May 10, 2008

BONDA

lagu ini aku tujukan khas untuk ibuku yang tersayang dan juga seluruh ibu2 di malaysia mahupun dunia yang telah banyak berkorban untuk anak2 mereka dan juga keluarga demi untuk kesejahteraan dan kebahagian anak2 dan keluarganya.

SELAMAT HARI IBU.....

bonda-m.nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca
sedangku telah pun terima di dalam redha
segala kepahitan
pengalaman menjadi penawar
mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda
bilakah akan ku kecapi kasturi
penebus maruah
dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
sejuta haruman
kini menjadi penjara jiwa
ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
hari-hariku kini berlalu
bagaikan bahtera
tanpa layar dan kemudi
Bonda
akhirnya terbongkar jua rahsia
tangisan dan gurindam
keramat kasih sayangmu
Bonda
saat dan pertemuan semula
kita kali ini
akan ku abadikan
keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda

I LOVE U MAMA....

setiap insan di muka bumi ini pastinya pernah merasakan kasih sayang seorang ibu. kasih sayang yang bagi aku takkan pernah terbalas walau dengan apa sekalipun kecuali pahala yang besar dari ALLAH. pengorbanan seorang ibu yang telah membesarkan kita sejak dari kecil sehingga dewasa tanpa pernah mengenal erti penat. seorang ibu, tidak akan pernah membiarkan anaknya menjadi insan yang hina. seorang ibu akan sentiasa melakukan apa saja demi untuk kebaikan anak mereka. tak kan ada seorang ibu di dunia ini yang sanggup membiarkan anaknya terbiar, kalau adapun itu urusan dia dengan ALLAH.

bagi mereka yang masih ada ibu, sayangilah mereka dengan sebaik mungkin....selagi hayat mereka masih ada....dan bagi mereka yang tidak mempunyai ibu iaitu ibu mereka telah meninggal dunia...doakanlah kesejahteraan mereka di akhirat sana...semoga mereka terletak antara orang2 yang soleha...dan bagi mereka yang tidak pernah mengenal erti kasih sayang seorang ibu, tabahkan hati, anggaplah ini semua dugaan untuk kita, anggaplah ibu anda itu adalah orang yang telah membesarkan anda sejak dari kecil sehingga dewasa....kepada mereka di luar sana...yang telah membiarkan ibu mereka bersendirian di rumah...dan bertahun2 tidak pernah menjenguknya...pulanglah...ibu anda setia menanti kepulangan anda semua....

setiap pengorbanan ibu kita berbeza,pelbagai dugaan ibu kita harungi dalam membesarkan kita dan menjadikan kita apa yang ada sekarang,...pengorbanan ibuku WALIAH BT MADE. bagiku cukup besar. pengorbanan beliau di dalam membesarkan kami 7 orang adik beradik bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku, ditambah dengan 6 orang anak lelaki dan seorang saja anak perempuan.ibuku bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi.beliau hanya seorang gadis kampung.ibuku hanya insan biasa.insan yang telah membesarkan aku....ibuku adalah seorang yang begitu kuat bekerja demi mendapatkan sesuap nasi untuk anaknya. walaupun sesusah mana untuk kami mendapatkan sesuap nasi,beliau tidak akan pernah sesekali menagih simpati untuk mendapatkannya. beliau akan sentiasa berusaha dengan sekeras yang boleh untuk memastikan anaknya makan pada hari itu. biar dia tidak makan apa yang paling penting melihat anaknya gembira. bukan ayahku tidak bekerja. biasalah tu,kerja masa dulu bukannya senang, lagi-lagi di bumi tawau,sabah itu. pelbagai juga pekerjaan yang ayah aku lakukan. tapi itu semua manalah dapat menampung kami sekeluarga. ditambah pula dengan adik beradik mak aku yang turut tinggal bersama kami.menambahkan lagi beban keluargaku.


keluarga kami bukanlah dari golongan orang2 berada. aku datang dari golongan orang yang susah. ibuku menggunakan kemahiran beliau menjahit, untuk mengumpul duit agar ada juga wang untuk membeli sesuap nasi untuk hari-hari seterusnya. aku pernah melihat ibuku menjahit sehingga larut malam untuk menyiapkan tempahan baju orang2 kampung yang datang untuk mebuat baju.aku juga pernah mengikut ibuku menjahit di bandar. di sebuah kedai jahit di bandar tawau....ibuku juga pernah membuka kedai menjahit tapi sayangnya sewa kedai itu terlalu mahal...oleh itu ibuku hanya mampu menjahit dirumah.... aku tahu beliau begitu keras berusaha.....

selain itu, beliau juga turut pernah terlibat di dalam menjual jualan langsung. pelbagai produk jualan yang beliau ikuti demi untuk mendapatkan wang untuk membelanjakan kami bersekolah. dan apa yang paling aku gembira meilhat ibuku mendapat bonus dari CNI iaitu syarikat jualan langsung yang begitu fomous satu ketika dulu di tawau untuk pergi melancong ke semenanjung...pelbagai tempat yang beliau pergi....aku tumpang gembira dengannya....sekurang2nya usaha beliau terbalas....

ibuku juga sentiasa mencari jalan untuk membuat kami semua sentiasa bahagia dan terus mendapat pendidikan. sehinggakan beliau sanggup meninggalkan kami adik beradik untuk bekerja kilang di semenanjung. bayangkan rasa rindu ibuku yang terpaksa berpisah dari anak2 kesayangannya ketika itu. ibu mana yang sanggup berpisah dengan anaknya beribu2 batu...??? semua yang beliau lakukan hanya untuk kami adik beradik..untuk meringankan bebab keluargaku....sehinggakan suatu hari, kerana terlalu rindu dengan adikku,maka ibuku telah membawa dua adikku ke semenanjung....dan kami 5 orang tinggal lagi berjauhan bersama ibu dan bapaku.....setahun kemudian setelah cukup duit untuk membeli tiket kapal terbang barulah kami semua berhijrah ke semenanjung memulakan hidup baru di sana. bayangkan tiket kapal terbang ketika itu bukannay murah kira2 rm400 lebih utk seorang....ya lah ketika itu airasia belum wujud lagi...hanya ada MAS je ketika itu...mahu atau tidak hanya MAS sahaja pengangkutan yang ada ke semenanjung...kadang2 aku sedih melihat ibuku yang semakin tua itu bekerja kilang tidak kira pagi ataupun malam....kadang2 terdetik di hati ini jua menyuruh ibuku berhenti...namun apakan dayaku aku hanya seorang anak....sehinggakan suatu ketika abang dan kakak ku telah bekerja...beliau pun berhenti kerja dan duduk di rumah menjadi suri rumah seperti biasa.....

pernah juga orang kampung kata yang keluarga aku di semenanjung kaya raya...aku hanya mampu tergelak dan terdetik di hatiku jemputlah datang ke semenanjung....bagiku pendapatan keluargaku hanya cukup2 makan saja...maklumlah hidup di bumi orang lagi2 di kuala lumpur....pernah ibuku menggadaikan rantai emas beliau kerana aku memerlukan duit untuk melanjutkan pelajaran....ianya berlaku di depan mataku...ketika itu airmata di dalam hati mengalir dengan deras....demi untuk melihat aku berjaya....beliau sanggup melakukan apa saja demi melihat aku berjaya...kerana aku tahu aku salah satu harapannya untuk mengubah nasib keluargaku....detik itu tidak akan mampu aku lupakan....pernah juga,ketika di kampung,dalam kami kesusahan, jiran kami meminta tolong dengan ibuku kerana anak mereka ingin melanjutkan pelajaran ke universiti....ibuku terlalu murah hati memberikan jua pertolongan dengan memberi rantai emas beliau untuk di gadaikan untuk menampun perbelanjaan anak jiran kami itu....prinsip ibuku kita membantu orang susah pasti suatu hari kesengan akan datang kepada kita.....pernah juga aku menegur ibuku kerana suka sangat membantu orang lain sedangkan keluargaku juga dalam kesusahan...dan ibuku hanya berkata tak mengapalah....ALLAH ITU MAHA ADIL.....

pernah juga ketika aku masih kecil....ketika itu memang keluargaku di tahap krisis keewangan ....kami sekeluarga hanya mampu makan nasi semata-mata di cicah dengan kicap dan minyak masak....ingat lagi aku bagaimana ibuku menyuapkan aku...dan ketika itu tidak ada rasa mahukan itu ini...kerana ianya telah menjadi perkara biasa untuk kami sekeluarga....dan lauk itulah yang aku rasakan paling sedap di dunia ini....kadang2 juga bila sekarang nie aku balik rumah aku lebih selera hanya makan telur goreng dengan nasi putih sahaja...kerana sejak dari kecil aku sudah biasa dengan semuanya....rindu dengan saat2 itu...dan ketika itu jangan haraplah nak makan seketul daging pun....bila hari raya tiba...barulah dapat merasa ayam dan daging segala....itupun setahun sekali....

saat2 yang aku rasa memeningkan kepala ibuku sudah pastinya ketika hari persekolahan bermula....bayangkanlah jika kami semua adik beradik bersekolah ketika itu....dengan nak bayar yuran yang mahal ketika itu bukanlah suatu yang mudah....kemudian dengan perkakas persekolahan lagi....kadang2 aku adik beradik hanya recycle saja kasut dan baju sekolah mahupun alat2 tulis yang masih boleh di pakai....kecuali jika terdesak untuk membeli yang baru....ketika itu juga kami bernasib baik kerana yayasan sabah ada memberikan baju sekolah dan kasut sekolah untuk setiap pelajar.....baju sekolah yang di berikan oleh yayasan sabah la yang kami gunakan...jangan mimpilah nak merasa baju yang di beli di bandar....aku hanya redha ketika itu...dan ibuku akan pastikan anak2nya kesekolah tanpa ada kekurangan....kerana ibuku tidak mahu di pandang hina dengan kekurangan yang ada....

dan apa yang paling aku bangga dengan ibuku...beliau telah berjaya menunaikan fardhu haji beliau dengan sempurna pada tahun lepas dengan menggunakan duit yang beliau kumpul dari upah menjahit dan kerja kilang.....bagiku ibuku adalah insan yang begitu hebat tidak seperti orang lain yang sememangnya mampu menunaikan haji tetapi masih tidak menunaikan haji sehingga sekarang.....dan aku bersyukur beliau sudah mengerjakan salah satu rukun islam kelima...dan beliau sentiasa mengingatkan kami adik beradik supaya menunaikan haji ketika umur muda dan masih bertenaga lagi....

dan kini...aku rasa besar lagi beban yang ibuku tanggung kerana kesihatan ayahku tidak begitu baik untuk terus bekerja...sudah pasti bertambah lagi beban yang terpaksa beliau pikul.....

bagiku...aku bangga memiliki seorang ibu yang begitu besar pengorbanan dan juga onak duri yang beliau lakukan demi melihat kami berjaya....pengorbanan beliau yang aku kira tidak mampu untuk aku balas...terlalu besar pengorbanan beliau untuk ku....hanya ALLAH yang mampu membalasnya.....mungkin aku tidak mampu menulis semua pengorbanan yang telah ibuku lakukan...hanya yang termampu untuk aku coretkan sahaja buat perkongsiaan kita semua....mungkin pengorbanan ibu anda semua juga berbeza dan besar pengorbanan mereka...bagiku ini adalah pengorbanan ibuku untukku dan keluargaku....

aku sayang ibuku.....hanya kau ratu hatiku.....sesungguhnya dialah ilhamku...

p/s: sayangilah ibu anda...

5 pengkritk ceritera duniaku:

nyda said...

huhuhu..
sedeynye cerita kamu...
harap saya setabah dan sekuat ibu kamu dalam menempuh liku-liku kehidupan...
isk3...
jangan hampakan harapan ibu dan keluarga kamu...
all da best in wut eva u do!!

ZaKrYeE said...

syurga dibawah telapak kaki ibu....

tetiba!!

Daoz said...

selamat hari ibu Pn. Waliah,semoga panjang umur dan murah rezeki dan sentiasa berada dalam berkat Ilahi.Amin.

Raja Azrul said...

proud with ur parents before they leave us one day!! Remember my bro, Jumain!!

jumapx said...

ibu ratu hatiku...

tq u ollz...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010