Thursday, May 1, 2008

congkak: sekadar bunyi yg menakutkan!!!

poster filem congkak

kali ini aku ingin berkongsi dengan semua dengan filem seram kedua hasil arahan ahmad idham dan penulis skrip iaitu piere andre....

agak lama juga aku tidak menjenguk kepanggung untuk melihat mana2 filem...aku melihat filem congkak ini pun atas dasar tidak di rancang...begini ceritanya...pada minggu lepas sebelum start cuti week tue aku ingat nak balik hari jumaat tue...di sebabkan plan d a o z....aku tak jadi balik rumah hari jumaat tue...kitorang pergi tengok wayang and then pergi rumah d a o z kat kemaman....meriah gak la kitorg tgk wayang....aku.daoz,zakryee,tito,khai,& k......

sebelum aku nak pergi lanjut utk mengulas tentang filem congkak dari sudut pandangan aku sebagai penonton....aku nak cerita semasa kami semua tgk wayang...he3 ni nak fire org la nie.....nak fire zakryee and tito....aku pun tak faham mengapa dorg berdua nie very da takut tengok cite nie....siap tutup2 muka lagi....ha3 baik tak payah masuk pawagam....he3 confirm aku kena fire dgn dorg lepas nie....aku dgn daoz gelak2 je kat blakang.....ha3 k n khai....stady je tgk cerita nie....khai xtau la ada perasaan ke tak kan...he3 sempat lg fire org....he3

secara keseluruhannya aq rasa cerita congkak nie tak sehebat jangan pandang belakang....ahmad idham harus sedar bahawa filem congkak ini sudah pasti akan di bandingkan dengan filem jangan pandang belakang yg telah berjaya membawa fenomena seram dalam industri filem kita....oleh itu tidak keterlaluan untuk aku kata congkak begitu banyak kelemahan dan tidak di garap dengan baik....begitu juga piere andre dengan skrip cerita yg dia buat tidak begitu kuat dan mempunyai jalan cerita yg baik untuk di fahami penonton.....

barisan pelakon & produksi filem congkak

ya...filem congkak ini penuh dengan bunyi yg begitu menakutkan sahaja....ahmad idham seperti hanya menumpukan kepada teknikal bunyi yg berlebihan untuk menakutkan penonton dan tidak kepada jalan cerita ataupun apabila hantu menghampiri mengsa.....sehinggakan ada satu part yg membuat aku terkejut di sebabkan oleh bunyi semata2....aku yakin filem ini akan menerima kritikan yg hebat dari peminat2 filem mahupun ahli2 filem itu sendiri....kerana apa...filem congkak terlalu banyak kesalahan yg di ambil mudah dan tidak di titik beratkan oleh pengarah....

selain itu...cerita ini juga agak berat di mana hanya memaparkan beberapa orang pelakon sahaja....iaitu rizman,nanu,ruminah sidek(hantu),Erynne Erynna(lisa) & Eli (Nur'Arina). bagi aku pelakon di dalam cerita ini harus memainkan peranan yg begitu penting untuk membuat cerita ini menjadi begitu menjadi....kredit juga di berikan kepada semua pelakon utama dalam filem ini kerana bagi aku mereka membawa watak dgn begitu baik terutama watak LISA....aku rasa erynne nie akan menjadi seorang primadona pada suatu hari nanti jika dia terus belakon.....cuma watak eli sahaja yg di lakonkan oleh nur'arina yg tidak berkenan di hati aku.......

Filem ini mengisahkan keluarga Kazman (Riezman Khuzairi) yang bercuti ke sebuah kampung di utara Kuala Lumpur. Kazman yang sibuk dengan kerjanya mengharapkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga yang selama ini sering diabaikannya.

Mereka bercuti di sebuah rumah yang sudah lama dibeli oleh Kazman. Bagaimanapun sejak hari pertama mereka tiba di rumah itu keluarga Kazman mengalami pelbagai peristiwa aneh, tetapi yang paling kerap ialah peristiwa yang berkait dengan permainan congkak yang secara kebetulan adalah permainan yang digemari oleh Kazman semasa kecil.

babak dimana eli di rasuk....

Anak Kazman, Lisa (Erynne Erynna) telah dikunjungi oleh seorang wanita tua (Rusminah Sidek) yang mengajaknya bermain congkak dan permainan tersebut telah membawa kepada pelbagai peristiwa seram yang menganggu keluarga tersebut.

Filem dibuka dengan sedikit pengenalan tentang permainan congkak, tetapi selepas itu dalam adegan-adegan selanjutnya congkak sekadar alat untuk mewujudkan elemen seram sahaja tanpa makna yang lain.

Congkak menjadi penting kerana ia adalah judul filem ini. Banyak persoalan yang timbul sekitar permainan congkak yang digunakan dalam filem ini.

Tetapi, yang tidak jelas mengapakah congkak tersebut begitu misteri sekali dan mengapa ia berpenunggu? Mengapakah salah satu bilik rumah tersebut yang menjadi punca misteri bunyi congkak ditengah malam?

Apakah hubungan congkak tersebut dengan wanita tua yang dikatakan penunggunya? Dan akhirnya mengapakah anak-anak Kazman, Eli (Nur'Arina) dan Lisa yang harus menjadi tumpuan penunggu tersebut dan dirasuk?

Namun, filem ini tidak memberikan jawapan atau penjelasan yang meyakinkan kepada semua persoalan tersebut dalam kesimpulannya. Sebuah filem seram tetap perlu memberikan kewajaran peristiwa dan tindakan untuk memastikan plotnya meyakinkan.


Tanpa keyakinan pada jalan ceritanya dan setiap peristiwa yang terjadi, maka ia akan hanya menjadi manipulasi imej dan kesan bunyi untuk menimbulkan elemen seram.

babak dimana lisa tgh bermain congkak bersama penunggu congkak

Sungguhpun filem ini menggunakan congkak sebagai temanya, tetapi sayangnya tidak ada satu adegan pun yang memaparkan permainan congkak dengan segala kehebatan dan misterinya. Ahmad Idham memilih jalan mudah dengan memunculkan watak Pak Man (M.Rajoli) yang tiba tepat pada waktunya dan seolah-olah sudah tahu apa yang akan berlaku untuk menyelesaikan segala permasalahan keluarga Kazman.

Menonton filem Congkak, mengingatkan saya kepada sebuah filem seram Poltergeist (Tobe Hopper, 1982) tentang sebuah keluarga yang berpindah kesebuah rumah di luar Bandar California.

Kehidupan keluarga itu bagaimanapun tidak tenang kerana gangguan bunyi dan peristiwa aneh dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun berbanding Congkak, Poltergeist bukan sekadar filem yang mahu menakutkan penonton dengan manipulasi imej dan kesan bunyinya, tetapi yang penting filem ini mempunyai kerangka pemikiran dan ideologi yang mahu disampaikan kepada penonton.

Poltergeist mendedahkan skandal korupsi pihak pemaju tanah dan bunyi bising yang menyeramkan dan mengancam menjadi provokatur untuk akhirnya mendedahkan skandal tersebut.

Bagaimanapun Congkak tidak diolah dengan jalur pemikiran dan ideologi di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku. Yang didapati oleh penonton sekadar cubaan-cubaan untuk menggunakan imej dan kesan bunyi buat menakutkan penonton.

Tetapi kesannya kurang berjaya kerana tidak disokong oleh kemantapan jalan cerita yang kosong pemikirannya.

dan lagi satu yg aku nak tekankan di sini ialah penerbit filem ini iaitu david teo di mana dia begitu berani utk meletakkan filem ini akan mampu utk mencapai rm10 juta kutipan mereka utk tayangan di msia,filipina,singapura,thailand & indonesia.....di msia sahaja pun david teo target sebanyak 8juta .....masalahnya di sini david teo begitu yakin utk meletakkan sasaran seperti itu....sedangkan bagi aku kita tak perlulah utk meletakkan target yg begitu tinggi sbelum melihat kutipan tayangan utk minggu pertama...tapi ini adalah satu cabaran utk filem ini samada mampu ataupun tidak mencapai sasaran tinggi itu...kita hanya tunggu dan lihat sahaja....

kepada yg belum melihat filem ini...pergilah memeriahkan panggung....sama2 kita support industri filem malaysia.....(sebahagian entri ini adalah petikan dari berita utusan)

FILEM KITA WAJAH KITA.......

1 pengkritk ceritera duniaku:

-MiNt- said...

jumain seorng pengulas filem yg hebat arr...
memula mint pun mcm nk tgk congkak ni coz trailer cam menarik..
tapi lepas baca,bahawa bnyk persoalan yang tidak terjawab dalam movie nie..
Tunggu next movie lah plak..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010