Friday, May 2, 2008

jalanku.....



jalan itu....
di dalam hidup kita ini
begitu banyak jalan yg harus kita lalui
jalan yg membawa kita ke suatu destinasi
yg pastinya kita impikan

jalan itu
bukan hanya ada satu
ianya ada pelbagai jalan
jalan yg kesudahannya nanti memberi jawapan
suatu jawapan yg pasti
jika lurus
maka luruslah ia
jika berliku
maka berlikulah ia
semuanya di tangan kita
kita yg memilih jalan hidup kita
suka dan duka harus sedia untuk kita hadapi
kerana itu jalan yg kita pilih

jalanku?
kemana jalanku kini....
ya...kini aku sudah ada jalanku sendiri
aku memilih untuk mengikutnya
kerana aku pasti
destinasi yg aku cari pasti akan tercapai
aku berhak untuk memilih jalanku sendiri
kerana aku kini sudah dewasa
mampu untuk berfikir
menentukan mana yg benar mana yg palsu

jalan itu
aku pilih
melalui gerak hatiku
tanpa ada hasutan dari anasir luar
hati ini yg memilih
kerana hati ini lebih mengerti kehendak diri

jalan itu
biar sehina mana pun nanti
biar sekeji mana pun nanti
aku akan tabah lalui
biar aku di hina
di keji suatu hari nanti
apa yg pasti hanya diri ini mengerti
siapa aku sebenar
kerana bukan mereka yg menentukan nasibku
hanya DIA yg mampu.....

jalan ini
aku pilih
meski warnanya nanti tidak seindah
pudar dek kerana masa
tapi aku pasti
ianya bisa untuk diwarnai semula
hidup ini harus berani
berani untuk mengubah apa yg kurang
menjadi suatu yg baru
untuk menjadikan diri kita seorang insan
di muka bumi TUHAN....

langkah kini
setapak demi setapak
walau masih tak mampu
berjalan dengan megah
tapi aku bangga dengan diriku
kerana aku gagahi jua melangkah
kerana ku tahu
suatu hari nanti aku akan biasa dengan semua
ianya akan menjadi kalis untuk diri ini

jalan itu
aku pilih
kerana ku tahu
aku menuju satu kiblat yg satu.....!!!



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010