Wednesday, May 7, 2008

raja petra ke mahkamah lagi....


raja petra yg di tahan di penjara sg.buloh

kasihan kat raja petra....buat kali ke dua beliau di hadapkan ke mahkamah lagi atas tuduhan hasutan melalui blog beliau yg bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu.

beliau dan juga seorang lagi penulis blog iaitu Syed Akbar Ali, didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen di sini dan Kuala Lumpur semalam.

raja petra didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

hakim membenarkan beliau di ikat jamin dengan rm5000 tetapi sayangnya beliau gagal utk membayarnya. oleh itu beliau di tahan di penjara sungai buloh.

raja petra juga telah di wakili oleh 7 peguam termasuk karpal singh.ini adalah kes pertama yg di jalankan di mahkamah yg membabitkan kes penulis blog.selain itu, kempen 'One Person, One Ringgit' dilancarkan melalui laman web Malaysia-Today untuk membantu membebaskan Raja Petra. ini adalah utk membantu raja petra utk membayar wang jaminan. biasalah mungkin raja petra dah tak de duit nak bayar disebabkan beliau dah banyak habis duit bayar saman beliau yg berjuta2 pada bulan sebelum nie....kasihan kat dia....hanya kerana tangan menulis diri yg merana....ehmmm...terpaksa la lepas nie aku berhati2 dalam menulis entri aku...hu3



syed akhbar,48

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula, Syed Akbar, 48, dituduh di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah atas dakwaan menerbitkan kata-kata menghasut dalam laman web sama menerusi komen bertajuk It Is Easy To Impress The Malays.

Komen itu adalah sebagai ulasan terhadap artikel yang diterbitkan Raja Petra bertajuk Malaysia's Organised Crime Syndicate: All Roads Lead To Putrajaya.

Syed Akbar dituduh melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No 2007 Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada jam 2.59 petang 5 Jun tahun lalu.

beginilah situasi blogger di malaysia.....bila tersalah langkah...maka nasib di hadapkan ke mahkamah....merana lah hidup...oleh itu..aku menasihatkan anda semua dan diri ini...agar sentiasa berhati2 ketika menulis entri agar tidak berbauh fitnah ataupun hasutan...semoga raja petra dan syed akhbar terlepas dari tuduhan ini....sama2 lah kita doakan...


PERTUDUHAN:

Raja Petra Raja Kamaruddin
  • Dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.


Syed Akbar Ali
  • Dituduh menerbitkan kata-kata menghasut dalam laman web sama menerusi komen bertajuk It Is Easy To Impress The Malays. Komen itu adalah sebagai ulasan terhadap artikel yang diterbitkan Raja Petra bertajuk Malaysia's Organised Crime Syndicate: All Roads Lead To Putrajaya di premis perniagaannya di Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No 2007 Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada jam 2.59 petang 5 Jun tahun lalu.

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010