Thursday, May 8, 2008

semakin sakit.....

petang tadi...selepas aku selesai mengemas semua barang2 aku...macam biasa la kan...bila dah habis sem....semua org gigih mengemas barang2....

so, sebelum aku hantar semua barang2 aku ke rumah daoz,...aku sempat call mak aku....sebab malam tadi mak aku ada call aku...tapi aku tak sempat sambut....lagi pun memang aku nak call mak aku pun sebab aku nak suruh kirimkan duit utk bayar yuran surveying camp yang akan di adakan pada 31mei ini....aku tention dgn fakulti aku sebab tak potong duit tue terus dari ptptn bila dah masuk ptptn....nak juga kena bayar sebelum esok hari....dah la aku ada masalah keewangan sekarang nie....hu3

mak aku pun bagi tau yang ayah aku dah confirm di sahkan sakit paru2 berair....dan ayah aku sakit dia semakin teruk...ke dua2 kaki ayah aku semakin bengkak pulak di tambah dengan kesusahan untuk beliau bernafas dengan baik...hu3 aku sentap mendengarnya..mungkin 2 or 3 hari nie ayah aku akan di masukkan ke hospital....ayah aku pun dah tak boleh kerja sekarang...maka kuranglah pendapatan keluarga aku lagi...hu3

so aku dengan perasaan sentap dan sedih....terpaksa juga aku meneruskan tujuan asal aku utk meminta wang utk bayar yuran...mak aku kata ok...tapi jauh di sudut hatinya aku tahu mesti dia berkata manalah duit dia nak cari sedangkan aku nak guna esok...ya la...dengan kos ayah aku berubat ke sana sini lagi sudah pasti menggunakan duit yg banyak....abang dan kakak aku pun mesti dah guna duit utk beli keperluan rumah dan bayar apa yang patut....argghhh...kesedihan dalam hati aku semakin menghimpit hati....apa kan dayaku.....

aku hanya mampu berdoa utk semua ini kembali sedia kala....semoga ayahku kembali sihat seperti sedia kala....aku masih memerlukan beliau....inilah di namakan ujian.....



aku yang hanya mampu berdoa...~~~


11 pengkritk ceritera duniaku:

-MiNt- said...

Jumain.
Sad to read about ur dad condition.
Be strong eh.

ZaKrYeE said...

jumain..zak pon sedey gak...
semoga tabah yerr..ko kn lelaki tabah..hiksssssssssssss

Cactito said...

juma,
u noe wut..
there's nothing on earth that we cannot handle because any challenge that we have is according to what we are capable of.
and,the most important part is,what lesson u learnt from this okay.
be strong man!

Daoz said...

i'm so not good at this uplifting spirit whatsoeva.i wouldnt know what 2 do if i was in ur shoes.jus b strong k,everythg happens 4 reason.remember to do loads of prays!

Raja Azrul said...

simpati pula abg membacanya..tak mengapa..

abg harp jumain sabar..inilah dugaan, mana tahu..ada hikmahNya..

lagi satu, sbg anak, adlh elok jumain doa selalu agar ayah jumain cepat sembuh, dan kalau ada peluang, pergilah ziarah dia di hospital..

ok!!

jumapx said...

tq mint,zakryee,tito,daoz n abg raja....

semoga aku tabah menghadapi semuanya dan ayah aku sihat semula....amin...

azwan bamadhaj said...

sabarlah...

sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari sesiapa pun.....

Sengal Ubi said...

assalammualaikum...

aku doakan semoga ayah kau cepat sembuh. dikurniakan kembali nikmat kesihatan oleh Allah. banyakkan berdoa, baca yasin lepas solat dan baca fatihah tujuh kali lepas solat, sedekah dekat ayah kau, mudah-mudahan cepat sembuh, insyaAllah.

mohon dipermudah cara dan dimurahkan rezeki. insyaAllah semua masalah akan berkurangan. kalau ada kelapangan, lepas solat subuh, baca yasin. insyaAllah murah rezeki sepanjang hari.

semoga kau menghadapi ujian Allah kali ini dengan tenang. aku doakan segalanya selamat untuk kau, insyaAllah.

ALI XY said...

Saya faham situasi awak sebab saya pun pernah mengalaminya... Sabar je... Ini sebenarnya salah satu dugaan semasa kita di negeri orang...

Semua pelajar ada masalah kewangan... Tipulah jika ada yang kata mereka takde masalah duit...

Saya doakan semoga ayah awak cepat sembuh...

Jika hari ini bercuaca mendung, sudah tentu dihari esok ada ada mentari menyinar kehidupan

(Apa yg aku merepek ni... hehehe)

nyda said...

Jumain..
be strong ya!
akak doakan semoga ayah jumain cepat sembuh~
jgn sedey2 k!

jumapx said...

tq 4 support korg kat aku k...

aq brtuah ada korg semua yg sentiasa menasihati aku...

semoga ayaha ku sihat seperti biasa...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010