Sunday, May 4, 2008

senarai pemenang AIM15...


sebagaimana yg kita ketahui....malam tadi telah berlangsung AIM15 di PWTC....dan berikut adalah senarai2 pemenang utk setiap kategori.....

  • Lagu Terbaik - Izinku Pergi (Kaer Azami)
  • Album Terbaik - Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Artis Baru Terbaik - Faizal Tahir
  • Artis Harapan - Suki
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) - Faizal Tahir (Aku.Muzik.Kamu)
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Datuk Siti Nurhaliza (Hadiah Daripada Hati)
  • Kulit Album Terbaik - Jenny Sun (After 8)
  • Rakaman Album Terbaik - After 8
  • Video Muzik Terbaik - Sean Chan (Sangkar)
  • Album Pop Etnik Terbaik - Melodi Ahlan (Waheeda)
  • Album Nasyid Terbaik - Maulana (Rabbani)
  • Album Pop Terbaik - Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Album Rock Terbaik - Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Album Inggeris Tempat Terbaik - Melissa Indot
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Melayu) - Nai Kong: Cintamu (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Anugerah Wirama - Fauzi Marzuki
  • Anugerah Kembara - Pop Shuvit

bagi AIM15 ini melihatkan kemenangan besar utk FAIZAL TAHIR yg mana telah berjaya membawa pulang 4 anugerah daripada 6 pencalonan manakala datuk siti nurhaliza telah berjaya merampas kembali anugerah vocal terbaik yg telah di pegang oleh jaclyn yg mana telah merampas dr datuk ct pada tahun lepas. ct juga berjaya merampas kembali anugerah itu setelah 8 tahun berturut2 memegang anugerah itu kemudian telah di rampas oleh jac. dan nampaknya ct sememangnya tidak membenarkan anugerah itu di ambil begitu lama oleh mana2 artis dan tahun ini dia berjaya merampasnya kembali.

AIM15 ini telah di hostkan oleh adibah noor dan aflin shauki.selain itu,izinku pergi yg telah menang anugerah lagu terbaik pastinya membuat semua peminat terkjut kerana lagu2 yg lain mungkin di fikirkan layak menang seperti itu kamu dari estranged.

tahniah kepada semua pemenang....semoga ianya dapat memberi lagi semangat utk anda berjuang dalam industri seni malaysia yg tak begitu besar ini....tahniah sekali lagi....


p/s:kecewa sebab tak dapat tgk AIM15 or AF6 secara langsung hu3


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010