Monday, May 19, 2008

tun dr. M : SELAMAT TINGGAL UMNO...!!!




hari ini (19 mei 2008 ) tun dr. M telah membuat satu statement di mana mulai hari ini, beliau akan keluar daripada UMNO

beliau berkata sedemikian di hadapan 1000 orang hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di alor setar,kedah.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

beliau juga akan menulis surat kepada umno utk menyatakan yang beliau keluar daripada umno. beliau berbuat demikian walaupun terpaksa untuk keluar daripada umno yang di sertainya semenjak tahun 1946 kerana terlalu kecewa dengan kepimpinan umno sekrang yang mana tidak dapat membela nasib orang2 melayu yang mana menjadi teras utama umno di wujudkan.

Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. beliau juga berkata yang beliau boleh menyenaraikan semua kesalahan2 yg pak lah lakukan selama ini sehingga merugikan negara.

Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972. Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

tun juga turut kecewa kerana ahli umno di sekat daripada kepimpinan umno daripada berjumpa dengan tun.

keputusan tun dr.m ini telah membuat ramai yang terkejut termasuk PAK LAH sendiri. Pak Lah juga tidak menyangka yang tun dr.m boleh membuat keputusan sehingga sebegitu.

apa jua yang di lakukan oleh tun.dr M....di harapkan tidak akan ada timbul sebarang masalah kepada umno malahan rakyat.


p/s: sentap juga tun sampai buat keputusan sedemikian..


2 pengkritk ceritera duniaku:

ChesterChaz said...

emm tu arr.. tekejut and sedey gk dgr tuh.. tp xper maybe tun ader plan die kn.. hehehe

Lily Cartina said...

tht man is a genius and he have a good reason for wht he is doing.

i've always love Tun Mahathir.
He rocks!!

Popular Posts

Popular Posts since May 2010