Tuesday, June 17, 2008

darah=sikap kita.....


selain tarikh lahir dan bulan menentukan sikap kita...jenis darah juga ada kaitan denagn perangai sikap manusia....kebenaran di sebalik semuanya....kita fikir2 lah sendiri ya....

KUMPULAN DARAH AB
Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

KUMPULAN DARAH B
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.

KUMPULAN DARAH A
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

KUMPULAN DARAH O
Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

apa yg pasti aku adalah orang yg tergolong dalam golongan kumpulan darah O....semua yg berkaitan darah O adalah memang antara sikap aku....hehehe...


3 pengkritk ceritera duniaku:

nsamsudin said...

I darah O+ pulak...huhuhu

nyda said...

hihi..
akak darah AB

atika said...

i'm type O too...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010