Thursday, July 31, 2008

langkah anwar sudah bermula...





sentap membaca paper hari nie....bila wan azizah akan melepaskan jawatan beliau di permatang pauh untuk memberi laluan kepada suami beliau utk mengadakan pilihan raya kecil...


Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.







anwar : bersedialah pak lah...aku akan rampas tempat ko...ha3

pak lah: ko jangan mimpila anwar....ko tak dapat rampas punya

anwar : ko tunggu je la...lepas pilihan raya kecil nie aku dah jadi ahli parlimen..

pak lah: ehmm...tak kisah pun...aku akan pastikan ko tak dapat apa yg ko impikan...sedar sikit kes liwat ko tue...tak selesai lagi

anwar: aku tak takut pun..semua tue boleh handle la...lagi pun dah terbukti aku tak liwat budak tue...dah ada laporan perubatan pun...


pak lah: alah tak selesai lagi selagi ko tak bagi DNA ko...dan ko degil xnak bekerjasama dgn pihak polis.

anwar: habis tue DNA aq 10 tahun lepas tak valid ke...tak kan dah hilang kot...

pak lah: alah nie semua kan procedure2 biasa dalam siasatan haruslah kena ikut....ko je tue yg takut....

anwar : bukannya takut...aku xnak DNA aku di manipulasikan mcm 10 tahun lepas..aku tak nak jadi bodoh lagi...

pak lah : fine...



nampknya anwar betul2 tekad utk merampas kerajaan...16 september nie....aku rasa takut gak jka benar hajat anwar itu jadi kenyataan....harap2 malaysia nie tetap aman la kan...tak de perpecahan sesama masyrakat malaysia atau pergaduhan yang boleh menyebabkan malaysia kucar kacir....

dan yang paling aku takutkan ialah....adanya kuasa2 asing yg menyibuk nak ambil kesempatan atas kekucar kaciran itu....aku boleh jamin 80% kalau anwar ambil kerajaan malaysia kan huru hara....

apa2 pun kita tunggu dan lihat je la ek...harap2 malaysia kan tetap aman....



PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (duduk, kiri) ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu pada sidang media ibu pejabat PKR di sini, hari ini. Turut bersamanya ialah anak mereka iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah (berdiri, kiri) dan Nurul Nuha.

Wednesday, July 30, 2008

gambang city park...

caribbean bay resort


untuk pengetahuan korang semua...gambang suatu hari nanti akan menjadi suatu tempat yang agak maju...sama seperti tambun dan bukit merah lake town resort...

mungkin ramai di antara kita tidak mengenali gamban itu dimana...namun semenjak kehadiran UMP di bumi gambang ini....kepopuliritian gambang semakin di angkat...popular ke???

tengah hari tadi...aku bersama ahli2 kumpulan aku iaitu acap,aiman,paku,aizat dan aku....telah pun pergi mencari site project utk projek assgmnt kitorang iaitu utk subject bulding supervision...untuk assgmnt kali ini kami dikehendaki utk pergi ke satu tapak project dan mengambil segala aklumat mengenai cara project itu di jalankan....sehinggalah ke proses terakhir project itu siap....

global heritage


site project yg pertama kitorg pergi ialah kat indera mahkota....namun semasa kitorg pergi ke tapak project...malangnya kontraktor or eng. xde kat site...so kitorg pun pergi ke pejabat pemasaran mereka yang berdekatan dengan SHAHPUTERA....


tanya punya tanya....pekerja kat situ pun tak tahu pasal apa yg kitorg nak....ehm....then kitorg nampak pejabat yang terlibat dalam project gambang city park nie...aku memang tertarik utk tahu tentang project nie....maka aku n my group terus masuk ke pejabat tersebut....adalah dapat sikit info...dan kitorg pun bercadang utk pergi ke site project gambang point nie...

desa hijauan


tapi before tue kitorang pergi ke satu lagi pejabat pemasaran kat situ iaitu SHAHZAN.....tapi org yg kitorg nak jumpa tak de..so kitorg terus pergi ke site project gambang city park...

excited juga la aku tengok project nie...naik semangat aku utk terus berusaha utk GIGIH study....hu3 so kitorg pun dah dapat contact org yg perlu kitorg jumpa...kontraktor dia kot....actly kitorg tak tahu apa sebenarnya yg perlu dalam project kitorg nie secara detail....secara kasar tu tahu la kan...hu3 sebab tak kan mudah utk sesuatu project utk bagi detail pasal project dorang...hu3


so inilah serba sedikit gambar2 atau lukisan pelan project gambang city park nie....meletop gak la...

water park


pelan gambang city park



pelan lokasi




ke laman web project nie klik sini...

sempat memiliki by yovi & nuno

ehmm..kali ini aku nak dengarkan lagu ini utk semua pembaca blog aq....lagunya agak jiwang gak la...tapi aku suka dengar lagu ini..tapi tak de kaitan pun apa dgn perasaan aku k....i just love to listen this song....he3



Mengapa Kita Bertemu
Bila Akhirnya Dipisahkan
Mengapa Kita Berjumpa
Tapi Akhirnya Di Jauhkan
Kau Bilang Hatimu Aku
Nyatanya Bukan Untuk Aku
***
Bintang Di Langit Nan Indah
Dimanakah Cinta Yg Dulu
Masihkah Aku Disana
Di Relung Hati Dan Mimpimu
Andaikan Engkau Disini
Andaikan Tetap Denganku
Reff :
Aku Hancur Ku Terluka
Namun Engkaulah Nafasku
Kau Cintaku Meski Aku
Bukan Di Benakmu Lagi
Dan Kuberuntung Sempat Memilikimu...
Back To ***
Engkau Mengatakan
Merindukan Diriku Lagi
Ingin Ku Sampaikan
Ku Tak Hanya Sekedar Itu...

Tuesday, July 29, 2008

untuk rakyat atau parti???


MUZAKHARAH/MUQABALAH




wah...bagusnya....tapi baru sekarang nak buatkan...kenapa tak dari dulu...apalah motif sebenarnya buat macam nie...adakah untuk rakyat terutama orang islam dan melayu atau untuk parti??? ehmmm...sama2 lah kita nilai dan amati sendiri ya....he3




dengar cerita DAP tak puas hati dengan PAS sebab buat muzakharah nie....ehmm...lantak la...korangkan BARISAN ALTERNATIF....tak kan tak bagi tau dari awal kot nak bt muzakharah nie...kesian DAP terasa agaknya....takut di belakangkan PAS....he3

dengar cerita juga..hasil muzakharah tue UMNO mengajak PAS untuk bersama2 untuk memerintah negeri selangor dan juga perak.....

manakala PAS pulak menuntut untuk supaya umno dan pas di bubarkan untuk di tubuhkan sat pasrti yang mana berlandaskan islam bagi menyatukan orang melayu dan menjadikan tempat berlindung untuk semua pihak termasuk bukan islam.

wah...ini untuk selamatkan parti ke...untuk rakyat....??/ apa2 je la....yang penting setiap tindakan yang di lakukan adalah untuk kebaikan rakyat itu sendiri....janganlah terlalu taksub pada parti sedangkan ianya sebenarnya bukan mendatangkan apa2 pun kaluau terlalu taksub...

tue...nasib rakyat yang masih tak terbela....merempat di negara sendiri tak fikir....???

bak kata nabil....lu fikirlah sendiri.....

Monday, July 28, 2008

suka sangat menyibuk.....

white house
baru2 nie...rice telah datang ke singapura...atas urusan apa entah...aku pun malas nak ambil kesah...mesti ada udang di sebalik batu lagi nie....
untuk pengetahuan korang...isu anwar di tuduh liwat telah sampai pengetahuan ke semua pemimpin dunia yang juga 'kawan baik' kepada anwar....dan juga isu katanya anwar ibrahim tidak selamat berada di malaysia....
maka....dalam rangka lawatan rice nasi lemak nie ke singapura...dia pun menegur cara malaysia di dalam menyelesaikan kes anwar katanya...dia juga ada kata america tidak akan teragak2 utk mengambil tindakan sekiranya isu berkaitan dengan kemanusiaan ini or hak asasi tidak di selesaikan dengan adil....

Condaleezza Rice

ehmm...biasala tue....mula la nak ambil kesempatan lagi america tue...nak cuba masuk campur hal ehwal dan undang2 di malaysia....nak jadi 'hero' taik kucing la tue....ingat malaysia nie bodoh seperti apa yang telah mereka lakukan ke atas iraq...sampai sekarang tak beri hak pemerintahan 100% ke atas iraq...seperti apa yang dato' rais yatim pinta kepada america semasa temu bual rice dan dato' rais yatim...merangkap menteri luar malaysia....

apa yang harus di sedari america ialah....bukan semua negara yang mereka boleh campur tangan dengan mudah....bak kata dato' rais...america harus menghormati cara perundangan dan perlembagaan di malaysia....kita ada kedaulatan sendiri...so jangan nak menyibuk sentiasa....

setiap negara ada kedaulatan dan cara mereka sendiri....yang mana harus di hormati oleh semua negara...yang mana ianya tidak melanggar hak asasi manusia....

Saturday, July 26, 2008

di beri betis nak peha...

inilah pulau batu putih....bagi sesiapa rakyat malaysia yan tidak pernah melihatnya....yang mana kini menjadi hak milik kekal singapura....melalui jalan kotor mereka....dengan mudah mengalahkan malaysia dengan satu hujah....iaitu singapura yang telah membangunkan pulau batu putih ini sekian lama..maka dengan itu menguatkan lagi hujah mereka...mudah bukan..hanya sekadar bangunkan rumah api yang laha tue....dah boleh jadikan ia hak milik...maka pengajaran utk malaysia...jangan biarkan mana2 pulau yang ada dalam wilayah malaysia terbiar....kalau tidak pun wartakan saja pulau2 yg ada sbg hak milik kita...terutama pulau pisang....

kita kena la fahamkan....bila tanah hanya sejengkal....mesti akan cari jalan untuk jadikan tanah menjadi sekangkang...



apa yang cuba aku kaitkan dengan tajuk entri aku ialah....kecoh baru2 ini singapura menuntut Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di perairan sekitar Batu Puteh secara unilateral....yang mana secara langsung menolak semangat ASEAN....

apa yang menjadi masalah ialah....singapura bertindak tanpa pengetahuan malaysia..dan tidak membawanya kepada jawatankuasa teknikal jika ada isu2 tuntutan dan sebagainya...langsung bertindak sendiri...ini namanya tamak....dan terdesak untuk memiliki kawasan....

ialah singapura ini bukan besar sangat pun...tambak sana sini jek...so bila batu puteh jadi milik...maka boleh la tambak lagi...cuba tengok kat bawah tue....'dekat' sangat singapura dgn batu puteh....




'dekat' kan....ehmmm..mesti singapura lepas nie pasang strategi lain pulak utk meluaskan empayernya kan....

aku rasa lepas nie wilayah iskandar pasti menjadi sasaran seterusnya...untuk pengetahuan korang semua...Dalam konteks membangunkan WPI pula, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama....

lihat....ini sudah menjadi bukti betapa selepas ini sasaran mereka sudah tentu WPI....ya la...betapa pertambahan penduduk di singapura hari demi hari pastinya memerlukan tempat utk di tinggal...sudah tentu singapura apatah lagi rakyat2nya akan melabur ke atas WPI...

malaysia harus bangkit dan lebih berani bertindak ke atas singapura yang mana banyak memanipulasi malaysia...

jangan terlalu berlembut...kita harimau malaya...yang mampu mengaum satu dunia....


antara blog yang bagus mengulas tentang isu batu putih nie....

http://kerenahdunia.blogspot.com/2008/05/kita-menang-middle-rocks-bukan-batu.html

http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/2008/05/24/

SEPI by yuni shara....


SepiYuni Shara


sepi hati terjadi lagi
mungkin sampai mati aku sepi
biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
namun berat beban di hidupku
biarkan saja biar saja
hanya ku yang tahu

sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap kuberdiri
oh! ada saatnya kubicara
bila hatiku t'lah bulat
sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam



biarkan...
biarkan aku memilih utk terus begini...
ternyata kau bukan milikku
bukan ku tak mencuba
hakikatnya kau ada yang punya
ku tak bisa
mencuri hatimu darinya..
biarkan...
biarkan ia terjadi





Friday, July 25, 2008

good luck to DEBAT ALAM SEKITAR....

aku just nak wish good luck kepada pasukan debaters UMP yang pergi ke pertandingan DEBAT ALAM SEKITAR yang mana pada tahun ini di adakan di UMS....

pastinya pengalaman ke pertandingan debat terutamanya di uluar semenanjung sudah pasti akan membuat ke semua pendebat berasa teruja dan tidak sabar2 untuk pergi ke pertandingan tersebut....

bagi aku...debat alam sekitar adalah debat yang mana mula2 mengajar aku erti debat universiti itu sebenarnya....debat inilah detik permulaan aku mengenal apa itu debat....debat ini jugalah yang membawa aku untuk mengenal dewa2 debaters yang ada di malaysia....sudah pasti terukir seribu kenangan yang mana tidak akan pernah aku lupakan....

debat alam sekitar tidak seperti debat2 yg lain..ianya berbeza sedikit di mana ianya ada sesi debat terbuka di mana debater di kehendaki utk mengemukakan hujah baru dan di berikan masa selama....berapa lama ek...ehmm lupa lak...hu3

untuk debat alam sekitar kali ini...UMP telah menghantar wakil iaitu abg khairul ,adam,abg najmie dan kak mas...setelah melalui sesi penilaian prestasi sepanjang debat time cuti sem yg lepas...aku? sah2 la tak dapat sebab persembahan yg laha time dua debat yg aku pergi hu3 tapi tak mengapa....kelemahan diri harus di baiki...

hanya satu harapan aku...semoga kali ini persembahan team UMP antara yg terbaik...top 10 sudah cukup memadai....kerana sudah pasti kali ini semua universiti menurunkan pendebat2 yang hebat utk mewakili universiti masing2....tapi kita harus sedar...rezeki ada di mana2...apa yang pasti yakin boleh...itu yg lebih penting...

akhir kata...wish good luck utk semua debaters semalysia yg pergi ke debat alam sekitar 2008!!!

Thursday, July 24, 2008

16 SEPTEMBER 2008

16 september..mampukah menjadi suatu realiti....kita hanya mampu menunggu dan melihat....ianya menjadi suatu yang realiti atau hanya satu mimpi...nantikan...





"saya yakin kerajaan akan berubah 16 september nie...."

“Tidak, kita tidak mengubah tarikh yang disasarkan September ini,”







anwar yakin bahawa 30 wakil rakyat daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama dari Sabah dan Sarawak melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat. ..walaupun kes liwat dia ada lagi...motif kes sama di ulang...cipta la kes lain yang lagi gempak....pening kejap...




BUKTI!!!



Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, hari ini mengumumkan beliau sudah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). ...merajuk sebab tak dpt jd menteri ke...persoalan di situ..??/

yang lain entah bila nak umum....kita tunggu je...kalau ada la....he3


---------------------------------------------




"pening2....."

"dapatkah aku merasa jadi PM malaysia ke 6 nie...hu3"
p/s: tidak memilih mana2 pihak....
hanya berkata mengikut apa yang di dengar dan lihat
kenyataannya hanya ALLAH yang tahu...

hanya kerana tukar kereta....

tukar kepada...



kecoh seluruh negara....sebab exco terengganu nak tukar kereta perdana kepada mercedes....aku tak faham....korang nilai la sendiri...





bagi aku...biar mahal..yg penting bila di guna...tak banyak masalah...tak payah nak risau pasal baiki balik jika ada kerosakan...bukannya murah..boleh beli sebiji kereta lagi..he3

p/s: ehmm seronok la lpas nie naik mercedes...he3

Sunday, July 20, 2008

kak yunika masuk HTAA!!!

ehm....dis week budak2 kebudayaan di kejutkan dengan 2 berita buruk setelah kami balik dari PROGRAM JEJAK WARISAN....

apakah berita buruk itu?

1. kak yunika kirana...tetiba jek masuk hospital...ntah nape...?
2. haidar dari kumpulan AUFA accident.

nie aku tak tau la kenapa kan...tetiba je benda2 mcm nie berlaku setelah kitorg balik dari jejak warisan...harap2 bukan di sebabkan 'benda' tak baik dari perak menyebabkan ini semua berlaku...(merepek pulak aku hu3)...

maka...aku hanya sempat melawat kak yunika saje..memandang aku dan budak senandika rapat dengan kak yunika...haidar tak tau berita lagi...agaknya ok kot....

so...alkisahnya...hari jumaat lepas aku,daoz,tito,rani,kak akma,kak ila serta kwn2 kak ila n akma merangkap senior fakulti aku pun pergilah ke HTAA utk melawat kak yunika....kononya aq rancang nak blk ari jumaat tue...tapi mcm mls jek...sebab baik aku blk next week coz jumaat aq xde class..so boleh la aku balik rumah ari khamis tue...tujuannya hanya satu..membaiki laptop aq yg dikatakan corrupt...aku pun tak faham...hu3

utk pengetahuan korang...kali terakhir aku ke hospital pun ketika tahun 6...itu pun di sebabkan kawan aku masuk hospital di sebabkan kekurangan darah merah....so kiranya ini kali ke-2 aku melawat org kat hospital setelah 7 tahun berlalu....pergi hospital tue selalu la...cuma jarang masuk melawat org kat hospital....bapa aku masuk hospital pun ari tue aku tak lawat..sebab ada kat ump....dan family aku beritahu pun time tue....sentap jap....hu3 nasib baik bapa aku dah sihat sekarang....

so kitorg sampai dalam kul 3 lebih kat HTAA tue...malangnya time tue bukan masa melawat...so sorang2 la masuk....tapi aku tak masuk pun....daoz n kwn2 kak akma/ila je yg masuk...yg lain duk kat luar...laha je...utk menghabiskan masa yg ada...kitorg keluar temankan tito masuk kan duit kat abg dia....after tue terus pergi HTAA blk....time kitorg sampai je masa utk melawat ah dibuka...kitorg pun berpusu2 masuk...ramai juga org yg tgh tunggu nak naik lift...tapi aku dgn tito GIGIH katanya naik tangga....kata tito org kat sarawak guna tangga je kalau nak melawat org kat hospital,....katanya...tu yg tito gigih ajak aku naik tangga...kalau tingkat 2 or 3 td boleh la aku terima...ini 7th floor ok...!!! aku yg kurus nie semput gak..hu3 tercungap2 aku....sabar jek...


fuhh..akhirnya aku sampai gak tingkat 7...gigih naik tangga....wad kat yunika 7c....sampai je aku senyap jek...bukan sebab apa..penat naik tangga....hu3 lagi pun aku takut gak nak masuk melawat hospital...aku dah la tak leh tengok org2 sakit nie...actually aku takut jarum...he3 kira benda2 tajam nie aku fobia sikit....sebab tue tak de rezeki jadi doktor...hu3


kak yunika gigih bercerita...boring punya pasal...bila ada org melawat je mesti dia banyak cakap...he3 sian tengok kak yunika...hu3 korang nak tau....sampai je aku terus baca buku REMAJA....ntah la...aku tak leh tengok sakit nie...aku terus bayangkan kalau aku berada tempat org2 sakit nie...tak tau nak kata apa....mesti sakit kena cucuk sana sini...argghh..tidak...so aku pun senyap je la...tak banyak cakap....hu3 ehmmm...ntah pape aku nie...kak yunika kata kat kitorg....dia happy sangat ada org datang melawat dia...kiranya melawat org2 sakit nie dapat juga mengembirakan org yg sakit seterusnya penyumbuh penyakit sesorang tue secara dalaman...dalaman mcm mana aku tak tau la kan...tapi memang betul la...bila kita happy tak de la sangat kt ingat pasal penyakit yg kt alami...betul tak?//...


korang nak tahu...aku betul2 jeles tengok doktor2 kat situ...seba apa...seba aku jeles dorang boleh jadi doktor...kenapa aku tak de rezeki utk jadi doktor...hu3 bestnya tengok dorang jumpa pesakit2....ehmmm....seronok je bekerja dengan benda hidup ini...tak macam aku...bakal kerja dengan benda yg tak hidup....kiranya aku nie bakal jadi 'doktor bangunan' ha3 tuhan je tau betapa cemburunya perasaan aku time tue...tapi nak bt mcm mana...DIA lebih tahu mana yg terbaik utk kita...pasrah je....


nie la suasana kat wad tue....kecoh gak la wad tue di buat kitorg...biasala tue kalau budak2 senandika mana la boleh senyap walau kat mana berada....tapi aku tetap nak komen suasana hospital HTAA nie....memang laha....ya la walaupun 3rd class...at least jgn la laha sangat...nampak mcm tak selesa jek...bagi aku la...tak tau la org lain...sedih aku tengok pesakit2 kat situ....macam kawasan katil kat yunika....3 tapak je ada katil dah kat sebelah...kitorg yg melawat ramai2 nie sah2 la penuhkan kawasan tue....so kesian aku tengok kat pesakit kat sebelah tue....tak selesa jek di sebabkan kitorg yg ramai....hu3 nak bt mcm mana kan..nama pun 3rd class punya wad..terima je la....tapi time bapa aku masuk hospital dulu...1st class ok...tapi bayar just rm 80 jek....wlaupun duk kat situ 1week...kat hospital serdang yg canggih tue....(hospital yg aku berangan nak kerja kalau jadi doktor sebab dekat rumah hu3)


alhamdullilah...hari nie(19july) kak yunika dah di benarkan keluar hospital....semoga kak yunika sihat2 je skrg k...susah kalau sakit time final year nie...banyak yg akan terganggu....lagi2 PSM(projek sarjana mua).....

ok la...sampai sini saje yg aku dapat cerita pengalaman aku melawat org sakit (perlu ke statement nie)....jumpa lg di lain entri...

salam syg dr jumapx....

Saturday, July 19, 2008

mengejar bintang...

dulu...
aku pernah bermimpi...
bermimpi untuk menggapai bintang...
untuk menyinari malamku..


dulu...
aku pernah berangan-angan...
akan ku gapai bintang di langit
walau besar onak dan durinya....


biasalah...
lumrah manusia..
sentiasa menginkan
sesuatu yang mustahil untuk dirinya


tapi
sedar atau pun tidak
yang mustahil bisa jadi sesuatu yang tidak mustahil
jika kita tahu
mana arahnya...


bintang itu
pasti menjadi pujaanku
dulu hingga kini...
kerana ia impianku...


pernah suatu ketika...
aku khayal berlari mengejar bintang...
tetiba...
aku tersungkur...
jatuh terluka...
perit dan pedih...


lalu..
aku terpandang rumput di bumi....
melambai-lambai senyum padaku
tanda masih kenal padaku..
tersentak aku dari khayal...
dalam mengejar bintang
yang hanya angan-angan


rupa-rupanya...
rumput masih sudi tersenyum
saat aku mula jauh darinya...
saat aku terlalu ghairah mengejar bintang...
bintang yang entahkan bila
akan mampu aku genggam...


tersedar...
dari buai duniawi
ada sesuatu yang harus aku sedari
dalam menongkah arus hidup ini
yang terjadi biar terjadi
semua sudah ada corak dan warnanya
tidak mampu untuk di padamkan


tersedar aku
hidup ini tidak semua milik kita
jua tidak semua yang kita harapkan
menjadi milik kita


kesedaran...
membawa aku....
untuk berfikir sejenak...
bahawa hidup ini...
hanya pinjaman semata-mata...
biar yang di impi bukan milik kita
syukur atas apa yang kita miliki
kini....
biar bintang terus bersinar...
dan terus menjadi impian kita...
p/s: boring punya pasal
tue yg tulis merepek2 nie..hu3

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT: shabery vs anuar....!!!


pastinya malam tadi...ramai di antara kita duduk di depan tv....untuk menonton sendiri debat yg bersejarah di dalam sejarah malaysia aku kira...di mana menemukan dua tokoh politik iaitu penasihat PKR dato' anuar ibrahim dan menteri penerangan dato' shabery dengan usul yg mereka debatkan iaitu HARI INI BENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAL....yg di adakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)....ianya di siarkan secara langsung di TV9 dan BERNAMA TV.....


namun...aku antara org yg terlepas utk melihat debat bersejarah ini secara langsung di sebabkan ak ada meeting tarian kencana pawana.....tapi aku sempat mengikuti debat ini melalui YOUTUBE yg aku tengok ketika class BI pg td...he3


bagi aku debat sebegini yg julung2 kali di adakan...mempunyai pro n cons nya..utk kerajaan dan juga pembangkang...tapi itu semua kita tolak ke tepi kerana apa..kita pada hari pandai utk menilai mana yg baik dan juga mana yg buruk....masyarakat malaysia kini lebih terbuka dan mampu utk memikirkan mana yg baik dan mana yg buruk....dan apa yg menarik perhatian aku malam tadi ialah....generasi muda di UMP begitu tertarik utk menonton debat ini...ini menunjukkan bahawa generasi muda kini bukanlah generasi yg tidak tahu mengenai politik di malaysia...


dengan hujah yg cukup hebat dari kedua2 pihak yg dilihat cukup utk mempertahankan kes masing2 menyebabkan debat pada malam tadi menjadi menarik....namun bagi aku...ada kecacatan di sebalik debat ini....kerana apa...dato' shabery cheek bukanlah org yg sesuai utk berdebat dengan dato' anuar ibrahim...bukan di sini aku nak memperkecilkan kewibawaan dato' shabery cheek....tapi kita harus sedar...pengalaman dato' anuar ibrahim tentang politik lebih banyak berbanding dengan dato' shabery....kita dapat lihat sendiri hujah2 yg dikeluarkan oleh dato' shabery...kebanyakan hujah beliau lebih kepada menyerang tentang peribadi dato' anuar dan bukannya utk mempertahankan premis beliau mengenai usul yg cuba di bawa berbincang pada malam itu...pada awal debat saja beliau membicarakan tentang isu minyak kemudian hanya berhujah utk menyerang tentang hal2 peribadi...di sini aku bersetuju dengan dato' anuar ibrahim....di mana beliau berkata yg pada malam itu dia tidak akan menjawab segala yg berkaitan tentang hal peribadi tapi beliau akan cuba hanya berbicara mengenai usul yg di bawakan pada malam itu...dan kita sendiri dapat mendengar bagaimana mekanisme awal yg dato' anuar ibrahim jelaskan sepanjang debat berlangsung...dan beliau juga menekankan bahwa apa yg beliau katakan pada malam itu hanyalah langkah awal jika beliau esok menjadi perdana menteri ataupun suatu hari nanti....dimana menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen dan beliau juga menjelaskan bagaimana utk beliau mencari jalan utk mengutip sebanyak 5 billion....dan malam tadi beliau hanya sempat menerangkan bagaimana utk 'kerajaan' beliau mendapat 4 billion ringgit utk minyak dan mengurangkan beban rakyat....


selain itu, aku tertarik dengan satu hujah shabery cheek dimana, beliau ada berkata yg mana dato' anuar ibrahim pernah berjanji utk menurunkan harga minyak sebelum PRU12...dan pada sebelum PRU12 ketika itu...harga minyak rm 1.92....dan kini harga minyak sebanyak rm 2.70...maka dato' anuar ibrahim memerlukan formula penurunan harga minyak yg hebat dan maha agung kerana apa....kerana janji dato' anuar yg juga pernah terpacul dari mulut beliau sendiri yg mana beliau harus menurunkan harga minyak serendah sebelum harga minyak naik....iaitu serendah rm 1.92....tetapi ketika berdebat semalam juga dato' anuar ada berkata yg 50 sen adalah sekdar langkah awal dan akan ada langkah seterusnya utk memastika harga minyak di malaysia tidak akan memebebankan rakyat dan terus membiarkan rakyat merana...
hujah seterunya yg menarik perhatian aku ialah...di mana dato' shabery ada berkata kadar inflasi di malaysia adalah lebih kurang berbanding dengan negara2 yg mempunyai kadar harga minyak yg lebih rendah berbanding malaysia..beliau memberi contoh negara venuezela dimana harga minyak di negara itu hanya 10 sen seliter namun kadar inflasi negara itu adalah yg terburuk di amerika latin....beliau cuba menerangkan bahwa walaupun negara kia menaik kadar harga minyak sebanyak 0.78sen...namun kadar inflasi di negara kita masih terkawal...hujah ini tidak di bidas oleh dato'anuar ibrahim...
selain itu, dato' anuar ada berkata mengenai bagaimana keuntungan petronas sebanyak 2/3 billion mampu utk mengurangkan beban rakyat dan di salurkan ke minyak....beliau juga menjelaskan di mana keuntungan petronas ini sebenarnya mampu utk membantu mengurangkan harga minyak jika kerajaan bijak utk menguruskannya....aku setuju dengan anuar ibrahim...kemudian shabery membalas dan berkata kita tidak boleh terlalu bergantung dengan keuntungan petronas semata2 kerana sudah banyak keuntungan petronas yg kerajaan guna...dan beliau juga berkata kita tidak boleh mengambil semua keuntungan petronas kerana takut suatu hari nanti petronas tiada aset utk di pegang lantas membolehkan org luar menguasai petronas....
mengenai soalan2 dari ahli2 panel....cukup memalukan ahli panel yg di jemput oleh shabery yg mana tidak tahu apa sebenarnya IPP itu sehingga di tegur oleh anuar ibrahim....manakala panel jemputan anuar cukup bagus soalannya aku kira...dimana beliau bertanya pada tahun 2005 kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen di mana kerajaan berjaya memperolehi lebih kurang 4.3 billion dari kenaikkan harga minyak ketika itu dan berjanji utk menyalurkan ianya utk kemudahan pengangkutan awam dan sudah tentu apabila kerajaan menaikkan harga minyak pada tahun ini...penjimatannya sudah tentu lebih dari itu...namun semasa penstrukturan RMK9 baru2 ini....kerajaan hanya menyalurkan tidak sampai 1 billion utk pengakutan awam...maka soalan dari zulkifli sulong ini...kemanakah pengaliran dari penjimatan itu? apa yg aku terkilan...dato' shabery tidak berjaya menjawab soalan itu dengan baik bagi aku...kerana apa beliau cuba menjawab ketika itu harga minyak beza dgn skrg....masalahnya di sin shabery tidak berjaya menjelaskan dengan baik kepada rakyat mengenai soalan yg di tujukan kepada beliau kerana aku rasa belliau tidak tahu mengenai hal itu....
aku kira....ukan 1 2 3 ok...he3 debat malam semalam adalah salah satu debat y harus di adakan selalu utk menunjukkan dan menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yg berlaku.....
kelebihan debat ini kepada kerajaan...dato' shabery cuba menunjukkan bahwa kerajaan kini 'demokrasi' katanya...dengan memberi peluang kepada pembangkang utk bersuara dan mengatakan semasa zaman anuar memerintah tak de pun benda mcm nie...selain itu, shabery juga berjaya menunjukkan kelemahan anuar ibrahim apabila beliau juga penentang kepada semua perdana menteri sebelum ini...dengan pernah membuat demonstrasi 1974 sehingga kes pintal memintal yg ntah pa pe...aku pun tak faham....tapi aku rasa syabas kepada shabery kerana dapat menunjukkan bahawa sememangnya anuar ibrahim memang raja kepada demonstrasi dari dulu sehinggga sekarang....dan apa yg pasti debat pada malam itu bagi shabery aku rasa..misi beliau tercapai kerana berjaya menunjukkan siapa anuar sebenarnya...tapi sayang...misi utk memperjelaskan tentan isu minyak tidak tercapai...
kelebihan kepada anuar...dia berjaya menjelaskan tentang bagaimana mekanisme2 yg beliau akan ambil untuk mengurangkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat...beliau betul2 mengambil kesempatan yg ada utk menjelaskan kepada rakyat...kerana beliau sedar selepas ni tiada lg peluang sebegini....selain itu, anuar berjaya menjelaskan bahawa dia bukannlah org yg cuba menjual negara kepada IMF....dan aku yakin...anuar ibrahim berjaya membuka mata rakyat malaysia dan pastinya kerajaan harus berwaspada....
aku di sini bukan tk menyokong mana2 pihak....tetapi aku hanya menilai melalui debat semalam siapa yg berjaya berdebat dengan baik...dan siapa yg lari dari konseptual debat pada malam itu....kita sebagai rakyat pada dunia global ini sudah tentunya tahu dan pandai utk menilai yg mana terbaik utk kita dan negara..
sekian...aku hanya insan yg masih mencari dan mengenal warna politik malaysia...

Tuesday, July 15, 2008

jejak warisan...

pada 11-13 julai...kelab kebudayaan ump telah mengadakan program jejak warisan katanya...konon2 utk menjejak warisan2 yg ada...


actually aku malas nak pergi...memandangkan aku kena bt prsmbahan zapin kat sana maka aku pun pergi la juga..


tapi bila dah merasai sendiri jejak warisan kali ini..memang best tak terkira....ada 3 tempat utama yg kitorg pergi...gua tempurung-kellie castle-lata kinjang....


program nie memang bagus...sekurang2nya...banyak memberi pendedahan kpd kita ttg warisan alam yg masih wujud utk di nilai dan analisis apa yg ada di sbalik semua ygmasih ada di muka bumi ini....he3 poyo jek ayat...


ok la...di sini aku sisipkan sedikit gambar2 semasa aku berada di sana..






posing pelajar 'oversea'....



model katanya.....



semua budget model 'profesional'.....



hanya org2 yg berani saje boleh naik atas tue k...nmpak x aku..he3



kumpulan kencana pawana yg vough...



bergambar bersama zahid.....



before masuk gua tempurung...



kagum la tu konon...motif batik di situ.....








sesi lat. utk persembahan amal puspanita




semasa persembahan...




rumah puspanita yg kitorg tinggal utk beberapa hari...




apa yg pasti....jejak warisan kali ini meninggalkan banyak kenangan indah bt mereka yg pergi....dan apa yg aku sedari....budak2 kebudayaan nie semuanya gila camera....kak dalina GIGIH juga yg senantiasa jadi mangsa utk tangkap gambar...ha3

p/s: tak sabar rasanya nak join jejak warisan next year...

Monday, July 14, 2008

kau ada dia.....

kau ada dia by thelima

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.



blog fakhrul...

ehm....lagi sorang kawan aku time kat saser mewarnai dunia blogging.....

akhirnya dia pun dah ada blog sendiri yg di namakan
SABAK BERNAM-SEREMBAN-BANTING-HRADEC KRALOVE
yang aku kira nama blog dia nie diambil sempena nama2 tempat yg fakhrul nie menuntut ilmu sepanjang hidupnya...he3 ataupun di ambil sempena nama2 tempat yg telah banyak mengajar ia tentang kehidupan di muka bumi yang fana ini...ha3 betul ke...slumber je bt assumption....

fakhrul nie classmate aku time kat saser dulu.....he3 orangnya baik....tapi mulut dia laser la jugak...biasalah la tue....dia nie debater terbaik time kat saser dulu....teringat time satu team dengan dia dulu....dialah yg bantu aku bt skrip utk berdebat....aku time tue laha jek....tak pandai sangat berdebat...katanya...hu3

budak nie juga sekarang bakal jadi doktor...dlm bln 8 or 9 dia akan pergi ke republik chech utk sambung study kat sana...meriah je kan...itulah org kata kalau usaha yg gigih...akan hasilnya apa yg kita impikan....tak mcm aq nie...nk jd doktor tp usaha tak GIGIH pun hu3 sentap kan diri sekejap...ha3

menarik jugak la cara dia menulis blog baru dia tue.....menarik perhatian aku...he3 tinggi bahasa yg dia gunakan....tak mcm aq nie...laha jek bahasa aq...hentam jek....hu3

sebenarnya aq antara org yg suruh dia buka blog...lagi2 dia dah nak pergi negara org...so boleh la aq tahu perkembangan dia kat sana....lagi pun...syg klu org mcm fakhrul nie tak bt blog...coz idea2 dan respons dia bgus...(kembang fakhrul kejap).....ha3 aq bukan nak puji ko la fakhrul tapi orang2 mcm kita nie (puji diri sendri pulak) harus ada blog.....barulah bakal jadi generasi yg berkualiti.....(mcm lah org yg tak de blog tak berkualiti kan).....tapi kita haruslah ikut perkembangan semasa kan...masa skrg nie zaman blogging...so ketinggalam zaman la sape2 yg xde blog tue....lagi satu...hanya org2 yg rajin saje akan ada blog sendiri...sebab hanya org2 rajin saje yg boleh menaip dan duduk depan laptop or pc utk update blog dia....betul tak...he3

ehm...apa lg ek nak ckp...semoga blog ko tue sentias la di update k....dapat la kita bertukar2 pandangan....ya ke....he3 at least adalah medium lain utk kita berhubungkan.....he3

juz nak wish kat ko....good luck kat republik chech nnt...semoga jadi doktor yg berjaya k...


tiada lagi post entri terbaru....

assalamualaikum semua...

kat sini aku nak bt pengumuman tergempar...ala2 akuan yg di buat oleh subramaniam...he3
tapi tak de lah sampai buat pengakuan ke 2 kan....hu3

utk penetahuan pembaca blog dan juga rakan2 kesayangan aq yg membaca blog yg tidak seberapa ini....buat masa sekarang....tiada entri2 baru yg akan menyusul setiap hari seperti sebelum ini...hal ini kerana aku terlalu busy...byk benda nak kena buat....lagi pun azam baru aku...aku nak jaga study aq dulu baru bt benda lain...lagi pun laptop aq masih dalam 'icu'.....entah bila aku nak merawat dia semula...rindu gak lah...hu3 nak bt mcm mana...cuti lepas bukan tak nak baiki laptop...tapi malas nak pergi low yat sorg2.....so skrg dia ada kat rumah aq....dis week matbe klu aq tak busy br blk puchong....motif di situ..cerita pasal laptop rosak macam perlu je kan...he3

dan apa yg aku terkilan gak...aq tak dpt nak tulis entri pasal politik yg begitu hangat sekarang nie....bermula dari isu minyak-isu lompat parti-isu tukar kerajaan-kes liwat anwar dan yg terbaru peralihan kuasa PM 2010....

aku sebenarnya rindu nak menulis entri2 yg best2 nie...terlalu banyak kat dalam otak aku sekrang...tapi nak bt mcm mana..kekangan masa dan ketiadaan laptop menyebabkan hajat aku tue terbantut....

walauapapun....aq akan cuba utk post kan entri2 terbaru aku k....khas utk semua yg sudi membaca dan singgah ke alif ba ta duniaku ini....

ok la....sampai sini saje....jumpa lg di lain waktue....love u ollz semua...



Wednesday, July 9, 2008

hai semua...kali nie aku nak kongsi korg dgn kata2 ini yg mana aku amik dr frenster kawan aku...tertarik dengan ayat2 yg dia buat nie....motivasikan diri gak la....he3


hidup tak seindah yang disangka.
bukan sumer yg kita mahu boleh menjadi realiti.
banyak yang perlu diubah jika sesuatu yang xmgkin kiter kcapi mahu kiter gapai dan genggam.
sesuatu yang mgkin mustahil dan xmgkin nyata.
hanya keberanian dan usaha dapat menjadikannya realiti.
realiti yg kekal wat selamanya.
aku??
hanya pelakon tambahan dalam 'filem' ciptaanNYA.
'filem' yang tiada judul dan juga rating.
aku yang sering dimaki dan dihina.
aku dicerca stiap kali mlakukan ksalahan.
aku diherdik oleh kerana sikap ku yang serba kekurangan ini.
bukan mahu ku begitu.
tapi itulah layanan yang ku terima sebagai pelakon tambahan di bumi ALLAH.

Tuesday, July 8, 2008

muhammad akhil zafran b mohd.nasir


nie time masa dia 1st time melihat dunia...


ehm...kali nie aq nak memperkenalkan anak buah 1st aku.....he3

saje je nak bg tau korg....coz aq syg sgt kat anak buah aku nie...biasala tue...anak buah 1st time kan...nama anak buah aku seperti tajuk entri di atas....nama nak panjang je....he3 dia anak kepada abang aku yg ke 2...family aq panggil dia zafran...my mum yg suru panggil nama tue...tapi aq tetap panggil bdk nie akhil..sebab aq rasa lagi sedap...bagus tak bagus lantak la...tapi gelaran nama utk org pun mempengaharui karekter bdk tue nanti...ehm...apa2 je la...yg ptg aq tetap nak panggil dia akhil....

so...kat sini aq nak kongsi gambar dia kat korg....









nie la ayah kepada akhil...abg aq....



p/s:ehm...skrg akhil ada kat tawau,sabah
coz dia nak kena aqiqah...
rindu kat akhil...hu3



Popular Posts

Popular Posts since May 2010