Wednesday, July 16, 2008

DEBAT: shabery vs anuar....!!!


pastinya malam tadi...ramai di antara kita duduk di depan tv....untuk menonton sendiri debat yg bersejarah di dalam sejarah malaysia aku kira...di mana menemukan dua tokoh politik iaitu penasihat PKR dato' anuar ibrahim dan menteri penerangan dato' shabery dengan usul yg mereka debatkan iaitu HARI INI BENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAL....yg di adakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)....ianya di siarkan secara langsung di TV9 dan BERNAMA TV.....


namun...aku antara org yg terlepas utk melihat debat bersejarah ini secara langsung di sebabkan ak ada meeting tarian kencana pawana.....tapi aku sempat mengikuti debat ini melalui YOUTUBE yg aku tengok ketika class BI pg td...he3


bagi aku debat sebegini yg julung2 kali di adakan...mempunyai pro n cons nya..utk kerajaan dan juga pembangkang...tapi itu semua kita tolak ke tepi kerana apa..kita pada hari pandai utk menilai mana yg baik dan juga mana yg buruk....masyarakat malaysia kini lebih terbuka dan mampu utk memikirkan mana yg baik dan mana yg buruk....dan apa yg menarik perhatian aku malam tadi ialah....generasi muda di UMP begitu tertarik utk menonton debat ini...ini menunjukkan bahawa generasi muda kini bukanlah generasi yg tidak tahu mengenai politik di malaysia...


dengan hujah yg cukup hebat dari kedua2 pihak yg dilihat cukup utk mempertahankan kes masing2 menyebabkan debat pada malam tadi menjadi menarik....namun bagi aku...ada kecacatan di sebalik debat ini....kerana apa...dato' shabery cheek bukanlah org yg sesuai utk berdebat dengan dato' anuar ibrahim...bukan di sini aku nak memperkecilkan kewibawaan dato' shabery cheek....tapi kita harus sedar...pengalaman dato' anuar ibrahim tentang politik lebih banyak berbanding dengan dato' shabery....kita dapat lihat sendiri hujah2 yg dikeluarkan oleh dato' shabery...kebanyakan hujah beliau lebih kepada menyerang tentang peribadi dato' anuar dan bukannya utk mempertahankan premis beliau mengenai usul yg cuba di bawa berbincang pada malam itu...pada awal debat saja beliau membicarakan tentang isu minyak kemudian hanya berhujah utk menyerang tentang hal2 peribadi...di sini aku bersetuju dengan dato' anuar ibrahim....di mana beliau berkata yg pada malam itu dia tidak akan menjawab segala yg berkaitan tentang hal peribadi tapi beliau akan cuba hanya berbicara mengenai usul yg di bawakan pada malam itu...dan kita sendiri dapat mendengar bagaimana mekanisme awal yg dato' anuar ibrahim jelaskan sepanjang debat berlangsung...dan beliau juga menekankan bahwa apa yg beliau katakan pada malam itu hanyalah langkah awal jika beliau esok menjadi perdana menteri ataupun suatu hari nanti....dimana menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen dan beliau juga menjelaskan bagaimana utk beliau mencari jalan utk mengutip sebanyak 5 billion....dan malam tadi beliau hanya sempat menerangkan bagaimana utk 'kerajaan' beliau mendapat 4 billion ringgit utk minyak dan mengurangkan beban rakyat....


selain itu, aku tertarik dengan satu hujah shabery cheek dimana, beliau ada berkata yg mana dato' anuar ibrahim pernah berjanji utk menurunkan harga minyak sebelum PRU12...dan pada sebelum PRU12 ketika itu...harga minyak rm 1.92....dan kini harga minyak sebanyak rm 2.70...maka dato' anuar ibrahim memerlukan formula penurunan harga minyak yg hebat dan maha agung kerana apa....kerana janji dato' anuar yg juga pernah terpacul dari mulut beliau sendiri yg mana beliau harus menurunkan harga minyak serendah sebelum harga minyak naik....iaitu serendah rm 1.92....tetapi ketika berdebat semalam juga dato' anuar ada berkata yg 50 sen adalah sekdar langkah awal dan akan ada langkah seterusnya utk memastika harga minyak di malaysia tidak akan memebebankan rakyat dan terus membiarkan rakyat merana...
hujah seterunya yg menarik perhatian aku ialah...di mana dato' shabery ada berkata kadar inflasi di malaysia adalah lebih kurang berbanding dengan negara2 yg mempunyai kadar harga minyak yg lebih rendah berbanding malaysia..beliau memberi contoh negara venuezela dimana harga minyak di negara itu hanya 10 sen seliter namun kadar inflasi negara itu adalah yg terburuk di amerika latin....beliau cuba menerangkan bahwa walaupun negara kia menaik kadar harga minyak sebanyak 0.78sen...namun kadar inflasi di negara kita masih terkawal...hujah ini tidak di bidas oleh dato'anuar ibrahim...
selain itu, dato' anuar ada berkata mengenai bagaimana keuntungan petronas sebanyak 2/3 billion mampu utk mengurangkan beban rakyat dan di salurkan ke minyak....beliau juga menjelaskan di mana keuntungan petronas ini sebenarnya mampu utk membantu mengurangkan harga minyak jika kerajaan bijak utk menguruskannya....aku setuju dengan anuar ibrahim...kemudian shabery membalas dan berkata kita tidak boleh terlalu bergantung dengan keuntungan petronas semata2 kerana sudah banyak keuntungan petronas yg kerajaan guna...dan beliau juga berkata kita tidak boleh mengambil semua keuntungan petronas kerana takut suatu hari nanti petronas tiada aset utk di pegang lantas membolehkan org luar menguasai petronas....
mengenai soalan2 dari ahli2 panel....cukup memalukan ahli panel yg di jemput oleh shabery yg mana tidak tahu apa sebenarnya IPP itu sehingga di tegur oleh anuar ibrahim....manakala panel jemputan anuar cukup bagus soalannya aku kira...dimana beliau bertanya pada tahun 2005 kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen di mana kerajaan berjaya memperolehi lebih kurang 4.3 billion dari kenaikkan harga minyak ketika itu dan berjanji utk menyalurkan ianya utk kemudahan pengangkutan awam dan sudah tentu apabila kerajaan menaikkan harga minyak pada tahun ini...penjimatannya sudah tentu lebih dari itu...namun semasa penstrukturan RMK9 baru2 ini....kerajaan hanya menyalurkan tidak sampai 1 billion utk pengakutan awam...maka soalan dari zulkifli sulong ini...kemanakah pengaliran dari penjimatan itu? apa yg aku terkilan...dato' shabery tidak berjaya menjawab soalan itu dengan baik bagi aku...kerana apa beliau cuba menjawab ketika itu harga minyak beza dgn skrg....masalahnya di sin shabery tidak berjaya menjelaskan dengan baik kepada rakyat mengenai soalan yg di tujukan kepada beliau kerana aku rasa belliau tidak tahu mengenai hal itu....
aku kira....ukan 1 2 3 ok...he3 debat malam semalam adalah salah satu debat y harus di adakan selalu utk menunjukkan dan menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yg berlaku.....
kelebihan debat ini kepada kerajaan...dato' shabery cuba menunjukkan bahwa kerajaan kini 'demokrasi' katanya...dengan memberi peluang kepada pembangkang utk bersuara dan mengatakan semasa zaman anuar memerintah tak de pun benda mcm nie...selain itu, shabery juga berjaya menunjukkan kelemahan anuar ibrahim apabila beliau juga penentang kepada semua perdana menteri sebelum ini...dengan pernah membuat demonstrasi 1974 sehingga kes pintal memintal yg ntah pa pe...aku pun tak faham....tapi aku rasa syabas kepada shabery kerana dapat menunjukkan bahawa sememangnya anuar ibrahim memang raja kepada demonstrasi dari dulu sehinggga sekarang....dan apa yg pasti debat pada malam itu bagi shabery aku rasa..misi beliau tercapai kerana berjaya menunjukkan siapa anuar sebenarnya...tapi sayang...misi utk memperjelaskan tentan isu minyak tidak tercapai...
kelebihan kepada anuar...dia berjaya menjelaskan tentang bagaimana mekanisme2 yg beliau akan ambil untuk mengurangkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat...beliau betul2 mengambil kesempatan yg ada utk menjelaskan kepada rakyat...kerana beliau sedar selepas ni tiada lg peluang sebegini....selain itu, anuar berjaya menjelaskan bahawa dia bukannlah org yg cuba menjual negara kepada IMF....dan aku yakin...anuar ibrahim berjaya membuka mata rakyat malaysia dan pastinya kerajaan harus berwaspada....
aku di sini bukan tk menyokong mana2 pihak....tetapi aku hanya menilai melalui debat semalam siapa yg berjaya berdebat dengan baik...dan siapa yg lari dari konseptual debat pada malam itu....kita sebagai rakyat pada dunia global ini sudah tentunya tahu dan pandai utk menilai yg mana terbaik utk kita dan negara..
sekian...aku hanya insan yg masih mencari dan mengenal warna politik malaysia...

3 pengkritk ceritera duniaku:

Pjoyz xXx said...

Ada la anwar bidas yang inflasi tuh. yang ada ayat dia sbot formula ekonomi mana syabery pakai bila minyak naik inflasi tak naik. yang dia tunjukkan kenaikan inflasi skarang dan dlu.

jumapx said...

ada ek...owh ok...hu2

thi_gotcha87 said...

inflation di venuzuela tggi even tho harga minyak mrk rendah coz
2 sebab:
1) dey hv SANCTIONS on dem
- wen a country has sanction on dem, dey hv limited food suply, hence diz vl cause inflation
2)importer of food
- depend 2 food imported by overseas. so, wen d global food price increase (like wat vr havin now), price of food sold by diz importing countries wud b higher.. IMPORTED INFLATION!!
no wonder dier inflation is high, even tho dier oil price is low.. so, tak logic kalu compare venuzuela dgn msyia.. begitu jugak dgn iran (shabery did compare iran wth msyiz in his speech) BAD MOVE by him i guess..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010