Saturday, July 26, 2008

di beri betis nak peha...

inilah pulau batu putih....bagi sesiapa rakyat malaysia yan tidak pernah melihatnya....yang mana kini menjadi hak milik kekal singapura....melalui jalan kotor mereka....dengan mudah mengalahkan malaysia dengan satu hujah....iaitu singapura yang telah membangunkan pulau batu putih ini sekian lama..maka dengan itu menguatkan lagi hujah mereka...mudah bukan..hanya sekadar bangunkan rumah api yang laha tue....dah boleh jadikan ia hak milik...maka pengajaran utk malaysia...jangan biarkan mana2 pulau yang ada dalam wilayah malaysia terbiar....kalau tidak pun wartakan saja pulau2 yg ada sbg hak milik kita...terutama pulau pisang....

kita kena la fahamkan....bila tanah hanya sejengkal....mesti akan cari jalan untuk jadikan tanah menjadi sekangkang...



apa yang cuba aku kaitkan dengan tajuk entri aku ialah....kecoh baru2 ini singapura menuntut Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di perairan sekitar Batu Puteh secara unilateral....yang mana secara langsung menolak semangat ASEAN....

apa yang menjadi masalah ialah....singapura bertindak tanpa pengetahuan malaysia..dan tidak membawanya kepada jawatankuasa teknikal jika ada isu2 tuntutan dan sebagainya...langsung bertindak sendiri...ini namanya tamak....dan terdesak untuk memiliki kawasan....

ialah singapura ini bukan besar sangat pun...tambak sana sini jek...so bila batu puteh jadi milik...maka boleh la tambak lagi...cuba tengok kat bawah tue....'dekat' sangat singapura dgn batu puteh....




'dekat' kan....ehmmm..mesti singapura lepas nie pasang strategi lain pulak utk meluaskan empayernya kan....

aku rasa lepas nie wilayah iskandar pasti menjadi sasaran seterusnya...untuk pengetahuan korang semua...Dalam konteks membangunkan WPI pula, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama....

lihat....ini sudah menjadi bukti betapa selepas ini sasaran mereka sudah tentu WPI....ya la...betapa pertambahan penduduk di singapura hari demi hari pastinya memerlukan tempat utk di tinggal...sudah tentu singapura apatah lagi rakyat2nya akan melabur ke atas WPI...

malaysia harus bangkit dan lebih berani bertindak ke atas singapura yang mana banyak memanipulasi malaysia...

jangan terlalu berlembut...kita harimau malaya...yang mampu mengaum satu dunia....


antara blog yang bagus mengulas tentang isu batu putih nie....

http://kerenahdunia.blogspot.com/2008/05/kita-menang-middle-rocks-bukan-batu.html

http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/2008/05/24/

2 pengkritk ceritera duniaku:

maoh said...

jumain... hmm statement malaysia 'memberi' Pulau Batu Putih tu memang menarik. bak kata tarik rambut dalam tepung rambut x putus tepung x bersepah...

jumapx said...

hu3 wah maoh pandai skrg menganalisis ayat org ek...he3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010