Saturday, August 30, 2008

antara MERDEKA dan RAMADHAN....

merdeka!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!....



sedar ataupun tidak sedar...rasanya baru je negara kita menyambut sambutan ke 50 kemerdekaan malaysia....



kini....lagi beberapa jam lagi....malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke-51....



sedar ataupun tidak sedar juga....sambutan kemerdekaan pada tahun ini tidaklah semeriah tahun lepas....



sbg contoh....berapa banyak kereta yg memasang bendera kemerdekaan....terutamanya di kuantan la...he3 mungkin itu tidak boleh di pertikaikan..kerana tak kan lah hanya sekadar tidak memasang bendera kita sudah dikatakan tidak patriotik...



tidak mengapa...saya tetap ingin membuktikan bahwa kemerdekaan kali ini tidak meriah.....



aku bertanya kepada rakan2ku....apakah tema merdeka tahun nie? kemerdekaan malaysia yang ke beberapa?



semuanya hanya senyum...tanda tidak tahu....nah yg membaca nie tahu ke? ini sudah cukup membuktikan bahwa kemerdekaan pada tahun ini...tidak semeriah tahun sebelumnya...apakah punc ini berlaku?



tun.dr.M juga bersependapat dgn aku...dalam blog beliau...megatakan bahwa kemerdekaan tahun nie tidak meriah...



bagi aku...mungkin antara faktor mengapa kemerdekaan pada tahun ni suram dan agak sepi adalah kerana...keadaan ekonomi dan juga politik malaysia yang tidak stabil....di tambah dengan isu2 semasa yang tidak berfaedah utk di perbesarkan....serta pilihanraya kecil permatang pauh juga mungkin menjadi penyebab.....



RAMADHAN



selain itu juga...mungkin di sebabkan oleh kedatangan RAMADHAN yang mana jatuh pada 1 september juga menjadi penyebab kemerdekaan tidak di sambut terlalu meriah agaknya....



ya lah...tak kan nak sambut merdeka over2 sedangkan esok umat islam nak berpuasa kan...kenalah bersederhana...dan yang paling seharusnya....kat dataran merdeka tue...malam nie seharusnya di adakan bacaan doa selamat utk negara dan utk menyambut bulan ramdhan.....itu yg spatutnya...bukannya hipokrit....tapi itu yg terbaik....lagi pun spanjang hidup aku...aku tidak pernah pun nak bersesak2 kat dataran or kat mana2 utk mengira detik merdeka....aku tidak di didik utk itu...dan apa yg ptg dalam keluarga aku...kitorg sekeluarga akan berada di rumah ketika kemerdekaan....tapi tahun nie aku kat UMp je lah...sambut merdeka mcm tahun lepas...hu3

bagi yg tidak tahu logo,tema and lagu..nah ini dia...


Rasional Logo


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.


3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.


3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.


Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu Tema


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Kini Semangat Jalan Seiring

Satu Amanah Kerjasama

Jadi Teras Bangsa MuliaSehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat

Moga Terserlah Perpaduan

Agar Teguh Dipersada

Dalam Hidup Harmoni


Sirami Rasa Kasih Sayang

Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni

Nurani IkhlasDihati Murni

Menjadi Kekuatan Kita


Bersatu…….BersatuBersatu

Gagah Bercerai Rebah

Hindarkan Hasrat Sengketa Kita

Perpaduan Teras Kejayaan


Berpadu……BerpaduBerpadu

Bulat Kata Sepakat

Menjadi Cita Negara Jaya

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH

LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

.............................................................................


di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-51 semoga negara kita akan terus aman dan damai serta selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini...semoga dosa2 kita dapat di sucikan melalui bulan yang murni lagi suci ini.....




0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010