Monday, August 11, 2008

balik = bertemu mereka....

assalamualaikum...

bertemu kita kembali....dalam entri aku kali ini....aku baru saja balik dari rumah...aku pulang ke puchong start hari khamis yg lepas....lepas habis class je terus balik ke rumah walaupun dalam keadaan hujan yg agak lebat...namun aku gigih dan redah jer....

kepulangan aku ke rumah yg lebih kurang 5 minggu aku xbalik....5week jek....atas kerana nenek aku datang dari sabah....dan juga utk melepaskan kerinduaan utk berjumpa anak saudara aku....biasalah anak saudara 1st katanya...haruslah sentiasa di rindui...lagi pun dia sakit....sakit kononnya ada 'benda' yang ganggu....

selain itu juga, aku balik ke rumah atas urusan peribadi yg harus aku selesaikan....urusan apa? biarlah aku saja yg tahu...

'lari' dan bad mood....

semasa aku balik ke rumah nie....ada kerja yang aku terlupa utk lakukan...yang aku kira menyebabkan aku rasa serba salah dan tak tentu hala kat rumah...aku bad mood jek kat rumah...sebab kerja yg harus aku siapkan aku tak sempat nak selesaikan....

di sini aku ingin memohon seribu kemaafan atas kesilapan aku yang aku kira mungkin di katakan 'lari' dari tugas yang harus aku selesaikan....

maaf juga sebab tak membalas msg dan call yg anda buat...bukan tak nak angkat...almaklumlah kat rumah...aku memang tak mempedulikan hanset aku...lagi pun bateri dia low...lagi malang aku tak bawa cas.....maka aku hanya biarkan saja hanset aku kat beg....

maaf sekali lagi buat pengarah projek....dan tahniah kerana telah selesai pertandingan itu....

happy=nenek + anak buah + cousin

seperti yang aku maklumkan di awal entri aku....aku balik atas kerana nenek dan anak buah aku datang....

mesti budak ump yg baca akan kata...'ala next week kan dah start cuti'....malangnya nenek aku balik sabah semula pada 15 nie...sedangkan cuti start 16...lagi pun cuti mid sem nie aku terpaksa korban utk membuat persembahan time convo....maka tak dapat balik rumah....

lagipun sah2 la aku tak kan lepaskan peluang utk hadiri convo kali ini...sebab senior2 kesayangan aku akan convo time nie....convo kali ke3 UMP....wah...tak sabar nak jumpa mereka semua....rindu jugak lah....

berbalik pada cerita anak buah aku pulak...m.akhil zafran....kurus budak tue....sedih aku tengok....tak bermaya....semoga dia cepat sembuh..dan dapatlah aku bermain dengan dia....hu3

cousin baru aku pulak...zizan namanya...lelaki gak...5 bulan....punyalah tembam....berat dia bukan main...lenguh tangan aku mendukungnya.....tak pernah aku dukung budak selenguh itu...tapi siapa2 tengok pun mesti akan geram.....comel sangat....

berita gembira lagi utk aku...pak cik dan makcik dan cousin aku merangkap adik bongsu mak aku akan datang bulan september nie...time puasa la...jimat katanya....tak sabar nak jumpa dorang pulak....cousin2 aku yg comel dan hansome....he3

happy sangat...biasanya kitorang yang akan balik sabah...kali nie dorang pulak yang datang ke semenanjung....kiranya semua adik beradik mak aku dah datang melawat kami semua....

mulakan hari dengan gembira....

hari nie aku mulakan hariku dengan senyuman dan kegembiraan....aku terus melangkah meniti hari aku di bumi UMP....

aku harus berubah demi mencapai apa yang aku impikan.....apa yang keluarga aku harapkan...aku tidak harus leka dek keseronokan bersama sahabat2 ku yang aku sayangi...bertuah memiliki dan mengenali mereka....

perjuangan harus di teruskan....



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010