Wednesday, August 27, 2008

tahniah anwar...




tahniah kepada anwar ibrahim yang mana telah berjaya memenangi pilihanraya kecil permatang pauh....majoriti yang besar iaitu 15671....




mungkin ini petanda...langkah beliau utk menjadikan 'MALAYSIA BARU' semakin hampir.....


rakyat permatang pauh telah menjalankan tugas mereka dengan baik...lebih kurang 80% yg turun mengundi.....kerana mereka penentu segala...



ini bermakna...segala 'gula-gula' yg kerajaan bt sebelum pilihanraya kecil ini hanyalah sekdar di atas angin...dan langsung sedikit pun tidak mempengaharui keputusan undian yang berpihak kepada anwar ibrahim meskipun nama beliau di jaja dan di buruk kan di sana sini....



bak kata tun. dr M....ini menunjukkan satu lagi petanda bahwa rakyat pada hari ini inginkan pak lah utk turun takhta dengan cepat....dan sedar rakyat sudah tidak memerlukannya....namun harus di ingat...meskipun pak lah turun takhta....belum tentu lagi rakyat akan berpuas hati jika najib yang mengganti...seperti mana yang kita ketahui banyak cerita buruk yang kita dengar mengenai najib yang dulunya aku sanjung....sehinggakan sanggup bersumpah utk membuktikan dia tiada kaitan dgn al-tantuya....rakyat mongolia.....



apa yang kelakarnya...segala usaha kerajaan utk memburukkan anwar dan pkr langsung tidak berjaya....bermula episod sumpah lakhnat...kemudian episod samseng di permatang pauh....lepas tue isu 'boom' di pusat kempen puteri umno.....dan banyak lagi...semuanya di pandang sebelah mata oleh penduduk permatang pauh....selain itu, isu harga minyak turun 15sen....'banyak' tue....bak kata tun dr.M....kita selalu la bt pilihanraya kecil...sure kerajaan akan turunkan harga....ha3



najib yakin BN boleh menang...dan akhirnya....keyakinan dia rapuh juga akhirnya....pemimpin tertinggi lain bagi respon...'dah tau dah dia akan menang....kubu kuat dia'....ayat2 seorang yg kalah....he3



anwar terharu....



siapa yang tidak terharu...jika 10 tahun meninggalkan dewan parlimen...dan akhirnya menjejakkan kaki semula....ibarat kembali ke kampung halaman tercinta.....


itulah respon anwar....setelah beliau mengangkat sumpah utk menjadi ahli parlimen....meskipun tidak dapat bertanding dalam pilihanraya ke-12 di sebabkan pilihanraya di jadualkan awal dpd tarikh di benarkan beliau bertandng..namun pilihanraya kecil masih ada utk beliau...dan kini semuanya menjadi nyata...



hasil usaha keras dia....beliau bangkit meskipun derita harus di lalui...cemuhan harus ditelan....semuanya di tolak ketepi...meski isu liwat di timbulkan kembali...namun persoalan utk anwar yg sehingga kini tidak mahu bersumpah...opppss....



aku juga menyanjung perjuangan wan azizah....beliau seorang wanita yang gigih...demi suami tercinta dia sanggup utk lakukan segalanya.....



anwar ketua pembangkang



anwar secara rasmi di lantik menjadi ketua pembangkang setelah di kosongkan oleh wan azizah....



sudah pastinya dewan parlimen selepas nie akan bertambah 'meriah' dengan suara2 'beradap' ahli parlimen bila di ketuai oleh anwar ibrahim....



panas...sudah pasti...



kecoh...sudah tentu...



apa yang ptg....nasib rakyat terbela....



tak sabar rasanya nak tunggu parlimen di buka semula setelah di tunda utk memberi laluan BELANJAWAN 2009....ehmmm...bila la aku nak bt belanjawan sendiri he3



..............................................................................



sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada anwar ibrahim....tegakkanlah KEADILAN mu jika benar anda BENAR.....




p/s: kawan2 aku ramai tanya...

aku nie sokong pihak mana....

respon aq....'atas pagar'

then kawan aku yg lain kata

dia 'diluar pagar' ha3

propa~










0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010