Thursday, September 25, 2008

berhenti berharap 3...


adakah sepi ini akan terus terjadi...
membebani diriku ini...

adakah pengharapan ku ini berakhir di sini..
dan aku harus berundur pergi...

namun...
masa begitu cepat berlalu...

hati ini terlalu mudah untuk memberi ruang...
ruang untuk dia bertakhta di hati lagi...

mungkin diri ini terlalu mudah utk memaaf...
meskipun pernah terluka kerananya...

adakah pengharapan berbunga lagi...?

adakah pengakhirnya nanti tetap sama...?

atau

kau dan aku tak mungkin bersatu...

menginjak pada tanah yang sama...
menghirup pada udara yang sama...

atau mungkin..

pengharapan ini...
hanya sekadar PERSAHABATAN~.....


P/S; aku yang cuba mengerti~
maksud semuanya~


Wednesday, September 24, 2008

mencari lailatulqadar~

assalamualaikum~

dalam sedar ataupun tidak...kini kita berada dalam fasa terakhir bulan ramadhan...bulan yang suci lagi mulia...

namun...sepanjang kita melalui bulan ramadhan ini...adakah kita merasakan kita telah menjalani ibadah puasa ini dengan cemerlang....ataupun sekadar di pinggiran...berpuasa hanya atas menahan lapar dan dahaga...

itu kita renung2kan sendiri...dimanakah kita berada...adakah sempurna puasa kita ataupun tidak......

dalam fasa2 terakhir ini...ramai di antara kita akan mula kurang beribadat kepadaNYA..kita akan melihat penyusutan kedatangan jemaah utk solat terawih....bagi kita cukuplah amalan di awal ramadhan...semakin hampir ke syawal semakin itulah kita rasa malas utk terus beribadat kepadaNYA...itulah kerugiaan kepada manusia yang berfikiran seperti itu....

dalam fasa terakhir ini juga....wujudnya satu malam...iaitu malam lailatulqadar...

dan pastinya malam yang di nantikan oleh setiap umat islam yang beriman...



Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.


Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. (
Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5).


Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan
sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.

Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan .

Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.(Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya,
yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.


Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar
ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya,
Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.

ehmmm...sama2 lah kita mencari malan lailatulqadar k...

renung2kan dan selamat beramal k....


p/s;semoga bertemu malam lailatulqadar~hu3


Tuesday, September 23, 2008

kaunselor siswa: smk ubai

assalamualaikum...

salam ramadhan semuanya~


pada hari sabtu yang lepas...aku telah pun pergi ke SMK UBAI untuk menjalani aktiviti kaunselor siswa di sana...program motivasi la...

di sebabkan sem nie aku amik kokurikulum...dan subjek yang aku amik ialah kaunselor siswa...maka task utk kitorang kenalah bt program motivasi di sekolah...
dan kami pun memilih sekolah smk ubai...(pilih ke? xpun...)....

dengan tagline motivasi ini 'THE GOLDEN KEY"...meletop je kan tagline dia he3 ala2 the da vince code lak...ha3


actually...inilah first time aku menjalani aktiviti seumpama ini lagi2 menjadi fasilitator...dan sepanjang proses untuk program ini di buat...aku antara org yang byk tak buat kerja...hu3 lepas tue ada 2 perjumpaan aku tak pergi...

ye lah...aku ni klu perjumpaan2 nie memang mls sikit...lagi2 benda2 mcm nie...lagi la aku malas nak pergi...he3

tapi...lepas merasai dan melalui program ini...sebenarnya aku amat teruja...teruja utk membantu pelajar2 sekolah nie...mungkin di sebabkan ini pengalaman pertama aku agaknya... sebelum tue jugak...rasa cuak pun ada...sebab guru kaunselor dia kata...budak2 nie nakal sikit...so aku pun mcm takut2 nak jadi fasi...

tapi lepas dah bagi group...aku dapat group yang sangat pasif...tak mcm group lain...so aku bersama fasi yg dlm group aku iaitu ina,tan dan izian sedaya upaya untuk membuat group kitorang tidak terlalu memboringkan...hu3 nasib baik ada izian dan ina yang byk cakap gak la...


ada banyak yang mengejutkan aku akan budak2 nie...first sekali budak2 nie mentaliti mereka tak berapa tinggi berbanding dengan budak2 bandar....of cos la kan...tapi budak2 nie sangat banyak tak tahu pape...lagi2 apa yang dorang nak jadi pada masa depan....masih kabur2 lagi....
memang kalau korang semua tengok pun...bukan macam pelajar sekolah menengah...terasa mcm sekolah rendah jek...bukan nak merendahkan tapi itu pendapat aku...

tapi dorang sangat best la...walauapapun....seronok bila dapat bantu dorang dari segi menyedarkan dorang untuk berjaya...aku pun apa lagi...banyaklah yang aku propa2 time bagi ceramah kat dorang...

dan yang paling best bila aku dan abg khairy kenakan dorang utk aktiviti petang tue...ha3 seronok sangat... walaupun dalam keadaan berpuasa...budak2 nie tetap semangat utk memotivasikan diri....sayang gak lah kitorang juz dapat buat 1 hari...kalau 2 or 3 hari mesti program nie lagi berkesan utk memotivasikan diri budak2 nie...

dan bagi pendapat aku...banyak yang sistem pendidikan perlu di ubah...bukannya apa...nampak sangat jurang pelajar bandar dan luar bandar masih jauh jurangnya..memang nampak perbezaan mereka terutamanya dari segi berfikir...
tapi yang penting aku seronok kat sana...kalau boleh aku nak join lagi program2 sebegini....coz sekurang2nya dapat gak memotivasikan diri aku sendiri utk terus sedar apa tujuan aku ke universiti nie...hu3



law tengah handle 'ice breaking'...
sangat respect cara law bekerja...he3
kembang law sekejap ha3





nie lah budak2 group aku...gigih...


budak laki group aku...fitri,amirul n talib


izian n ina tengah menerangkan modul seterusnya....



p/s: walaupun aku tengah memotivasikan orang time tue..
actually aku ada problem dengan someone...
tapi nasib baik xde kputusan yg
giler dr aku hu3

nnt aku akn update picture lg he3


bunga api: terimbau zaman kanak2...

assalamualaikum...

salam ramadhan semuanya~

bila syawal bakal menjelma...pastinya suasana raya akan terasa (of cos la kan)...dan bagi dunia kanak2...apa yang paling mereka suka bila raya bakal menjelma ialah bermain mercun...tak kisah la yang lite2 je ke or yang 'hard core' punya...

pastinya bermacam2 bunyi mercun yang akan kedengaran membuatkan hati kita tertekan je dgr bunyi mercun....dan lepas tue...tiap2 tahun la kita dengar kemalangan jiwa dpd bermain mercun serta kemalangan kereta or sebagainya...ibarat semuanya adalah perkara wajib yang akan berlaku bila syawal bakal menjelma...hu3

ok la...aku terus dengan tajuk entri aku k...pada hari khamis lepas tidak silap aku...aku,daoz,tito,khalis,kak yunika n kak ida...keluar ke depan tasik dekat highway utk bermain mercun bunga api....

sebab time hangout kencana pawana aku sempat membeli mercun bunga api tue... so...kononnya kitorang keluar tue sebab kak yunika tertekan...so dia nak reles tention la katanya...kak ida lak br blk class kot...so terus join kitorang wlpun dia ada kerja lain sebenarnya...

apa yang terimbaunya~

ye lah..dulu time aku kat kampung (tawau,sabah)....aku mesti main bunga api nie dengan adik beradik aku...dengan jiran2 aku...seronok sangat... tapi itu hanya tinggal kenangan...semuanya dah besar....hu3 lagi pun kitorang dah jauh berpisah...rindu nak raya kat kampung...hu3

sedih pulak... dah la...so kat sini aku kongsi gambar2 yang sempat di tangkap...he3




aq n khalis tgh seronok main bunga api..he3


wajah2 kanak2 keriangan~



kak yunika....hilangkan tention ke tue...he3

wah...seronok je rasanya...eh mana tito nie...ehmm..tangkap gambar rupanya...ha3



p/s: seronoknnya main bunga api...
terasa nak main je lagi...he3
koran nak tau...tito takut nak main bunga api ha3


Sunday, September 21, 2008

kencana pawana hangout: episod 2...

assalamualaikum semua...

kali ini aku akan bercerita kat korang tentang hangout episod 2 kencana pawana...setelah hangout episod 1 yang tidak seberapa meriah yang telah di lakukan oleh daoz,tito,yusry,k n badd....

maka,untuk hangout episod 2 ini....tanpa ada perancangan rapi...kitorg pun gigih utk keluar berbuka puasa bersama kesemua ahli2 kencana pawana yang gempak giler dgn abg niezam...

di sebabkan hari rabu lepas kitorg ct...maka kitorang decide utk keluar ptg rabu tue....

berbuka pose kat tanjung lumpur...apa yang lumpur pun aku tak tau...

ok lah...aku malas nak tulis panjang2..hu3 kalau korang nak baca cerita selanjutnya...buka je blog daoz...










before kitorang pergi utk makan bersama2...aku,daoz,tito,kak syikin n k yunika....keluar bersama..coz kak syikin nak pergi beli kain langsir katanya....tapi dorang tak join kitorang la...

so...time kak syikin tgh cari kain langsir utk raya...maka kitorang pun pergi la jalan2 kat depan masjid kuantan tue...meriah je aku tengok baazar kat situe...

lepas tue kitorang g ECM...coz kak syikin nak cr kasut bertumit tinggi...wah...very da raya nak pkai kasut tinggikan...yelah sesuai la utk kak syikin he3

kak ECM tue sempat lg kitorang tangkap2 gambar...motif sgt...


kat ECM la kitorang berbuka pose...kat big apple...ala2 org putih buka pose mkn donat...tak kenyang pun...tp nak bt mcm mn...alas perut je la..hu3

then baru kitorang pg tanjung lumpur....






nampak tak muka2 tak sabar nak mkn...he3


dalam beberapa minit....tetiba je makanan datang...tarar....he3 sedapnnnyaaaa~


tu dia...semua gigih tengah makan untuk mengisi perut yang kebuluran ala2 pelarian afghanistan....hu3

dan di sebabkan terlalu lapar..maka dalam beberapa minit juga makanan2 tersebut lesap dari pandangan ha3


setelah selesai makan..kami sempat merakamkan sekeping gambar bersama2 abg niezam uk di simpan sebagai kenangan...motif....di situ...


after makan je...kitorg berkonvoi ke teluk cempedak....best sangat kat sana....kitorang bt havoc dgn main permainan truth or dare...nasib baik aku tak kena...hehehe...syukur...




apa2 pun...hangout kali ie sangat best dan meriah...semoga ada lagi hangout kencana pawana episod ke 3....pasti lagi havoc....



p/s; mesti kelab2 kebudayaan yg lain
jeles tgk kitorang he3
oppss,...xde niat nak jeleskan pun...ha3



Saturday, September 20, 2008

transformasi M40...

assalamualikum w.r.t...

alkisahnya begini...pada hari rabu yang lepas...kami serumah telah gigih utk memasang tikar di dalam rumah kitorang...

maka...di pagi hari rabu...di sebabkan cuti nuzul al-quran...maka semua gigih utk menjadi eric casa impian utk mengubah lantai rumah m40 kepada bertikar...

daoz selaku ketua rumah yang gigih telah membeli segulung tikar yang berwarna coklet...

maka inilah sebahagian kebahagian kitorang memasang tikar...he3




semua gigih nak pasang tikar katanya...he3



khalis pun turut membantu...sebagai penduduk tetap rumah m40



kasut2 yang berlambak kat dalam rumah di keluarkan....tgk la kasut2 bdk laki...ingat bdk pompuan je yg byk kasut...hehehe..



inilah tikar kitorang...comel x?



nie lah wajah2 bdk rumah m40....sume comel2 belaka...tapi khalis tetap nak menyibuk...tak faham...hehehe



eh...mcm xckup orang jek...owh...en azim xde lak...coz dia kuar jap time nie...sorry azim...ko je xde...hu3



nie la muka roomet aq...daoz namanya...sangat rajin kemas bilik...ye lah ketua rumah katanya...hehehe...

itulah serba sedikit gambar yang dapat aku kongsi utk korang semua....k...

salam ramadhan~



p/s:tak sabar nak tengok
transformasi seterusnya...
katanya ahad nie...hu3

Friday, September 19, 2008

berhenti berharap 2....


Tak Bertepi

by Matta

Sampai kini, ku masih terluka karenamu

Dalam cintaku, tak pernah kau balas

Membuat hari sabar menanti

Reff :

Sampai kini, ku masih berharap padamu

Walau ku tau kau tak kan mengerti

Arti sayangku yang tlah kuberi

Ku kan tetap setia menanti

Tak kan henti ku mencintai

Biar hati kan tetap sepi, karena cintaku tak bertepi

Cintaku padamu, sampai kini…

Back to Reff 2x



p/s: watak dalam gambar hanya sekadar hiasan ok...
watak utama still aq lagi la..he3

debat PERAMAH UPM 2008


assalamualaikum...

semoga sentiasa di rahmati ALLAH s.w.t

rasanya agak lewat untuk aku mengupdate tentang debat PERAMAH UPM 2008 nie...berbanding pendebat2 yang lain yang turut serta dalam debat PERAMAH nie...terlalu bz menyebabkan tiada masa untuk mengupdate....

so...

debat peramah yang di jalankan di upm nie banyak mengajar tentang debat sebenarnya....tahniah aku ucapkan kepada penganjur walaupun tiada kertas kerja namun ianya dapat di jalankan seperti biasa...dan aku rasa ianya berjaya...

berjaya kerana apa?
kerana berjaya mengumpulkan pendebat2 senior and junior dpd ipt yg dtg...8 ipt kesemuanya....UPM, UMP, UKM, UNITEN, UiTM, UNITAR, MMU dan UTP....

apa yang menyeronokkan aku ialah debat kali ini lain dari lain bagi aku...sebab sebelum ini bila aku pergi kemana2 pertandingan debat yg aku pergi sebelum nie...tiada abg fizul n abg wan...so bila kali nie dorang turun padang sekali...terimbau saat2 aku mula menjejakkan kaki ke dalam dunia debat nie...doranglah yg byk memberi tunjuk ajar....rindu sangat untuk kita semua
bersama ke pertandingan debat meskipun ketika itu aku hanya jadi research team...hu3

selain dapat belajar tentang debat ketika itu...apa yang menarik perhatian aku ialah wujudnya ikatan persahabatan antara kami meskipun aku bukannya antara pendebat2 yang hebat mcm mereka....itulah betapa bestnya jadi pendebat...banyak yang kita dapat....ada yang dapat lebih dari persahabatan pun ada...(opppsss..tak de niat nak fire sape2) he3

apa yang mengembirakan aku ialah...performens aku juga dari penilaian aku sendiri....sudah ada perubahannya...aku gembira sangat...mungkin di sebabkan ini hanyalah debat persahabatan maka aku tidak terlalu tertekan berbanding dengan pertandingan yang lain he3 dan apa yang menyentapkan aku....aku dapat pujian dari abg syam...dia kata suara aku sedap dan ada perubahan dari debat arau hari tue...he3 perasan sekejap...ye lah...semenjak aku lawan dia time debat perpaduan 2007 sehinggalah dia jadi judge untuk debat arau open...habis aku di kritik dgn dia...tapi aku tak kesah pun...sebab banyak sangat yang aku belajar dari komen2 dia...dari wajaran utama,wajaran sampingan sehinggalah yang terbaru aku belajar tentang verval....hu3 terasa banyak lagi yang aku perlu timba tentang teknik dunia debat nie....

tapi apa2 pun...tahniah to abg syam,myer n junny yang telah mencetuskan dan menganjurkan debat sebegini yang aku kira sangat bagus di buat tiap2 tahun....he3

sedikit gambar ketika berada di bumi UPM...


abg fizul yang terhenti2 bercakap...hu3 pitam kejap...ha3


samalah gak dgn abg wan nie...2x5 dgn abg fizul...
senior katanya...tgk acuan la ha3 laha~



kak mas yang tersenyum riang...yang selalu
jadi bahan utk kitorg kenakan ha3



team 1st yang kitorang lawan...UNITAR....
seronok debat dgn dorang he3


kak mas,yusry n adam...nie tgh borak2 after match 1st...
ehmmm...yusry tersenyum riang...sebab pe tue? ha3



match ke 2...lawan uitm...
usul: hitam itu menawan...
ehmm...memang menawan giler perdebatan kitorang time tue...ha3
aku gelak2 jek....



sesi berbuka puasa bersama2....
tapi time buka tue ada orang sakit 'senggugut' ha3
terpaksa la kitorang gigih keluar belikan uno...hihihi


alumnai ump katanya...berdebat malam tue..
tgh berdiri tue junior...
mlm tue mmg gelak je la tgk debat dorang...



pendebat2 ump...



ehmmm...walaupun pada awalnya aku tidak mahu pergi ke upm nie atas sebab2 tertentu..namun aku gagahkan jua melangkah untuk menuntut ilmu debat...bukan mudah utk di kutip hu3

ok lah....setakat nie saja yang mampu utk aku tulis...he3

semoga kita berjumpa dalam debat2 yang akan datang...


p/s: aku menunggu dia...
tapi tak kunjung tiba..
tak mengapalah...
mungkin bukan jodoh ku utk bertemunya lagi..
terus menanti...




Thursday, September 18, 2008

sekali lagi berwajah baru...

assalamualikum...

inilah dia...blog aq berwajah baru...anda tidak salah masuk blog...ini blog jumapx.blogspot.com k...he3

kenapa tukar blog?

alkisahnya kerana coding layout blog aku sbelum nie ada problem...tention je stiap kali buka blog ada error...

mesti korang yg slalu buka blog aq pun akan maki hamun blog aq sebab kena tekan byk kali di sebabkan error yg bodoh tue....

lagi pun...ramai gak org yg respon dgn wajah blog aq yg lepas sbb terlalu sarat...maka aku membuat keputusan di bulan yang mulia ini untuk mengubah wajah blog aq nie...

so inilah hasilnya...susah gak nak cari yg berkenan di hati...sebab aku memang jenis memilih tak kisah lah dlm apa2 pun...terutama sekali dalam memilih pasangan ha3

semoga anda suka dgn wajah baru blog aku yg aku kira lebih simple dan sedap mata memandang...

salam ramadhan~


p/s: baru berhajat nak tukar layout blog
time ulang tahun aku jadi bloggers...he3
tapi nak bt mcm mn..hu3


Tuesday, September 16, 2008

relevenkah ISA & 'KERAJAAN BARU'?


ISA...


semua orang tahu...ISA adalah akta keselamatan dalam negeri....yang mana menahan seseorang yang di kira bersalah selama 60 hari,....dan akan terus di tahan jika sememangnya perlu demi kebaikan....

namun...apabila isu datuk ahmad yang telah di gantung sebagai ahli BN baru2 ini...yang mana telah mengecohkan satu malaysia dengan cuba menimbulkan isu perkauman....yang aku kira sengaja di propagandaka oleh media terutamanay untuk memanaskan lagi isu perkauman di malaysia meskipun tema kemerdekaan tahun ini PERPADUAN TERAS KEJAYAAN...yang mungkin tidak di hayati oleh rakyat merdeka malaysia....

di sebabkan isu ini timbul...maka kepimpinan pak lah membuat satu keputusan di mana....mana2 pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman terus akan di sumbat ke dalam ISA....

selepas lebih kurang 3 hari akta itu di keluarkan....kerajaan terus mengambil tindakan terhadap 3 orang yang di kira telah menimbulkan dan menyentuh sensitiviti kaum di malaysia...



1.
raja petra, penulis blog malaysia today
sebab penahanan-polis mendapati artikel penulis blog berusia 58 tahun itu menyentuh sensitiviti perkauman.

2. teresa kok, ahli parlimen seputih merangkap exco kerajaan selangor
sebab penahanan-komen beliau mengenai laungan azan yang membisingkan.

3. wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng
sebab penahanan-artikel beliau mengenai datuk ahmad ismail,bekas ketua umno bukit bendera yang berbaur perkauman.

namun...yang menjadi persoalan ialah...apakah relevan tindakan ini di ambil ke atas mereka? adakah dengan mengambil tindakan seperti ini mampu untuk mengurangkan isu2 yang berkaitan dengan perkauman...

adakah dengan penagnkapan ini masyarakat akan terus bisu dan tidak mengecohkan lagi tentang isu perkauman ini...

bagi aku...pendapat peribadi...tindakan ini bukan tindakan yang sepatutnya di lakukan oleh kerajaan...dan ini bukanlah satu tindakan yang sewajarnya...

kita harus mencari jalan penyelesaian yang sepatutnya...dan bukan dengan mengambil tindakan melulu yang aku kira akan menambahkan lagi parah dan amarah...

jalan penyelesaian yang baik ialah kita berunding sesama kita untuk menyelesaikan masalah ini....bagaimana isu 13 mei mampu diselesaikan suatu ketika dulu...atas dasar rundingan...mengapa tidak di amalkan untuk isu2 sekarang,,,bagi aku tiada perbezaan...pokok pangkalnya masih mengenai isu sensitiviti kaum...

ISA bukan jalan penyelesaian yang sepatutnya....meja rundingan yang di hadiri semua kaum harus di wujudkan untuk membincangkan apa sebenarnya ketidakpuas hatian di kalangan semua kaum yang ada di malaysia...kita negara yang berdemokrasi yang mana rakyatnya mampu untuk bersuara dan bukan di 'gam' dan di ambil tindakan bila bersuara...itu bukan demokrasi namanya...

pucuk pimpinan harus mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas isu ini...jangan hanya mimpi di siang hari menghitung hari2 untuk turun dari kayangan...cukuplah atas apa yang telah berlaku sekarang...sedarlah apa kemahuan rakyat yang tercinta....

16 september 2008

hari ini adalah hari pembentukan malaysia...dimana pada hari inilah tanah semenanjung,sabah,sarawak dan singapura bersatu untuk membentuk satu negara dan kerajaan baru yang terletak di kepulauan melayu dan benua asia....

yang mana pembentukan ini sepatutnya berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

namun, atas dasar bantahan dan tentangan tidak bersetuju daripada indonesia dan filipina....dan akhirnya memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

itu fakta sejarah yang harus kita renung seketika...



datuk anwar ibrahim....telah mencanangkan seluruh malaysia bahkan dunia...bahawa satu lagi sejarah malaysia akan terbentuk...apabila adanya peralihan kuasa yang akan berlaku pada 16 september 2008...

beliau dengan yakin...akan ada ahli2 parlimen BN yang akan lompat parti untuk menjadi 'katak' untuk membentuk satu kerajaan yang baru lantas menggulingkan kepimpinan pak lah...

beliau juga dengan tegas mengatakan tidak akan menunda tarikh itu kerana yakin kerajaan baru akan terbentuk pada hari ini...

namun...

apa yang terjadi....hari ini 16 september 2008....hari2 yang mana di nanti oleh anwar ibrahim malahan seluruh rakyat malaysia....untuk melihat samada 'angan2' kerajaan baru anwar menjadi kenyataan...

seperti yang kita sedia maklum....beliau juga ada berkata baru2 ini...bahwa pembentukan kerajaan baru akan tetap berlaku tetapi tidak pada 16 september 2008....2 or 3 hari selepas itu....kerana sebab yang lain yang menghalang perancangan beliau...

beliau juga menuduh..tindakan kerajaan malaysia membawa 49 ahli parlimen ke taiwan atas dasar lawatan sambil belajar agaknya tentang pertanian di sana....

apa yang kelakarnya...mengapa kerajaan mengambil tindakan yang bodoh...bagi aku...kerana nampak sangat kerajaan di bawah pimpinan pak lah yang 'cemerlang' ...mengambil tindakan seperti itu untuk menggagalkan usaha anwar bagi melicinkan peralihan kuasa ini...

kita sendiri mampu berfikir secara logik....adakah wajar...kerajaan menghantar pemimpin2 ini ke taiwan dalam bulan ramadhan yang mulia ini...sedangkan moleklah kiranya bulan ramadhan ini di beri kesempatan untuk pemimpin2 ini bersama keluarga mereka menjalani ibadah puasa dan seterusnya meningkatkan amalan pahala mereka bagi menutup dosa2 mereka....terutamanya rasuah yang berleluasa....bukanakah itu lebih baik...

logik akal yang kedua...apakah motif kerajaan menghantar pemimpin2 yang 'bijak' ini ke taiwan...bukankah lebih baik menghantar orang2 yang lebih berilmu mengenai pertanian itu di hantar ke taiwan untuk belajar tentang teknologi mereka....itu persoalan yang mudah...

logik akal yang ketiga yang aku kira kelakar....kepimpinan pak lah menghantar seramai 49 orang....yang menjadi persoalan....mengapa begitu ramai ahli parlimen ini di hantar ke sana.....? apakah tujuan sebenar 49 orang ini dihantar? kerana tidak lain dan tidak bukan...ianya ada kaitan dengan mereka2 yang bakal menjadi 'katak' untuk melompat parti kerana anwar hanya memerlukan sekurang2nya 30 orang untuk membentuk kerajaan baru....sengal memang sengal...

8-18 september...itu tarikh lawatan sambil belajar 'kanak2 sekolah ini'....agak lama aku kira....dan yang paling membuat aku terfikir...mengapa 18 september baru pulang ke malaysia...mengapa bukan sebelum 16 september? menjadi persoalan....

dan apa yang aku tuntut daripada pemimpin yang telah pergi ke lawatan sambil belajar ini...untuk membentangkan kepada sekalian rakyat yang tercinta...mengenai apa lawatan mereka ke taiwan tersebut....demi untuk membaiki pertanian di malaysia...jika benar pertanian di malaysia pada tahap yang kritikal....

penah juga terpacul di mulut anwar ibrahim....jika beliau perlu untuk pergi ke taiwan...semata2 untuk membentuk kerajaan baru..beliau mampu untuk lakukan...

dan apa yang menariknya...adakah pembetukan malaysia dulu sama seperti pembentukan malaysia baru oleh anwar ibrahim...bila mana tarikh telah di tetapkan tetapi terpaksa di tunda ke satu hari yang lain akibat daripada adanya usaha2 yang cuba menggagalkan pembentukan ini....

kita hanya tunggu dan lihat saja....untuk beberapa ketika ini...2 or 3 hari....1 week or 2 week...1 bln or 2 bln...1 tahun or sampai bila2 pun....untuk kita tunggu dan lihat...adakah impian anwar ibrahim ini bakal menjadi kenyataan dan membeli nasib rakyat...

ataupun...beliau hanya mampu bermimpi dan membina kerajaan baru beliau di atas langit ke tujuh....


p/s: entri ini di tulis sebelum pukul 10.35am...
jika ada perubahan....
anggap saja apa yang aku tulis itu mengarut semata2...ha3


Popular Posts

Popular Posts since May 2010