Thursday, September 11, 2008

di sebalik 11 september 2001...



assalamualikum..w.r.t

salam ramadhan kepada semua pembaca blog aku.....terima kasih kerana sudi untuk menjenguk ke blog yang tidak seberapa ini...

sebagaimana yang kita ketahui...hari ini bersamaan 11 september 2008 maka genaplah 7tahun peristiwa september 11 2001...

yang mana detik sejarah hitam inilah yang telah mengubah pandangan buruk masyarakat dunia mengenai masyarakat islam dan terutama sekali agama islam...

islam di pandang hina,di caci ,dicerca, teroris, kejam , penjenayah...dan pelbagai lagi kata2 nista dan hinaan yang di lemparkan....sehinggakan aktiviti2 masyarakat islam di seluruh dunia susah untuk di jalankan seperti biasa...pasti akan ada kecaman dan kekangan yang akan di terima...


namun....sedar ataupun tidak....adakah pernah kita terfikir...siapa sebenarnya dalang sebenar di sebalik september 11 ini....

sewaktu aku terawih malam tadi....sebelum masuk ke rakaat seterusnya....ada di tayangkan sedikit video mengenai september 11 ini...sebab itulah aku tertarik untuk mengkaji serba sedikit mengenai september 11 ini....

dalam hati aku juga kuat menyatakan...bahwa apa yang terjadi semua ini adalah di sebabkan oleh satu rancangan yang cukup bijak yang telah di lakukan seawal peristiwa ini berlaku lagi....




mana mungkin sebuah kapal terbang yang hanya melanggar sebuah bangunan tinggi seperti WTC itu mampu untuk merobohkannya dengan mudah...kita semua melihat peristiwa itu...walaupun ketika itu aku belum tahu sangat mengenai politik dan isu semasa...budak hingusan katanya....hu3 namun aku mampu untuk tercangak di hadapan tv ketika itu untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku...dasyat memang dasyat...

tidak mengapa...aku akan membawa beberapa peristiwa untuk kita renung dan tenung.....untuk kita berfikir apa sebenarnya di sebalik september 11 ini berlaku....

adakah satu rancangan jahat org yahudi...atau sememangnya gerakan al-kaedah yang melakukannya....mari kita nilai sendiri...fakta yang ada...

Yang menariknyer fakta adalah seperti berikut:

1. Minyak kapal terbang apabila terbakar (pada bangunan) mewujudkan haba sekitar 800 Celcius manakala keluli untuk teras bangunan hanya akan cair pada 1500 Celcius

2. Jurutera di bahagian bawah tanah bangunan tidak dibenarkan untuk
memasuki bangunan selama beberapa minggu sebelum kejadian.

3. Pada 8 dan 9 September (Sabtu Ahad) tingkat 50 ke atas pada kedua2 bangunan tiada bekalan elektrik. Notis untuk pemotongan ini diberikan 3 minggu sebelumnya. Pekerja melihat ramai jurutera keluar masuk bangunan semasa ketiadaan bekalan elektrik itu.

4. Beberapa detik sebelum bangunan roboh ramai saksi menyatakan
mendengar bunyi letupan teratur (seperti mesingan) sebelum bangunan
roboh. Ianya mirip kaedah letupan untuk meruntuhkan bangunan.

5. Dalam waktu yang sama pasukan Bomba menyatakan melihat kelihatan kilauan cahaya mengelilingi bangunan dan daripada bawah ke atas sebelum lari menjauhi bangunan.

6. Dalam pada itu ramai saksi lain mendengar 3 letupan kuat dari tingkat
bawah bangunan sebelum bangunan roboh secara menegak.

7. Dalam satu bahagian video tersebut kelihatan besi cair yang melimpah
keluar dari bangunan dengan nyalaan berwarna merah oren. Badan pesawat yang dibuat daripada alumunium sekiranya cair akan berwarna perak.

ini adalah sebahagian cuma mengenai fakta di sebalik 11 september...jika kita kaji lagi banyak bukti2 kukuh yang akan menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah di sebabkan oleh rancangan jahat amerika syarikat dan sekutunya....yang ingin melihat masyarakat islam dunia ini hancur...kerana mereka sememangnya sejak dari dahulu lagi sikap mereka tidak pernah berubah...


selain itu, cuba anda fikirkan dengan satu contoh mudah....

bagaimana hanya menggunakan sebilah pisau...pengganas2 ini mampu untuk menakluki 4 buah kapal terbang sedangkan kita tahu amerika syarikat mempunyai tentera keselamatan yang bagus dan juga mempunyai alat2 senjata yang canggih yang aku kira mampu untuk mengatasi semua ini....

dan yang turut menjadi persoalan aku...bagaimana pengganas2 ini mampu untuk menembusi atau memboloskan diri untuk dapat masuk dan menyelinap ke dalam kapal tersebut lantas menakhlukinya.....? sedangkan kita tahu...ketenteraan dan keselamatan amerika cukup baik dan bagus di dunia....

ehmm...ok la....sampai sini saja bt setakat nie....nanti aku akan sambung lagi setelah aku dapat bahan mengenai 11 september ini lagi k....he3

semoga kebenaran suatu hari nanti akan terbukti jua...

jumpa dalam entri part2 september 11....

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010