Tuesday, September 16, 2008

relevenkah ISA & 'KERAJAAN BARU'?


ISA...


semua orang tahu...ISA adalah akta keselamatan dalam negeri....yang mana menahan seseorang yang di kira bersalah selama 60 hari,....dan akan terus di tahan jika sememangnya perlu demi kebaikan....

namun...apabila isu datuk ahmad yang telah di gantung sebagai ahli BN baru2 ini...yang mana telah mengecohkan satu malaysia dengan cuba menimbulkan isu perkauman....yang aku kira sengaja di propagandaka oleh media terutamanay untuk memanaskan lagi isu perkauman di malaysia meskipun tema kemerdekaan tahun ini PERPADUAN TERAS KEJAYAAN...yang mungkin tidak di hayati oleh rakyat merdeka malaysia....

di sebabkan isu ini timbul...maka kepimpinan pak lah membuat satu keputusan di mana....mana2 pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman terus akan di sumbat ke dalam ISA....

selepas lebih kurang 3 hari akta itu di keluarkan....kerajaan terus mengambil tindakan terhadap 3 orang yang di kira telah menimbulkan dan menyentuh sensitiviti kaum di malaysia...



1.
raja petra, penulis blog malaysia today
sebab penahanan-polis mendapati artikel penulis blog berusia 58 tahun itu menyentuh sensitiviti perkauman.

2. teresa kok, ahli parlimen seputih merangkap exco kerajaan selangor
sebab penahanan-komen beliau mengenai laungan azan yang membisingkan.

3. wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng
sebab penahanan-artikel beliau mengenai datuk ahmad ismail,bekas ketua umno bukit bendera yang berbaur perkauman.

namun...yang menjadi persoalan ialah...apakah relevan tindakan ini di ambil ke atas mereka? adakah dengan mengambil tindakan seperti ini mampu untuk mengurangkan isu2 yang berkaitan dengan perkauman...

adakah dengan penagnkapan ini masyarakat akan terus bisu dan tidak mengecohkan lagi tentang isu perkauman ini...

bagi aku...pendapat peribadi...tindakan ini bukan tindakan yang sepatutnya di lakukan oleh kerajaan...dan ini bukanlah satu tindakan yang sewajarnya...

kita harus mencari jalan penyelesaian yang sepatutnya...dan bukan dengan mengambil tindakan melulu yang aku kira akan menambahkan lagi parah dan amarah...

jalan penyelesaian yang baik ialah kita berunding sesama kita untuk menyelesaikan masalah ini....bagaimana isu 13 mei mampu diselesaikan suatu ketika dulu...atas dasar rundingan...mengapa tidak di amalkan untuk isu2 sekarang,,,bagi aku tiada perbezaan...pokok pangkalnya masih mengenai isu sensitiviti kaum...

ISA bukan jalan penyelesaian yang sepatutnya....meja rundingan yang di hadiri semua kaum harus di wujudkan untuk membincangkan apa sebenarnya ketidakpuas hatian di kalangan semua kaum yang ada di malaysia...kita negara yang berdemokrasi yang mana rakyatnya mampu untuk bersuara dan bukan di 'gam' dan di ambil tindakan bila bersuara...itu bukan demokrasi namanya...

pucuk pimpinan harus mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas isu ini...jangan hanya mimpi di siang hari menghitung hari2 untuk turun dari kayangan...cukuplah atas apa yang telah berlaku sekarang...sedarlah apa kemahuan rakyat yang tercinta....

16 september 2008

hari ini adalah hari pembentukan malaysia...dimana pada hari inilah tanah semenanjung,sabah,sarawak dan singapura bersatu untuk membentuk satu negara dan kerajaan baru yang terletak di kepulauan melayu dan benua asia....

yang mana pembentukan ini sepatutnya berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

namun, atas dasar bantahan dan tentangan tidak bersetuju daripada indonesia dan filipina....dan akhirnya memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

itu fakta sejarah yang harus kita renung seketika...



datuk anwar ibrahim....telah mencanangkan seluruh malaysia bahkan dunia...bahawa satu lagi sejarah malaysia akan terbentuk...apabila adanya peralihan kuasa yang akan berlaku pada 16 september 2008...

beliau dengan yakin...akan ada ahli2 parlimen BN yang akan lompat parti untuk menjadi 'katak' untuk membentuk satu kerajaan yang baru lantas menggulingkan kepimpinan pak lah...

beliau juga dengan tegas mengatakan tidak akan menunda tarikh itu kerana yakin kerajaan baru akan terbentuk pada hari ini...

namun...

apa yang terjadi....hari ini 16 september 2008....hari2 yang mana di nanti oleh anwar ibrahim malahan seluruh rakyat malaysia....untuk melihat samada 'angan2' kerajaan baru anwar menjadi kenyataan...

seperti yang kita sedia maklum....beliau juga ada berkata baru2 ini...bahwa pembentukan kerajaan baru akan tetap berlaku tetapi tidak pada 16 september 2008....2 or 3 hari selepas itu....kerana sebab yang lain yang menghalang perancangan beliau...

beliau juga menuduh..tindakan kerajaan malaysia membawa 49 ahli parlimen ke taiwan atas dasar lawatan sambil belajar agaknya tentang pertanian di sana....

apa yang kelakarnya...mengapa kerajaan mengambil tindakan yang bodoh...bagi aku...kerana nampak sangat kerajaan di bawah pimpinan pak lah yang 'cemerlang' ...mengambil tindakan seperti itu untuk menggagalkan usaha anwar bagi melicinkan peralihan kuasa ini...

kita sendiri mampu berfikir secara logik....adakah wajar...kerajaan menghantar pemimpin2 ini ke taiwan dalam bulan ramadhan yang mulia ini...sedangkan moleklah kiranya bulan ramadhan ini di beri kesempatan untuk pemimpin2 ini bersama keluarga mereka menjalani ibadah puasa dan seterusnya meningkatkan amalan pahala mereka bagi menutup dosa2 mereka....terutamanya rasuah yang berleluasa....bukanakah itu lebih baik...

logik akal yang kedua...apakah motif kerajaan menghantar pemimpin2 yang 'bijak' ini ke taiwan...bukankah lebih baik menghantar orang2 yang lebih berilmu mengenai pertanian itu di hantar ke taiwan untuk belajar tentang teknologi mereka....itu persoalan yang mudah...

logik akal yang ketiga yang aku kira kelakar....kepimpinan pak lah menghantar seramai 49 orang....yang menjadi persoalan....mengapa begitu ramai ahli parlimen ini di hantar ke sana.....? apakah tujuan sebenar 49 orang ini dihantar? kerana tidak lain dan tidak bukan...ianya ada kaitan dengan mereka2 yang bakal menjadi 'katak' untuk melompat parti kerana anwar hanya memerlukan sekurang2nya 30 orang untuk membentuk kerajaan baru....sengal memang sengal...

8-18 september...itu tarikh lawatan sambil belajar 'kanak2 sekolah ini'....agak lama aku kira....dan yang paling membuat aku terfikir...mengapa 18 september baru pulang ke malaysia...mengapa bukan sebelum 16 september? menjadi persoalan....

dan apa yang aku tuntut daripada pemimpin yang telah pergi ke lawatan sambil belajar ini...untuk membentangkan kepada sekalian rakyat yang tercinta...mengenai apa lawatan mereka ke taiwan tersebut....demi untuk membaiki pertanian di malaysia...jika benar pertanian di malaysia pada tahap yang kritikal....

penah juga terpacul di mulut anwar ibrahim....jika beliau perlu untuk pergi ke taiwan...semata2 untuk membentuk kerajaan baru..beliau mampu untuk lakukan...

dan apa yang menariknya...adakah pembetukan malaysia dulu sama seperti pembentukan malaysia baru oleh anwar ibrahim...bila mana tarikh telah di tetapkan tetapi terpaksa di tunda ke satu hari yang lain akibat daripada adanya usaha2 yang cuba menggagalkan pembentukan ini....

kita hanya tunggu dan lihat saja....untuk beberapa ketika ini...2 or 3 hari....1 week or 2 week...1 bln or 2 bln...1 tahun or sampai bila2 pun....untuk kita tunggu dan lihat...adakah impian anwar ibrahim ini bakal menjadi kenyataan dan membeli nasib rakyat...

ataupun...beliau hanya mampu bermimpi dan membina kerajaan baru beliau di atas langit ke tujuh....


p/s: entri ini di tulis sebelum pukul 10.35am...
jika ada perubahan....
anggap saja apa yang aku tulis itu mengarut semata2...ha3


4 pengkritk ceritera duniaku:

Anonymous said...

anak2 ku dah meletop bab isu politik sekarang...bagus2..tapi kita tunggu tuk beberape hari sempena peralihan kuasa baru....

Fakhrul said...

Pelik kan? Dato Ahmad yg kuarkan statement tu xkena ISA, yg laporkan plak yg kena ISA. Haha.
Teringat aku pasal kes rasuah masa zaman Ezam dlm PKR. Die yg report pasal rasuah, dia plak yg kene tahan. Perasuah bebas tnpa siasatan. Bodohnye sistem undang2 kat Malaysia.
Sama2 la kita tnggu peralihan kuasa. Ke Arah Malaysia Baru!!

nota.kematian said...

layout baru, nice !

jumapx said...

to anonymus

laha....

to fakhrul...

biasa la tue...politik msia skrg sgt teruk...hu3

to nota kematian

he3 semuanya sbb cik joyah yg komen psal error tue kan..ha3


salam ramadhan~

Popular Posts

Popular Posts since May 2010