Wednesday, November 5, 2008

tahniah obama!!!


obama atas yang mendapat 349 undian(perwakilan) 56 (senat)
bawah McCain yg terpaksa akur dgn keputusan- 163 undian (perwakilan) 40 (senat)


assalamualaikum~
dalam kesibukan tengah study esok nak exam...
aku sempat lagi mengupdate blog nie...he3
bukannya apa...
nak tau keputusan pilihanraya presiden AS...
tu yg gigih rehat kejap sambil update blog nie he3

tahniah kepada obama...
kerana berjaya menjadi presiden amerika yang ke-44...
dan menjadi warga kulit hitam yang berasal dari afrika yang pertama menjadi perdana menteri amerika...
aku sebenarnya amat kagum dengan peribadi beliau...dan sebab itu aku yakin kemenangan pasti menjadi milik beliau....

dan apa yang pasti...beban berat harus di pikul oleh obama....terutamanya krisis ekonomi yang melanda amerika pada hari ini yang turut menjejaskan ekonomi dunia....
selain itu, isu2 peperangan terutamanya isu perang di iraq,palestin.afghanistan dan iran pastinya warga dunia menuntut akan ada perubahan yang di bawa oleh beliau untuk mengatasi krisis ini...



dan aku berharap beliau dapat membawa perubahan yang besar kepada dunia...kerana kita tahu amerika memainkan peranan besar dalam dunia pada hari ini...jika bagus pemimpinnya maka baguslah 'atmosfera' dunia kita pada hari ini...tak seperti apa yang telah di lakukan oleh bush...yang mana kekejaman hanyalah ada dalam hati dia...



apa yang tertarik apabila pak lah memberi komen ke atas kemenangan obama ini...

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan turut melahirkan pemimpin negara tanpa mengira kaum seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Abdullah berkata ia boleh terjadi di mana-mana sahaja.

“Ia bergantung kepada rakyat yang akan menentukannya. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat bukan ditentukan oleh Washington atau mana-mana kumpulan tetapi ditentukan rakyat Amerika sendiri dengan membuat pemilihan mengikut proses demokrasi dan amalan pemilihan yang telah wujud di Amerika dengan begitu lama,” katanya.


apa yang menarik perhatian aku ialah...apabila kita melihat sistem pemilihan presiden di amerika yang aku kira sangat unik dan adil...kerana presiden di pilih oleh rakyat dan bukannya parti2 or kumpulan2 yang mana mementingkan diri dan kroni2 sendiri...dan pastinya tiadalah kes2 rasuah untuk meraih undi supaya menjadi presiden or PM...

inilah suasana politik di malaysia yang aku kira 'kurang bersih' dari segi pemilihan calon2nya mahupun semasa pilihanraya...nama je negara berdemokrasi tapi hakikatnya...? dan pastinya tiadalah isu2 menyuruh untuk turun 'takhtah' cepat walaupun masih belum puas...hu3

ehmmm...apa2 je lah...semoga obama dapat menjadi seorang pemimpin amerika yang terbaik dan berguna kepada rakyatnya dan juga warga dunia pada hari ini...

selamat menjalankan tugas~

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010