Wednesday, December 31, 2008

tahniah PMR 2008...

Assalamualaikum....
salam sejahtera...semoga sentiasa di rahmati olehNYA...

umum sudah ketahui...keputusan PMR 2008 sudah pun keluar semalam....aku juga tidak terkecuali...yer la adik aku yg paling bongsu turut mengambil result PMR dia semalam...result dia just ok2 jek....tak secemerlang mana pun...ni lah masalahnya kalau terlalu banyak tengok tv...hu3 tapi bagi aku tak mengapa...PMR bukan penentu segala bagi aku...kerana perjuangan sebenarnya baru bermula...

ehmmm...sebut pasal PMR nie...pasti aku terkenang ketika saat2 aku mengambil keputusan PMR pada tahun 2003...terasa indah sangat....yer la...usaha aku selama itu akhirnya menghasilkan sesuatu kejaiban...sehinggakan airmata ini mengalir....memang ketika itu aku begitu puas....puas dengan apa yang aku hasilkan....tidak sia2 usaha aku mentelaah pelajaran siang dan malam...



tapi itu semua dulu...kenangan yang tak mungkin kita ubah....sesuatu yang juga tidak mungkin akan terus kekal dengan kejayaan yang cemerlang....terkadang aku merasa mana pergi aku yang dulu...aku sendiri pun tidak tahu....sehingga sekarang..tatkala aku masih belajar di universiti nie...aku masih tidak menjumpai...kekuatan dalam diri aku untuk belajar bersungguh2....

tak mengapalah....aku yakin pada diri aku...kebangkitan itu akan menjelma suatu hari nanti...kerana aku yakin pada rezeki dan keajaiban....

apa2 pun....aku nak ucapkan tahniah pada semua pelajar2 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2008 yang lepas...jadikan ia sebagai pedoman utk terus berjaya...jangan terlalu leka dengan apa yang kita ada sekarang...kerana kejayaan itu bukan selalunya kekal tanpa usaha yang berterusan....

apa yang menjadi persoalan aku ialah....adakah PPSMI ini berjaya? di dalam meningkatkan pengetahuan sains dan matematik pelajar2 sekolah pada hari ini...adakah keputusan PMR ini akan menjadi kayu ukur...walaupun ada peningkatan yang ketara....kita jangan hanya memandang pada yang berjaya menguasai....tapi kita harus pandang pada mereka yang tidak berjaya menguasai...sedangkan mereka sebenarnya mampu untuk mengusai sains dan matematik itu dengan lebih baik jika di pelajari dalam bahasa ibunda....aku bukan untuk bersetuju ataupun menolak PPSMI ini...tapi bagi aku...dulupun kita tidak belajar dalam bahasa inggeris sains dan matematik ini...namun kita masih mampu untuk melahirkan seorang doktor yang berjaya...seorang jurutera yang berjaya...seorang pakar ekonomi yang berjaya....maka untuk berjaya itu perlukah kita mengorbankan...apa yang telah menjadi budaya kita? sedangkan bangsa sendiri terkulai2..lemas tatkala belajar sains dan matematik....maka wujudlah golongan2 ini...yang mula tidak berminat untuk belajar....kita jangan fikir...biarlah si bodoh itu dengan kebodohannya....sebab setiap manusia itu kemampuannya berbeza...maka perlukah kita memebebankan yang tidak mampu itu dengan sesuatu yang berat....sedangkan kita tahu ilmu itu harus di kongsi bersama....itu yang harus kita sedari sejak awal lagi...

sampai di sini saja aku rasa...sebab aku nak bersiap ke fakulti...nak daftar subjek2 utk mencukupkan jam kredit aku...hu3

sampai jumpa lagi di lain entri k...
salam sayang dari alif ba ta duniaku...



kata2 renungan:
kejayaan pada hari ini bukan pengukur...
kita sudah berjaya pada masa hadapan...
tapi yang menjadi pengukur ialah...
sejauh mana usaha yang kita lakukan...
untuk berjaya pada masa depan...

Tuesday, December 30, 2008

lentera timur...



assalamualaikum....
salam sejahtera dan semoga sentiasa di rahmati olehNYA...

untuk entri kali ini aku ingin berkongsi dgn anda semua dgn album terbaru datuk siti nurhaliza yang ke 11....



dan tajuk album siti kali ini sangat unik iaitu lentera timur..yang mana lagu2 dalam album ini kebanyakan berkonsep muzik traditional...yang mana telah lama jugak siti tidak menghasilkan album berkonsepkan traditional...

pencipta2 lagu dalam album ini juga hebat2 belaka....ini dia antara lagu2 yg di muatkan ke dalam album ini....sebanyak 11 lagu kesemuanya...

Tracklist:

* Menanti Kasih (S. Atan)
* Seloka Budi (Adnan Abu Hassan)
* Senyum Minang Manis (Zul Mahat)
* Di Taman Teman (Fauzi Marzuki)
* Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar)
* Di Kayangan Kita (Johari Teh)
* Bintang Malam (Johan Nawawi)
* Ada Masa Mata (M. Nasir)
* Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar)
* Cinta Ini (Katon Bagaskara)
* Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)



single pertama utk album ini ialah di taman teman....aku 1st time dgr lagu nie time aq dgr radio hot fm...time tue aq dah tido...tapi aq still on kan radio...dengan serta merta walaupun time tue aq dah tertidor nyenyak...aku boleh tersedar dan dgr lagu nie...mmg bes giler pertama kali aku dgr...lepas tue...tiap2 mlm aq tunggu lagu ct nie...dan secara jujurnya vocal ct dalam lagu nie sgt mantap....



album terbaru ct ini jugak telah mula di pasarkan pada 25 disember yg lalu...dan ct menjangkakan 100,000unit akan terjual walaupun pada ketika ini keadaan ekonomi yg tidak begitu baik...dan aku yakin ianya mampu menjadi kenyataan dengan lagu2 yg mantap dalam album nie...mmg hebat....



Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.





untuk pengetahuan anda semua ct jugak di jemput utk menyanyikan lagu tema filem terbaru dari indonesia yg mana akan di pasarkan pada disember or january akan dtg iaitu 'perempuan berkalong sorban'...lagu dia mmg best...penciptanya ialah opick...dan tajuk lagu ketika cinta....mmg best....dan ct juga menyanyikan lagu tema utk spa Q2 iaitu pada cintanya....tapi lagu tue aku tak minat sgt...hu3 selain itu, radhi OAG juga ada menyumbangkn lagu utk ct iaitu 'langit masih cerah'....tapi tidak di muatkan dalam album nie...



di harapkan album ct ini mampu mencapai cita2 utk mencecah jualan 100ribu unit...amin...

Di Taman Teman

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh ku berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..



aku tengah layan giler lagu nie he3...
tak sabar nak beli album ini hu3 klu ada duit la...he3

salam sayang tuk ct nurhaliza...
muahhhh....

kembali dengan harapan yg baru~

assalamulaikum~
salam sejahtera...semoga anda semua di rahmati olehNYA...

ehmmm...agak lama aku tidak mengupdate blog kesayangan aku ini....berkurun jugak la...tapi nak bt mcm mana..klu tuan dia duti maka blog dia pun bercuti gak la kan...he3

aq pasti ada di antara pembaca blog aq nie yg setia dan rajin buka blog aq....aq ucapkan seribu kemaafan sebab dah lama xupdate blog....genap sebulan aku membiarkan blog ini tak berupdate...hu3 terkilan jugak la xupdate blog sepanjang disember nie...sedangkan byk cerita2 yg aku nak kongsi dgn korg semua...

kembali pada tajuk entri aku kali ini....

ya...kini aku kembali kepada kehidupan universiti aku...dimana hari ini bermula class pertama aku...walaupun aku rasa hari nie class tak akan start lagi....lg pun ramai lagi bdk2 nie tak blk U....hari nie jugak aku kena uruskan subjek yg aku nak amik memandangkan 2 subjek yg sepatutnya aku amik tak dapat nak amik...sebab aku tak lulus subjek theory of structure....sangat sentap dgn dugaan ini...satu lagi ujian untuk aku....maka skrg nie aku hanya ada 11jam kredit....kekurangan 1 jam kredit....min 12 jam kredit....so hari nie aku kena jumpa P.A aku utk tanya subjek apa yg spatutnya aku cover balik...nie la masalahnya bila fail subjek berantai...nak kata tak belajar...belajar gak...tapi nak bt mcm mn dah takdir....tak kan kita nak ubah takdir pulak kan...itu gila namanya...

walaupun dalam hati aku sekarang nie masih ada rasa kecewa walaupun telah puas aku memotivasikan diri....aku cuba gak utk tanamkan benih2 positif dalam diri...untuk berazam buat yg terbaik utk sem ini dan akan datang...sebab aku tau aku BOLEH...he3

ok lah....
aku rasa sudah masanya aku melelapkan mata...
penat sgt hari nie...hu3

tapi seblum tue...
ada beberapa wish aku nak buat...

  • tahniah utk team debat UMP 2008....walaupun tidak berjaya utk ke suku...tapi kita dah bt yg terbaik....tahniah utk team debat bi...coz berjaya ke semi final....u guys mmg hebat....(nantikan entri khas utk royal k)
  • tahniah gak utk team zapin ump...yang mana telah berjaya meletakkan ump di tangga ke-6 dan terlgolong dalam anugerah perdana....hebat mmg hebat walaupun hanya berlatih 5 hari...kalau sebulan mesti boleh jadi johan...he3
  • wish bufday utk semua org yg aku kenali yg lahir pada bulan 12 nie...terutamanya sahabat baik aku arechap,abg wan,abg raja dan semua rakan2 yg aku kenali...tak tersenari klu aku tulis kat sini...he3
  • happy chrismas day to semua yang menyambut hari natal nie....terutama sekali utk tio lamat anak jayan....semoga hari natal kali ini membawa seribu kebahagiaan...
  • selamat menyambut awal muharam jugak kepada semua umat islam...semoga penghijrahan kita pada tahun ini akan lebih menjadi realiti dan bermakna dalam hidup kita k....hayati lah islam itu dari hati yang tulus bukan dari mata dan fikiran akal semata2...
  • dan terakhir....good luck utk semua rakan2 yg akan memulakan kuliah....belajar lah rajin2 k...utk kebaikan diri,keluarga,agama dan negara...ha3

sampai jumpa lagi....
salam sayang dari alif ba ta duniaku~

Popular Posts

Popular Posts since May 2010