Wednesday, December 23, 2009

aku wanita biasa~




Aku Wanita Biasa - Krisdayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku


Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..



alif ba ta: 
 
owh...aku tak tau nape...aku tersangat suka lagu nie...sbb aku dapat rasakan betapa sedihnya hati dan jiwa KD skrg dalam melalui hari2 beliau menjadi seorang JANDA... 

hari tue aku gigih cari kat youtube sbb nak tau cite sbenar antara beliau dan Anang...dan aku rasa pasti ada salah faham antara mereka yang menjadi punca ianya berlaku...

dan hati aku cukup kuat mengatakan yang KD tak curang seperti apa yang dikatakan...

tapi kalau betul pun...beri peluang untuk KD menjelaskan semuanya...jangan menghukum beliau terus...dan yang paling penting bg aq...kembalikan kepercayaan anak2 beliau terhadapnya....KD berhak juga untuk berjumpa dan bersama dgn anak2nya...hal Anang dgn KD tak seharunya di campurkan dgn hal anak2...kerana anak2 tidak perlu masuk campur isu peribadi ibubapa...

hati ibu mana yang tidak sayang dan cintakan anak2nya...(kecuali mereka yg bodoh dera dan buang anak mereka di longkang dan sbgnya...itu binatang namanya...)

aku harapkan KD akan kuatkan semangat untuk meneruskan hidup...

semoga album duet KD dan CT dapat di hasilkan...tak sabar nak dengar kolobrasi 2 DIVA ini...he3



p/s: menjiwai watak sgt aku...ha3


Saturday, December 19, 2009

 Impian masih tidak menjadi nyata...
masih jauh dari jasad...
syukur...
hanya itu aku panjatkan...
bukan masanya untuk aku merasainya~





alif ba ta: result dah kuar...biasa2 aje...

Friday, December 18, 2009

salam hijrah 1431~

Assalamualaikum & salam maal hijrah~

sudah lama tidak update blog nie..ada la dlm 2 week mcm tue...terasa gatal sgt nak menaip dan berkongsi cerita bersama anda semua...

terlalu banyak yang bermain di minda dan mau di tulis di blog nie...namun kekangan masa yang menyebabkan aku tidak dapat untuk mengupdate blog nie sentiasa...

sebelum itu...aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1431 buat semua pembaca blog aku...dan juga seluruh umat islam di dunia ini...semoga hijrah yang memasuki ke 1431 ini..akn menjadikan diri kita lebih baik daripad tahun sebelumnya...amin

dan tak lupa juga aku nak ucapkan sekalung TAHNIAH buat pasukan bola sepak MALAYSIA yang telah berjaya menjadi JOHAN dalam SUKAN SEA KE-24 2009...penantian 20 tahun akhirnya tercapai...bangga..itulah yang dapat aku luahkan...sudah terlalu lama aku tidak menyaksikan pertandingan bola sepak...ye la..aku ini bukannya kaki bola...jadi nak tengok ptndgan bola sepak tue boleh di kira la...dan pasukan bawah 23 tahun ini berjaya membuktikan kebangkitan malaysia di Asia tenggara...TAHNIAH..

sedar tak sedar...lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan mengakhiri tahun 2009..cepat betul masa berlalu...masih terlalu byk lagi impian dan cita2 yang belum tercapai...tak pe..simpan pula untuk tahun depan. : )

sedar tak sedar juga...lagi seminggu je lagi..aku akan memasuki sem baru...sem 2 tahun 3..terasa cuak dan takut sebenarnya nak masuk sem baru nie...sbb bermula sem akan dtg nie aku akan mula membuat PSM 1...yang malangnya..aku masi tidak mencari supervisor aku untuk membuat PSM 1 nie..maka aku dengan pasrahnya hanya berserah pada takdir supaya aku akan dapat lecturer yang ok...dan buat project yg boleh aku buat..hu3

result sem lepas masih tak keluar lagi...dan aku masih menanti..adakah keputusan kali ini ada kenaikan atau terus menurun...aku hanya mampu untuk berdoa dan berserah...semoga keputusan kali ini memuaskan diri aku atas usaha yang telah aku lakukan selama ini...

oklah...aku rasa cukup setakat ini..meskipun dalam otak aku skrg terlalu byk nak tulis...dan berkongsi dgn anda semua...entri ini sekadar utk tidak mahu blog ini di kunjungi tanpa sebarang update dr aku...sekurang2nya entri ini memberitahu anda semua yang aku masih wujud :)

sekian~



alif ba ta: cuti kali ini aku manfaatkan dengan sepenuhnya...sbb aku kena bawa family mak cik aku dari SABAH untuk CUTI2 MALAYSIA~

Monday, December 7, 2009




 
alif ba ta,

aku baru sedar satu perkara...dalam kehidupan kita mengejar sesuatu yang di impi...ada satu perkara yang kita sangkakan...kita sudah mencuba yang terbaik untuk mencapai apa yang kita impikan...namun hakikatnya...takdir tidak menentukan seperti apa yang kita mahu...

dan ketika itu..bermacam fikiran yang bermain di fikiran kita...sehingga terdetik di hati...mengapa takdir tidak mahu berpihak sedangkan usaha yang kita lakukan sudah sehabis baik....

dan ada ketika juga...kita tidak pernah terlalu mengharapkan sesuatu yang tinggi...namun ia datang tanpa pernah kita duga...umpama bulan jatuh ke riba...yang di kendung tidak berciciran...yang di kejar semakin dekat...

dan di situ...baru aku sedari...sesuatu usaha itu menuntut PENGORBANAN untuk menuju apa yang kita impikan...andai usaha yang kita buat pada hari ini yang kita sangkakan sudah cukup baik...namun hasilnya tidak seperti apa usaha yang kononnya kita sangkakan sudah cukup baik...bermakna...usaha yang kita lakukan itu sebenarnya belum lagi besar untuk mencapai apa yang kita impikan...

dan...KEJAYAAN itu akan datang juga...jika sudah tiba masanya menjadi milik kita...andai usaha terus di lipat gandakan...tanpa pernah mengenal erti penat...

kerana...sedarlah satu perkara...jika hari ini KEJAYAAN yang kita impikan itu belum berada di genggaman...maknanya...TUHAN menunda KEJAYAAN ter sebut pada masa yang akan datang ataupun KEJAYAAN lain yang memberi kepuasaan kepada kita...kerana TUHAN itu MAHA ADIL & SAKSAMA....

apa yang paling penting...jangan pernah menyalahkan TAKDIR...

sekian.







Saturday, December 5, 2009

senarai pemenang ANUGERAH SKRIN 2009




Lakon Layar Terbaik : Fariza Azlina Isahak ( KAMI THE MOVIE )
Lakon TV Terbaik : Erma Fatima ( Tersasar di Jalan Mu )
Videografi Terbaik : Tersasar di Jalan Mu

Laporan Khas Berita Terbaik : Buletin Utama “Air Najis”
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : Majalah 3, Gaza. Episod I & II
Rancangan Hiburan Terbaik : Kemuncak Sehati Berdansa II

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Ida Nerina ( Wayang )
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Zul Huzaimy ( Wayang )

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Norish Ismail
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Ahmad Tamimi Siregar

Drama Komedi Terbaik : Datin WanAbe
Rancangan Realiti Terbaik : Gadis Melayu, Episod Akhir
Rancangan Bual Bicara Terbaik : AC Disini
Rancangan Musikal Terbaik : Anugerah Juara Lagu 23

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem 2009 : Liyana Jasmay
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem 2009 : Eman Manan

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama 2009 : Rosnah Mat Aris
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama 2009 : Que Haidar


Anugerah Pengarah Terbaik Filem : Dr. Hatta Azad Khan ( Wayang)
Anugerah Pengarah Terbaik Drama : Erma Fatima ( Tersasar di Jalan Mu )


Anugerah Yasmin Ahmad : Jaclyn Victor

Drama Rantaian Terbaik : Kekasihku Seru
Filem Terbaik : Wayang
Drama Terbaik : Erma Fatima ( Tersasar di Jalan Mu )


Alif ba ta:


TAHNIAH buat ke semua pemenang...buat ke sekian kalinya...aku tidak berkesempatan untuk menonton anugerah ini dek kerana berjuang di bumi UM....hu3

kepingan kenangan royal 2008









alif ba ta;

gambar di atas adalah kenangan DEBAT DI RAJA 2008 bertempat di UIAM....satu kenangan yang byk mengajar aku akan erti debat...

kini aku tengah berjuang untuk DEBAT DI RAJA 2009 di UM...

semoga ada sinar untuk edisi kali ini...amin

Wednesday, November 25, 2009

rasa rindu bertamu...







alif ba ta;

di saat ini...aku terlalu rindukan DIA....agak lama juga tidak bertemu dan borak2 soal dunia....mungkin aku terlalu mengutamakan duniaku sendiri..hingga terlupa...untuk memberi kebahagian untuknya...

maafkan aku...

namun aku mau kamu tahu...aku rindu kamu :(

Saturday, November 21, 2009

selesai sudah~



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita...amin


Syukur alhamdulillah...sudah 2 hari aku rasa hari-hari aku kembali seperti biasa...seperti manusia biasa yang tidak perlu untuk menjadi 'pendrive' untuk terus berhadapan dengan segala fakta serta rumus yang perlu di simpan dan di keluarkan ketika berhadapan dengan sistem yang perlu untuk menilai sejauh mana kefahaman dan kepandaian untuk mengeluarkan segala apa yang di ingati di dalam minda...satu sistem yang perlu untuk di perbaiki...agar ianya menjadi satu sistem yang lebih berkualiti...

setelah tamatnya paper terakhir aku iaitu paper HYDROLOGY atau dalam bahasa melayunya....'kajian tentang air dan sumber air' maka secara rasmi aku sem ini sudah berakhir...maka selesai perjuangan aku untuk sem nie...sem 1 sesi 2009/2010...tamat...

namun sedikit terkilan dek kerana paper hydro nie tersangat lah susah...soalan 3,4 n 5 tu dapat la jawab dgn jayanya..kecuali soalan 1 dan 2...soalan yg ada teori aku tinggalkan terus....mmg cuak jugak paper nie...dah la masa kejadian..aku boleh terlupa bawa kat matrik aku..nasib baiklah ketua pengawas pn.roki yg baik hati tue....slamat aku tak di suruh balik ke rumah amik kad matrik...lagi pun time tue hujan kan...xkan la dia nak suru aku gigih amik kan...simpati la sikit...

dengan ini...aku hanya mampu berserah pada YANG MAHA ESA...agar sem ini aku dapat result yg memberangsangkan...insyallah...semuanya bergantung pada rezeki dan kehendaknya...sekurang2nya usaha aku untuk sem kali ini sangat gigih...(aku xkesah korg nak ckp pe...sbb aku tahu aku yang punya diri dan sejauh mana aku berusaha....)

selesai perjuangan yang satu ini...!

namun...aku ada lagi perjuangan kedua...perjuangan yang tersangatlah bermakna buat aku...kerana ini minat aku...minat yg sangat mendalam pada dunia ini...

dunia perdebatan...

dan awal bulan ini akan berlangsung DEBAT ROYAL 2009 bertempat di Bumi UM...

dan sekarang aku tengah gigih bertungkus lumus untuk memperbaiki diri...semoga debat kali ini ada sinar buat pasukan UMP...amin

aku tidak mahu bicara banyak tentang debat...kerana cerita debat harus di simpan dahulu...tunggu sehingga semuanya sudah selesai...barulah aku akan berkongsi bersama anda semua...

semoga anda semua mendoakan kejayaan perjuangan DEBAT ROYAL 2009 yang kali ke-3 aku lalui nanti...sudah masuk edisi ke-3...terasa diri ini macam baru semalam jek mengenali dunia debat...dan terlalu banyak lagi yang perlu untuk di perbaiki....serta ilmu yang belum di timba dan di aplikasi...huh...kerdilnya diri ini....

namun inilah debat yang tidak pernah sunyi dalam menjadi 'GURU' untuk mengajar tentang dunia...tentang dunia yang penuh dengan propaganda manusia...yang tidak pernah berhenti untuk memainkan watak masing2...sehingga ke plot terakhir kehidupan...

segalanya harus di teruskan...meskipun kadang2 ianya pahit untuk di telan....namun bukan itu menjadi persoalan...kerana PERJUANGAN ini menuntut pada mereka yang sudi untuk BERKORBAN...!

kerana menuju KEJAYAAN bukan semudah ABC mahupun semudah 123...kerana dalam mengenal ABC itu...kita perlu untuk menggabungkan huruf ini menjadi kata...dan menambah tolak 123....untuk mencari bilangan...itu belum lagi masuk kepada segala jenis rumus untuk mencari nilai penyelesaian...

KEJAYAAN itu juga tidak datang dengan hanya memetik jari...atau memejam mata kemudian celikkan...terus di hadapan kita...

KEJAYAAN itu hanya milik mereka yang BERUSAHA & BERANI untuk menghadapi TAKDIR yang perlu di lalui...sebelum bertemu dengan KEJAYAAN yang di idam2kan.....

kerana aku percaya...DUNIA INI ADA ADILNYA...kerana tuhanku itu MAHA ADIL...

semoga perjuangan ini menjadi memori yang terindah untuk aku kenang sehingga akhir hayat ku nanti...amin






p/s: maaf..entri ini terlalu berkias dengan bahasa yang berbelit2...

Monday, November 16, 2009

3rd paper selesai~





alif ba ta;

sykur alhamdulillah..dengan izinNYA...maka selesai sudah paper ke-3 aku iaitu subject STEEL & TIMBER DESIGN....agak azab jugak la subject nie nak di u/kaji...namun aku mcm biasa...mengambil pendekatan NO TENSION semasa study LAST MINUTE....!

berbekalkan usaha yang last minute itu...aku masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yang cukup cuak dan gementar...sbb aku rasakan ilmu di dada tak cukup lagi untuk menduduki paper nie hari nie...namun aku gagahkan jua...kerana aku harus tingkatkan KEYAKINAN aku pada tahap seLIMIT yang aku boleh untuk menduduki paper nie...

time aku tgh jwb paper nie...tak de perasaan langsung...aku buat je apa yang aku study dan ingat...keluarkan semampu yang boleh...dan bila kuar je dewan periksa...terus aku menarik nafas yang panjang...sbb paper nie sudah berakhir...yeah...

walaupun tak menjawab dgn sebaik mana...tapi aku bersyukur...kerana Tuhan mempermudahkan perjalanan exam aku utk paper nie...itu sudah memadai...semoga yang di usaha membuahkan hasil kan...

selesai cerita tentang paper ke-3 aku nie...tak byk benda pun nak cite...

cuma aku ada satu cerita yang menyentapkan aku...

tgh happy dah habis paper ke-3 nie...aku pun bk la e-comm/STD...nak cek memo la katanya...then aku terbaca 1 pengemuman...

Announcement
Category Student Activity 
Title KEPUTUSAN LAWATAN AKADEMIK KE LUAR NEGARA 2009
Message
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
SUKACITA DIMAKLUMKAN, SEBANYAK 5 PROGRAM LAWATAN AKADEMIK USAHASAMA ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DAN UNIVERSITI RAKAN KERJASAMA LUAR NEGARA TELAH DIRANCANG SEBAGAIMANA KETETAPAN BERIKUT:
  • AMERIKA SYARIKAT
  • IRELAND
  • MESIR
  • AUSTRALIA
  • KOREA
  • (MASA DAN TEMPAT AKAN DIMAKLUMKAN )
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SERAMAI 50 ORANG PELAJAR TELAH DIPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT BERDASARKAN KEPADA KEPUTUSAN DUA SESI TEMUDUGA YANG TELAH DILAKSANAKAN.
BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN SESI TEMUDUGA LAWATAN AKADEMIK KE LUAR NEGARA BAGI TAHUN 2009:
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TERPILIH UNTUK PROGRAM INI.KEPADA YANG TIDAK BERJAYA TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA YANG TELAH DIBERIKAN.
TERIMA KASIH
URL http://
Posted by NUR SHAHIDATUL AMIRAH BINTI RAMLI


maka...aku pun gigih klik KEPUTUSAN itu...nak tgk la sape2 yg berjaya pg kan..mana tau ada org2 yg aku kenal...leh la kirim ole2 dr sana kan...Law kok sin mmg ada cite kat aku pasal benda nie...dia minta gak benda nie...ADAM laha pun minta gak..propa jek...member aku sorg tue (Amir) mmg dah confirm pg Australia...dia dah kecohkan awal dah..sbb fakulti dia kuarkan snarai nama awal lagi...

tup..tup..tup..baca senarai nama...LAW KOK SIN berjaya dapat tempat untuk pergi MESIR...meriah jek...itu aku tak kesah lagi..tapi mmg makan hati jugak la...

then aku terus gigih membaca senarai 50 org yg terpilih...yang sentapnya...fakulti aku sume bdk final year...motif sgt..bacth aq xde...

lepas tue...aq scroll bawah skali...dah mmg aq agak..mamat nie confirm dpt punya...ADAM laha (mamat nie tak de blog...entah bila nak bt...so aq xleh nak link apa2 ha3)   tu berjaya terpilih jugak akhirnya...pergi USA...!

aku apa lagi...terus makan hati ayam berulam jantung pisang...

aku makan hati bkn sbb pe...dorg bertiga nie adalah bdk debater batch aq..(kecuali AMIR yang retire awal sbb terlalu diva...matilah..sorry amir = ) so..mcm ralat la...aku xsnarai kat dalam tue kan...sbb motip aq jek debater batch aq yg xtersenarai...kan...xglamour ke aq?

then aku berfikir2...motip aq xsnarai...so faktor utamanya...aku rasa fakulti aku hanya membuka peluang kepada Final Year jek kot...klu xsilap aq...tu pertama...

dan faktor yg aku rasa paling UTAMA ialah...aku tak kuat menCAPUB mcm dorang bertiga nie...dorang bertiga nie sangat fofular di kalangan staff dan jugak student..(ya ke? ) boleh la tahan (klu buat kiraan undian mcm ABPBH ..sah2 aq di tangga terakhir populariti aq..)...lagi2 si law kok sin tue...dah jd mcm S/U SULIT Dato' NC dah....opsss...terlebih sudah...he3

ehmmm...apa2 pun...aq wish korang dapat pergi sana dan pulang dgn selamat ek...dan apa yang penting harus bawakan aku ole2 k...tu yg ptg...jgn lupa...aq tuntut tau...klu korang rasa aku kwn baik korg...kena tunaikan...ha3 over sgt..mengugut...hu3

owh..aq sudah mengarut...nampak sgt aq keJELESAN yg teramat kan...lantak la..itu apa yg aku rasa..yg ptg aq sedar diri ha3

ok la..aq tidak mau rasa kejelesan aq semakin menular hingga ke jantung...cukup setakat di sini...sbb aq yakin...suatu hari nanti...rezeki itu ada jugak buat aku...sbb aq percaya pada rezeki yang ALLAH bagi akan ada jugak nanti...bila? itu urusanNYA...;)

till d end...

p/s: untung dpt pergi jln2 dgn FREE kan...hu3 nampak sgt niat aq ke lain...ha3

Friday, November 13, 2009

2nd Paper selesai...





alif ba ta:

alhamdulillah...syukur kepadaNYA aku panjatkan...atas mempermudahkan urusan aku untuk menjawab paper ke dua aku pagi tadi (jumaat,13 nov 09)...

terasa cuak jugak nak menduduki paper nie...sbb semakin byk baca...smakin byk yg aku rasa tak baca lagi...mmg terasa tertekan jugak smalam...yer la study last mint katanya...

tapi...aku syukur sbb aku boleh jwb semua soalan...time jwp tue takut jugak ada yg sangkut...namun jwb semua tak bermakna confident aku untuk betul semua tu tinggi...

mcm biasa...KESILAPAN di sana sini masih membelenggu diri...satu perkara yg teramat aku takuti...tatkalah sudah menjawab dgn baik...di sebaliknya KESILAPAN pula yang menghalang untuk menjadi yang terbaik....

namun..apa yg aku mampu buat...semua ke hendakNYA...apa yg penting aku sudah buat yg terbaik...dan seterusnya adalah hak NYA untuk menentukan aku berjaya ataupun tidak...

inilah salah satu masalah sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan....kadang2 bukannya kita bodoh atau tidak tahu jawab...namun ada satu perkataan yang di gelar KESILAPAN yang menghalang kita untuk di katakan antara golongan2 PANDAI...yang mana masyarakat terlalu taksub dan berfikiran stereotype terhadap mereka2 yang berjaya semata-mata....yang biasa di tolak ke tepi sbb tak mencapai standard mereka...

aku cakap mcm nie bukan bermakna aku tak nak KEJAYAAN...manusia mana yang nak hidup dia di penuhi dgn kegagalan setiap hari....tapi kadang2 aku naik benci dengan mereka2 yg terlalu taksub untuk berjaya hingga lupa untuk bersama2 menuju kejayaan...nak berjaya bukan kerana niat nak belajar ilmu yg ALLAH turunkan kat muka bumi nie...tapi sebab nak tunjuk2 kat orang serta nak jadi bahan mulut masyarakat yg otak dorang dah di sistem dgn fikiran stereotype...bahawa dia tu pandai...wat da F!

ya...aku mmg emo skrg...emo dgn org2 yg bersikap seperti ini...lantaklah apa korang nak ckp...dan jgn pernah tanya aku siapa yg aku tujukan...? sbb aku tiada jawapan yg 'concrete'...!

apa yg ptg....aku sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik atas segala usaha yg aku lakukan...tak perlu nak banding2 siapa yg lagi hebat...sbb semua ketentuan ALLAH...yg markah rendah bukan bermaksud dia bodoh...dan yang markah tinggi bukan bermaksud dia selamanya berjaya...kerana tuhan cipta kita dgn otak yg sama...cuma yg membezakan sejauh mana kita berfikir untuk memanfaatkannya...

ok lah...god luck utk kawan2 utk next paper seterusnya....hari isnin nie paper killer bg aku...STEEL & TIMBER DESIGN...

sekian...


Tuesday, November 10, 2009

selamaT u/tahun PN NORMALA









alif ba ta:


9 november adalah tarikh lahir bagi PATUNG CENDANA atau nama manusianya PN.NORMALA BINTI SAMSUDIN...bukan Datin Normala personaliti TV tu ek...ini PN.Normala ok...

di kesempatan ini sy nak mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN buat mdm mala...semoag pjg umur n murah rezeki k...semoga terus tersenyum pada dunia yang kadang2 membuat kita sendiri kaku seperti patung....melihat gelagat manusia yang bermacam ragam...

selamat ulang tahun yg ke berapa..biar kita tanya dgn tuan dia sendiri he3 sbb aku malas nak kira2 guna kalkulator....mencengok pun aq mls...sbb aku tau mdm ttp jiwa muda walaupun dah berusia opppss...ha3 katanya...


'CINTA ITU BUKAN PERASAAN,TAPI IANYA KEBOLEHAN'



ayat ini aku amik dr status mdm kat FACEBOOK....apakah? aku cuba memahami..tapi ada betulnya jugak..cinta itu satu kebolehan sejauh mana kita mampu untuk melahirkan perasaan cinta...

betul x mdm? :)


p/s: rindu mau jln2 ke sg.lembing n lunch together2 kan...:)
owh ya...selamat ulang tahun juga buat abg dayat (10 nov )..semoga pjg umur dan murah rezki...semoga senantiasa bahagia dan tersenyum k...:)



Monday, November 9, 2009

1st paper exam 09/10....








alif ba ta ;

owh esok aku sudah mula final exam...subjectnya seperti tertera di atas...aku sudah penat study...tapi terasa banyak lagi yang belum di study...bosan pun ada jugak....tapi ilmu tetap tak penuh2...tension menyebabkan aku update entri nie...rest sekejap katanya...

owh ya..kepada rakan2 di UMP dan di luar sana...yang turut menduduki peperiksaan pada esok hari...aku nak wish good luck buat kamu semua...semoga dapat buat yang terbaik ya... ;)

huh!...mmg penat kan belajar ilmu yang bersistemkan peperiksaan semata-mata....sampai sekarang aku masih tak faham2 kenapa sistem pendidikan di malaysia tetap mengamalkan sistem ini...lihat saja di negara barat...sistem pendidikan mereka tersangat la bagus...sebab itu golongan2 pandai terlahir dari sana tatkala zaman globalisasi yang menuntut ilmu yang menjadi tunjang kehidupan...

walauapapun...inilah yang harus kita lalui dan hadapi selaku pelajar Malaysia...


p/s: antara byk2 kabinet menteri...aku mau jadi menteri pelajaran...sbb aku mau ubah sistem pendidikan yang sedia ada...aku tahu ianya bukan mudah...tapi tak mustahil kan...kita ubah sistem yg sedia ada...;)

Saturday, November 7, 2009

selamay u/tahun Azim


 Azim :
  • HOUSEMET (since 2nd year)
  • ketua tarian kencana pawana UMP (merangkap kareografer kadang2)
  • kenal since 1st year lagi..
  • penyanyi UMP jugak
  • pelajar degree in computer eng.
  • seronok kawan dgn dia :)





alif ba ta;

Hari ini 7 nov 2009, tanpa aku sedari...hari ini adalah bufday housemet aku...Raja Azim (nama depan tu dia saje letak..berangan ada tittle raja kat depan...ha3)...

bila dah pukul 12 am semalam...aku tak tau pun bufday dia (tak macam badd...gigih promote bufday..mcm la cuti time bufday dia...ha3)...bila aku buka facebook...nak tgk sape lah yang bertuah bufday hari nie kan...(aku mmg rajin wish bufday org kat facebook klu aku kenal la...) tak sangka pulak...nama azim ada kat senarai org2 yg bufday tue...dah la aku guna laptop badd dan berada sebelah azim je time tue...aku terus gelak..

apa lagi..teruslah la wish bufday kat dia...patutlah..hanset tak reti nak senyap...sbb org gigih nak wish bufday kat dia...

ok lah...di kesempatan ini aku nak wish selamat ulang tahun buat kamu...semoga terus panjang umur dan murah rezeki dalam apa jua bidang yang kau ceburi...teruslah yakin dengan apa yang kau buat...kerana biar diri rasa puas di kemudian hari dengan apa yang kita lakukan sekarang...jangan pernah mengalah dengan KEHIDUPAN...kerana hidup itu sebenarnya indah...

sweet 21 buat kamu... ;)

p/s: budak usim tue wish tak utk kau...he3












alif ba ta:

owh aku suka ayat ini,...di kala aku tgh study tak berapa...dan keputusan test dan mid sem aku yang suam2 kuku...aku rasa ayat ini cukup membuat aku motivasi....lalalala~

kerana setiap orang punya kejayaan yang akan di anugerahkan olehNYA...bila? kita hanya perlu untuk menunggu...kerana percayalah ALLAH itu MAHA ADIL...DIA tak kan membiarkan umatNYA yang berusaha tanpa sebarang kejayaan yang di berikanNYA...kerana apa yang penting...niat hanya untuk ALLAH...semoga setiap yang kita lakukan...sentiasa di berkati olehNYA...Insyaallah...



Friday, November 6, 2009

GOOD LUCK FINAL EXAM 09/10 SEM 1





jadual final exam alif ba ta


9 nov : highway engineering
13 nov : environmental engineering
16 nov : steel & timber design
19 nov : hydrology






alif ba ta ;

esok bermulanya final exam bagi pelajar2 UMP yang ada subjek final esok hari ( 6 november 2009)...ala...subjek universiti pun...subjek engineering sume start next week...nasib baik aku bukan golongan yang amik subjek2 final esok...sbb sume subjek nie (TITAS, II & Hub. Etnik ) aq dah amik...time aku amik dulu tak wujud lagi final exam selaras sume...Test mcm biasa jek...

apa2 pun...aku nak wish GOOD LUCK untuk semua rakan2 di UMP...semoga dapat buat yang terbaik...tiada yang mustahil andai usaha sudah di lakukan....Tuhan pasti mempermudahkan kerja jika usaha sudah di buat dengan gigih...

semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita k...GOOD LUCK!

p/s: jgn cuba2 bawa Mr. T dalam dewan peksa tau...BAHAYA!!!

Thursday, November 5, 2009

dekat tapi jauh...







Alif ba ta:

pernah tak sekali dalam hidup korang merasakan...perasaan dekat tapi jauh...tak kesah la...dengan siapa pun...dengan parents ke...sahabat sejati ke...or kekasih hati...? nie bukan istilah jauh tapi dekat...tapi aku nak cakap 'dekat tapi jauh'....

entahlah...skrg nie aku dah lama tak jumpa DIA...nak kata busy pun...boleh jek nak jumpa...mungkin aku sendiri ada masalah untuk memahami hati sendiri..hu3 sian kat DIA...aku dapat rasakan tahap rindunya sudah berada pada tahap maksimum...dan dah nak sampai tahap elastic dah...he3 poyo jek ayat...aku juga rindu sama kamu...:)

dan hari tue ada main sms2 dgn dia...tetiba dia cakap pasal rindu...

DIA : dah lama tak jumpa kan.
Alif ba ta : a'ah...dekat tapi jauh hu3
DIA : Tue la...kalau jauh nanti xtau la mcm mana kan...mesti dah tak terus contact...


* aku sentap sekejap dengar statement yg cukup menyentapkan aku...terkedu seketika...


Alif ba ta : ish...xkan la mcm tue...minta di jauhkan...hu3 ( seperti biasa aku membuat ayat selamat...)


itulah serba sedikit perbualan aku...yg aku dah tak ingat dah apa yg aku sms2 lepas tue...mungkin isu ini masih bermain di fikiran ku sehingga skrg.,..sentap agaknya..he3 tp aku faham...perasaan DIA...

pesanan aku pada DIA...xpe xselalu jumpa...apa yang penting kamu selalu di hati....chewah xleh blah...ok lah...aku nak sambung study di kala hujan mencurah ke bumi dengan lebatnya....sedap tidur nie...tapi kena study dulu...

ok bye...

p/s: utk kamu..jgn fikir pasal benda yg boleh menghalang kamu utk berjaya...teruskan berusaha...masalah lain simpan ke tepi dulu k...god luck...!!!

Wednesday, November 4, 2009

aduhai Dr.Asri...










alif ba ta : isu mengenai Dr. Asri yang aku rasa semakin hangat & panas menarik perhatian aku...bertubi2 fitnah yang di lemparkan ke atas beliau...mungkin ada di antara kita tidak mengenali siapa dia Dr.Asri ini...tetiba je jadi fomous kan...beliau adalah bekas mufti perlis dan sekarang menjadi penceramah bebas serta pernah mengajar dan sedang mengajar di UIA dan USM (klu xsilap aku)

beliau di tuduh
  • memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab
  •  memberi ceramah tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman wahabi


tuduhan ini datang daripada penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari...

dr.Azri mendakwa yang semua tuduhan keatas beliau adalah fitnah semata-mata...wah kalau benarlah ianya satu fitnah...ini sudah menyebabkan orang ramai akan memandang rendah terhadap kredibiliti JAKIM dan juga ILIM selaku antara institusi yang menguruskan hal-ehwal agama di dalam negara...

yang memelikkan ialah jika benar Dr. Asri tidak ada sijil yang di tauliahkan...mcm mana beliau pernah di terima untuk mengajar di UIAM dan juga USM...? dan juga beliau adalah pengacara bagi salah satu program di Astro Oasis iaitu Bahtera Perubahan (dari situlah aku kenal dr.asri nie...he3)

kemudian, Perdana Menteri sendiri tidak tahu menahu isu ini berkaitan dengan Kerajaan Pusat...pelik memang pelik...adakah...ada insan2 yang konon2nya di luar berhati suci memperjuangkan agama...tetapi dalam hati...punya hati dengki melihat insan2 lain..yang memperjuangkan agama islam...owh aku sungguh tidak faham tentang ini...tolong jelaskan...hu3

inilah masalahnya bila agama dan pejuang agama mula di politikkan dan di permainkan...ehmmm..sedikit tanda2 kiamat nak dekat agaknya...hu3

walauapa pun yg terjadi...aku harap akan ada sinar kebenaran yang akan muncul...kerana aku yakin dunia ini ada keadilannya...

dan aku suka utk memetik kata2 Dr.Asri nie...

"Jangan guna terlalu banyak akta dan kuasa untuk menghalang masyarakat mendapat ilmu yang baik. Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan,"

sekian.

Tuesday, November 3, 2009

study week...















alif ba ta: minggu ini adalah minggu untuk mentelaah buku2 rujukan dan nota2 yang ada bg menduduki final exam yg bakal mendatang minggu depan...lama jugak aku mencari signal utk rajin membaca nota serta membuat soalan2 past year yg membuat aku tertekan..sbb xtau nak buat....terasa banyak yang perlu di study...lagi2 dalam masa yang tidak banyak nie...hu3 Ya Tuhan...permudahkan hambaMU ini untuk mengulang kaji...semoga apa yang di pelajari masuk terus ke dalam otak...amin..

Sunday, November 1, 2009

sekolah 1 aliran?







SEKOLAH SATU ALIRAN







alif ba ta :

isu ini mula timbul apabila disuarakan oleh Ahli parlimen dan di cadangkan oleh tokoh sejarah dan akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, minggu lalu. yang mana ianya selaras dengan kewujudan 1 Malaysia.

namun

apa kata PM?

"Kalau masyarakat bersedia untuk membuat perubahan, kita (kerajaan) akan ubah, selagi masyarakat tidak bersedia kita akan kekalkan seperti sedia ada. Tidak ada gunanya kerajaan mengubah dasar kepada sekolah satu aliran jika keputusan itu boleh menyebabkan perbalahan dan ketegangan dalam politik, masyarakat dan sosial.

"Kalau kita nak ubah dasar kepada sekolah satu aliran, tujuan kita hanyalah untuk perpaduan semua kaum. Kita tidak mahu keputusan itu menyebabkan perbalahan dan ketegangan. Tujuan kita untuk membawa perpaduan selaras semangat 1Malaysia tetapi jika keputusan itu sendiri membawa ketegangan antara kaum, apa maknanya," katanya.



bagi aku:

ok jek...ianya pun baik untuk semua...isu jaga hak kaum bukan jadi persoalan...namun kita perlu untuk menerima yang negara MALAYSIA berbilang kaum ini...perlu untuk bergerak dalam satu arah yang sama...yang mana akhirnya...BAHASA & BUDAYA bukan menjadi persoalan...kerana kita BANGSA MALAYSIA....


Saturday, October 31, 2009

22° halo












alif ba ta : gambar di atas berlaku pada 31 oktober 2009...dan dapat jelas kelihatan dengan mata kasar....aku melihatnya setelah roomet aku suru pergi tengok bulan pada pukul 10 lebih mcm tue...klu tak silap aku...dan aku tersangat kagum...dan setahu aku...mmg kejadia seperti ini pernah berlaku...

maka aku gigih search kat MR.GOOGLE....yer..mmg pernah berlaku...ianya di kenali sbg 22° halo...kalau nak tahu lebih lanjut search la kat MR.G sendiri ek...mls aq nak terangkan...nak baca kat sini...MR.WIKIPEDIA akan cite kat korang...klik

tapi...serius..mmg lawa...terasa mcm cite heroes lak bila starting cite tue ada bulan keluar...he3

Aku bukan SUPERMAN!



Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga








Alif ba ta : Andai aku bisa terbang seperti SUPERMEN yang pakai spender di luar nie...alangkah seronoknya punya kuasa bisa terbang ke sana sini...kalau tension jek...terbang...mencari tempat yang tenang...lagi2 kalau bawa kekasih hati terbang bersama...sambil melihat terbitnya  mentari hingga terbenamnya  mentari...owh indahnya...lepas tu cari pelangi..main gelongsor2 kat pelangi tue...then pergi ke awan...owh aku mula merepek...sudah....titik!

Friday, October 30, 2009

class tamat!










alif ba ta: dengan berakhirnya hari khamis semalam maka secara rasmi untuk sem nie aku sudah tidak ada class untuk aku hadari...setelah class terakhir utk sem nie iaitu class HYDROLOGY...pada petang khamis semalam...seronok sgt...sebab lepas nie budak rumah aku tak de lah selalu tanya aku dengan soalan2 nie...

1. Eh! ada class ke?
2. Eh! ada class lagi ke?
3. La...pergi class ke? apa barang class2 nie...
4. Eh! jumain nak pergi mana? class ke?
5. Banyak nyer class ko..?
6. Rajinnya ko pergi class?

buat pengetahuan anda...sem nie aku memang rajin pergi class...jarang ponteng class kecuali aku ada pertandingan DEBAT di luar Universiti...mmg kalau ada calon pelajar yang rajin datang class mcm time sekolah rendah dan tadika mesti aku antara calonnya...bangga mak bapak aku kejap...

tapi aku mmg seronok sgt dah habis dah kuliah aku dengan berakhirnya minggu nie...cuma masih ada project steel and timber yang kena buat...

maka dengan ini minggu depan adalah STUDY WEEK....yeah...!

Wednesday, October 28, 2009



*ayat ini aku ambil dari bilik lecture BI aku
mis leana...thankz mis..









alif ba ta : dalam saat2 terakhir untuk menduduki final exam nie...terlalu banyak tekanan jiwa dan perasaan melanda diri kita....aku juga merasakannya...banyak perkara2 yang boleh mematahkan semangat kita untuk terus berjaya...namun kita adalah penentu untuk apa yang terjadi (dalam membuat keputusan lah...takdir semua di tangan tuhan)...pada masa depan...semuanya yang berlaku akan berbalik kepada kita juga akhirnya...kerana kita punca kepada semua yang berlaku dalam hidup kita...atas kehendakNYA...ingatlah KEJAYAAN itu garis pemulanya ada pada kita!

Monday, October 26, 2009

UPDATE: separuh akhir & finalis AJL24

Lagu yang layak ke separuh akhir

update!

* berwarna hijau adalah finalis AJL24




6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)


13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. grey sky morning-cinta gila
10. Benar-Benar (Adam)
11.Pakai Buang (Stacy)


20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)

4. Pergi (Aizat)
5. Ketika Ini (Estranged)
6. Bencinta (Faizal Tahir)
7. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

8. Masih Jelas (Hafiz)





alif ba ta: senarai di atas adalah senarai lagu2 yang layak ke separuh akhir AJL 24...kali ini tiada kategori kategori seperti biasa (pop rock,balada dan etnik) atas sebab kekurangan lagu2 yang berkualiti utk di pertandingkan ke dalam AJL24...maka pihak penerbit memutuskan utk memansuhkan kategori2 yg ada yg  mana di perkenalkan sejak 1992....separuh akhir AJL 24 akan berlangsung di
Sri Pentas 2, Shah Alam, pada 6, 13 dan 20 November....tak sabar nak tgk siapa yang layak ke AJL 24....

p/s: yang pasti utk tahun nie CT xde lagi...hampeh...pesal CT tak calonkan lagu dia ek? hu3

p/s: dah update senarai finalis AJL24 k..AJL24 akan berlansung pada 10january 2010 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil...

bajet 2010










alif ba ta: budget 2010 baru je lepas di bentangkan oleh PM kita...ada yang sambut baik...dan ada jugak yang aku rasa kurang senang...tapi aku yakin...ramai yang senang...lagi2 perokok2 tegar...sbb cukai rokok tak naik tahun depan...aku juga menyambut baik BUDGET 2010 kali nie...sebab ianya berteraskan kepada golongan muda..jarang budget 2010 memfokuskan kepada golongan muda...tapi bagi aku PM Najib sgt bijak...sebab golongan2 muda terutamanya pelajar2 yang masih menuntut di universitilah yang bakal penentu...siapa yang akan memerintah dalam PRU13 nanti...byk yang telah beliau lakukan utk menarik golongan muda utk terus menyokong kerajaan...cth mudah saham RM1 utk semua pelajar kemasukan ke universiti 09/10...semoga strategi beliau tercapai utk meraih sokongan golongan muda dalam PRU13...GOOD LUCK utk PM Najib...aku juga sudah layak mengundi PRU13 nanti...:)

Sunday, October 25, 2009

apy bufday to U!!!










alif ba ta: 25 oktober....bufday DIA...so i juz want to wish apy bufday utk DIA....semoga pjg umur dan murah rezeki...semoga cita-cita yang di kejar tercapai dan senyum n apy selalu...k....a simple wish 4 u...tapi ianya bermakna buat aku....:)

Thursday, October 22, 2009

jalan oh jalan...











alif ba ta: gambar di atas adalah gambar salah satu projek jalan...maka...lecture highway 'kesayangan' aku...suruh kitorang propose jalan utk kitorang design...nie kira assignment utk kitorang la...10% markah nya...sehingga skrg...aku masih tengah bengong utk buat benda nie...sampai aku tak de mood nak buat benda lain...kiranya asgmnt dgn projek2 yg lain la...sbb aku tertekan buat benda nie...sepatutnya hantar isnin lepas....tapi semua buat tak tahu then konon2nya hantar jumaat nie...tapi bdk2 nie suka2 hati jek nak hantar hari isnin depan...sedangkan dia dah kata hantar jumaat..sbb kuliah aku kena hantar jumaat nie...maka aku pun buat2 tak tahu jugak...hantar hari isnin...yeah! smoga aku berjaya utk menyiapkannya...GOOD LUCK!!!

Wednesday, October 21, 2009









Alif ba ta: dalam kehidupan ini jangan pernah untuk mengatakan TIDAK pada sesuatu yang belum pernah kita cuba...dan jangan mudah untuk mengatakan GAGAL pada sesuatu yang belum pun kita lalui atau lakukan....kerana percaya pada diri BOLEH untuk melakukan adalah permulaan untuk menuju kejayaan...berjaya ataupun tidak di pengakhirnya...bukanlah perhitungan utama...namun sejauh mana kita berusaha ke arah kejayaan adalah lebih penting...kerana penentu untuk semua kejadian adalah ALLAH yang Maha Esa...satu perkara yang harus kita semua sedar...perjalanan menuju kejayaan yang kita impikan adalah suatu pengajaran kehidupan yang mana akhirnya mengajar kita menjadi MANUSIA....dan apabila kejayaan menjadi milik kita seperti apa yang kita impikan...itu adalah kredit yang tuhan anugerahkan pada hambaNYA....:)

p/s: kepalaku mcm nak pecah buat assigment n projek yg berlambak di saat2 nak final exam nie...hu3 Tuhan bantu hambaMU ini...

Monday, October 19, 2009

SEMPIT



ruang dan detik ini
semakin menjerut aku
hingga terkadang aku mau rebah
menyembah bumi

himpitannya semakin kepit
sempit
hingga menghimpit jiwa

sampai tak tersedut
udara dunia

TUHAN
bantu aku
untuk terus bernafas
aku lelah dengan semua







alif ba ta: ujianMU sudah bermula...terima kasih TUHAN...aku tahu semua kerna DIKAU sayang hambaMU ini...

Friday, October 16, 2009

GOOD LUCK to KENCANA PAWANA



*gambar ehsan daripada blog yusry. 








aku nak wish GOOD LUCK
untuk semua kerabat KENCANA PAWANA
yang akan berjuang di UKM sempena FESTARI 09
semoga anda semua dapat buat yang terbaik
jangan terlalu harapkan kemenangan
tapi yang penting
buat yang terbaik untuk diri,kumpulan dan UMP k...
sayang korang semua~

p/s: kepada penari perempuan yg pertama kali mewakili UMP
semoga dapat buat sehabis baik
ini perjuangan pertama UMP mewakilkan perempuan
dalam mana2 pertandingan tarian...











               










alif ba ta: Untuk tiga tahun berturut2...aku masih tidak pernah mewakili UMP dalam tarian...kerana tiada kesempatan dan rezeki...terkilan ada juga...sedih utk kali ini tidak dapat join bersama dengan mereka semua...apatah lagi..utk edisi FESTARI 09...yang mana edisi ini menghimpunkan 3 diva(daoz,yusry & tito) + azim & maoh...buat kali terkahir dalam pertandingan mana-mana tarian yang akan mendatang...kalau ada pun lagi hanya azim,maoh,aku n farid je la yang senior selepas nie...yang lain semua junior di tambah dgn bdk perempuan..tak mengapalah...mungkin tiada rezeki...hanya doa aku sentiasa ada bersama korang semua...dan kalau sempat...aku akan kesana juga utk bersama anda semua...sayang KENCANA PAWANA...muaaahhhh....*tetiba emo..motif sgt...ha3






Wednesday, October 14, 2009

menatap matamu





ARIL AF7- MENATAP MATAMU

sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya ka jadi milikku
Selalu ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun













alif ba ta:  owh jom layan lagu nie....bes je aku dgr...lagu nie adalah lagu OST utk drama kau dan aku...tak silap aku la...aku suka lirik dan muzik dia yang agak catchy....dgr byk kali pun tak pe...kiranya lagu nie lagu bonus untuk aril sbb lagu single pertama time konsert AF7 tu tak laku mana...org tak berapa suka nak dgr...tapi aku yakin dengan lagu nie...mesti ramai yang suka...

p/s: kat atas tue aku ok...aku tak kesah korg nak kata muka aku mcm apa...yg ptg...itulah muka aku bila di edit sdikit...tetiba aku perasn cute...hahahaha

*aq dah tambah aimini tue...so leh la dgr skrg...enjoy...he3

penyesalan...















alif ba ta: penyesalan juga adalah satu kerugiaan...bagi mereka yang masih mengulangi kesilapan yang sama......

p/s: thankz to ashraf debater ums yang ada dalam gambar tue...he3
tempat: sg.kuala kangsar

Tuesday, October 13, 2009

snapy snapy kejap...



























alif ba ta: sekadar ingin berkongsi gambar....time nie kitorang pergi rumah terbuka remy dan ainul...hari ahad lepas...kitorang lepak jap kat taman tasik gelora...yeah!

Monday, October 12, 2009

isu MALAYSIA & INDONESIA










Jika isu-isu ini menjadi penyebab hubungan MALAYSIA & INDONESIA menjadi renggang....aku rasa...adalah lebih baik kita mencari jalan penyelesaian yang mudah...kerana isu-isu yang berbangkit...tidak perlu pun untuk kita kecoh2 kan...sebab semuanya boleh di selesaikan dengan mudah...jika kedua2 pemimpin negara pandai untuk mengatasi masalah ini....

dan jangan pula...rakyat kedua-dua negara mengambil tindakan yang menyebabkan....API yang membara di siram dengan minyak lagi.....jangan cepat melatah...kerana itu bukan jalan penyelesaian...!!!

kita warga NUSANTARA....perlu untuk bersatu seiya sekata...tinggalkan semua cubaan mereka2 yang cuba untuk membuat dua negara ini berperang....kerana mereka dengki dengan apa yang kita ada...

MALAYSIA & INDONESIA...dua negara yang punya keistimewaan tersendiri...yang tidak ada pada negara lain...kita punya budaya dan adat yang unggul...penuh dengan kesantunan dan adat ketimuran....

usah biarkan....kerana isu yang di bangkitkan itu...menjadi punca apa yang kita ada musnah....sama2 lah kita berdoa...agar dua buah negara ini terus aman dan damai...amin









alif ba ta: sampai bila mahu iri hati? percaya pada kelebihan sendiri...indonesia boleh maju seperti china dan india...kerana indonesia punya rakyat yang ramai...persis dua buah negara ini...

Saturday, October 10, 2009

GAMPANGNYA INDONESIA


Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga MALAYSIA senantiasa di jauhi daripada hukuman ALLAH YANG ESA...Amin...



kalau di indonesia...'GAMPANG' bermaksud 'senang' atau 'mudah'...namun di malaysia...perkataan gampang jugak di gunakan oleh sesetengah remaja2...yang membawa maksud sesuatu perkataan untuk mengeji seseorang...kalau tak silap aku la...sebab aku pernah dengar perkataan ini di gunakan oleh remaja2 yang suka lepak2 tepi longkang dan shopping mall...

namun itu bukan isu utama untuk aku menulis entri ini...isu utamanya ialah isu berkaitan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang mana mahu menyerang MALAYSIA TERCINTA pada 8 oktober 2009 yang lepas menggunakan buluh runcing...mereka terdiri daripada lebih kurang 50 orang....yang konon2nya mahu berjihad...dan telah pun mengadakan sekatan jalan di Diponegoro dengan memaksa mereka-mereka yang melalui jalan tersebut untuk mempamerkan identiti card...jika malaysia...maka di tahan...selain itu...dengar cerita...seramai 360 pengamal ilmu di sana sudah bersiap sedia untuk menyerang malaysia...tak pe..kalau indon bersedia dengan ilmu2 hitam dorang...mari kita semua bersiap sedia dengan membaca ayat2 al-quran...biar setan2 yang dorang puja tu pulak makan dorang balik...




alhamdulillah....perkara ini tidak menjadi kenyataan ataupun realiti...kenyataannya...mereka sedar ianyanya bukan seGAMPANG yang mereka sangka...yer la...dengan bilangan mereka yang sedikit mustahil la mampu untuk melakukannya...bukan memperkecilkan...tapi tuhan itu MAHA ADIL kan...

sedangkan rakyat indonesia yang mahu berhijrah ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi untuk anak dan bini di indonesia pun terpaksa berhimpit2 naik tongkang ataupun perahu meredah ombak badai yang besar....itupun ada juga yang terkantoi ataupun lemas akibat perahu atau bot mereka karam....maka berakhirlah cerita hidup mereka...gigih..

isu ini timbul akibat daripada isu2 berbangkit sebelum ini seperti isu Manohara yang budget mis universe tue,isu tarian pandet yang aku tak berkenan pun nak tau, isu batik jawa yang sudah pun di wartakan menjadi milik indonesia...tahniah..siap suru rakyatnya pakai batik lagi time hari kemenangan...nak sangat ambik la...aku tak kesah...yang penting batik malaysia dan indonesia tidak serupa...isu ambalat...isu orang gaji dari indonesia di tindas....dan...aku rasa esok lusa pasti ada lagi isu2 berbangkit...yang aku kira tidak perlu untuk kita semua berbalah atau bertekak...buang masa...

aku masih tidak faham dengan segelintir rakyat indonesia yang tidak berfikir secara intelektual ini...kerana bertindak tanpa pernah berfikir akan kesan baik antara kedua-dua negara...mungkin juga rakyat2 indonesia yang melakukan tindakan membakar bendera malaysia serta melakukan rusuhan ini...tidak mempunyai pekerjaan agaknya...maka ada sesetengah orang mengupah untuk mereka melakukan perkara sebegitu...itu sekadar andaian aku...kerana jika benar ingin memperjuangkan kebudayaan negara ataupun negara itu sendiri...bukan begitu caranya...ada cara2 baik yang boleh di lakukan...seperti isu berbangkit hak milik batik itu sendiri...malaysia tak bising pun walaupun kemenangan berpihak kepada indonesia...kita memerima seadanya...kerana batik malaysia dan indonesia suatu yang berbeda...

dan lagi satu yang aku rasa kelakar ialah...konon2nya Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) 'berjihad' untuk mempertahankan negara mereka...persoalannya sekarang...mereka berjihad bukan kerana di serang musuh...ataupun tentera malaysia menyerang indonesia...kenapa boleh di jadikan perkataan 'jihad' itu wujud...lagi pun...anda berjuang bukan kerana AGAMA ISLAM...jangan sesekali menggunakan perkataan JIHAD....

Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;


“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.



ayat inilah yang selayaknya untuk mereka yang konon2nya mahu menyerang malaysia ntuk mereka sama2 hayati...atau mungkin aku terlupa...org indonesia mengamalkan agama yang campur...suka hati dorang je nak berpegang pada mana2 agama...ini kenyataan...jangan cuba untuk berdalih atau menuduh aku untuk berkata tidak (sebab sinentron indon pun sudah cukup mengambarkan mereka itu bagaimana walaupun tidak semua)...bukan nak berkata aku nie kuat agama...tapi sekadar untuk sama2 beringat...

dan betul kata mazidul dalam blog beliau...bukan isu perang yang ingin di lakukan oleh BENDERA ini yang di takutkan...tetapi rakyat indonesia yang berjumlah 1.9juta di malaysia ini yang harus kita berhati2...takut2...kalau mereka yang ramai ini berpakat untuk melakukan sesuatu di luar batasan sebagai pendatang yang mencari kerja...dan melakukan rusuhan atau perang ke atas malaysia...

isu2 berbangkit ini tidak perlu di jadikan isu besar...kerana kita berada dalam satu rumpun NUSANTARA...yang mana...ada sesetengah adat dan budaya....kita serupa...mengapa harus timbul isu claim budaya...satu tindakan yang tidak rasional...!

dan aku harap...rakyat malaysia tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang2...ataupun menimbulkan lagi kemarahan antara kedua2 negara...kerana apa yang penting ialah bukan siapa yang mula...titik akhir harus di cari....agar akhirnya nanti.,..tiada siapa yang rugi....kerana hidup berjiran/bertetangga harus ada kerjasama...barulah hidup aman sentosa..

titik







alif ba ta: darah daging ku juga mengalir darah keturunan indonesia....cuma aku di besarkan di MALAYSIA yang aku cintai....

Popular Posts

Popular Posts since May 2010