Tuesday, January 6, 2009

baiknya PLKN...


Assalamualaikum...
salam sejahtera...semoga hidup anda lebih baik daripada semalam...

semalam ketika aku belek2 paper yg yusry bw aq kira....sambil khusyuk membaca surat khabar...lagi2 bila part hiburan...he3

maka aku tertarik la dgn berita yang mengatakan diana danielle tidak pergi ke PLKN...yang sepatutnya mendaftar ke kem PLKN Princess Haliza, Sepang pada 27 disember 2008...iaitu kumpulan 1 siri 6 2009...

wah sentap jugak la...dulu kata nak pergi bila dah dekat betul2 tarikh dia tak nak pergi pulak...


katanya sebab tak pergi...sebab dah terikat dgn kontrak utk filem terbaru iaitu Kecoh Betul arahan Baldev Singh...memang kecoh betul filem nie...belum siap lagi dah kecoh pasal pelakon dia hu3...tempoh pengambaran iaitu 22 disember hingga 22 january 2009....

tapi yang memelikkan aku la kan...dulu ada juga seorang budak lelaki kampung yang tidak pergi menghadiri PLKN atas sebab beliau terpaksa menyara keluarganya...dan akibatnya dia di kenakan tindakan yang tegas oleh pihak berwajib...sedangkan kita tahu budak tersebut di dalam kesusahan...nak tunjuk PLKN tegas la konon siapa penjara bdk tue 14 hari lagi dan denda rm600...kemudian kes seorang ibu yg baru mengandung juga terpaksa berpisah dgn anaknya hanya kerana menghadiri PLKN...sebab kalau tak pergi akan di ambil tindakan...

bagi aku adalah tidak adil utk memberi kelonggaran kepada diana utk tidak menghadiri PLKN ini...mengapa pihak PLKN boleh memberi kelonggaran kepada diana sedangkan alasan yg diana berikan TIDAK PUN TERKANDUNG DALAM ALASAN2 yg boleh diterima utk menunda atau tidak menghadiri PLKN....

Tiga alasan itu ialah bakal pelatih berada di institusi pengajian, sedang mengambil peperiksaan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai kesusahan luar biasa.

mana satu alasan yg sama dgn alasan diana? tgk betapa berlembutnya PLKN yang aku kira tidak adil dalam situasi ini...!!!

aku bukan nak besar2kan hal ini...ini soal keadilan...jika di bandingkan 2 orang peserta yang aku ceritakan di awal tadi tidak boleh membuat penangguhan apatah lagi dalam kes diana yg tak sedar diri nie...

adakah ini sekali lagi gosip utk menaikkan dan mempopularkan PLKN? atau sekadar utk gosip murahan dari diana? atau episod dua darjat wujud di dalam pemilihan PLKN ini? anak dato' terlepas anak si miskin yang dapat....aku nak sgt tengok org yg mewujudkan PLKN nie...sanak saudara terdekatnya kena PLKN...itupun kalau ada la kan...hu3

terpulang pada anda yg membaca dan mentafsir...
namun apa yang perlu kita akui...
dunia semakin kejam pada mereka yg tidak berupaya...
yang berkuasa terus rakus dengan dunia yang sementara cuma...

p/s: terimbau kenangan ketika PLKN dulu...
kem millinnium beranang
kumpulan 1 siri 3 2006


renungan bersama;
kaya atau miskin
tiada bezanya
di masjid berada pada satu saf yg sama
di kubur berada pada tanah yg sama
di sana kelak
penentu darjat siapa yg paling tinggi.....~!!!


6 pengkritk ceritera duniaku:

::.chocolate ice.:: said...

setuju2..betul pe ko ckp tu..

rse ko silap bidang la..bley jadi pengkritik bebas ni..

sume ko ckp makes sense jugak..

tp aku xkne pun PLKN..tu yg xbpe nk amik tau tu..

huhu..

budak_ORGANIK said...

suka ati diorang la ..diana tu cantik.glemer.bnyk duit.berbakat..kau???

tapi kan..

CHE AM tetap tak chantekk.....
larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

jumapx said...

hahaha
mmg trsilap bidang pun...
tp nak bt mcm mn kan..hu3

Anonymous said...

"CHE AM tetap tak chantek......"
siapakan CHE AM itu?
terdapatkah ciri2 yg membolehkan CHE AM dikelaskan sebagai CHANTEK?

~konpius~

syakeera said...

hurm...btul2 ape yg awk ckp tuh...tp malangnye dorang tak pk cm ape yang awk pk kan.....so sme2 berdoala pdNYA supaya minda org2 yang berkenaan cepat terbuka dan tersedar dr kesilapan dorang kan....

Anonymous said...

sokong la..awk..keep up the gud work..
sy pun tekena plkn ni..n tekena kat kem jugra banting kuala langat selangor..19 mac ni lapor diri...plkn ni mngnggu kitaran idup orangla..
saya penat2 ikut latihan sukan untuk sukan sabah bulan 6 ni.xpasal2 sebab plkn..sy xdpt ikut petandingan tu.mengecewakan sangat..pertandingan sukan sabah tu dah jadi impian saya untuk turut serta..i hate plkn..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010