Tuesday, January 13, 2009

DEBARAN:::finalis AJL23



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

18 januari 2008
debaran AJL23
menjelma~

pastinya bukan hanya penyanyi & komposer sahaja yang ketika ini berdebar2...
malahan peminat industri muzik juga turut merasakan kehangatan AJL23 kali ini...

dengan tema ILUMINASI MUZIK...
pastinya membawa 1001 kelainan dalam industri muzik
malah mengangkat martabat muzik ke satu aras lagi...

rasa tak sabar sangat nak tengok AJL23 kali ini...
aku sendiri pun tidak tahu hu3
walaupun tanpa kehadiran datuk ct...

ini adalah senarai lagu yang bertanding:



kategori Etnik Kreatif
  • Persoalan Cinta-Farawahida, (Julfekar/Ku Seman dan Izza Rosley)
  • Dusta Berkalang-Aiman (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)
  • Doa Dalam Lagu-Mawi dan Heliza (Ajai/Loloq) = (Zahid akan menggantikan Mawi pada malam tersebut)

kategori Balada

  • Sampai Syurga-Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)
  • Bila Nak Saksi-Spider (Tam/Loloq)
  • Hanya Di Mercu-Ayu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan)
  • Cuba-Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)
  • Dingin-Ziana Zain (Azlan Abu Hassan/Azalea)
  • Lagu Kita-Aizat (Aizat).

kategori Pop Rock

  • Kalis Rindu-Elyana (Aidit Alfian/Ad Samad)
  • Lagu Untukmu-Meet Uncle Hussein (Taja, Tass, Lan/Taja, Tass)
  • Yang Pernah-Estranged (Estranged/Estranged)
  • Aku Stacy-Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin, Layla Ismail)
  • Bukan Di Sini oleh Sofaz (Zimi, Ameer/One)
pastinya ada di antara kita telah meneka2 siapa yang bakal menjadi juara lagu edisi ke 23 kali ini...dan pastinya aku juga ada ramalan aku sendiri...

pada awalnya terlalu sukar untuk aku menilai lagu mana yang boleh berpotensi menjadi juara kerana bagi aku kebanyakan lagu memang yang terbaik terutama untuk kategori balada...

dan bagi kategori etnik kreatif mungkin ramai yang akan bersetuju Doa Dalam Lagu-Mawi dan Heliza akan menjadi juara untuk kategori itu. kerana bagi aku ( mungkin ramai yang bersetuju) pencipta lagu dan lirik bagi lagu ini sangat hebat. dan jarang sekali untuk kedua2 komposer ini untuk menghasilkan lagu dalam etnik kreatif dan lagu ini sangat berkualiti dan tak salah jika lagu ini yang menjadi juara bagi kategori etnik kreatif dan lagi satu...antara ketiga2 lagu tersebut hanya lagu ini yang biasa di telinga pendengar...tapi jangan lupa dengan lagu aiman...kerana lagu ini juga berpotensi untuk menang...dgn lirik ciptaan fedtri pastinya membuat juri 'terjerat' utk memilih lagu ini...

rank etnik kreatif dari alif ba ta duniaku;
  1. doa dalam lagu ( selayaknya menang)
  2. dusta berkalang ( ada potensi utk menang)
  3. persoalan cinta

bagi kategori pop rock lak...memang susah untuk aku meramal siapa yang bakal menjadi juara utk kategori ini..hu3 semuanya ada potensi...kerana semua lagu bagi aku berkualiti kecuali lagu sofaz...aku tak tahu mcm mn lagu tersebut boleh 'terlepas' masuk ke AJL23...kalis rindu dengan komposer yang mmg sudah biasa bergandingan utk mencipta lagu berkualiti, lagu untukmu walaupun di cipta oleh group nie sendiri tapi dgn muzik yang sangat unik di tambah dgn vocalis yang mantap juga mampu utk menjadi juara, yang pernah-estranged lagu yang sememangnya aku target utk ke AJL23 pastinya sebuah lagu yang kuat dan bertenaga,aku stacy walaupun di cipta dari komposer baru namun lagu ini ada kekuatan dan tenaga dia sendiri yang boleh membuat penonton dan juri sendiri terpukau...

rank kategori balada;

aku tak leh nak buat pilihan...tapi aku tak kesah siapa yang menang pun kecuali jangan sofaz menang sudah...bukan tak suka kumpulan nie tapi lagu tersebut tak laya pun utk menang soryyy...tapi kalau aku yang jadi juri dan kena jugak bt keputusan ini dia ranking aku he3

  1. lagu untukmu (sgt berpotensi utk menang)
  2. aku stacy (ada harapan)
  3. kalis rindu
  4. yang pernah
  5. bukan di sini
bagi kategori balada, kategori yang begitu sengit pada tahun ini.dan pastinya faizal tahir boleh senyum dengan bangga kerana 2 lagunya dapat masuk ajl23 dan seterusnya menebus kekecewaan beliau semasa ajl22 yg lepas. jika di tengok pada komposer hanya di mercu mempunyai peluang yang cerah utk menjadi juara dan seterusnya menjadi juara lagu ke 23, namun kita tidak boleh melihat pada komposer yg besar2 sahaja...tak semestinya komposer yang baru ini tak layak utk menang...cuba pastinya antara lagu yang cukup hebat dengan lirik ciptaan faizal tahir di tambah dgn komposer audi mok pastinya akan memuakau setiap penonton serta juri...bila nak saksi jugak tak boleh di pandang ke tepi kerana penulis lirik lagu ini sangat hebat walaupun sudah tiada...lagu kita..sebuah lagu yang segar ciptaan aizat sendiri juga mampu utk menyaingi lagu2 balada yg lain...sampai syurga dan dingin juga bagi aku antara lagu yang kuat walaupun dingin di umumkan pada saat2 akhir...hu3

rank kategori balada

  1. coba ( layak utk menang)
  2. hanya di mercu (berpotensi tinggi)
  3. sampai syurga
  4. lagu kita
  5. bila nak saksi
  6. dingin
lagu sampai syurga,lagu kita,bila nak saksi dan dingin masing2 ada harapan....

juara lagu ke 23:kita nantikan malam kemuncak ajl23 he3

di atas hanya apa yang aku target...hanya pandangan seorang peminat industri muzik tanahair...tiada kena mengena dgn suka @ tidak lagu tersebut...tapi melihat pada karya agung setiap pencipta lagu...he3 (wah mcm hebat je kan pasal muzik2 nie hu3)

mampukah estranged & spider mengulangi kejayaan mereka? atau meet uncle hussin menggantikan tempat mereka? atau artis baru seperti ayu,stacy,aiman & aizat membawa pulang gelaran juara? ataupun ziana zain yang sudah 7 tahun tidak beraksi di pentas juara lagu dengan kedinginan beliau? ataupun faizal tahir mampu sampai syurga setelah mencuba sedaya upayanya? ataupun elyana dengan kalis rindu walaupun tanpa memakai kasut mampu menjadi juara?

jawapannya...
semuanya ada pada 18 januari ini...

ok lah...
sama2 kita nantikan AJL23 18 JANUARI 2009 ini...

3 pengkritk ceritera duniaku:

Faizal_Perlis said...

aku rasa banyak lagu terbaik nak menang...aku rasa lagu yang akan menang come from Pop Rock atau si Fezal Tahir tuh....but aku dah tak sabar jugak nak tengok....

my name is KARL said...

hye...


ade aku kisah??

hehehe

tetaplah aku berharap ziana zain menang! walaupun dh tau keputusannya!

jumapx said...

betul2...tapi kt tunggu je keputusan mlm nie ek...he3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010