Sunday, January 4, 2009

hudud+zoo negara+sek asrama

Assalamualaikum...
salam sejahter...semoga hari anda lebih baik dari semalam....

baiklah...untuk berita2 semasa minggu ini...
aku sangat tertarik dengan beberapa isu...yang aku kira wajar utk aku bicarakan ke dalam blog terchenta aku ini...
SUBJECT HUDUD

isu pertama yang membuat aku amat2 tertarik ialah apabila kenyataan nik aziz yang mana mensyorkan kerajaan untuk membuat subjek HUDUD....di peringkat sekolah rendah...ehmmm...agak sentap gak lah aku dengar bila beliau mengatakan sebegitu....aku bukan nak mengatakan ianya tidak baik...yer la...tak kan la pulak aku nak kata hukum hudud nie tak baguskan....walaupun ada pihak2 tertentu yang cuba menjadikan isu hudud ini sebagai medium utk memecahkan kaum kan....

aku bukannya apa...amat kelakar bila kita ada masalah jek...kita akan syorkan utk wujudkan di peringkat sekolah rendah...aduhai...kasihan budak2 sekolah rendah zaman skrg kan...

sudahlah di bebankan dengan PPSMI...lepas tue di tambah dengan pendidikan2 tambahan lain...cthnya pendidikan sivik....dan terbaru yang aku dengar nak buat subjek sejarah pulak...aduh....kesian bdk2 nie....segala matapelajaran nak kena ajar...sampaikan pendidikan seks pun nak kena buat kat bdk sekolah rendah nie...aku bukannya nak kata tak payah...yer la...mmg tidak di nafikan sekolah adalah utk menuntut ilmu....seperti org kt melentur buluh biar dr rebungnya kan...tapi kalau dah semua nak kena ajar....pecah kepala budak tue kang....otak manusia pun ada hadnya...bila dah tepu tahap gaban...boleh jd gila....hu3

ZOO NEGARA mahu capai TARAF DUNIA....

ha...berita nie pun sebenarnya menarik perhatian aku...sebab apa...pada cuti yang lepas...aku,mdm mala & family,daoz,tito,yusry,abg azwan dan abg faiz...ada pergi ke zoo negara.....

saje je la menemankan mdm mala ke zoo negara kan...so kitorg pun lawatlah zoo negara tue...gigih jugak la...banyak gak la spesis haiwan yang aku jumpa...kiranya mengenali haiwan2 yg hampir pupus la lebih kurang....excited gak lah....lagi2 tgk sang harimau,singa dan zirafah...he3




dan bagi pendapat aku...zoo negara nie memang wajar di tambah baik jika ingin mencapai taraf dunia...sebab banyak giler kandang2 haiwan nie yg mcm tak di urus dgn baik....dan landskap pun tak menarik langsung....ada la beberapa tempat yg cantik....tapi kalau di tambah baikkan lagi bagus....janganlah biarkan ianya nampak mcm xmeriah je kan...hu3


ijat (anak mdm mala),aku n yusry...

penat jugak la jalan kat zoo negara tue...seharian kitorang menghabiskan masa kat dalam zoo tue...petang baru blk...memang letih gila...sakit kaki aku berjalan...

sekolah menengah bertaraf asrama penuh...

ini ada lagi satu berita yang menarik perhatian aku....ini kenyataan yang di keluarkan oleh timb pm kita iaitu dato' najib....ketika memberi anugerah kecemerlangan UPSR 2008 PARLIMEN PEKAN...wah...banyak gila duit kerajaan nak jadikan sekolah menengah biasa bertaraf asrama penuh...

alasannya sebab bilangan pelajar cemerlang semakin meningkat dan juga bilangan sekolah berasrama penuh tidak dapat menampung pelajar2 cemerlang ini....


smk puchong utama (1)

bagi aku ianya satu usaha yang bagus jugak lah....tapi kan rasa2nya untuk menyamakan taraf antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah biasa...yang pertama bukanlah pada kemudahan pada sekolah berasrama itu yang di ambil kira...sebab ketika aku menuntut di form 4 & 5 di sekolah sains seremban...salah satu sekolah berasrama penuh di antara 54 buah kalau tak silap aku....kemudahan kat sekolah tue tak lah bagus mana pun...aku rasa sekolah harian aku kat smk puchong utama (1) time aku form 2 & 3 pun lagi bagus berbanding SASER....yer la...mungkin itu dulu...



sekolah terchenta aku...
"saser namamu teratas"

sebab SASER tak meletop dan secemerlang sekarang...bila dah cemerlang barulah kerajaan nak pandang kan...time dulu tak fikir mcm mn kitorg belajar tanpa kemudahan yang aku kira selayaknya sebuah SBP menerimanya....

namun....apa yang menjadi persoalannya ialah....yang menjadikan sekolah berasrama penuh itu adalah special ialah apabila cikgu2 cemerlang yang mengajar pelajar2 cemerlang...itu yang sepatutnya berlaku di sekolah harian....bukan aku nak kata sekolah harian guru2 dia tak bagus dan tak cemerlang....

kalau anda tidak percaya...datang saja ke sekolah2 SBP nie...tengok mcm mn guru2 di sekolah tersebut bekerja....di sini bukan aku nak mem'bodek' tapi hakikatnya...guru2 di sekolah SASER....lebih mengutamakan kecemerlangan anak muridnya...dan terkadang ada yang sanggup berkorban turun padang pada malam hari utk mendidik anak murid mereka iaitu putera2 saser....sedangkan mereka sendiri ada keluarga di rumah yg aku rasa perlu utk mereka jaga dan bersama2....

dan atas dasar itulah juga....SASER kini menjadi sekolah terbaik di N.SEMBILAN malahan di MALAYSIA juga.....

oleh itu, untuk menyamakan sekolah asrama dgn sekolah harian...guru berkualiti harus di lahirkan utk sekolah harian...barulah mampu menyeimbangkan taraf tersebut....kemudahan bukan penentu kecemerlangan...tapi bagaimana tenaga pengajar itu mengajar anak muridnya...itu yang harus di utamakan...

ehmmm...tetiba rasa rindu kat sekolah lak...hu3

owh ya...actly skrg nie kul 3.40 a.m...aku tak tidur lagi sebab aku nak pergi ke uitm s.alam pukul 4.30 a.m nnt...nak pergi tgk pertandingan pidato utk pemilihan ke peringkat antarabangsa....adam mewakili UMP ke sana...so aku juz bagi support je lah...he3 doakan dia berjaya k...

ok lah...sampai di sini je entri kali ini...
salam sayang dari alif ba ta duniaku...

renungan bersama;
manusia sentiasa tidak pernah berpuas hati
dengan apa yang mereka miliki
sedangkan apa yang mereka miliki itu
adalah yang terbaik untuk mereka

1 pengkritk ceritera duniaku:

powerfinger said...

wahhh suke betol aku bace post2 ko.. menarik betul..ayat2 die sempoi..hahaa..skang aku da jd follower ko dlm diam walopn aku xde blog sbb aku x pandai nk mengarang ayat..haha

Popular Posts

Popular Posts since May 2010