Saturday, January 10, 2009

kau hadir lagi...



dulu...
mulut ini pernah berkata...
antara kita sudah tiada

dulu...
kau pernah membuat aku terluka
sakit hati ini
hanya aku yang tahu

dulu...
aku sudah berjanji
antara kita sampai di sini noktahnya
titik

kini
kau hadir lagi...
dalam mimpi atau realiti
pada minda ataupun hati

kini
malam ku mula tak lena
siang ku mula tak kena
apa saja yang aku bikin serba tak kena
aku di buai cerita lama
yang tak ingin aku ingati semula...

cukup sudah luka
parut sudah ada
ku tak mahu berulang sejarah
biar tinggal kenangan
yang tak ingin aku kenang

biar cerita ini berbeza
walau pelakonnya sama
biar lagu ini berbeza
walau rentaknya sama

kau dan aku
pada pentas yang sama
mencari cinta adam & hawa

2 pengkritk ceritera duniaku:

patungcendana said...

mencari cinta adam dan hawa ke...romeo and juliet ke...laila dan majnun ke...the only person standing between you and love is YOU...

jumapx said...

hu3
tp klu hanya kita je yg beria
tanpa di sambut...?

Popular Posts

Popular Posts since May 2010