Thursday, January 1, 2009

sayonara 2008...ahlan wahsahlan 2009

Assalamualikum...
salam sejahtera...semoga anda semua sentiasa di rahmati dan di berkati olehNYA...

di kesempatan yang ada ini...aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009...yang mana sudah menjadi kebiasaan kita di seluruh dunia mengikut kalender masihi...sedangkan kita tidak menyedari kita terutamanya orang islam mempunyai kalender sendiri iaitu kalender masihi...yang mana sepatutnya menjadi ikutan kita...

namun di sebabkan kebiasaan ini...ada di antara kita lebih menghayati 1 januari 2009 berbanding 1 muharam setiap masuk tahun hijrah yang baru...berapa ramai di antara kita yang tahu betapa perlunya untuk kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun...kerana itu adalah satu amalan yang di lakukan dalam islam dan bukannya menghitung detik2 di tempat2 yang di sediakan sambil melihat bunga2 api yang cantik...aku bukan untuk berceramah atau apa pun..cuma sekadar peringatan sesama manusia...

sama2 lah kita berfikir...mana yang terbaik untuk kita...kerana aku di didik untuk tidak menyambut tahun baru ini sejak dari kecil lagi....tiada sebarang perayaan ataupun pergi ke tempat2 untuk menyksikan konsert or watever lagi....hu3

tapi...aku nak ucapkan selamat tahun baru 2009..semoga azam yang masih tidak tercapai pada tahun 2008 or azam2 yang menjadi azam setiapa tahun ( azam2 yang lapuk yang entah bila akan menjadi kenyataan)...akan menjadi nyata pada tahun 2009...

dan aku juga merasakan tahun 2008 bukanlah tahun yang sangat bertuah untuk aku...kerana banyak perkara2 yang aku kira tidak sepatutnya berlaku ke atasa aku...dan bagi aku nombor 8 tue bukanlah sesuatu yang sangat bertuah....hu3

aku harapkan tahun 2009 akan memberi seribu makna untuk aku...di dalam menempuhi kehidupan yang fana ini...hu3

azam aku tahun nie...yang paling utama ialah 'meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi'...ala2 melodi punya tagline la...harap2 menjadi kenyataan....prestasi tue tak kesah la...dari semua aspek....tapi yang paling penting ialah akedemik...


untuk pengetahuan anda semua gak...tarikh 1 january nie...adalah tarikh yang bersejarah utk aku...sebab pada tarikh inilah...lahirnya sebuah warkah maya aku...iaitu blog ALIF BA TA DUNIAKU nie... 1 january hanya tarikh aku betul2 menjadi seorang blogger yg aktif....tetapi ini sudah wujud lebih awal dari tarikh 1 january nie....iaitu 17 july 2007...

aku sangat excited sebenarnya nak tungggu tarikh nie...sebab blog aku nie sudah pun berumur setahun....

wah mcm tak percaya jek...teringat time aku mula2 berjinak untuk menulis blog nie...tersangatlah laha bagi aku....dengan entri yang tak menarik langsung...hu3 lepas tue...aku rasa ada banyak kali aku tukar layout dalam tahun nie....time mula2 dulu lagilah...banyak gila...sehinggalah aku memilih layout nie....yang nie aku xtau dah kali keberapa ha3

melalui blog nie lah aku banyak mendapat pengalaman...pujian,cacian,meluah perasaan,persahabatan,musuh,meluahkan rasa cinta,....bagi aku blog nie mcm sesuatu yang aku rasa begitu penting dalam hidup aku....

sehinggakan bila aku tak tulis entri baru dalam sehari mcm ada benda je yang tak kena...mcm bln 12 thn lepas...hanya ada 3 entri jek...sebab aku duk rumah...kat rumah tak de internet...maka tak dpt la update...sedangkan bagi aku banyak gila cerita yang aku nak cerita namun dah bertimbun so...biarlah kalau aku terlinta suatu hari nanti...aku tulis la tue k...

dan apa yang aku rasa terharu....tanpa anda semua yang sentiasa sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie...yer la aku bukannya artis ataupun ahli politik...maka ALIF BA TA DUNIAKU ini mungkin tidak jadi seperti skrg nie....kerana kritikan dan komen andalah mematangkan aku utk menjadi seorg blogger yang lebih baik....

dan yang paling menguji kesabaran anda semua yang aku puji ialah...walaupun blog aku nie berat dan susah nak di buka...tapi anda semua tetap gigih utk menunggu dan membacanya ( ya ke? )....dan utk pengetahuan anda juga...jika korag selalu buka blog aku...maka korang akan mudah utk memasuki blog aku...sekerap mana anda buka maka sesenang dan secepat jugalah anda membuka blog aku he3

maka dengan berakhirnya 2008...aku berjaya menghasilkan sebanyak 276 entri kesemuanya...ehmmm satu nilai yang banyak jugak la bagi aku...he3

semoga tahun 2009 akan mematangkan aku lagi dengan gaya penulisan aku yang lebih kreatif dan dapat menarik lebih ramai org utk membacanya...

owh ya...hampir aku terlupa...mesti korang ada terlinta mengapa aku memilih ALIF BA TA DUNIAKU kan...untuk pengetahuan korang semua...aku mengambil tajuk blog aku nie...dari lagu awie....aku rasa korang pun tahu kan...

dan khas untuk anda semua...hayatilah lirik ini....


AWIE-ALIF BA TA DUNIAKU
Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama


RENUNGAN BERSAMA:
MASA sebenarnya tidak berharga
pada mereka yang tidak menghargainya
tapi masa sangat berharga
pada mereka yang tahu menghargai
dan menggunakan ianya kejalanNYA...


1 pengkritk ceritera duniaku:

che-mie said...

selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses

Popular Posts

Popular Posts since May 2010