Sunday, January 18, 2009

sentap PAS rampas KT




Assalamualaikum...salam sejahtera...
lama gak aku tak update blog...( baru 3 ari)..hu3

maklumlah...dis week agak sibuk dgn aktiviti...tention giler...tapi alhamdulillah semua dah selesai...syukur pada ilahi dengan memudahkan segala urusan hambanya ini...amin

terus kepada tajuk entri aku...ketika aku duk buka online malaysia kini...aku pun terbaca keputusan pilihanraya kecil KT....

PAS menang...sentap yang amat...aku bukan sokong PAS or BN...tapi sangat sentap sebab BN bukan main lagi duk canang projek nielah..projek itulah...dana sini sana..akhirnya kalah gak...sangat kelakar...sekarang nie masyarakat tak memandang semua tue...bagi aku tindakan kerajaan yang'terlalu over' memberi segala apa benda termasuk wang ketika dalam kempen pilihanraya nie...tidak langsung dapat menarik minat majoriti rakyat kuala terengganu...ha3 nak tergelak sekejap....




kiranya PAS hebatlah...walaupun mencanangkan hukum HUDUD untuk di laksanakan...tak banyak peruntukan pun...tapi mampu juga menang...strategi apa yang PAS guna ek...he3 lepas nie bila dah menang...laksanakanlah hukum hudud tue ek...sebab bukan main lagi duk kata nie itu pasal hukum HUDUD nie...aku bukan nak kata HUDUD nie tak bagus...nnt org kata aku membelakangkan agama...tapi bila kita bercakap dan berjanji tue biarlah bend ayang kita mampu laksanakan...hu3

aku malas nak ckp banyak...sebab pilihanraya kecil kali nie tak menarik minat aku pun utk tahu...(tak seperti p/raya kecil kepala batas)....hu3



juz aku nak ucapkan tahniah kepada calon PAS...MOHD ABDUL WAHID ENDUT...kerana berjaya menjadi ahli parlimen kuala terengganu dengan majoriti 2,631...



kepada wan ahmad farid...sabar je lah ek...dah bukan rezeki....(confirm dlm hati menyesal lepas jawatan ari tue hu3)...ini bermakna BN telah kehilanga 1 lagi kerusi...dan skrg hanya memiliki 137 kerusi setelah SAPP keluar dr BN...

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

semoga PAS dapat memerintah dengan cemerlang,gemilang dan terbilang serta dapat merialisasikan hukum HUDUD dgn di mulakan di kuala terengganu dahulu...he3

tahniah (PAS) & takziah (BN)...

p/s:adakah ini tanda2 PRU13???

1 pengkritk ceritera duniaku:

fikri said...

hahahah,nasib la hang ahmad farid,molek2 dah de jawatan kat dekan negara(klu aku x silap la).sia2 je jd orang biasa(kalau BN wat donno je kat saudara kita sirg nie) pas nie....

Popular Posts

Popular Posts since May 2010