Saturday, January 3, 2009

tazkirah jumaat + tahukah anda....!!!

Assalamualaikum... salam sejahtera untuk semua...semoga sentiasa di rahmati olehNYA... sebenarnya entri kali ini... lebih kepada pengenalan entri terbaru aku... jika sebelum ini setiap jumaat akan ada entri berkaitan tazkirah jumaat... maka kali ini akan ada entri yang berkaitan tentang sesuatu fakta...iaitu 'tahukah anda' yang mungkin akan keluar seminggu sekali... dan aku memilih hari rabu untuk entri ini... semoga anda akan mendapat sedikit info tentang perkara ini k...he3 baiklah utk entri ini aku combine kan kedua2 edisi ini k...sebab aku terlupa nak buat edisi jumaat semalam..so terpaksa la aku buat ari nie...hu3

rahsia kusyuk dalam solat....

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat 2. menyesali dosa yang dilakukan 3. tidak tergila-gilakan dunia 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 5. tinggalkan sifat berbangga 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.


TAHUKAH ANDA!!!

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


RENUNGAN BERSAMA;
tahukah anda...
kebanyakan antara kita
lebih suka mengetahui tentang gosip artis
berbanding cerita2 agama...



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010