Wednesday, January 14, 2009

terus melangkah~



aku
terus melangkah
menjelajah seribu rahsianya dunia
mentafsir kitab warisan umat

langkah dan terus melangkah
walau
panasnya gurun sahara
walau
dinginnya kutub utara

hidup harus aku teruskan

meskipun
terkadang aku tersungkur
jatuh
&
rebah

aku
bangkit dari robohnya
hati yang hancur
dari runtuhnya
akal berfikir

kerana
aku tahu
langkah ini tidak semestinya sumbang
pasti
akan ada
rentak bahagia yang tercipta

langkah itu aku teruskan
kerana
cahaya itu masih ada
memberi petunjuk
pada hati yang makin kelam

kini
aku
terus melangkah
mencari Nur dalam diri...
mencari mana kekasih ilahi
untuk bekalan bertemu
pada yang satu



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010