Saturday, February 28, 2009

di sampingmu...




Hey..
ingin aku menatap wajahmu
ku pandang potret indahmu
memang itu tak cukup bagiku
hanya itu yang ku termampu

setelah sepurnama diperantauan
hari itu yang kita nantikan
berdengup kita pergi ke pelabuhan
melepas rindu yang terpendam

memang itu yang ku impi
miliki permata sepertimu
yang lama ku cari
cinta seperti mu
woo ooo woo ooo

kau punya kelembutan
punya perasaan sepertiku
oh bahagia diriku disampingmu

tapi dikau merajuk dihatiku
sentiasa indahlara dalam duka
hatiku tak henti-henti berkata
kau matang seorang wanita

jika usah wujud perkara mustahil
ku ingin bawa kau terbang tinggi
tempat yang indah tiada penghuni
kita bahagia dan menyanyi



alif ba ta: tetiba terdengar lagu nie balik....time nak pergi test malam jumaat....organik yang duk nyanyi lagu nie...tetiba mcm sesuai je dgn diri ini skrg...he3 tetiba layan lak lagu nie kan....hu3 bestnya kalau dapat sentiasa disamping DIA....hu3


Thursday, February 26, 2009

I.G.A.U


igau aku dalam nyata
mencari keindahan sebuah hati
khayal di buai alunan asmara
hilang punca tanpa henti

lepas aku dalam gelita
biar terang terus merasuk jiwa
agar aku tahu
indahnya dunia

hina hanya untukku
tanpa pernah sedikit mengerti
aku juga mahu seperti mereka
ingin di cintai dan mencintai

igauku bukan meracau
kata-kataku bukan nista
cuma mahu kau mengerti
aku juga manusia biasa....




alif ba ta: teringat aku time kecil2...kuat giler aku mengigau...nasib baik dah besar tak mcm tue lagi...he3


Wednesday, February 25, 2009

D.I.A.


pernah dulu aku fikirkan
biar aku bersendiri
tanpa ada siapa yang mengerti
apa yang terpendam dalam hati

penat sudah aku mencuba
namun semuanya punah

pernah aku berputus asa
dan membiarkan aku menjalani semuanya
namun aku tetap lemah
dalam mencari kehidupan fana

di saat aku lumpuh & terjatuh
tiada yang mampu memapah
aku gagahi jua

benar kata orang
panas tak kan sampai kepetang
tapi belum tentu hujan yang turun akan sentiasa membasahi bumi

tuhan MAHA ADIL...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
atas kesabaran umatNYA menerima ujianNYA...

DIA hadir tanpa pernah aku duga
tanpa pernah aku bermimpi
DIA yang membuat aku bahagia
membuat hari-hariku tersenyum

biar hanya aku mengerti
apa yang aku rasa
meski ada kata-kata nista dan jelik
DIA dengan aku

aku tahu aku bukan terbaik
untuk insan seperti DIA
namun aku tetap aku
yang terbaik untuk diriku

jika ini semua kehendakNYA
aku terima apa adanya




alif ba ta: DIA insan teristimewa bagi diriku~

bersejarahnya weekend aku...


Assalamualaikum...& salam sejahtera
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

pada weekend yang lepas, aku telah pun pergi melawat melaka bandaraya bersejarah. semuanya tidak dalam perancangan. di sebabkan club intellegensia mengadakan lawatan kesana sebab nak bawa budak2 cina jalan2 kat melaka. dengan tidak sengajanya aizat( presiden club intel @ classmet) mengajak aku untuk pergi. katanya ada tempat kosong lagi. aku apa lagi, mengambil kesempatan yang ada la dengan mengajak roomet aq (daoz) & azim (housemet @ bilik sbelah he3). seronok gak melawat melaka sebab ini adalah 1st time aku pergi betul2 jalan2 kat melaka...pergi melaka tue pernah la...tapi xde la round2 melaka kan...hu3 banyak yang aku dapat...melalui pemerhatian aku..melaka perlukan pembangunan yang terancang jika benar mereka ingin menjadi bandaraya maju 2010. agar dapat menarik lebih ramai pelancong datang. so di bawah nie sedikit gambar2 aku kat melaka selama 2 hari 1 malam.








trip aku hanya kami bertiga, sebab aku tak join pun budak2 intel tue jalan2...he3 seronok walaupun hanya kami bertiga...rasa tak puas lagi nak jalan2...byk tempat tak pergi lagi...lagi2 tempat shopping hu3

apa2 pun thankz to azim & family yang sudi bagi penginapan ala2 1st class he3 seronok mengenali parents azim...kalau la patung cendana ada..mesti lagi meriah ditambah dgn bdk2 M40...he3

ok la...tue je aq mampu utk cerita...he3

till d end....


alif ba ta: azim ko mesti plan lagi 1 trip ke melaka...utk sume bdk2 M40...he3

Tuesday, February 24, 2009

menunggu rembulan



dulu...
puas aku mengejar pelangi

kerana ku sangkakan
dia mampu untuk mewarnai hidupku...

malangnya
hanya aku yang terlebih
sedangkan dia
hanya senyum melihat aku
tanpa pernah cuba mencalit sedikit warna pelangi...

kini...

aku berjanji pada diri..

usah lagi mengejar
sesuatu yang tak pasti
kerana...

hanya letih dan penat yang akan menanti...


namun...
tatkala aku cuba untuk berhenti
dan hanya diam membisu

duduk di tepi sungai yang tidak mahu mengalir

aku melihat rembulan di malam hari

oh! indahnya rembulan itu...


lantas
hati ini berkata...

"akan ku tunggu engkau jatuh ke riba"




Monday, February 23, 2009

sudirman:salam terakhir ke-17



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ni lebih baik daripada semalam...

semalam...genap 17 tahun pemergian allahyarham sudirman hj. arshad.
iaitu 22 februari...
hari yang mana beliau menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini...

semua orang tahu akan siapa sudirman...
seorang penghibur serba boleh...
sehinggakan menjadi penghibur NO.1 asia...
segala yang beliau lakukan pada zaman beliau
membuat semua orang ketika itu mengagumi kehebatannya...
persembahan beliau yang lain dari lain menyebabkan ramai orang terpegun sehingga ianya di ingati sehingga ke hari ini...
persembahan baju kemerdekaan dan pemetik api ketika memebuat persembahan juara lagu masih di ingatan aku...walaupun ketika itu aku masih kecil lagi...
beliau juga antara artis yang paling bertuah di malaysia...
kerana apa...
hanya sudir sahaja yang pernah membuat konsert di tengah2 pusat bandaraya yang di saksikan oleh beribu2 orang ketika itu...selain itu,beliau adalah artis malaysia pertama yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

majalah tiga & cerita artis kita (astro) pernah menyiarkan tentang sudirman..perjalanan seni beliau...amat membuat aku kagum sehinggakan sebak di dalam hati melihat penderitaan pengakhiran hayat beliau...ramai orang kata beliau meninggal dunia akibat aids dan sebagainya benda2 buruk orang cerita...sedangkan di sebaliknya terselindung penderitaan yang beliau tidak mahu berkongsi dengan peminat beliau mahupun keluarganya sendiri. beliau sebenarnya menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia) .allahyarham juga bukanlah seorang yang menyimpan harta berjuta. bagi aku harta beliau adalah hasil seni yang beliau lakukan...yang tiada galang gantinya....seorang penghibur yang bijak bukan setakat menghiburkan orang malahan dalam akedemik juga yang sepatutnya di contohi oleh artis2 lain di malaysia kini...



jika ingin bercerita mengenai beliau memang tiada hentinya...dan aku bukanlah orang yang boleh untuk bercerita mengenai insan yang bernaman SUDIRMAN....

namun aku amat mengagumi beliau...jika di tanya siapa antara idola aku di kalangan artis..pastinya nama beliau yang teratas...aku ingin menjadi seperti beliau...cemerlang dalam akedemik dan juga bidang seni...

antara lagu2 beliau yang membuat aku tersentuh seperti salam terakhir,nilai cintamu,terasing,milik siapakah gadis ini,apa khabar orang kampung,warisan,bila wajahmu kubayangkan,kasih dan banyak lagi...yang pastinya akan membuat aku melayan perasaan he3

pastinya beliau seorang penghibur yang tiada galang gantinya...satu di antara berjuta..biar pepatah mengatakan yang patah tumbuh berganti...namun bagi aku beliau tiada samanya walau ada yang berganti...

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir




SUDIRMAN dalam kenangan...
AL-fatihah...

aku & aku berbeza


aku & aku berbeza
hanya aku yang mengerti siapa aku
mungkin ramai yang tidak mengerti
siapa aku & aku sebenarnya...
walaupun jasadnya sama
namun ada dunia yang berbeza antara kami
biarlah hanya aku yang mengerti siapa aku.
kerana aku ada sebab untuk merahsiakannya
terkadang hidup ini
perlu berahsia pada khalayak
siapa kita sebenarnya~



Friday, February 20, 2009

DIA membuat aku tersenyum




hari ini.

dia membuat aku tersenyum.
di saat aku memerlukan.
di saat aku dambakan.
di saat aku kecelaruan.
di saat aku inginkan semangat.
untuk menempuh.
cabaran dunia yang tanpa henti.
terima kasih pada DIA yang mengerti...




SENARAI 5 FINALIS ABPBH 2008

Ini adalah senarai 5 finalis yang telah di umumkan oleh berita harian, ramai muka2 baru dan pastinya ada juga muka2 yang mengejutkan aku, yang mana boleh tersenarai dalam top 5....walauapapun tahniah kepada semua artis yang tersenarai dalam top 5, kepada yang gagal cuba lagi tahun hadapan dengan mengundi diri sendiri banyak2 k...he3

maka seperti biasa, aku akan meletakkan siapa yang aku jangkakan menjadi pemenang kepada setiap kategori...

Pengacara TV Lelaki Popular

1) AC Mizal
2) Ally Iskandar
3) Aznil Nawawi
4) Faizal Ismail
5) Faizal Tahir


Pengacara TV Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Cheryl Samad
3) Fara Fauzana
4) Juliana Evans
5) Nurul Alis


Penyampai Radio Lelaki Popular

1) AG
2) Aznil Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Kieran
5) Khairil Rashid


Penyampai Radio Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Leeya
4) Linda Onn
5) Nana


Artis Komedi lelaki Popular

1) AC Mizal
2) Afdlin Shauki
3) Nabil
4) Saiful Apek
5) Zizan


Artis Komedi Wanita Popular

1) Amyza Aznan
2) Kenchana Dewi
3) Noorkhiriah
4) Ruminah Sidek
5) Sheila Mambo


Artis Baru Lelaki Popular

1) Aiman
2) Fizzow Omar
3) Nabil
4) Nubhan
5) Riz


Artis Baru Wanita Popular

1) Ayu OIAM
2) Lisa Surihani
3) Sari Yanti
4) Scha
5) Stacy


Penyanyi/Artis Nasyid Popular

1) Aiman
2) Akhil Hayy
3) Hijjaz
4) Rabbani
5) Raihan


Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular

1) Estrangged
2) Fabulous Cats
3) Hujan
4) M Nasir & Malique
5) Meet Uncle Hussain


Penyanyi lelaki Popular

1) Adam
2) Aizat
3) Amy Search
4) Mawi
5) Nubhan


Penyanyi Wanita Popular

1) Elyana
2) Jaclyn Victor
3) Mila
4) Siti Nurhaliza
5) Stacy


Pelakon Filem Lelaki Popular

1) Farid Kamil
2) Que Haidar
3) Rosyam Nor
4) Rusdi Ramli
5) Saiful Apek


Pelakon Filem Wanita Popular

1) Erra Fazira
2) Liyana Jasmay
3) Maya Karin
4) Sharifah Amani
5) Vanida Imran


Pelakon TV lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Aqasha
3) Ashraf Muslim
4) Fahrin Ahmad
5) Rosyam Nor


Pelakon TV Wanita Popular

1) Abby Abadi

2) Diana Danielle
3) Dynas
4) Fasha Sandha
5) Rita Rudaini


senarai pemenang pilihan aku berdasarkan kontroversi dan juga penglibatan seni sepanjang 2008....kepada yang tidak puas hati...suka hati korang la...ini salah satu contoh jika aku nak mengundi mereka2 nie...tapi sayangnya aku tidak segigih itu untuk kumpul keratan2 akhbar dan mengundi then pos ke berita harian...ha3 aku hanya gigih untuk tengok anugerah malam tue je...ha3

good luck untuk semua yang tercalon...


alif ba ta: popular tak semestinya bagus.....


lari dari kamar



tatkala aku sunyi di kamar ini
aku cuba menerima semua
walau kosong yang kurasai
tanpa sedikit cahaya pelangi mewarnai...

tegar
menerima semua
biar bukan yang aku mau
tapi
dia lebih mengerti
akan siapa kepunyaan hati

keluar aku dari kamar
melihat indahnya mentari
cuba begini sinarnya dalam hati
pasti bahagia hidupku

aku terus berlari
lari dari terus terperuk di kamar itu
tanpa aku sedari
kaki aku membawa pergi
terdengar desiran pantai
ah...indahnya desiran itu...
lalu angin menyapa aku
cintamu ada di sini...




alif ba ta: jika benar apa yang di sapa...aku menerima jika dia cintaku~

Thursday, February 19, 2009

DEBAT NC 2009: sekeping kenangan~



















alif ba ta: kenangan pahit & manis ini akan aku simpan dalam lipatan kenangan...

Wednesday, February 18, 2009

DEBAT NC 2009: FINAL

Assalamualaikum..& salam sejahtera...
semoga hidup kita hari ini lebih baik daripada semalam...amin

sambungan edisi DEBAT NC 2009...

maka...dengan keadaan tergesa-gesa aku terus menaiki basikal pergi ke astaka. sampai jek kat astaka team UMUM 2 tak de lagi....ehmmm...penat jek aku tergesa2 td...hu3

dlm beberapa minit..kelibat helmi pun muncul...then aku terus ckp dgn dia utk undi sape kerajaan pembangkang...part nie sebenarnya antara yg aku tak suka...bila helmi baling duit syiling...team UMUM 2 kerajaan dan KEBUDAYAAN pembangkang...aku terima dgn hati terbuka...tapi helmi kata time dia baling tue something wrong...so dia nak baling balik...aku pun tak kesah...ikut suka hati dia la...bila balingan ke-2 tue...kerajaan berpihak kepada team KEBUDAYAAN...maka aku pun terima je lah...sebab kitorg dah prepare pun part kerajaan...so tak yah la nak tergesa2 buat konsep segala...he3

lepas tue aku terus pergi ke ONE STOP CENTRE untuk discuss dgn team aku yang lain. bila dekat pukul 9 tue kitorg pun pergi ke astaka semula...lagipun debate BI dah habis. so dalam 9 lbh mcm tue. VIP pun datang. rasa gemuruh tue tak de tapi rasa cuak orang faham ke apa yang aku cakap tue yang tgh bermain dalam fikiran.

bila naik pentas tue, satu je yang bermain di fikiran aku, cubalah pentas final ini adalah pentas final debat2 anjuran MADUM. owh ini mungkin skdar angan2 aku agaknya. tinggi menggunung. tak mengapalah, at least tak dapat naik pentas final debat2 madum naik pentas final debat nc pun kira dah ok dah. belum ada rezeki agaknya.

maka
perdebatan pun bermula.
respon aku.
aku rasa lepas aku berdebat selaku PM tue,
mcm laju semacam jek aku bercakap td,
lepas tue aku sedar yang konsep yang tak patutnya aku terangkan dgn pjg aku terangkan sedangkan perkara yg penting aku tinggalkan, sebenarnya aku memang tak nak ckp pasal UMP tue siap dah potong dah. tapi entah mengapa gatal gak mulut aku cakap pasal UMP tue...hu3 sengal betul.
so apa lagi mcm peluru berpandu nk serang palestin la aku bercakap...khua3

dan bila ketua pembangkang bangun..suria
maka dalam hati aku
habisla dia attack giler2 nie...
tapi apa yang aku sangkakan meleset
suria mcm smthing wrong mlm tue
tapi yang paling aku suka serangan suria ialah
dia bidas analogi yg aku bagi
aku apa lagi
bila dah tau analogi tue tak masuk akal
aku pun cuba lah cover2 balik...hu3

aku pun malas nak komen org lain
sebab aku sedar aku pun sangat laha malam tue..hu3
aku sangat kecewa dgn performens sndri...
tapi nak buat mcm benda dah jadi
secara jujurnya semua pendebat malam tue bagi aku 'ting tong'
aku pun tau nape...

malam tue jugak aku buat persembahan..
tarian zapin ghalit yg di ajar oleh bdk2 UPM...he3
aku suka gila zapin nie sebenarnya...
seronok bila tgk balik video yg kitorg rakam...

so lepas persembahan dpd kebudayaan...
maka keputusan pun di umumkan...

untuk debate BI...
UMUM 1 yg menang

untuk debat BM

pendebat keseluruhan : yusry (sah2 la kan dia ranking 1, aku no.3 jek)

pendebat terbaik : mhd.jumain mapplati ( aku lah..he3)

dengan usul UMP PERLUKAN PERUBAHAN...
dewan menerima usul dengan...

juri : 9-2
margin: 3.222

KEBUDAYAAN menang...
alhamdulillah...
tak sangka gak dapat pendebat terbaik malam tue...
sentap yg teramat walaupun laju...
tapi dalam hati aku...
semua nie nasib jek...
kitorg menang pun sebab kedua2 laha...

awal2 tue actually happy gak la
sebab berjaya bagi KEBUDAYAAN menang...
tapi bila terfikir untuk di 'laha' ALUMNI PENUKIR ILMU..
aku terus down...
sebab aku tahu confirm kena giler2 punya...
bila balik rumah nanti...
terus aku down giler time tue...
ntah la...

betul kata orang...
kejayaan tak semestinya membawa kita kegembiraan...
bila kejayaan itu tak memberi kita kepuasan dan maruah...

walauapapun yang terjadi
semuanya sudah tersurat...
apa yang penting aku cuba untuk membaiki diri yang sememangnya lambat untuk meng'improve'kan diri...

terima kasih untuk yusry,tito & Q...
yang sudi utk satu team dalam KEBUDAYAAN...

terima kasih untuk YUSRY walaupun sudah lama tidak berdebat tapi tetap meletopz...karat pun karat la...tapi tetap dpt crown...memang orator kehilangan pendebat yang bagus, bagi yusry seorang pendebat yang bila berdebat habis ko kena caras...he3 terima kasih sekali lagi coz sudi berdebat....orator merindukan anda...

terima kasih juga untuk tito sebab gigih nak berdebat...akhirnya setelah sekian lama menjadi ahli lelap orator...akhirnya berjaya juga untuk berdebat...bak kata orang tiada yang mustahil...

terima kasih yang tidak terhingga buat Q...terima kasih kerana sudi menyahut cabaran aku untuk berdebat...untuk pengetahuan korang semua...Q sebenarnya dah tak nak berdebat, namun di sebabkan aku ajak dia masuk debat NC maka dia pun gigih untuk datang latihan debat, sehinggakan pergi ke debat ASTAR walaupun kalah dengan teruknya...tak pe...permulaan yang pahit tak semestinya akan berakhir dengan pahit...semua kejayaan pad amalam itu adalah atas usaha gigih ko...at least ianya terbayar...tahniah juga kerana berjaya menahan presure bila satu team dgn aku n yusry...aku harap ko tak ambil kesah pun bila kena 'marah' dengan kitorg...he3 semoga dapat meneruskan debat pada masa akan datang...

terima kasih juga untuk roomet aku iaitu daoz selaku wakil MT kebudayaan yang gigih menjadi pengiring kitorg kesana sini...he3 serta kerabat2 kebudayaan yang sudi hadir untuk menyokong terutamanya kerabat senandika...anda semua memang sweet sangat...he3

terima kasih juga untuk abg khairy & adam yang banyak memberi idea dan nasihat.

terima kasih juga untuk alumni debat UMP yang sudi datang walaupun busy. nasihat anda akan ku simpan sampai bila2...cuma mengaplikasikannya yang sentiasa lupa...hu3 semoga terus sentiasa memberi tunjuk ajar...maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang debat NC 2009...saya sayang anda semua...

dan tahniah untuk semua pendebat DEBAT NC 2009 yang sudi menyahut cabaran terutamanya team PERKASA yang tetap gigih...semoga korang akan meneruskan untuk berdebat k...

dan terakhir...terima kasih untuk semua AJK DEBAT NC 2009 yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini...semoga usaha anda semua ini akan mendapat pahala dariNYA...amin

jumpa lagi DEBAT NC 2010...

sekian..
salam sayang dari ALIF BA TA DUNIAKU...


ALIF BA TA: gambar2 akan di upload pada satu entri khas...he3

Tuesday, February 17, 2009

DEBAT NC 2009: hari ke-2

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kita semua sentiasa di rahmati & di berkati olehNYA...amin...

DEBAT NC 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 15 februari 2009 bersamaan hari ahad. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar....

menyambung edisi entri aku sebelum nie...
debat nc episod di hari ke-2...

aku bangkit dari tidur agak sedikit lewat...sehinggakan aku & team aku lambat tiba bersama judge2 yg menumpang di M40...he3

aku mulakan hari ke-2 debat NC dgn harapan akan ada keajaiban yang bakal berlaku...akhirnya doa aku dimakbulkan...apabila club intellegensia menarik diri...menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membatalkan pusingan ke-4 dgn pusingan suku akhir...iaitu pusingan kalah mati...

aku sedikit lega...kerana harapan aku semakin hampir...di sebabkan team aku iaitu KEBUDAYAAN tak pernah kalah, maka team aku berada di kedudukan pertama. Ini bermakna aku akan bertemu dengan pasukan di kedudukan ke-8. Aku sangkakan akan bertemu team PERKASA lagi, rupa-rupanya bertemu dengan pasukan umum 1.

dengan usul tetap sama dengan usul yg sepatutnya di bawakan semasa pusingan ke-4 iaitu SAINS DAN MATEMATIK PERLU DI KEKALKAN DALAM BAHASA INGGERIS telah memberi kemenangan ke atas kami dengan mudah. time tue patungcendana yang jd juri. he3 dan best speaker masih berpihak kepada yusry yamin. aku? tidak mengapa mungkin aku tidak layak. perlu inprovement lagi agaknya.

setelah pengumuman siapa yang layak ke peringkat semi-final, aku agak terkejut juga bila MPP di kalahkan oleh team UMP-IEM. Aku sangkakan akan bertemu dgn MPP namun rezeki mungkin berpihak kepada UMP-IEM.Manakala semi-final lagi satu menemukan UMUM2 VS PETAKOM. satu pertembungan yang aku rasa menarik kerana kedua2nya adalah terdiri dpd pendebat2 junior.

usul ketika semi-final ada 3...mcm biasalah...dan usul yg sememangnya aku tak nak akhirnya menjadi perdebatan aku dan team UMP-IEM. aku hanya mampu mempositifkan diri. ketika itu team KEBUDAYAAN menjadi pembangkang.

pembukaan kes yang sangat rapuh dari pihak kerajaan ketika itu menyebabkan aku rasa lebih yakin utk menang. namun setelah bangkit timb. PM dari kerajaan melihatkan kelemahan di pihak pembangkang menyebabkan aku ketika itu tersentap dan sedar yang aku tadi tidak menunjukkan pun apa pembawakan kami sebenarnya dan tidak menjelaskan dengan baik pembawakan kami. aku pun mula menjadi keliru dan cuba untuk cover apa yang terkurang walaupun aku rasa sememangnya pembawakan kami agak laha. hu3. tidak mengapa kami teruskan jua perjuangan. dan aku buat yang terbaik ketika pergulungan.

akhirnya dengan juri 4-1
kemenangan berpihak kepada KEBUDAYAAN...alhamdulillah walaupun sebenarnya kekalahan semakin hampir berpihak kepada kami. aku tahu jika keadaan itu adalah peringkat saringan sudah pasti kekalahan berpihak kepada kami. hu3 mungkin juga rezeki. aku menerima dengan redha jika ianya sudah rezeki. walaupun komen2 yg laha dpd juri aku terima sbg penambahbaikkan ketika final nanti. ketika itu pendebat terbaik adalah yusry.

keputusan lagi satu berpihak kepada team UMUM 2...alhamdulillah satu lagi harapan aku tercapai. AKHIRNYA KEBUDAYAAN bertemu UMUM 2 di peringkat akhir. ( nasib baik team inteligensia menarik diri kalau tak keputusan seperti ini tak akan wujud he3)

maka, usul di peringkat akhir yang bagi aku sangat tak menarik perhatian aku walaupun sedikit ialah UMP PERLUKAN PERUBAHAN. Secara jujurnya aku tidak suka akan usul ini. kerana kena bermain dengan suasana UMP walaupun usul ini sebenarnya mudah. hu3 namun perjuangan harus di teruskan.

aku bersyukur, kerana akhirnya aku berjaya membawa KEBUDAYAAN keperingkat akhir. itu sudah membuat aku bersyukur kerana dalam lipatan sejarah DEBAT NC, team kebudayaan akhirnya tersenarai antara pasukan yang pernah menjejaki final debat nc.

PETANG sebelum final tue, aku tersangat lah letih. tapi pukul 4 ada reheasel. malam tu juga aku kena menari selepas berdebat. (orang kata aku gila kuasa sebab nak juga menari lepas berdebat, tapi aku tak kesah pun kata2 itu, sebab dah tak de org nak menari, yang kecoh2 tue sanggup ke nak ganti aku menari??? tak kan kaedahnya..)

lepas reheasel tue aku balik rumah dalam kul 6 lebih mcm tue...aku tak bincang apa2 pun dengan team aku. dalam hati cuak giler hu3. then aku tengok yusry tgh gigih menyalin AMANAT TAHUNAN NC. aku pun terus discuss dengan dia apa yang sepatutnya kitorg bawa. lepas tue keempat2 org dalam team aku pun berkumpul utk discuss. kitorg just discuss apa pembawakan jika jadi kerajaan dan twiss jek bila jadi pembangkang.memang tergesa2lah time tue.

lepas tue discuss punya discuss dah kul 8pm. aku pun tergesa2 terus pergi astaka sorang utk undi sape kerajaan or pembangkang. sebab dorang tito n yusry tak siap lagi time tue...



bersambung.....

Sunday, February 15, 2009

debat NC 2009:::hari pertama


aku,Q n tito

Assalamualaikum...& salam sejahtera...
semoga hidup kita semua sentiasa di rahmati dan di berkati olehNYA...amin

hari pertama debat NC 2009...
aku simpulkan sebagai persembahan aku yang langsung tiada peningkatan...
penyakit membuat konsep yang laha serta penerangan konsep yang tidak jelas sejak royal sehingga ke debat NC nie tetap tak hilang...hu3

walaupun dapat memenangi ketiga2 perlawanan saringan hari pertama...
aku tidak pun rasa terlalu gembira...
sebab prestasi diri yang tidak memberangsangkan...
en.organik yang dah lama tidak turun berdebat tetap dewa dan diva...
crwon 2 kali...
yang paling menyentapkan...
Q sendiri pernah tercalon menjadi pendebat terbaik...
aku?
hanya pasrah dengan nasib aku...
harus ada perubahan or penambah baikkan dalam cara aku berdebat agaknya...hu3
sedih dan terkilan...
itu yang aku boleh simpulkan untuk hari pertama hu3

dan esok....
saringan terakhir sebelum terus ke separuh akhir...
di sebabkan hanya 10 team yang masuk maka tiadalah suku akhir...

dan team aku sudah pun meletakkan tiket utk ke separuh akhir...
tapi esok...
harap2 ada keajaiban untuk aku dan team aku...
dan mudah-mudahan melayakkan diri ke final...insyallah...



saringan pertama melawan PERKASA....


alif ba ta: ehmmm...susah gak team dgn diva organik tue...hu3 dan aku tak tau nape emo lak debat kali nie...hu3

Saturday, February 14, 2009

debat NC 2009

Assalamualaikum...& salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam....amin

untuk pengetahuan semua....
hari ini bermulanya edisi debat NC ke-6 pada tahun ini iaitu 2009...
buat kali ke-2...
aku terlibat dalam edisi debat NC...

jika dulu aku bersama law kok sin mewakili kelab insmartive...
kali nie aku mewakili KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN...
bersama diva2...
iaitu tito,yusry dan Q....

kali nie...
tema untuk debat NC ialah INTEGRITI...
dan ini usul2nya...

usul debat

saringan 1;

IPT BERJAYA MEMUPUK INTEGRITI DI KALANGAN PELAJAR

saringan 2:

DUNIA TIDAK SERIUS DALAM ISU PALESTIN

saringan 3:

BUDAYA SOPAN SANTUN SEMAKIN DI LUPAKAN

saringan 4:

SAINS DAN MATEMATIK PERLU DI KEKALKAN DALAM BAHASA INGGERIS

SEPARUH AKHIR:

MAT REMPIT: DURI DALAM DAGING
PENCAPAIAN ATLET MALAYSIA MEMBANGGAKAN
PENJAWAT AWAM SUDAH BERINTEGRITI


menarik tak usul-usul debat kali nie???

ehmmmm...aku pun dah nak pergi debat dah...dah nak kul 8am...
debat start kul 8.30am...


so...wish me luck k....

semoga dapat pergi ke peringkat akhir...


alif ba ta::: perhatian kepada kerabat KKK jangan lupa datang utk menyokong k...he3



Friday, February 13, 2009

perjuangan mereka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
semoga di hari penghulu segala hari ini....ianya membawa seribu kebaikan berbanding hari semalam...

tatkala ada di kalangan kita sibuk berbicara mengenai politik malaysia yang kian jijik dan muak untuk aku ambil tahu...(tapi tetap ambil tahu sebenarnya)...aku tersedar dengan satu perkara...

di antara parti-parti politik yang ada...apa asas perjuangan mereka...? adakah untuk memperjuangkan nasib rakyat...atau memperjuangkan keadilan kepada rakyat....atau untu kepentingan diri sendiri...

itu yang harus di fikir oleh setiap pasti-parti politik yang ada....

aku amat tertarik dengan kata-kata seorang rakan aku...ketika aku tengah boring mendengar ceramah AKPK di bawah subjek SOFT SKILL ( yang di bangga2kan oleh UMP kerana pelopor) aku sedikit pun tidak bangga...kerana jika begini caranya soft skill ini di jalankan...tak berkesan langsung...sangat laha...

maka...duk borak punya borak...sah-sah la aku akan borak mengenai politikkan...aku nie saja je tanya pendapat dia...kerana kebelakangan ini aku lebih suka bertanya pendapat orang berbanding memberi pendapat...aku sendiri juga tidak ketahui mengapa...mungkin sebab sudah bosan memberi pendapat yang sama...agaknya...

rakan aku nie asalya orang kelantan...alim gak la...merdu giler bila dia membaca ayat-ayat suci al-quran...apatah lagi bila dia azan...memang meremang bulu roma aku...bilalah aku nak jadi seperti dia...ehmmm...menunggu hidayah tiba....he3

banyaklah isu-isu politik malaysia kini yang kitorg borakkan....ceramah AKPK tu kitorg bt tak dengar jek...sebab boring...lagi pun lebih baik berborak benda yang menarik dan menyeronokkan dan dapat mengisi masa yang ada....

so...rakan aku nie terkeluar la satu perkataan...yang mengapa politik di malaysia nie seperti keadaan ini...ini sebab kerana perjuangan parti-parti politik nie lebih mengutamakan perkauman berbanding dengan agama sendiri...terutamanya parti yang mendapat majoriti di perak baru-baru ini...aku sebenarnya bersetuju dengan pendapat dia sebab...bila berbalik kepada objektif mengapa parti-parti ini di tubuhkan adalah kerana memang memperjuangakan kaum sendiri....dan membawa kaum yang mereka wakili ke arah yang cemerlang...memang itu tak salah...tapi sedar ataupun tidak...faktor politik perkauman inilah yang menyebabkan timbulnya sesuatu yang remeh-temeh dan rasanya tidak perlu pun utk di perbesar-besarkan...

bagi umat islam....seharusnya kita berbalik pada agama kita sendiri...agama yang aku rasa sentiasa ada jalan penyelesaian jika kita tahu mengkajinya....cuma kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi biasanya) umat islam terlalu malas untuk mengkaji (termasuk aku juga)...mengkaji dan mencari apa jalan penyelesaian...kita lebih mudah untuk mentafsir berdasarkan akal fikiran kita yang cetek....dan menyalahkan orang lain berdasarkan pemerhatian yang 'kasar' semata-mata tanpa pernah cuba untuk mengkaji...

siapa kata agama islam tidak boleh di terima oleh agama-agama lain jika agama islam di jadikan tunjang utama....kita banyak contoh yang cukup mudah...yang aku rasa semua orang tahu di negara kita sendiri....

cuma kita selalu mengaburi perjuangan agama dan di ganti dengan perjuangan perkauman....sehinggakan terkadang aku rasa pelik...ada sesetengah pemimpin parti-parti nie terlalu taksub dengan kaum sendiri...sehingga melebihi agama sendiri...biasalah dunia akhir zaman memang begitu agaknya...

tapi...aku tetap yakin jika perlembagaan malaysia kini meletakkan agama islam sebagai tunjang utama...pasti klausa-klausa ataupun perlembagaan yang tidak jelas tidak akan wujud sehinggakan timbul persoalan-persoalan yang di timbulkan berdasarkan tafsiran sendiri...sehinggakan mengelirukan rakyat sendiri...inilah masalahnya jika kita terlalu banyak mencilok perlembagaan british tanpa pernah cuba mengkaji semula dan menerapkan nilai-nilai islam...bila nak gubal sikit berlandaskan agama...mulalah takut...sebab tak nak kena batang hidung sendiri...

ok lah...aku rasa sampai sini jek...sbb skrg dah pukul 3.10am...aku nak tidur....
apa yang penting dalam perbuatan kita...
agama kita letakkan di puncak utama...
bukan terlalu taksub dengan kaum sendiri...
di kakhirat kelak...
kita beratur nak masuk syurga bukan soalan pertama di tanya 'anda kaum apa'?
tapi apa agamamu.....?


till d end...
salam dari alif ba ta...


alif ba ta: aku yang mencuba untuk menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri...hu3

Wednesday, February 11, 2009

aku yang tertipu dengan perasaan sendiri


aku yang bodoh
mencintainya
sedangkan
dia sudah lama melupakan aku

tapi
aku
masih menyimpan rasa
rasa yang baru mula berputik
kembali

kadang-kadang
aku terasa tertipu dengan diri sendiri

terasa bodoh
kerana masih menanti
masih menyanyi lagu kesukaannya
sedangkan aku tahu
hatinya bukan untukku lagi

dulu
aku sudah bisa menerima
dia bukan milikku
menjalani hidup ini tanpanya

namun
semakin aku cuba lari
semakin kuat
hati ini menyebut namamu




alif ba ta: berhenti untuk mencintai~

pak guard yg palat...

Assalamualaikum...salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik dari semalam...
dan tidak malang seperti semalam jugak...he3

entri kali nie adalah entri pertama kali untuk aku memaki orang...
bukan sebab aku baik...
tak pernah maki orang...
tapi sebab kesabaran aku sudah sampai tahap limitnya...
agaknya la...

semalam...
hari malang untuk aku...
aku kena saman dengan pak guard yang laha...
lagi.... spongeb.a.b.1....

sebab apa?
sebab aku tak pakai helmet naik motor balik KK2...

masalahnya...
petang tue aku dah habis lab...
maka...
aku pun tak de pengangkutan nak balik rumah(kk2)
so...
aku pun tumpang member aku naik motor tanpa memakai helmet...
then pak guard laha lagi %^888##7*&65..@#3
tahan aku n member aku...
pak guard nie memang kecoh...
paling suka cr gadoh dgn student UMp...
bayangkan...dari jauh lagi dia dah tengok aq xpakai helmet..then sampai je pintu masuk KK2...dia terus tahan dan minta kad matrik...
lepas tue..rupa2nya dia dah siap call pak guard kat depan pintu utama utk bawa surat saman...time dia tgk aku dari jauh lagi...
amboi memang kes dengki...
dengan muka tak leh blah dia tue...
dia suruh kawan dia tulis surat saman...
then pak guard tue tanya la nape tak pakai helmet...
aku cakap la aku tak de pengangkutan...
then member aku amik....
so xde helmet...
tak kan la aku nak jln kaki kan tgh2 panas tue...hu3 (statement diva ha3)
then pak guard tue pun kata...
"saya tak tau la...kawan sy suru dtg bagi saman..."
sah2...pak guard yg laha tahan aku tue yg suruh...
sebab dia tak de perasaan perikemanusiaan...
pak guard yg nak bg saman tue pun mcm xnak bg...
arghhhh...tention btol dgn pak guard b.a.b.1 tue...hu3

lepas tue ada sorang bdk lagi...
kena gak sbb xpakai helmet...
sbb helmet dia kena curi...
sian...dah la malang helmet kena curi..
pastue kena saman lak..
nasib baik aku tak semalang itu...hu3

tapi kan...
aku tak faham dari segi peraturan jalan raya kat ump nie...
bila student bukan main lagi cari kesalahan...
tapi bila staff amboi baiknya...
buat salah pun tak pe...
tention btol...memang tak adil...
dan yang paling kejinya pak guard ump nie...
staff ada pertandingan bola tampar...
lepas tue staff main suka hati je parking kat tepi jalan....
sampai susah student nak lalu...
tak kena tindakan dr pak guard pun...
bila student parking mana2 tempat kat ump nie...
kecoh lak staff katanya tempat parking dia kena amik oleh student
tak adil betol...
pastu tue staff2 pompuan nie slumber dek je masuk KK2...
amboi kalau dah siswi tak leh masuk...
staff pompuan pun tak leh masuk la...
adilkan...
watever la dgn peraturan undang2 ump nie...
kata student tak ikut peraturan...
sama gak staff2 yang laha nie...
cakap tak serupa bikin...

apa yang pasti....
pak guard yang sama aku tue mmg nak kena dgn aku...
dia tak tau klu aku buat j.a.h.a.t mcm mn...
tunggu je lah...
nantikan pembalasanku hahahaha~




alif ba ta: tgh buat surat rayuan supaya tak kena denda...hu3 rm 50 tue klu tak buat rayuan...klu bt rayuan rm10 jek...he3

Tuesday, February 10, 2009

ke bawah duli sultan~



mereka kata sultan bodoh....
tak tahu pasal undang-undang...
main suka hati je nak buat keputusan...
padahal bukan di bawah bidang kuasa dia pun...

mereka kata sultan sengal...
sebab bagi BN kuasai perak...
tak nak bubar adun...
lepas tue slumber jek buat perlantikan MB perak yang baru...

mereka kata nak saman sultan...
nak bawa ke muka pengadilan...
biar undang-undang yang mengadili....
baru tahu kuasa sultan setakat mana je,...

mereka siap buat rusuhan...
tak puas hati dengan sultan...
sebab tetap ikut suruhan BN...
dan menganggap MB baru tidak sah...

tapi...

aku tetap yakin dengan keputusan sultan azlan shah...
adalah betul...
berlandaskan undang-undang...
kerana aku tahu...
sultan azlan shah
pernah menjadi KETUA HAKIM NEGARA

maka bodohlah mereka yang nak heret sultan ke muka pengadilan...
sebab tue pagi tadi tak tengok pun muka mereka kat mahkamah tinggi perak...
sebab mereka tahu...
yang sultan azlan shah...
membuat keputusan berlandaskan undang-undang...

pada mereka yang masih derhaka...
fikirlah balik...
ingat pada rukun negara...
kesetiaan kepada raja dan negara



alif ba ta: walaupun negeriku tidak mempunyai sultan....aku tetap menyanjung sultan negeri-negeri lain...

Monday, February 9, 2009

K.O.S.O.N.G


sejauh mata hati menerawang
sejauh mata memandang
menembus cakrawala
membawa anganku terbang
melayang...

kutatap seraut wajah tercermin
tak kudapati bayangku
terhapus ruang waktu
terhapus masa lalu
terhapus lembaran kisahku

beribu bintang yang berkerlip riang
tak satu pun tersenyum padaku
kosong terasa di dalam relung hati
dan jiwaku terasa...
kosong...
terasa...
kosong...
kurasa...

kosong di dalam diriku
kosong di dalam hati
kosong di dalam jiwaku
kosong...


alif ba ta : andai kekosongan ini sudah takdirku...
aku terima dengan hati yang pasrah...
aku yang terus menunggu...
untuk mengisi kekosongan yang ada...


Saturday, February 7, 2009

Let’s Read the Quran



Assalamualaiku...dan salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...

ketika aku tengah asyik membaca blog-blog yang wujud di malaysia ini...
aku terbuka blog marina mahathir...
agak lama gak aku tidak membuka blog beliau...
dan ketika aku membuka blog beliau....
aku tertarik dengan satu picture di tepi blog beliau....
iaitu...
maka...
aku pun dengan slumber...
copy and paste kat blog aku gak...
di benak fikiran aku...
mungkin in kempen mereka kot...
ada dua kempen yang mereka jalankan...
satu lagi kempen boikot lcct labu...
yang sehingga kini aku cuba memahami mengapa ianya tak di luluskan...
aku dengar sebab takut MAS tegugat ialah...
ianya adalah projek AIRASIA...
itu apa yang aku dengar la...
aku yang cuba mengkaji isu itu lagi...
tak nak berbicara panjang tentang LCCT LABU...

dan hari nie...
ketika aku buka semual blog2 yang popular dan ramai pengikut ini...
aku membuka semula blog marina mahathir...
dan aku pun baca entri beliau yang terbaru...
dan betullah...
ianya adalah satu kempen...
kempen let's read al-quran...

wow...
ianya satu kempen yang mulia bagi aku...
maka tanpa segan dan silu...
aku pun dengan bangganya menyahut kempen ini...

di mana...
kempen ini adalah untuk kita semua memahami apa isi kandungan di dalam al-quran itu sendiri....dan ianya bukanlah hanya untuk orang islam semata-mata...
tetapi juga untuk agama-agama yang lain..iaitu rakan-rakan kita yang beragama lain selain islam....

dan kempen ini amatlah bersesuian...kerana ketika ini banyak isu2 tentang islam....menghina islam dan al-quran sendri...serta penggunaan perkataan ALLAH itu sendiri yang berlaku di sabah....

so ini adalah sedikit penerangan tentang kempen ini...

What is the Campaign all about?

Read the Quran in the language that you are familiar with.

When will the campaign start and end?

January 15th to February 14th (Happy Valentine’s Day!)

Where?

Participating blogs in the blogospheres.

Why?

So more people know what the Quran says and what the Quran does not say and to match it to what is really said in our daily lives.

Who?

Everyone who wants to – the more the merrier! If you have a Blog, Facebook, etc carry the logo/icon.

How?

- To join the campaign, place the accompanying logo/icon at your blog.

- Write or share short articles based on the Quranic text.

- Share what you find in the Quran with family and friends.

- Ask questions about the Quranic message

- Read the Quran – eg click here http://www.islamicity.com/QuranSearch , www.altafsir.com

Peace and Thanks,

Marina Mahathir

Syed Akbar Ali

Walski, and,

Anas Zubedy


Participating Blogs

1. 3540 Jalan Sudin http://www.nursamad.blogspot.com/

2. Anas Zubedy: http://letusaddvalue.blogspot.com

3. ARTiculations: http://art-harun.blogspot.com/

4. Being Human in the World: http://www.peru.name/writing

5. Cowboy Malaysia: http://cowboymalaysia.wordpress.com

6. Disquiet: http://malikimtiaz.blogspot.com

7. Jebat Must Die: http://jebatmustdie.wordpress.com/

8. Lunch at the Lake Club: http://lunchatthelakeclub.blogspot.com

9. MACVAYSIA: http://macvaysia.com

10. myAsylum: http://asylum60.blogspot.com

11. O.B.E. http://shar101.wordpress.com/

12. OutSyed The Box: http://syedsoutsidethebox.blogspot.com

13. Poetic Justice: http://nizambashir.com/

14. Rantings by MM: http://rantingsbymm.blogspot.com

15. Rapera: http://jahaberdeen.blogspot.com/

16. Renovatio: http://stephendoss.blogspot.com

17. Rocky’s Bru: http://rockybru.com.my/

18. Write Away: http://elviza.wordpress.com/

19. Writing By Amir: http://amirmu.blogspot.com/

20. Alif ba ta duniaku: http://jumapx.blogspot.com/



ini adalah sedikit keratan daripada...surah al-baqara...

Al-Baqara (The Cow)

اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (2:257)


  • 2:257 (Asad) God is near unto those who have faith, taking them out of deep darkness into the light - whereas near unto those who are bent on denying the truth are the powers of evil that take them out of the light into darkness deep: it is they who are destined for the fire, therein to abide.


  • marilah kita sama-sama memartabatkan al-quran kita yang tercinta....sebar2kan di blog anda semua....jika tag korang leh buat...apatah lagi benda yang mulia ini...takkan ianya tak mampu kot...


    p/s: aku yang terkenang ketika aku belajar mengaji dengan bondaku yang tersayang~

    saman sultan...


    Assalamualaikum....dan salam sejahtera...
    semoga kebahagiaan sentiasa di sisi kita...

    segala persoalan mengenai siapa yang memerintah kerajaan perak sudah pun terjawab....di mana sultan azlan syah sudah pun memperkenan bahawa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar perak yang ke-11 dan seterusnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah perak semula setelah jatuh ketangan pakatan rakyat pada pru ke 12 baru2 ini...dan dr.zambry pun sudah secara rasmi menjadi menteri besar perak setelah mengankat sumpah di hadapan sultan dan juga mereka2 yang berkenaan....walaupun timbul pelbagai masalah apabila pakatan rakyat cuba memulaukan angkat sumpah tersebut...

    dalam keadaan ini...sekali lagi kekuasaan sultan dapat kita lihat...di mana sultan berhak untuk memperkenan atau pun tidak memperkenan sesuatu perkara...ini jelas menunjukkan bahwa kekuasaan sultan itu masih ada....dan tidaklah seperti yang konon2nya kita dengar bahawa kuasa sultan di malaysia semakin pudar....


    dan buat kali ke-2...pakatan rakyat telah bertindak sebagai manusia yang tidak waras...kerana apa....ketika angkat sumpah menteri besar perak sebelum nie iaitu ir.nizar...pakatan rakyat juga menimbulkan kekecohan apabila memulaukan angkat sumpah tersebut...sedangkan ketika itu orang mereka sendiri yang mengangkat sumpah...di sini nampak sangat ketiadaan kesefahaman antara pakatan rakyat itu sendiri...kemudiannya ketika angkat sumpah menteri besar baru semalam pun...pakatan rakyat turut bertindak bodoh dengan membuat rusuhan serta menghalang kereta sultan azlan beserta kaum kerabatnya utk masuk ke dalam istana iskandariah...

    inilah bila seorang rakyat malaysia terlupa dan tidak berpegang kepada rukun negara yang sepatutnya kita pegang sebagai anak malaysia....iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA....inilah yang terjadi....tak sedar diri dengan siapa mereka perlakukan perkara tersebut...bukannya kita cuba menyanjung sultan itu sebagai tuhan...tapi kita menyanjung mereka sebagai seorang pemerintah di dalam negara....kerana kita harus memandang kepada sejarah...bukan di lupakan sehingga kita alpa....siapa sultan sebenarnya...




    dan inilah juga punca...bila seseorang yang mempunyai pendidikan tinggi sehingga mendapat gelaran IR yang aku rasa menjadi salah satu impian aku....bertindak di luar fikiran akal...apabila dengan mudah mengatakan ingin menyaman sultan!!!...sentap...berani gila nak melawan kekuasaan sultan...dengan mengatakan sultan tidak mengikut undang2 yang termaktub mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu. ini di jelaskan kepada wartawan oleh seorang peguam yang berangan di dunia ini kehakiman adalah sesuatu benda yang berkuasa iaitu karpal singh....yang mana memang selalu pun membuat kenyataan menderhaka kepada sultan...selain itu juga mereka turut ingin menyaman kerajaan BN....atas apa yang telah berlaku...



    Ir.nizar berkata...beliau masih menteri besar yang sah kerana beliau tidak menghantar apa2 surat perletakan jawatan kepada sultan azlan...dan beliau hanya akan meletak jawatan jika ada sidang DUN khas dan dibawa usul tergempar bahawa beliau tiada majoriti... disaksikan orang ramai. Baru dibuktikan kepada rakyat beliau hilang majoriti....ir.nizar juga memfailkan sama kepada dr.zambry kerana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 ketika beliau belum meletak jawatan secara rasmi.

    inilah keadaan di mana apabila tidak puas hati je...failkan saman....sedangkan mereka tidak sedar bahawa sultan azlan sendiri sudah menyuruh untuk ir.nizar meletakkan jawatan beliau...namun ir.nizar yang berdegil....dalam keadaan ini sultan berhak dalam membuat keputusan...samada memberi mandat kepada BN atau membubarkan adun....namun sultan memilih utk memberikan mandat kepada BN kerana mendapat majoriti....tindakan sultan masih termaktub dalam undang2....ir.nizar harus akur dengan keputusan ini seperti mana beliau aku di lantik menteri besar yang ke-10....

    usahlah kita terlalu taksub dengan apa yang terjadi...kerana semuanya adalah lumrah di dalam politik...ada yang jatuh dan ada yang naik....ada yang main kotor ada yang main 'jernih'....semuanya asam garam dalam politik...apatah lagi politik malaysia yang konon2nya demokrasi berparlimen ini....

    ingatlah...kita harus kembali kepada rukun negara kita yang sedia ada jika ingin menjadi rakyat malaysia yang baik dan cemerlang....rukun negara ibarat rukun islam...tanpanya kita akan terpesong dari landasan....

    bagi rakan-rakanku yang lain...yang masih berjiwa muda...sama-samalah kita menilai apa yang sudah terjadi ini...kita nilai kita tafsir...dan jawapannya nanti...kita berikan semasa PRU ke-13....dan ketika itu suara anak muda yang baru...akan membuka suatu lembaran baru....kepada politik malaysia pada masa itu...dan di situlah kita akan lihat...revolusi akan berlaku....

    sama-samalah kita menyanjung sultan yang sedia ada...bukan untuk di julang seperti tuhan...tapi di hormati kerana mereka pemerintah negara....




    daulat tuanku~

    Friday, February 6, 2009

    UMP::::Enggineering, Technology, Creativity

    Assalamualaikum....& salam sejahtera...
    semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...

    pada hari isnin yang lepas...
    dato' NC telah pun menyampaikan amanat tahunan beliau di hadapan staff,pensyarah dan pelajar UMP....di kompleks sukan UMP....

    maka,aku tertarik untuk memberi sedikit ulasan mengenai sebuah keratan akhbar utusan malaysia...yang telah pun mengeluarkan laporan akhbar mereka...yang aku kira agak menggemparkan warga UMP...malahan turut membuat kredibiliti UMP rendah di mata masyarakat....

    bukannya cepat melatah..namun agak terkilan dengan keratan akhbar tersebut...KEDUDUKAN UMP HAMPIR TERCOROT....membuatkan ada sesetengah pihak melihat ianya suatu yang negatif...dan buruk..dan telah di salah tafsirkan...

    wartawan tersebut telah mengambil part ucapan DATO' NC hanya pada bahagian itu sahaja dan tidak mengambil part yg sepatutnya untuk di jadikan tatapan umum...

    mungkin juga tindakan wartawan ini ada baiknya...aku cuba melihat ianya sbg satu persepsi yang berbeza...di mana..sekurang2nya ia dapat memberi kesedaran untuk semua warga UMP terutamanya staff2 UMP yang kebanyakan syok sendiri dan 'masih tidur' seperti kata dato' NC sendiri...

    aku sangat bersetuju dgn dato' nc apabila berbicara tentang kedudukan UMP hampir tercorot adalah di sebabkan oleh staff2 UMP....aku rasa dan amat yakin pelajar2 UMP juga turut berpendapat seperti itu...sebagaimana yang kita tahu...staff adalah tenaga kerja utama di dalam sesebuah universiti...dan kejayaan sesebuah universiti itu juga bergantung kepada staff yang bekerja dgn bertungkus lumus demi untuk melicinkan pentadbiran universiti...

    selain itu, dato NC juga berkata yang staf2 UMP nie kebanyakannya syok sendiri dan mengutamakan sesuatu yang remeh-temeh berbanding dgn sesuatu yang dapat memberi impak kepada kejayaan sesebuah universiti...dan akibat daripada mengutamakan sesuatu yang remeh temeh maka timbullah peraturan-peraturan yang tidak logik sehinggakan mengongkong pelajar UMP sendiri...dan apa yang menyedihkan...staf2 sendiri yang tidak mengikut garis panduan tidak rasmi yang mereka sendiri ciptakan...ini adalah salah satu ketidakadilan kepada pelajar2 itu sendiri...

    di sini aku ingin memberi contoh bagaimana staf bahagian bendahari terutamanya yang bekerja sambil lewa dan lembap...pada bulan 1 yang lepas...aku telah menjalankan satu program iaitu bengkel pengucapan awam....dan seperti biasa aku dah pun membentangkan kertas kerja program tersebut...aku minta RM600 tapi kena cut...so juz dpt rm500...xpe la...aku pasrah...then program tue berjalan seperti biasa...dan aku pun menguruskan lah pembayaran untuk makanan daripada cafe yang aku tempah utk program tersebut...yang malangnya...aku telah menyerahkan borang claim duit nak bagi kat mak cik cafe sebelum ct raya cina...tapi sehinggakan kini...pihak bendahari masih belum memberika wang kepada mak cik cafe tersebut....dan yang menjadi mangsa adalah aku...sebab kalau sesiapa pun yang bekerja kecil2an membuka cafe...sudah pastinya akan risau dan memerlukan wang untuk meneruskan perniagaan...dah la mak cik tue mcm nak ugut aku jek...sebab dia takut aku tipu dia...then aku pun silap gak la..tak explain dgn baik kat mak cik tue..tapi kan..kalau soal duit nie...kenapa la lambat sgt nak keluarkan...ianya sebahagian duit pelajar gak...sebab kitorg pun bayar rm50 setiap sem untuk aktiviti pelajar...jadi mengapa perlu ada sekat menyekat dan 'kedekut sgt nak bg budget'? satu penjelasan yang jelas harus di lakukan oleh pihak bendahari untuk pelajar...

    dan yang paling menyedihkan baru2 ni ialah...budget debat NC...ketua program kak nad minta rm4000...tapi malangnya kena cut gak...sedangkan kalau di fikirkan...debat NC adalah satu program yang wajib setiap universiti...dan pastinya setiap universiti akan membuat program ini besar-besaran....aku pelik mengapa perlu di cut duit utk program ini...dan yang paling menyedihkan lagi ialah...duit utk debat nc nie...minggu depan br dapat...sedangkan program nie minggu depan...terpaksalah dorang menggunakan duit dorang sementara waktu....aku membawa satu fakta kes...dari bdk upm...yang mana dalam entri sebelum ni aku ada ceritak yg bdk nari upm datang...untuk pengetahuna korang...program dorang itu memerlukan budget sebanyak rm5000...dan dengan senang2 je dorang leh kuar dan bt program dorg,...nak di bandingkan dengan program DEBAT NC nie...yang perlukan rm4000 tapi kena cut gak...aiyoooo...sedihnya...bukan kita persoal soal...universiti tue dah lama so boleh la...kita berbicara soal keterbukaan....aku rasa mustahillah universiti awam seperti ump ketiadaan duit...dan jika benar tiada duit....mana staff2 yang aku rasa boleh menggerakkan dan membuat satu program yang oleh menjana keewangan ump....malahan student juga mampu untuk terlibat....

    dan apa yang malangnya juga, elaun duit aku pergi ke debat selama ini juga tidak pernah masuk kedalam akaun aku....dan yang terbaru ialah untuk debat di raja...katanya rm10 setiap hari...tapi sehingga ke hari ini....se sen pun tak nampak...aku rasa dah berapa ratus aku dapat sepatutnya dari elaun debat sahaja...bagi aku lah...kalau soal duit nie...suka hati korang la...xnak bayar ke x...sebab itu tanggungjawab korang nak bayar ke tak...tapi ingatlah pulangkan pada yang hak...usah berfikir sesuatu itu secara satu perspektif...tapi cuba berfikir secara org yang berintelektual...

    dato nc juga ada berkata kepada semua warga ump yang telah berdiri atas satu imej yang baru tapi malangnya kandungannya masih jauh utk menjadi sebuah universiti...dan penghayatan keada moto ENGINNERING,TECHNOLOGY,CREATIVITY harus di hayati dan di ikuti....dan tidak mustahil suatu hari nanti UMP mampu menjadi sebuah universiti teknikal yang terbaik di dunia dan berjenama....apa yang pasti seluaruh warga ump menggembleng tenaga utk ke arah itu...

    aku melihat sedikit demi sedikit perubahan yang telah di lakukan oleh dato nc yang bagi aku memberi sedikit nafas untuk pelajar2 ump terutamanya untuk bergiat aktif di universiti....dan aku harapkan akan banyak lagi perubahan yang akan berlaku pada universiti ini...yang mengkagumkan aku ialah.dato nc adalah seorang yang komited dan tidak terlalu mengikut orang2 bawahan beliau semata2...tapi berfikir pada satu jarak yang jauh dan terbuka....

    ok lah...tidak perlu untuk aku berbicara dengan panjang lebar...sebab aku rasa ramai pelajar ump sudah memahami keadaan ini dan aku....aku tidak takut untuk berbicara seperti ini....kerana aku yakin...aku berani kerana benar....aku bukan berkata atas dasar menfitnah ataupun menipu...tapi atas dasar pengalaman dan pemerhatian...

    semoga UMP gah di mata dunia~


    p/s: aku yang tidak pergi mendengar amanat NC (terasa rugi lak)...


    Thursday, February 5, 2009

    BN: episod baru PERAK

    Assalamualaikum...& salam sejahtera....
    semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...

    episod baru sebuah pentadbiran negeri perak...apabila kedudukan kerusi adun di perak kini dalam keadaan terapung...dek kerana BN 28 kerusi....pakatan rakyat 28 kerusi dan 3 calon bebas....

    ekoran in akibat 4 adun pakatan rakyat telah menghantar surat kepada sulatan azlan untuk keluar pakatan rakyat dan menyertai umno...menyebabkan kini BN mempunyai 28 kerusi....

    mereka ialah...

    ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.

    ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.

    secara jujurnya aku terkejut dengan situasi politik malaysia kini...penuh dengan drama dan propaganda...yang menyebabkan rakyat terasa keliru dan tertipu dengan wakil rakyat mereka yang sebenarnya tiada pegangan kukuh seperti katak yang bila masanya nak melompat maka ia akan melompat...yang penting..kepentingan diri terjaga berbanding rakyat2 yang mereka wakili...

    tiada sikap profesional dalam diri sendiri dan sememangnya tidak layak untuk menjadi wakil rakyat...kita memerlukan wakil rakyat yang tahu apa tanggungjawab mereka...bukan wakil rakyat yang keliru dengan diri sendiri....

    apa yang mengejutkan aku ialah sikap adun bota yang aku fikir seorang wakil rakyat yang tiada pegangan dan berpegang teguh dgn keputusan sendiri...main suka2 je nak keluar masuk parti..dia ingat benda tue boleh buat main2 ke...seperti mempersendakan dan menipu rakyat sendiri...sedangkan dia tidak sedar pun...siapa yang memilih dia jadi wakil rakyat....???

    jijik betul...ibarat meludah kelangit....terpalit ke muka...menjilat semula ludah sendiri.....

    dan episod hilang selama 5 hari....apa nie...ingat nie perkara main2 ke...boleh nyorok2 lak...sedarlah korang teu dah dewasa....boleh fikir dan bt keputusan dgn matang...tak payah la nak menyorok2 segala...apa pulak orang fikir kang...mungkin ada dalam 'skrip' kot yang suruh dorang menyorok2...then keluar pastu nak keluar dari pakatan pembangkang...aiyooo...

    dan yang pastinya....apa yang terjadi ibarat satu cerita yang sememangnya ada pengarah dan penulis skripnya....dan sekarang nie siapa yang menjadi dalang sebaliknya? pastinya rakyat semakin keliru...keliru dgn kedua2 parti ini yang aku kira lebih mementingkan kepentingan diri berbanding rakyat yang mereka wakili....

    ingatlah...jangan biarkan rakyat terus terkeliru...jangan sampai suatu hari nanti...rakyat bangkit...lantas menggulingkan kerajaan yang ada...samada pakatan rakyat atau BN sendiri....siapa kata rakyat tidak mampu menggoncang sesuatu kerajaan...lihat saja kerajaan thailand...bagaimana rakyat mereka boleh melumpuhkan kerajaan thai sehinggakan darurat melanda....

    dan sehingga ke hari ini...aku masih tertanya mengapa tajol rosli meletak jawatan sbg PENGERUSI BN/UMNO PERAK...pada keadaan situasi sekarang....dan yang tak fahamnya...najib tetiba ambil alih....dan situasi genting sebegini berlaku...fikir-fikirkan...

    walauapapun yang terjadi...pulihkan kepercayaan rakyat terhadap anda...jangan biarkan rakyat terasa di perbodohkan...

    dan ingatlah....kejayaan dari hasil usaha sendiri adalah lebih baik...berbanding kejayaan daripada usaha yang kotor dan menipu....ingatlah....balasan bagi org yang hina seperti itu....ada jawapannya di akhirat kelak...


    p/s:aku yang bosan dengan politik malaysia...~



    Wednesday, February 4, 2009

    aku dan kuala lumpur

    Assalamualaikum...& salam sejahtera...
    semoga hari-hari anda di selubungi dengan kerahmatan dariNYA...

    aku dan kuala lumpur...
    aku cinta akan dia...
    aku tidak tahu mengapa...
    bila aku melihat bangun megah sini sana...
    membuat aku tertarik...
    dan pastinya suatu hari nanti...
    akan ada bangunan di kuala lumpur...
    aku adalah juruteranya....
    ah! angan-angan...
    ada-ada saja aku ini...
    walaupun...
    ada yang membenci kuala lumpur...
    dengan pekikan kota yang tiada henti...
    kehidupan manusia yang sibuk mengejar dunia...
    hati aku tetap cinta kuala lumpur...
    meski bukan tempat bumi aku di lahirkan...

    merepak je aku ini...
    nak di pendekkan cerita...
    pada hari sabtu yang lepas...
    satu gathering 'senandika' la boleh di gelar sebegitu...
    actually...
    gathering nie hanya antara abg azril,abg pidut,kak mel,abg wan n abg raja...
    namun di sebabkan abg azril telah meng'hebohkan' kat kitorg...
    maka kitorg pun nak join sekali...
    ye lah...
    time tue pun semua masih bercuti lagi...he3
    maka gathering besar-besaran pun di adakan...

    tentatif:
    • berkumpul di time square (jadual waktu tidak dapat di ikuti..kerana semua datang bukan pada masanya...org yang di rai pun jua datang lambat...he3)
    • then...sementara menunggu kak mel,abg wan n abg raja....kitorg makan jap...alas perut kat food court.
    • lepas tue jalan2 jap kat time square tue...
    • main bowling...best giler...he3 junior vs senior
    • makan lagi kat food court...lunch katanya..walaupun dah pukul 4 lebih...hu3
    • ke tasik titiwangsa..gigih gak dorg nak pg walaupu masa dah suntuk...
    • then..destinasi seterusnya....tengok teater kat DBP kompilasi koken:volume 1...tapi aku tak pergi tgk teater..aku balik rumah terus...sebabnya...tak perlu aku cerita...tapi dengar cite..teater tue best..ehmmm...terasa rugi lak tak pg tgk hu3

    so...mcm biasa...aku akan selitkan gambar2...time kitorng gathering ari tue...he3



    lepak2...sambil mengisi perut...he3



    bowling time...senior vs junior...




    keputusan bowling: junior kalah dgn teruk....semuanya salah che am...
    berlagak di awal perlawanan...hu3



    tasik titiwangsa.....

    atas: wanita2 tulen
    bawah: lelaki2 gagah :)

    poster teater yg bdk2 nie tgk...



    gambar kat teater...tak perlulah aku upload...sebab muka aku tak de pun kan..lagi pun aku tak pergi...hu3...

    walau apa pun...aku seronok keluar kali nie...harap2...lepas nie selalu la kita bt gathering mcm nie...seronok sgt...he3


    p/s: pada yang tak menyertai gathering nie...harap maaf..sebab semuanya di bt secara tak sengaja....lain kali kita bt lagi k...


    Popular Posts

    Popular Posts since May 2010