Thursday, February 5, 2009

BN: episod baru PERAK

Assalamualaikum...& salam sejahtera....
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...

episod baru sebuah pentadbiran negeri perak...apabila kedudukan kerusi adun di perak kini dalam keadaan terapung...dek kerana BN 28 kerusi....pakatan rakyat 28 kerusi dan 3 calon bebas....

ekoran in akibat 4 adun pakatan rakyat telah menghantar surat kepada sulatan azlan untuk keluar pakatan rakyat dan menyertai umno...menyebabkan kini BN mempunyai 28 kerusi....

mereka ialah...

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.

ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.

secara jujurnya aku terkejut dengan situasi politik malaysia kini...penuh dengan drama dan propaganda...yang menyebabkan rakyat terasa keliru dan tertipu dengan wakil rakyat mereka yang sebenarnya tiada pegangan kukuh seperti katak yang bila masanya nak melompat maka ia akan melompat...yang penting..kepentingan diri terjaga berbanding rakyat2 yang mereka wakili...

tiada sikap profesional dalam diri sendiri dan sememangnya tidak layak untuk menjadi wakil rakyat...kita memerlukan wakil rakyat yang tahu apa tanggungjawab mereka...bukan wakil rakyat yang keliru dengan diri sendiri....

apa yang mengejutkan aku ialah sikap adun bota yang aku fikir seorang wakil rakyat yang tiada pegangan dan berpegang teguh dgn keputusan sendiri...main suka2 je nak keluar masuk parti..dia ingat benda tue boleh buat main2 ke...seperti mempersendakan dan menipu rakyat sendiri...sedangkan dia tidak sedar pun...siapa yang memilih dia jadi wakil rakyat....???

jijik betul...ibarat meludah kelangit....terpalit ke muka...menjilat semula ludah sendiri.....

dan episod hilang selama 5 hari....apa nie...ingat nie perkara main2 ke...boleh nyorok2 lak...sedarlah korang teu dah dewasa....boleh fikir dan bt keputusan dgn matang...tak payah la nak menyorok2 segala...apa pulak orang fikir kang...mungkin ada dalam 'skrip' kot yang suruh dorang menyorok2...then keluar pastu nak keluar dari pakatan pembangkang...aiyooo...

dan yang pastinya....apa yang terjadi ibarat satu cerita yang sememangnya ada pengarah dan penulis skripnya....dan sekarang nie siapa yang menjadi dalang sebaliknya? pastinya rakyat semakin keliru...keliru dgn kedua2 parti ini yang aku kira lebih mementingkan kepentingan diri berbanding rakyat yang mereka wakili....

ingatlah...jangan biarkan rakyat terus terkeliru...jangan sampai suatu hari nanti...rakyat bangkit...lantas menggulingkan kerajaan yang ada...samada pakatan rakyat atau BN sendiri....siapa kata rakyat tidak mampu menggoncang sesuatu kerajaan...lihat saja kerajaan thailand...bagaimana rakyat mereka boleh melumpuhkan kerajaan thai sehinggakan darurat melanda....

dan sehingga ke hari ini...aku masih tertanya mengapa tajol rosli meletak jawatan sbg PENGERUSI BN/UMNO PERAK...pada keadaan situasi sekarang....dan yang tak fahamnya...najib tetiba ambil alih....dan situasi genting sebegini berlaku...fikir-fikirkan...

walauapapun yang terjadi...pulihkan kepercayaan rakyat terhadap anda...jangan biarkan rakyat terasa di perbodohkan...

dan ingatlah....kejayaan dari hasil usaha sendiri adalah lebih baik...berbanding kejayaan daripada usaha yang kotor dan menipu....ingatlah....balasan bagi org yang hina seperti itu....ada jawapannya di akhirat kelak...


p/s:aku yang bosan dengan politik malaysia...~



2 pengkritk ceritera duniaku:

Mr Final said...

Bosan dan saket hati

budak sihat said...

hmmm..aku pon dah bosan ngan politik m'sia..huh

-bad UPM-

http://mbadrishak.wordpress.com/

Popular Posts

Popular Posts since May 2010