Tuesday, February 17, 2009

DEBAT NC 2009: hari ke-2

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kita semua sentiasa di rahmati & di berkati olehNYA...amin...

DEBAT NC 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 15 februari 2009 bersamaan hari ahad. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar....

menyambung edisi entri aku sebelum nie...
debat nc episod di hari ke-2...

aku bangkit dari tidur agak sedikit lewat...sehinggakan aku & team aku lambat tiba bersama judge2 yg menumpang di M40...he3

aku mulakan hari ke-2 debat NC dgn harapan akan ada keajaiban yang bakal berlaku...akhirnya doa aku dimakbulkan...apabila club intellegensia menarik diri...menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membatalkan pusingan ke-4 dgn pusingan suku akhir...iaitu pusingan kalah mati...

aku sedikit lega...kerana harapan aku semakin hampir...di sebabkan team aku iaitu KEBUDAYAAN tak pernah kalah, maka team aku berada di kedudukan pertama. Ini bermakna aku akan bertemu dengan pasukan di kedudukan ke-8. Aku sangkakan akan bertemu team PERKASA lagi, rupa-rupanya bertemu dengan pasukan umum 1.

dengan usul tetap sama dengan usul yg sepatutnya di bawakan semasa pusingan ke-4 iaitu SAINS DAN MATEMATIK PERLU DI KEKALKAN DALAM BAHASA INGGERIS telah memberi kemenangan ke atas kami dengan mudah. time tue patungcendana yang jd juri. he3 dan best speaker masih berpihak kepada yusry yamin. aku? tidak mengapa mungkin aku tidak layak. perlu inprovement lagi agaknya.

setelah pengumuman siapa yang layak ke peringkat semi-final, aku agak terkejut juga bila MPP di kalahkan oleh team UMP-IEM. Aku sangkakan akan bertemu dgn MPP namun rezeki mungkin berpihak kepada UMP-IEM.Manakala semi-final lagi satu menemukan UMUM2 VS PETAKOM. satu pertembungan yang aku rasa menarik kerana kedua2nya adalah terdiri dpd pendebat2 junior.

usul ketika semi-final ada 3...mcm biasalah...dan usul yg sememangnya aku tak nak akhirnya menjadi perdebatan aku dan team UMP-IEM. aku hanya mampu mempositifkan diri. ketika itu team KEBUDAYAAN menjadi pembangkang.

pembukaan kes yang sangat rapuh dari pihak kerajaan ketika itu menyebabkan aku rasa lebih yakin utk menang. namun setelah bangkit timb. PM dari kerajaan melihatkan kelemahan di pihak pembangkang menyebabkan aku ketika itu tersentap dan sedar yang aku tadi tidak menunjukkan pun apa pembawakan kami sebenarnya dan tidak menjelaskan dengan baik pembawakan kami. aku pun mula menjadi keliru dan cuba untuk cover apa yang terkurang walaupun aku rasa sememangnya pembawakan kami agak laha. hu3. tidak mengapa kami teruskan jua perjuangan. dan aku buat yang terbaik ketika pergulungan.

akhirnya dengan juri 4-1
kemenangan berpihak kepada KEBUDAYAAN...alhamdulillah walaupun sebenarnya kekalahan semakin hampir berpihak kepada kami. aku tahu jika keadaan itu adalah peringkat saringan sudah pasti kekalahan berpihak kepada kami. hu3 mungkin juga rezeki. aku menerima dengan redha jika ianya sudah rezeki. walaupun komen2 yg laha dpd juri aku terima sbg penambahbaikkan ketika final nanti. ketika itu pendebat terbaik adalah yusry.

keputusan lagi satu berpihak kepada team UMUM 2...alhamdulillah satu lagi harapan aku tercapai. AKHIRNYA KEBUDAYAAN bertemu UMUM 2 di peringkat akhir. ( nasib baik team inteligensia menarik diri kalau tak keputusan seperti ini tak akan wujud he3)

maka, usul di peringkat akhir yang bagi aku sangat tak menarik perhatian aku walaupun sedikit ialah UMP PERLUKAN PERUBAHAN. Secara jujurnya aku tidak suka akan usul ini. kerana kena bermain dengan suasana UMP walaupun usul ini sebenarnya mudah. hu3 namun perjuangan harus di teruskan.

aku bersyukur, kerana akhirnya aku berjaya membawa KEBUDAYAAN keperingkat akhir. itu sudah membuat aku bersyukur kerana dalam lipatan sejarah DEBAT NC, team kebudayaan akhirnya tersenarai antara pasukan yang pernah menjejaki final debat nc.

PETANG sebelum final tue, aku tersangat lah letih. tapi pukul 4 ada reheasel. malam tu juga aku kena menari selepas berdebat. (orang kata aku gila kuasa sebab nak juga menari lepas berdebat, tapi aku tak kesah pun kata2 itu, sebab dah tak de org nak menari, yang kecoh2 tue sanggup ke nak ganti aku menari??? tak kan kaedahnya..)

lepas reheasel tue aku balik rumah dalam kul 6 lebih mcm tue...aku tak bincang apa2 pun dengan team aku. dalam hati cuak giler hu3. then aku tengok yusry tgh gigih menyalin AMANAT TAHUNAN NC. aku pun terus discuss dengan dia apa yang sepatutnya kitorg bawa. lepas tue keempat2 org dalam team aku pun berkumpul utk discuss. kitorg just discuss apa pembawakan jika jadi kerajaan dan twiss jek bila jadi pembangkang.memang tergesa2lah time tue.

lepas tue discuss punya discuss dah kul 8pm. aku pun tergesa2 terus pergi astaka sorang utk undi sape kerajaan or pembangkang. sebab dorang tito n yusry tak siap lagi time tue...



bersambung.....

1 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010